Showing posts with label dine. Show all posts
Showing posts with label dine. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

EE Burger, Langkawi

EE Burger ni memang terbaik.
Terletak di Pekan KUah Langkawi berhampiran dengan Bella Vista HOtel. Spaghetti sedap, lamb chop lembut...nasi goreng pon best!

Rugi kalau datang Langkawi tak makan kat sini. Lagi satu pulak, harga nya murah kemaainnnnnn
Siap tapau bawak balik hotel lagi.



The Andaman, Langkawi


Bismillah.
Nak cerita pasal aktiviti ke Langkawi dengan tiket AA yang dah dibeli 6 bulan lepas. Nasib baik
bos lepas bagi cuti.

Perjalanan kami ke Langkawi ni kejap je. Plan asalnya nak bawa anak-anak naik flight tapi tak
sangka pulak rezeki ke Jepun bulan December haritu. Jadi, pergi jugala ke Langkawi sebab dah ada tiket AA kan.

Flight lewat.. sampai Langkawi jam 7.30pm. Kakak mado duk Langkawi tapi dia tak ada. Jadi kami rental kereta dia je la. Dinner malam tu kat seafood tepi Bella Vista. Banyak pilihan kat situ. Harga pun boleh la... Tapi dinner malam kedua lagi best. Dekat EE Burger Langkawi. memang sangat best dan harga sangat murah berbanding KL. Spaghetti dia terbaikkkk. Pasal EE burger ni nanti kite cite lain.
Area Bella Vista ni time malam ok la sebab tak nampak sungai yg tersumbat tu...ehehhe.

Lepas tu kami check-in kat Hotel Langkasuka. Semalam RM140 je. Hotel ni dalam mall jadi senang la nak shopping. Kami pilih hotel ni sebab dekat dengan Kuah jadi boleh a shopping sikit sebelum pindah ke hotel seterusnya. Hotel ni boleh la...nak kata teruk sangat tak juga. Tapi rasanya, dengan harga RM140 boleh dapat bilik yang lagi besar dari ini kat area pantai Cenang.

Bangun seawal 630am, (sama je macam hari kerja) budak-budak dah mengadu lapar. Terus bersiap untuk breakfast dan turun breakfast kat hotel je. Agak kurenng best la menunya, nasi lemak telur rebus, bihun goreng kosong(kosong ok..ada tauge je kot) dan kuew teow goreng kosong. Untuk western bfast ada baked beans, roti dan scramble eggs. Telan je la....nasib baik untuk kanak-kanak seorang je kene bayar RM7. Yang lain free. Kalau lebih RM10, baik pegi kedai mamak boleh makan 5 beranak.

Lepas makan, kemas-kemas barang, terus checkout untuk our next destination. Sebelum tu singgah kat kedai Hj Ismail beli coklattttttt.

Setelah menempuh perjalan hampir sejam dari pekan Kuah, sampailah kami ke The Andaman.

Best sangat The Andaman ni. Dalam hutan tapi tepi pantai. Boleh enjoy kedua-duanya. Pantai kat Andaman ni hanya boleh access dari hotel The Andaman atau The Datai sahaja.
Pantai pun sangat cantik. Airnya bersih, well maintained resort, pokok-pokok yang tinggi menghijau. Rasa relax sangat kat sini. Oleh kerana kami sampai agak awal, jadi bilik tak ready lagi. Just tinggal beg kat lobby and off to the pools.
Pools ada slide untuk kanak-kanak(adult pun boleh).

Tengok la air yang jernih ni. Pasir pulak gebu macam bedak. Air tenang je, sesuai untuk kayak juga.
Pool towel nye sangat besar gedabak boleh buat selimut..ehhee


Lebih kurang pukul 1.30pm baru la kami dapat masuk bilik.
Bilik The Andaman ni sebijik macam dalam gambar. Katil double adalah lebih besar dari katil King ye.
Kalau nak rasa katil sebesar-besarnya sila ambik double bed yer.
Bilik ni juga ada L shape sofa yang boleh ditransform menjadi katil. Extra pillows, extra blankets boleh minta.

Terbongkang haa tido lepas main air. Besar tak katilnye? Lunch makan apa yang ada je sebab nk order room service teramat la mahal. Pulak tu, satu tak cukup. Nasi goreng RM48++
Nasib baik petang tu dapat free buah sebakul. Alas perut dengan buah-buahan sebelum keluar untuk dinner. Hotel ni memang jauh dari kedai-kedai so nak taknak memang kena keluar dengan kereta la.
Drive-drive tengok-tengok dah sampai ke Kuah (40mins) so makan je kat EE Burger.

  The next morning, dah nak kena checkout awal sebab flight pukul 1230 Lagipun nak kena hantar kereta Kaklong kat Kuah.
Sempat juga la turun beach dan pool pagi tu.

                                     View restaurant.
 Beach dan monkeys.....cantikkk kan airnya. Rasa nak pergi lagi.


Ini adalah tempat pemuliharaan batu karang. Banyak batu karang rosak masa tragedi Tsunami jadi, The Andaman mengambil initiative untuk kutip batu karang ni dan bela dia. Nampak tak ada pakcik tengah menyelam tu. Dia menyelam sambil bersihkan batu karang. Cantikkk tempat ni. Kita tak boleh la join menyelam sekali. Tengok je dari atas. Anak-anak panggil ni rumah spongebob. hehehe

Oh yer harga kat sini rate 700 tanpa bfast. Kalau ada breakfast lagi mahal. Mula-mula nak ambik Meritus Pelangi kat Cenang tapi end up by the time nk book kat agoda, dah habih.  Rate paling murah kat Agoda.

Sampai kat airport pukul 11, lunch kat Marrybrown sebelum berlepas.

Thursday, March 29, 2012

Kegel @ Kemut

Nak tergelak pulak bila sebut kemut ni.

Harini aku pegi hospital lepas 6 minggu beranak utk check up mak baby. Ni adalah last appointment
aku dengan Dr Seri la utk beranak kali ni. Sayang gynae aku ni...rasa berkobar2 bila nak jumpa
Dr Seri ni. Huhuks..aku ni selalu fell in love dgn gynae aku...

Check up harini, ingatkan nak bawa baby masuk sekali tapi baby mood baik, tido atas abah dia so, tk bawa
la baby masuk bilik Dr.

Dr kata I look healthy... dr tanya, planning lepas ni macam mana. Discussed dgn dr, dia cakap kalau
nak start Noriday, tak payah tunggu period pun takpe. Boleh mula sekarang. Ok doc.. and plan next
baby dalam 2015 ke gitu la kan. Hihihihih..saya nk Dr gak sambut next time yerk Doc. Harap2 murah
rezeki, kalo dah tak keje kat Satyam pun ada company lain yng bayor kan yerk.

Lepas tu Doc scan, tgk rahim dah mengecut. Back to normal. Lepas tu dr tanya, pandai kemut tak??
apa dr?? Kemut2....hahahhah.
Cuba u kemut...sambil dia scan. Aku mula2 confident je jawab aku pandai kemut.
Bila aku kemut...Dr cakap, ni salah ni. Ni kemut bontot....oppps.....................
Adeiii la. Dr kata practice makes perfect....
Kena kemut ni supaya rahim tak jatuh...to prevent vaginal prolapse or uterine prolapse.

Bagi Thank you gift kat Dr...coklat.

Sepatutnya lepas jumpa Dr Seri kena jumpa org utk Fisio tapi sbbkan tk ambik GL utk fisio, aku
skip je la.

Babai Dr Seri Suniza.. Insyallah jumpa lagi lepas 2,3 tahun.

Wednesday, February 29, 2012

yaki gyoza(japanese version)

masa mengandung selalu teringin nk makan gyoza mcm kt jepon.
cara nak buat tk susah jadi selalulah dibuat.
mula2, aku dan suami je bedal..anak2 tk berapa nak try.dah last2 buat
baru la budak-budak try dan menjadi favorite mereka.

resepi gyoza
bahan-bahan
300 g isi daging ayam(di cincang) atau minced ayam
100 g isi udang (cincang)
1/4 kobis (cincang)
1inci halia diparut
sedikit daun kucai(tkder pon tkper)
minyak bijan
garam dan lada putih secukup rasa
kulit gyoza..kalo tkder, kulit popia pun jadikkkkk cuma kalo kulit popia kena
buat bentuk popia la.

1. Daging ayam yang telah dicincang, udang, halia, kucai dimasukkan ke dalam satu bekas.
2. Gaul sampai sebati, campurkan garam dan lada putih secukup rasa
3. Letakan campuran atas kulit gyoza dan bentukkan macam di bawah.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali supaya tidak melekat.
5. Susun gyoza.
6. Curahkan 1/4 cawan air panas(mesti air panas yerrrr..jgn bantai air sejuk) dan tutup kuali ni supaya
    gyoza ni masak dgn cara stim.
7. Bila air dah kering, buka tudung kuali dan masukkan minyak bijan.
8. Agak kulit gyoza ni dah garing, tutup api dan terbalikkan dalam pinggan

tadaaaaaa........................!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
healthy and very very sedap.
 boleh dicicah dgn shoyuu jepun atau kicap cair masin.
gambar lepas dah siap tk dan nk snap....kebulur sgt dah..so ini ihsan google yer.

Wednesday, February 22, 2012

Lunch and dinner

Aduh..makan kat PCMC memang best. Lepas ni kalau anak2 sakit ke harus ke PCMC je(oh, tkde la doakan anak skait masuk wad ke)....
     ginger chicken, choc cake, salad
 salmon bakar, tacos, tiramisu
 nasi lemak. rendang
 ayam masak mushroom???
 sirloin steak
 lamb chop, mushroom soup, tiramisu
 salmon ???, cheese cake dia mmg terbaikkk sbb ada shredded carrot ngan anggur
daging black pepper, banana custard cake, mango shrimp salad

Wednesday, November 2, 2011

SABA restaurant

Actually weekend lepas mengidam nak makan waffles kat Jumbo Mumbo, Cyberjaya.
Tengah hari p...tutup. Aisehh..tukar haluan ke midvalley.
Malam tu try lagi, tutup juga.....lastly lepak kat Saba je la..isi perut sepenuhnya.


Monday, September 26, 2011

Bendi hangit di cafe

Sakit hati gila...ingat kan masakan apa....
rupanya bendi hangit pun mau jual ka????

cissssssssssssss kena 3 hinggit lak tu...bendi hangit ngan telur.(tanpa nasi )

Monday, December 13, 2010

Thistle Port Dickson short vacation

Sempatla jugak lepas gian nak tido hotel kali ni. Dah banyak kali plan tapi asyik tk tangguh-tangguh atas banyak hal. Akhirnya sampai jugak la ke PD yang tak jauh mana....


Kali ni menginap di Thistle PD, 2nd choice after Avillion. Aku booking guna Agoda. Dapat rates yang agak best untuk Deluxe room.

Memandangkan anak-anak memang bangun awal tak kirala hari cuti ataupun malam sebelumnya tido lewat, so kami gerak ke PD agak awal. Dalam pukul 9 lebih dah gerak , berhenti beli kuih kat tengah jalan dan sambung ke PD. Sampai PD dalam pukul 11. Yey! Dapat juga check in walaupun masih awal cuma tak dapat la nak duduk bilik double bed. Cuma ada King size bed je. Boleh la kot. Bilik tu paling hujung so husband suka... ok la kan. Ada daybed yang boleh Aidil tido malam nanti dan juga kitorang minta baby cot utk letak Aichan/Sara.


tengokla budak kecik ni nak naik gak bed kitorang.. End up malam tu sah sah la bukan dia tido dalam baby cot tetapi kakaknya.







 Sara tunggu turn nak tukar baju nak masuk swimming pool
Ngantuk la pulak main pasir ni.. apa kata kita tenyeh fair n lovely mama punya supaya lebih putih.











 Breakfast time....3 beradik ni sibuk makan jer.
Layan la yer gambar kami 5 beranak ni.













Overall comment about this hotel...okkla, 4stars la. Takleh bagi 5 sebab, lantai bilik kurang bersih. Masih ada habuk2. Aku sebenarnya suka lantai berkarpet tapi hotel ni memang tkde bilik lantai carpet katanyer... Pool bersih, besar cuma my husband kureeeng berkenan dengan pool bar. Hahahah..tk sedap mata memandang katanyer. Breakfast pon so-so la. Nak kata banyak gile choice tu tkde la. Yang agak best kat sini ada dial '0' knock2 utk helpdesk. Aku request babycot..zasss, cepat je sampai. Aku request extra blanket pun zasss sampai. Cuma masa pagi tu aku tanya, mana newspaper ni..tak sampai2. Sampai kitorang check out pun tak dapat. Maybe haritu punya helpdesk kurenngg proactive kot!

Oh yer, kat PD kitorang lunch kat luar..tepi jalan je. Sedap nasi ayam kat situ. Aku pun tak tau nak habaq kat mana, tapi dari thistle tu menghala ke pekan, nanti nampak kawasan perkuburan orang Islam sebelah kanan, kedai/gerai tu betul2 oppositu kubur. Ada jual nasi campur, nasi ayam, nasi lemak , otak-otak. Sebelah malamnya, budak-budak dah kepenatan so memang tak keluar dinner kat luar. Plannya nak room service je tapi macam kurang best la pulak menu. Teringat lak nasi ayam lunch tadi, so husband pegi cari..dah habis. Order kuewteow goreng, sgtla tk sedap!.Uwekkkk...ahahha. Tapi ada satu gerai, husband beli cucur udang n popia sangatla marveles......Taktau kat mana sbb kite tak ikut!

Sunday, November 14, 2010

Kenduri

Semalam aku pergi kenduri kawan husband aku yang merangkap partner dia kat opis.

  Rasanya dah lama betul aku tk pergi kenduri. Last sekali aku pergi kenduri kawen masa Faiza kawen kat Mahang, Kedah. Skang Faiza dah pun ada baby.. Kenduri kawen aku pegi semalam kat Klang. Meriah... dengan DJ nyer, dengan pengantin serba merah...wah2 teringat zaman aku kawen dulu. HEhehe...sekejap je perasaan jadi raja sehari tu berlalu, dah jadi queen beranak 3.

  Apa aku nak cerita pasal kenduri kawen smalam ialah bab makanan. Memang sangatla berbeza dengan makanan kalau kenduri kat Utara. So, rasa kurang terubat la rindu nak makan kenduri. Kalau kat Kedah menunya ialah, nasi tomato/nasi minyak, dan lauk2 wajib ialah gulai daging dgn ubi/btg pisang, ayam masak ros, daging masak hitam/masak tok, acar timun. Pegi mana-mana pun mesti ada lauk ni. Lepas tu ada la add on lagi masak gulai ikan kering dan nanas ke, dalca sayur ke, ikan talang goreng ke, sambal belacan dan ulam.. ehehhe. Semalam aku makan tu lauknya, nasi minyak, kari ayam(tk sempat rasa sbb dah habis), ayam goreng berempah, daging rendang, masak lemak nangka dan kerabu pucuk paku. Oh yer, kat Kedah jugak selalu ada kerabu perut... uish..sedapnya... Kat kedah masih banyak la makan berhidang..(prefer makan berhidang sebab tak yah beratur dengan anak2 kecik ni). SOrry yer, google2 kat internet jumpa yang ni...
Gulai batang pisang...(bukan gulai pisang yer)

Thursday, November 4, 2010

The best Kari Kepala Ikan in Penang

As for me..the best kari kepala ikan in Penang is near Gurney drive. Actually the restaurant i nicknamed it as restoren pokok buluh (bamboo restaurant) since there are so many bamboo plants around the restaurant. The restaurant itself is quite dark....not so fancy restaurant..hiding behind old english+chinese architecture which has been abandoned since I was 8yrs ols(22yrs back). So, I ve been a regular customer to this restaurant since i was 8. Everytime me and my family went to Penang, surely we would stop for lunch. At that time, the owner was a Chinese mualaf aunty. During lunch time..it was always packed with customers (mostly Chinese). As for me, when I see Chinese going to Malay restaurant, the restaurant must be very good. Hehehe... Indeed...it is very good.
      The kepala ikan was so fresh. The curry is not Indian style curry but more to Malay curry but with less oil. The curry was seen cooked separately with the fish head as to ensure the fish is not cooked to long to maintain its freshness and juicyness. The fish head will be cook after you ordered so it will take some time to reach your table... Other menu you can find here is ikan bawal goreng bersambal. The fish will be deep fried and after that the thick sambal will be put on top of the fish. Oh yeah, forgot to mention that you can also order ladyfinger(bendi) to put inside the curry . Oh how is miss kari kepala ikan Gurney drive.
      You can also choose from ready made dish such as sambal terung(very very nice with sweet sambal), sambal tauhu, sambal belacan, ulam-ulam etc. (ahahha..we only ordered that three so I can only remember that). If you go to Penang, you must stop by at this place cos only orang yang tahu saja tau kedai ni...

price : around RM60 for 4 adults
opening hrs : lunch time only
how to go : there a road behind Gurney drive. You can see SHELL in front on your right, the restaurant is on the corner of the road on your left. Its at corner of Jalan kelawei and Jalan Jones. You can see mamak stall selling drinks and newspaper but thats not the in. Go in further or can ask from uncle mamak where is the kepala ikan..eheh

View Larger Map

Wednesday, November 3, 2010

Mumbo Jumbo pasta in Cyberjaya

Today is Japan Public holiday. But we still have to work..duhhh! As we re supporting Japan customer, and they re on holiday, tau tau sendiri la kan. jadi, kami pun pakat-pakat pi lunch ramai-ramai.

     Our choice for today is Jumbo Mumbo in streetmall, besides kebab. This is my first time coming here. They said that the pasta here is quite nice.
   Oh YES! the pasta is quite good in here with kind a reasonable price for pasta.(dont compare with ikan bakar at terminal la..okey). For lunch, they have lunch set with drinks. They have, chicken chop, sandwiches and about 8 kinds of pasta to choose from. The most expensive set is about RM16 nett. I chose linguini with salmon and carbonara sauce with Lime ice blended. I tot I cannot eat carbonara for lunch coz it s too heavy with cream but this one is quite mild. In a second, a finish my meal...ahahahah.. calories..calories..calories
But i think I washed it away with lime ice blended..ahahaha,

    I didnt bring any camera with me, but my friend do. So, later I will ask the picture from her. For the time being enjoy this picture..


They said, the waffle there is good also... Maybe I will bring my son here for his birthday soon.

Monday, November 1, 2010

The cheapest Nasi Lemak in Bandar Putra Permai

        Hahah... i have tried many types of Nasi Lemak.. but so far, this is my best because, this is the cheapest and the taste keeps you want to buy it again tomorrow. Cuba satu, esok mau lagi.... This nasi lemak is less fussy cos you don t have to wait for makcik tu wrap it up for you. It is already wrapped in daun pisang and have names. So that easier to choose la. This nasi lemak starts from 530pm till 9pm only. Usually if you come around 8 to 830 there are not many choices already... Takdak rezeki la if you mengidam for nasi lemak daging. Nasi lemak daging is believed to be the most popular.




      If any of you stayed in Bandar Putra Permai, surely you would know the one and only Mc Donald. and my favourite makcik nasi lemak is just around the corner. Near the shops besides Mc Donald.. in front of Seri Baling Restaurant.

I really love the sambal. Sweet, succulent, tangy taste...ahh.
Makcik sells nasi lemak sambal ikan (small ikan kembung or cuts of big ikan kembung), sambal udang, sambal sotong kering, sambal ikan bilis, sambal ikan kering, sambal ayam and the best for me is sambal daging.
The nasi lemak consists of nasi, 1/6 boiled egg, and sambal.

 So tempting... oh ya, forgot to tell the price. This is the best part aaa.. only RM1.20 for every bungkus, except for beef sambal it is RM1.50. Ate 2 bungkus and you will  be full..ahaa.


ENjoy the pictures....

See how big the prawn is. Below is the nasi lemak ikan.
As for the kids, I cook spaghetti with chicken ball soup with eggs, onions, potatoes and celery.
YUmmy!

Seafood at Bagan Lalang, Kg Pelek, Sepang

Was searching for a place for ikan bakar nearby(Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya area) and found in some blogs about Bagan Lalang seafood. They said the seafood there was quite good and cheap!... I like the 'cheap' part..aahhahah. Always trying to save budget but in the end, I was paying more.
  Our first plan is to go there after Zohor prayer so that we can take the children to the beach. Unfortunately, after my husband got back from Zohor prayer, the rain was so...heavy. Agh...kusangka panas sampai ke petang..akhirnya hujan di tengah jalan. So cancelled our day plan, we re hoping that rain shall stop by Asar.. and... akhirnya rezeki kami. Matahari pun keluar..yippie yai yai la.
 Maybe everybody else was also waiting for the rain to stop so by the time we re on the road, it was heavy with cars.
           Our 50km rides took around 90mins. Bila dah sampai tu dah agak gelap. Sampai di pantai..masih ramai yang main-main air. Pantai itu betul-betul bersebelahan dengan Golden Palm Tree Sea Villa. Boleh nampak la hotel ni gah tersergam dan ada lah foreigners menginap kat situ. Dekat area sini pun ada Seri Malaysia.
   OKla, back to our food story ek.. Mula-mula tak pasti yang mana satu seafood yang dimaksudkan itu. Jumpa satu food court tepi pantai. Tapi, nampak macam kurang menarik. Orang pun tak ramai... ish, takkan la yang ini. So, kami pun pusing-pusing..lalu Seri Malaysia, dan akhirnya jumpa la Restoran Senandung Malam. Oh yang ni la kot... sebab orang dah ramai sangat, Kereta pun dah penuh walaupun belum lagi masuk Maghrib. Bila dah dapat meja, terus la order. Berpinau mata nak pilih ikan ape.. nak tu, nak ni..yang tu ye.. eh yang ini jugak ye.


Order punya order...daripada sbl Maghrib, siap solat Maghrib sampai dah masuk Isya, barula makanan tersusun indah atas meja. Hahahhaha...bahagia. Ada ketam masak masam manis, ada ikan kerapu (yang paling best!besar tau size walaupun nampak kecik dalam gambar) masak 3 rasa, ada sotong bakar, ada ikan pari bakar, ada lala masak pedas, ada kerang rebus (anak bujang aku melantak) dan jugak sayur campur untuk 2 girls tu. Puas hati makan... rasanya manis2. Isi ikan tu garing diluar tapi lembut dan putih gebu di dalam. Ikan pari bakar pun kegemaranku. Hehhe...manis sangat isi nya, dibalut dengan daun pisang menambah aroma pada ikan bakar tu. Silap sikit kami minta sotong bakar, sebab tengok orang-orang sekeliling byk yang makan sotong goreng tepung. Takper-takper...sonnani to o kunai no.. bila-bila pun boleh je pergi lagi. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa...menghirup air sirap limau, meratah segala lauk pauk. Alhamdulillah, dengan segala limpahan dan rahmat tuhan yang mengizinkan kami menikmati malam itu. Mujur juga anak-anak behave je malam tu. Maybe sebab masing-masing dah lapar.
     Masa nak bayar, perasaan yabai  gelabah pun ada juga. Risau kalau-kalau poketku kering. Tapi...sangatla menakjubkan.. dengan kepenuhan meja dek lauk pauk...(yang aku listkan tadi). Cuba korang teka harga berapa??? Sah-sah ingat dalam RM90 ke, Rm100 ke.. cumalah RM60. Ulang 2 kali juga aku tanya pakcik abang tu. Heheh...so, mmg osusume la bagi peminat2 seafood.. sedap dan murah..ulang sekali lagi. Sedap dan Murah yer. SUka pulak aku tulis bab2 makan ni. Hahah..sebab aku selalu survey kedai makan dan susah nk jumpa yang menepati citarasa aku yang kedekutt hebat yer.
   Kalau nak pergi sini, ikut je jalan nak ke Nilai, lepas tu korang cari la jalan menghala ke Kg Pelek. Dari Equine, Seri Kembangan tak jauh mana dah. Kejap je vromm broom zass zass, sudah sampai. Kalau nak peta yang details, korang bukak kat google map yer ataupun homepage Seri Malaysia ni yer.
  Masa nak balik tu terserempak kawan lama ni, Maya...wui rindu sangat kat ko. Akhirnya bertemu kat sini ek kita. Mrs Maya sedang menunggu kelahiran ke 3. Wah wah....laju jugak ko yer. Comel-comel anak Maya, Shahira dan Humaira. Tak sempat nak borak lama sebab husband aku nak balik awal sebab dia kerja pagi.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.