Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Bedak Arab Super Summer Cake Kokuryu


Ha...sape pernah try bedak ni?

Ini bedak Arab. Aku pun baru first time try ni tapi bedak ni memang senang nak sapu la.
Rasa ringan sangat.
Kelebihan bedak ni, bila dia dah kering...tk de kesan kotoran kena kat tudung. Takde la lagi tudung
warna ceklat ceklat kan.
Bedak ni juga ada tanda halal.
Di samping itu, bedak ni senang nak diratakan. Basahkan sponge dengan air dan sapu je.
Mula-mula akan rasa agak basah tapi lepas dia kering dan kita dah berpeluh, elok je
dia meresap.

kulitku tidakla segebu itu..tapi berjaya ditutupi oleh bedak ni.
Aku tak plan nak jual sangat pun. Cuma bila order banyak dapat harga murah. Skang ni aku ambik 3 warna je.
1. Orange blush-->sesuai untuk kulit kuning langsat untuk natural look. Gambar
aku kat atas tu pakai orange blush.
2. Russet -->untuk kulit orang Malaysia. Kalau pakai warna ni akan berikan warna putih pink-pink gitu.
3. Cherry pink-->Ini untuk yang kulit putih untuk jadikan kulit lebih gebuuuu...

Harga satu ialah RM38 (pos bayar asing)
kalau nak datang ambik kat Cyberjaya, boleh je.
5-8 Jun, aku balik Baling. Sapa nk jumpa kat Baling pun boleh.



Sunday, March 24, 2013

Impetigo

Impetigo /ɪmpɨˈtaɪɡoʊ/ is a highly contagious bacterial skin infection most common among pre-school children.[1] People who play close contact sports such as rugby, American football and wrestling are also susceptible, regardless of age. Impetigo is not as common in adults.

Masa kat Jepun, Sara terkena ni... mula-mula ingatkan HFMD sebab jadi kudis kat area mulut, tengkung dan tangan. Lepas upload gambar kat FB dan ada komen dari dokter2 baru la tau ini Impetigo rupanya.

Mula-mula jadi tak teruk tapi masa minggu terakhir yang sibuk dengan expired Visa tu jadi makin teruk.
Disebabkan kesuntukan masa dan area hotel tu takde paed jadi sebaik saja kami sampai KL baru pegi klinik qistina. Dapat antibiotik dan ubat sapu. Alhamdulillah lepas 2, 3hari terus dah clear up.
Tapi jangkit pula kat Aichan.Aichan jadi tak teruk cuma kat kepala jadi teruknya..dah la rambut tebal, nak sapu kemain susah.





Cuba tgk mulut Aican dan tangan dia. Mula-mula macam kena gigit nyamuk pun ada. Kes Sara mula-mula sebab kering sangat. Ingatkan sebab tu so puas la tempek lotion tapi tak baik-baik.

Petua untuk legakan impetigo ni letak ACV(Apple Cider Vinegar). Macam in my case, tempek juga Shaklee vitamin E bila luka tu dah kering. Tujuannya untuk hilangkan parut. Alhamdulillah... dah comel balik dah anak dara dua org ni.

Saturday, October 6, 2012

Saya nak cantik luar dalam

 

“Saya amik vitamin ni sebab period saya tak teratur. Tapi siapa sangka lepas makan vitamin ni, suami dan keluarga mertua puji kulit saya makin cantik. Bukan nak puji diri sendiri tapi saya memang dapat rasakan perubahan yang ketara amik vitamin ni. Dulu makan vitamin E pun tak nampak ketara seperti sekarang. Terima kasih kak N”

Ini adalah testimoni yang saya dapat dari seorang customer kami (kumpulan Euphoria).

Ada satu vitamin ni yang sesuai untuk masalah kesihatan wanita, seperti PMS, period tak teratur, kesuburan dan lain-lain.

Side effect vitamin ni???? Kulit lebih cantik.

Sapa nak tau rahsianya, contact saya...okay?

InsyaAllah, kesannya boleh dilihat selepas pengambilan secara konsisten selama 7-21hari.

Kebaikan ESP

Energizing Soy Protien, ESP




Kita adalah protein, asas kepada sel ialah protein.



TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow BIG & Strong! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins
100%



SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
credit to blog anakku wiraku

Sunday, September 30, 2012

GLA Shaklee

GLA adalah singkatan kepada Gamma Linolenic Acid digunakan oleh ramai wanita untuk kesihatan dalaman wanita.
Biasanya kita cari Evening Primrose Oil(EPO) tapi, GLA ni lebih baik sebab dia merupakan sejenis asid lemak Omega-6 untuk membentuk hormon prostaglandin.
Boleh diambil lelaki dan wanita untuk mereka yang mengalami masalah menstrual ,menopous, darah tinggi dan kencing manis.
Lagi pula, GLA shaklee ni ada vitamin E.
 
credit dari  blog mama faiz
Kat bawah ni saya senaraikan KELEBIHAN DAN KHASIAT GLA
 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
 
sesape yg kat sini xpernah try GLA patut try ekkk....sbbnya kulit rs smooth n skin better much better.....sy dh try result dia sgt okies......tq Cery MamaFaiz...:)
20 hours ago · · ·

  • Raihan's Shaklee likes this.
    • Azrin Mohd yeke?tak penah try lg...hehehe...nak beli jugak lah...
      20 hours ago ·


    • Hadhatina Mkb setuju dgn Zuera, hadha dulu sblm pregnant ni, GLA Complex adalah antara vitamin wajib. Pertama - utk regulate balik kitaran period yg tak betul lepas bersalin. Kedua - utk hilangkan kesan berminyak yg merimaskan pd kulit wajah (dgn gabungan vit c, b complex dan ESP). Mmg puas hati!

Thursday, March 29, 2012

Kegel @ Kemut

Nak tergelak pulak bila sebut kemut ni.

Harini aku pegi hospital lepas 6 minggu beranak utk check up mak baby. Ni adalah last appointment
aku dengan Dr Seri la utk beranak kali ni. Sayang gynae aku ni...rasa berkobar2 bila nak jumpa
Dr Seri ni. Huhuks..aku ni selalu fell in love dgn gynae aku...

Check up harini, ingatkan nak bawa baby masuk sekali tapi baby mood baik, tido atas abah dia so, tk bawa
la baby masuk bilik Dr.

Dr kata I look healthy... dr tanya, planning lepas ni macam mana. Discussed dgn dr, dia cakap kalau
nak start Noriday, tak payah tunggu period pun takpe. Boleh mula sekarang. Ok doc.. and plan next
baby dalam 2015 ke gitu la kan. Hihihihih..saya nk Dr gak sambut next time yerk Doc. Harap2 murah
rezeki, kalo dah tak keje kat Satyam pun ada company lain yng bayor kan yerk.

Lepas tu Doc scan, tgk rahim dah mengecut. Back to normal. Lepas tu dr tanya, pandai kemut tak??
apa dr?? Kemut2....hahahhah.
Cuba u kemut...sambil dia scan. Aku mula2 confident je jawab aku pandai kemut.
Bila aku kemut...Dr cakap, ni salah ni. Ni kemut bontot....oppps.....................
Adeiii la. Dr kata practice makes perfect....
Kena kemut ni supaya rahim tak jatuh...to prevent vaginal prolapse or uterine prolapse.

Bagi Thank you gift kat Dr...coklat.

Sepatutnya lepas jumpa Dr Seri kena jumpa org utk Fisio tapi sbbkan tk ambik GL utk fisio, aku
skip je la.

Babai Dr Seri Suniza.. Insyallah jumpa lagi lepas 2,3 tahun.

Wednesday, February 29, 2012

yaki gyoza(japanese version)

masa mengandung selalu teringin nk makan gyoza mcm kt jepon.
cara nak buat tk susah jadi selalulah dibuat.
mula2, aku dan suami je bedal..anak2 tk berapa nak try.dah last2 buat
baru la budak-budak try dan menjadi favorite mereka.

resepi gyoza
bahan-bahan
300 g isi daging ayam(di cincang) atau minced ayam
100 g isi udang (cincang)
1/4 kobis (cincang)
1inci halia diparut
sedikit daun kucai(tkder pon tkper)
minyak bijan
garam dan lada putih secukup rasa
kulit gyoza..kalo tkder, kulit popia pun jadikkkkk cuma kalo kulit popia kena
buat bentuk popia la.

1. Daging ayam yang telah dicincang, udang, halia, kucai dimasukkan ke dalam satu bekas.
2. Gaul sampai sebati, campurkan garam dan lada putih secukup rasa
3. Letakan campuran atas kulit gyoza dan bentukkan macam di bawah.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali supaya tidak melekat.
5. Susun gyoza.
6. Curahkan 1/4 cawan air panas(mesti air panas yerrrr..jgn bantai air sejuk) dan tutup kuali ni supaya
    gyoza ni masak dgn cara stim.
7. Bila air dah kering, buka tudung kuali dan masukkan minyak bijan.
8. Agak kulit gyoza ni dah garing, tutup api dan terbalikkan dalam pinggan

tadaaaaaa........................!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
healthy and very very sedap.
 boleh dicicah dgn shoyuu jepun atau kicap cair masin.
gambar lepas dah siap tk dan nk snap....kebulur sgt dah..so ini ihsan google yer.

Wednesday, February 22, 2012

Lunch and dinner

Aduh..makan kat PCMC memang best. Lepas ni kalau anak2 sakit ke harus ke PCMC je(oh, tkde la doakan anak skait masuk wad ke)....
     ginger chicken, choc cake, salad
 salmon bakar, tacos, tiramisu
 nasi lemak. rendang
 ayam masak mushroom???
 sirloin steak
 lamb chop, mushroom soup, tiramisu
 salmon ???, cheese cake dia mmg terbaikkk sbb ada shredded carrot ngan anggur
daging black pepper, banana custard cake, mango shrimp salad

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.