Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Tuesday, October 9, 2012

Testimoni Alfalfa

Alhamdulillah,
Seronok bila ada customer kongsi-kongsi cerita pasal bfeeding ni.
Tadi ada seorang kawan telah tag gambar hasil tuaiannya setelah consume set B selama 2 minggu.
Saya pun tumpang seronok.
Alfalfa sebagai milk booster tapi ingat, pam tu kena la pam juga. Makan la milkbooster macam mana
pun, kalau tak pam secara konsisten, susu akan surut juga yer! Pesanan untuk diri sendiri juga.

Saturday, October 6, 2012

Testimoni Set B

Sumber asal : ainihayati



Assalamualaikum wrt,



Saya nak sambung entry tentang penemuan yang menyelesaikan masalah susu merundum saya beberapa bulan dulu..



Bila susu mula berkurang, baru la terhegeh-hegeh nak bukak balik forum susuibu.com. Dulu memang rajin jengah forum tu. Gali punya gali, terjumpa la blog AnakkuWiraku. Saya tertarik sebab first time dapat tau ada supplement yang dapat menambah susu ibu. Saya fikir, lebih baik amik supplement. Selain untuk banyakkan susu, dapat juga perbaiki kesihatan badan. So tanpa berlengah, saya pun order Trial Pack Set B untuk ibu menyusu.



First time consume, bila pam susu nampak berbezaan pada warna susu. Kekuningan. Seminggu saya makan set B .. susu still tak nampak peningkatan. Minum air banyak dah rasa... Tapi saya tak konsisten dalam mengepam. Kat ofis tu kadang-kadang meeting la, dan macam-macam. Jadi saya tak stick pada jadual mengepam saya. Kejap pam pukul 10, jam kol 11 jap kol 2. petang kejap kol 4, kejap kol 5... Agaknya susu tu nak keluar pun tak pasti bila sepatutnya nak keluar. haha..



Bila tengok hasil mengepam tiada perubahan ketara, mula la down.. makan vitamin pun mula tak konsisten. Tapi bila stok ebm mula merosot, saya sedar kembali. Saya belum mahu mengalah! Saya nak pastikan anak ke-3 saya dapat penyusuan penuh dari saya hingga sekurang-kurangnya 2 tahun!



Jadi lepas tu saya order pula ESP. Memandangkan dah belanja banyak, saya paksa juga diri supaya memenuhi syarat-syarat untuk memastikan pengeluaran susu bertambah:



1. Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari - saya buat sukatan. 2 x 1.5L tupperware.



2. Konsisten dengan jadual mengepam - pam jam 11 pagi, 4 petang, 9 malam dan pam sambil nenen pada waktu malam. Saya tak kerap pam di ofis sebab saya takut tak dapat nak menepati jadual. Saya rasa better 2x sahaja, tapi ikut jadual. Lepas tu bila susu dah konsisten baru saya pam 3x di ofis - 11 am, 2.30 ptg, 5.30 ptg. Alhamdulillah, so far dapat ikut jadual ni. :)



3. Sentiasa berdoa dan berdoa...



Alhamdulillah, dalam masa seminggu dah nampak peningkatan. Masa susu down, saya cuma dapat 2-3 oz sahaja sekali pam. Alhamdulillah, dapat upkan sehingga 5-6 oz sekali pam. Lagi best, dapat 2x let-down semasa pam. Saya ni pam guna Avent Manual je. Kira on each breast boleh dpt 1x let-down la pada satu sesi pam.



Oh ya! Lagi satu perkara yang saya perasan, hasil mengambil vitamin Shaklee... Sakit-sakit pinggang yang saya alami selepas habis berpantang dah hilang! Mula-mula tak perasan. Tapi tak lama tu baru perasan.. eh.. dah takde sakit pinggang la sekarang. Alhamdulillah.. :)



Terima kasih Kak N sebab memperkenalkan Shaklee kepada saya!
Dipetik dari blogkak N

Healthy baby, healthy mama

Bfeeding dimana jua..time Lilly JP team dinner

Kebaikan ESP

Energizing Soy Protien, ESP




Kita adalah protein, asas kepada sel ialah protein.



TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins
100%



SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
credit to blog anakku wiraku

Wednesday, October 3, 2012

Testimoni alfalfa

Sebelum ni dah banyak kita dengar tentang keberkesanan alfalfa, termasuklah tuan punya blog
yang buat eksperimen kat diri sendiri kan.

Ni testimoni pertama customer yang aku suggestkan alfalfa.
Gembira sangat-sangat..alhamdulillah.

Cara tambah susu (gambar)

Ini dia gambar hasil perahan 2 kali.
dari sehari 140ml menjadi 720ml..... dalam masa seminggu

Contact saya kalau nak share cerita saya...

Saya bekerja sebagai Technical Consultant yang memerlukan saya untuk berada di desk
sepanjang saya di office. Time rehat diperuntukkan selama 1 jam untuk lunch dan
30minit untuk break in between works.
Masa itulah saya nak solat, nak pergi buat air, pergi toilet, pam susu. Memang sangat-sangatlah
terhad masa saya.
Jadi saya terpaksa pam susu di workdesk saja sambil jawab telefon customer dari Jepun
yang sangat-sangat lah cerewet..asyik hait hait hait...sumimasen sumimasen(sorry).

Monday, October 1, 2012

Tambah susu

Ramai yang bertanya cara tambah susu.

Baru -baru berkesempatan try dua cara untuk tambah susu.

cara 1 : Basic supplement + Alfalfa

cara 2 : Basic supplement

cara 3 : Alfalfa

cara 4 : Basic supplement + ESP

CARA 1
Disebabkan susu drop lepas bulan puasa..mungkin sebab kemalasan mengepam tahap apa pun taktau ,
start la makan supplement balik.
Dimulakan dengan basic + alfalfa-->susu drop sehari pump 5oz naik jadi 9oz balik


CARA 2
Lepas tu stop alfalfa, makan basic je sebab baju asyik basah je bila kat rumah.
Kat opis tkpe la selalu pam kan. Kat rumah, kadang-kadang Aydan tido, kadang-kadang Aydan
makan nasi jadi  tak menentu. So stop alfalfa makan basic, alhamdulillah hasil perahan masih tak berubah,
cuma tak melimpah ruah masa duk dirumah.

CARA 3
Try pulak makan alfalfa sajer...oh badan start penat balik. Malam balik office mesti akan lena lepas Isyak,
takpun lepas Maghrib masuk bilik konon nak tidokan Aydan, mak dia sekali tido...susu banyak.
Malam-malam asyik basah je katil. Tapi penatttttt

CARA 4
Makan basic supplement + ESP. Yang ni baru nampak kesan harini. Sekali pam dapat 16oz. Ha... kan dah tak cukup botol nak simpan susu...
Kulit rasa makin licin tanpa pakai apa-apa mekap....

Kalau nak tau lebih lanjut....contact saya yer.
kat FB siti sohailah

Sunday, September 30, 2012

Set Supplement mana yang sesuai




Saya rasa ramai diluar sana yang sama dengan saya. Nak makan supplement tapi tak pasti nak makan supplement apa, brand apa... Masuk farmasi, ambik letak, ambik letak...
last-last beli Vitamin C untuk anak-anak.

Lpeas saya jumpa dengan Shaklee ni, alhamdulillah...nutritionist Shaklee ada buat
guidance untuk memudahkan kita memilih.






Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.


credit to Mummy Lyna

Friday, September 21, 2012

Alfalfa dan susu ibu

Bismillah

Masih lagi bercerita tentang susu ibu. Maaf yer, lately sangat banyak cerita yang nak dikongsi berkaitan dengan penyusuan susu ibu.

Mula-mula kita tunjuk sikit preview hasil tuaian semalam. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali nak riak. Cuma saya harap dengan perkongsian saya ini, dapat mummy-mummylicious semangat untuk berjaya juga.

Alfalfa berbini empat lagaknya.

Setiap sessi 10min -->2 kali sehari. Aydan kadang-kadang consume 3 x 5oz, kadang-kadang 4 x 5oz. Saya tak banyak buat stok sebab saya masih yakin, dengan rezeki anak saya insyaAllah..cukup.

Ini stok yang ada... baru ni dah buang sebesen besar...huhuhuhuh sebab dah luput tarikh.

Sejak saya consume balik Shaklee, selagi boleh saya nak bagi anak saya susu yang lebih khasiatnya.
Jadi selagi boleh saya ambik 3 stok botol baru yang fresh dan bagi 1 je stok lama. Nampak macam membazir sebab tak gunakan stok lama. Memandangkan lepas makan alfalfa, cik B asyik rasa berdenyut-denyut (macam masa let down reflex tu) jadi, insyaAllah...start next week, saya akan pump 3 kali sehari supaya dapat tampung stok-stok lama, ganti dengan yang baru...
Doakan saya yer.

Dibawah ni saya petik dari blog annakuwiraku.com
Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.


Wednesday, September 19, 2012

Produksi meningkat dari 4oz ke 8oz

Bismillah

Ini saya petik dari blog http://www.anakkuwiraku.com

Dari 4oz kepada 8oz?

Ceritanya pun hampir sama dengan saya...syok bila tau yang ramai dah dapat manfaat daripada Shaklee ni. Alhamdulillah....


Ini adalah susulan cerita kak Nadiah yang telah mengamalkan pengambilan supplement yang berjaya membuktikan menstrual tidak menjejaskan penyusuan.

Ibu menerima SMS dari seorang customer ibu yang ibu kenali dengan nama Khuzaimah...Antara mesej beliau ialah:

Salam Kak N,
Sejak saya amik ESP ni kan kak, susu saya makin banyak sekali pam dapat 8 oz best betol kak. Saya bersyukur sangat Allah temukan jalan yang mudah untuk saya. Yang bestnya Kak N anak saya selsema kan sehari jek dah sihat kak....mula2 sedih gak tengok meleleh je hidung dia...besok tu dah ok dah, tapi mungkin ni semua hasil berdoa dan usaha. Apa2 tq kak N sebab sudi sharing ilmu...moga tuhan balas jasa akak.
Betol ESP mahal tapi berbaloi untuk anak...saya memang teruja baca blog akak yang memang menaikkan azam saya untuk breastfeed 2 tahun.

Buat pengetahuan semua sebelum ini Khuzaimah hanya mendapat 4 oz per sesi....sehinggakan suami beliau terkejut tak sangka boleh mendapat sebanyak 8oz kini. Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Pemberi.

Tuesday, September 18, 2012

Cara tambah susu

Alhamdulillah.
Dengan izinNya, lepas seminggu mengalami masalah kemeruduman (betui ka eja?). Harini production dah bertambah balik.

Walaupun stok susu masih banyak kat rumah tapi sejak minggu lepas, masa kena demam dan selsema... hasil perahan berkurangan. Daripada sehari 20oz sehari dah jadi 10oz je.
Setengah tu....adui la... tapi masih cool sebab stok dalam peti banyak yang terusik.

Keyword untuk tambah susu adalah,
1. Usaha
2. Sabar
3. Yakin, insyaAllah

Ada je tiga benda ni... insyaAllah sapa-sapa pun boleh berjaya.

Part 1-Usaha
Untuk milk booster, saya makan supplemen yang dah sekian lama sejak lepas pantang haritu tak makan... dalam keterpaksaan, kena makan balik.
Tak juga terhad kepada milk booster, kena amalkan pemakanan seimbang, kalau tak seimbang, kena la seimbangkan dengan cara pengambilan supplement.
Multivitamins, Vitamin B complex dan Vitamin C adalah set yang disarankan untuk ibu menyusu. Kalau time-time production merudum, elok tambah protein dalam diet seperti minum ESP.
(kalau rasa nk try supplement ni, boleh contact saya)

Lepas tu pam pam dan juga pam. Macam saya, takdak la boleh nk bahagikan byk masa untuk pam kat office. Paling best pon 3 kali, time break pagi, lunch dan break petang.

Disebabkan saya kerja helpdesk, tak boleh nak bercerai dengan phone suka suka hati je. saya ambik inisiatif pam dimeja. saya cover je la pakai shawl.
Minggu lepas masa production tengah merudum, saya pam juga dengan konsisten walaupun tkdak hasil. Pam dan terus pam...yakin insyaAllah.

Tapi yang bestnya, bila start makan supplement balik, terasa kulit makin glowing....hehe. nak pakai bedak pun terasa smooth je. wink wink...
Inilah dikatakan 2 in 1...

2. Sabar
Dah cukup usaha... lepas tu kena la sabar sikit. Takde nye lepas makan milk booster, terus nak up susu dan dan kan... kena sabar ....

3. Yakin

InsyaAllah...  Allah dah ciptakan susu ibu ni khas untuk anak ibunya. Susu terbaik.
Mana-mana susu formula pun tak boleh nak layan ciptaan Allah ni.
Tiap kali solat, mintala doa supaya Allah bagi rezeki untuk anak...rezeki susu ibu yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Akhirnya....setelah dekat seminggu berusaha, bersabar dan yakin rezeki untuk anak itu ada.
Harini, perahan dalam masa 10minit dapat lebih daripada 10 0z. Penuh 2 biji botol medela ni. Gembira dan syukur tak terkata....

Rezeki untuk Aydan....rindu Aydan
itu gambar aydan dengan sepupunya..........

Monday, September 17, 2012

B besar b kecil

Ada org kata, b hang besaq, banyak susu.....
Aku b kecikkkk, nak guna pam pun susah.

Heheheh..b tu apa? Tau tau saja la yer.

Sebenarnya size b tak pengaruhi jumlah susu yang dihasilkan. Yang pengaruhi susu cuma lah kilang susu kita..iaitu milk gland. Sebab tu bila kita pump, memang jumlah susu yang dihasilkan tak sama banyak. Lagi banyak kita bagi signal pada badan untuk menghasilkan susu, lagi banyak susu terhasil. Ada kawan yg size b besar nasi lemak 2 kupang, eh ada lagi ke.... Kecik la, tapinya berjaya je susukan anaknya biarpun dia bekerja tanpa campur campur.

Jadi, kalau jgn risau yer...teruskn bg signal pd badan dengan cara pam secara konsisten, insyaallah... Susu akan bertambah.

Demi anak yerrr

Sunday, September 16, 2012

Puasa dan breastfeeding

Bismillah

Lama sungguh rasanya tak menulis. Rindu pulak rasanya. Bukan apa, masa bulan puasa agak sibuk, balik rumah dah nak prepare berbuka, lepas berbuka nak berkepit dengan baby lagi. 
Namun, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Susu perahan puntaknada beza antara bulan puas a dgn tk puasa, mungkin barakah bulan Ramadhan, lagi banyak hasilnya.

Okla, nak share juga macam mana nak kekalkan susu perahan semasa berpuasa ni memandangkan
Tk boleh minum di siang hari.

Jangan takut untuk makan makanan lengkap masa bersahur. Kalau boleh, biarlah masa bersahur tu makan lagi lengkap daripada time berbuka. Cukup dgn sayur, lauk, buah, kurma, nasi tak lupa ye.
Macam saya, mmg bangun pukul 445am, panaskan lauk atau masak lauk simple tapi lengkap sebab anak sulung yang 7 thn juga nak berpuasa. Kalau dia tak makan makanan lengkap, sure punya la dia 
tak dapat puasa sehari penuh. Jadi mak kena berkorban sikit bangun masak makanan kegemaran dia.

Jadi, simaknya pun, drpd asalnya tk selera makan, terpaksa memaka diri untuk makan sebab takut susu tk cukup. Anak baru 4,5 bulan...harusla teruskan lagi the best susu a mom can give kan.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, awal awal bolehla, dah tengah tengah berpuasa, mmg tak lalunak makan.... Tapi dengan apa yang saya amalkan... Alhamdulillah berjaya kekalkan susu sama malah lebih daripada bulan tk puasa.

Saya amalkan makan meal shake,  dan performance drink time sahur. Kalau saya rasa tk lalu makan, saya lebihkan minum meal shake campur dgn esp soy protein. Kalau rasa tk dapatnk minum lebih time sahur, saya lebihkan minum performance drink. Alhamdulillah, berbaloi baloi. Terasa perbezaan sangat kalau terlupa minum dgn bila minum time bersahur tu. Badan pun tak rasa penat.

Meal shake tu mengandungi 12 Vitamin dan 7 galian lengkap yg diperlukan badan..j adi boleh la nak tampung tampung kot mana yg tk cukupbtime puasa. Lagi satu tklupa utk kunyah kurma jugak. Jadikan macam jajan pun ye. Kurma pun boleh banyakkan susu juga insyallah.

Tapi apa apapun kalau tk pam at least 2 kali sehari masa kerja, jangan mimpi la nak byk susu kan. Takkan la pam sehari sekali nak terus dpt 4, 5 botol kan......... Dan jangan la suka skip skip sesi mengepam. Sekali skip,mmg sah, esok rasa susu makin kurang. Macamnkes sayay, kdg ada gak hari tk sempat. Tapi still kena cover pam time malam ke awal pagi dan mmg kena make sure bagi signalnkat badan yang nak pam at least dpt 4 botol full yer. 

Ok la..... Kalau nak share topic topic bfeeding...jumm la


Thursday, March 29, 2012

Kegel @ Kemut

Nak tergelak pulak bila sebut kemut ni.

Harini aku pegi hospital lepas 6 minggu beranak utk check up mak baby. Ni adalah last appointment
aku dengan Dr Seri la utk beranak kali ni. Sayang gynae aku ni...rasa berkobar2 bila nak jumpa
Dr Seri ni. Huhuks..aku ni selalu fell in love dgn gynae aku...

Check up harini, ingatkan nak bawa baby masuk sekali tapi baby mood baik, tido atas abah dia so, tk bawa
la baby masuk bilik Dr.

Dr kata I look healthy... dr tanya, planning lepas ni macam mana. Discussed dgn dr, dia cakap kalau
nak start Noriday, tak payah tunggu period pun takpe. Boleh mula sekarang. Ok doc.. and plan next
baby dalam 2015 ke gitu la kan. Hihihihih..saya nk Dr gak sambut next time yerk Doc. Harap2 murah
rezeki, kalo dah tak keje kat Satyam pun ada company lain yng bayor kan yerk.

Lepas tu Doc scan, tgk rahim dah mengecut. Back to normal. Lepas tu dr tanya, pandai kemut tak??
apa dr?? Kemut2....hahahhah.
Cuba u kemut...sambil dia scan. Aku mula2 confident je jawab aku pandai kemut.
Bila aku kemut...Dr cakap, ni salah ni. Ni kemut bontot....oppps.....................
Adeiii la. Dr kata practice makes perfect....
Kena kemut ni supaya rahim tak jatuh...to prevent vaginal prolapse or uterine prolapse.

Bagi Thank you gift kat Dr...coklat.

Sepatutnya lepas jumpa Dr Seri kena jumpa org utk Fisio tapi sbbkan tk ambik GL utk fisio, aku
skip je la.

Babai Dr Seri Suniza.. Insyallah jumpa lagi lepas 2,3 tahun.

Sunday, March 4, 2012

guna spectra..sakit

Kalini nk citer pasal bpump spectra.
Agak musykil sebab masa anak no 3 pakai spectra tkder masalah.Kalini, mcm sakit pulak.

Awat ek.aku perasan jugak yg cikubi berubah size lepas kena suction dgn spectra 3 ni.
Aduiiii...hasil pon tk seberapa sbb bby asyik melekap jer nk nenen.

Camner ni....??
Ni 1st time nk hantar bby 2 bulan kt orang. sbl ni, plg cepat pon masa Sara dah start mkn solid food
jadi kebergantungan kpd expressed breastmilk agak kurang. Banyaknya Sara minum kt rumah ganti blk
yang siang. Paling byk pon Sara consume 4 x 3oz jer. So hasil pam mmg boleh utk buat stok.
RIsau...haruskah aku tukar pump lain sebab pump ni sakit???

Mana nk test pump-pump jenis lain ek??Aku punya manual avent pun ntah mana pegi dah....

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.