Monday, January 3, 2011

Kelegaan

Akhirnya..............aku bagi kepercayaan kepada Cahaya Hati Montessori.

Ya Allah, tetapkan lah hatiku.
Terangkanlah hati anak-anakku.
Semoga mereka terdidik menjadi insan yang balance dunia akhirat.

Tinggal 2 dalam pilihan utk tadika

Agh...kini hanya dua yg harus ku pilih.

1. English medium moderate islamic kindy-kenapa aku ckp moderate sebab tkde la kena pakai tudung ke, cuma ada kelas Iqra utk anak2. Sebulan fees termasuk Iqra RM210.. Enrolment fees RM780++for 1st semester.
Dekat dengan jalan nak ke Cyberjaya. Cikgu nampak yasashi tapi murid2 dah agak full. Cuma tinggal satu kekosongan. Cikgu boleh sediakan transport hantar ke taska sekarang ni RM30 je one way.Buku kurang menarik sebab buku2 ni aku rasa aku leh beli kat kedai buku biasa.
Uniform cantik.


2. English medium kindy-dekat dgn rumah aku tapi jauh dari jalan ke Cyberjaya. Cikgu2 nampak prihatin dengan budak2. Budak ramai tapi bahagi kepada 2 kelas. Ada pendidikan Islam tapi tkde Iqra. Fees RM180 monthly. Enrolment fees for a year RM1600++. Transport 2 ways RM50*mahaiwalaupun jaraknya sejengkal je. Mix culture. Ada taekwondo once a week. Every month ada activity.Cikgu tunjukkan kerja budak2 thn sebelum ni. Nampak cantik tersusun. Kat sini byk kena guna skill menulis.Cikgu byk gunakan buku kosong, suruh budak2 salin.
Uniform biasa2 je.

Aghhhhhhhhhhhhhhhhh..aku tensen.

Sunday, January 2, 2011

Tayar pecah!

25/12/2010(Saturday)

Tayar pecah...mujurlah masa tu masih kat kampung. Kebetulan pulak, kami baru balik dari kenduri adik ipar di Aloq Setaq. Alhamdulillah sebab tk pancit kat highway ke, time jem masa nk byr toll ke...ataupun worst case masa balik darik KL-Baling tengah-tengah malam buta. Memandangkan masa tau tu dah senja, terus tukaq tayar spare dan gerak ke Baling nak p pasar malam.
*i tulih dalam loghat kedah noooo, pasai masa ni kami cuti-cuti Kedah

26/12/2010

Keluaq dari rumah Wan(pak mertua i, anak2 dia panggey Wan. Dahla nama pun Wan Awang) awai-awai pagi, teruih ke Kulim sebab nak cari kedai pomen tayar. Tayar ni memang pecah dah, bukan tahap bocoq buleh tampai. Kat Baling, my pak sudah p survey, takdak juai tayar size 18'. Tu la, pakai lagi rim besaq2. Kan ke dah mahai nak tukaq tayar. Nak cari 2nd hand pun payah.

Pueh la melilau kat kedai-kedai tayar kat Kulim cari tayar 2nd hand sebab tayar first hand yg ada brand harga dia, sangatlah menarik. Mujuq jugak kedai tayar kat Kulim banyak pilihan...

Last sekali, jumpa la satu kedai yg jual tayar. Tayar tu dah agak used. Tapi..masih boleh pakai. Bila check2 balik, rupa2nya, 2 lagi tayar juga sudah gelembung2 mau pecah dahhhh.....cesssssss. Dah la aku plan nak p Kelantan Isnini ni. Kat kedai tu cuma ada 2 tayar 2nd hand. Aduh..melilau lagi cari kedai tayar. Dah berkira-kira nak p BM tapi.....masa tu dah pukul 4pm. Dan ka..lagi pulak hari tu hari Ahad. Mesti kat Bukit Mertajam byk kedai tutup.

Alhamdulillah, akhirnya jumpa satu kedai kecik yg ada tayar besaqqqq. Tapi...haru lagi. Jumpa pulak yg rim ada crack.

 Aduhai.....nak kn pateri ataupun..tukar saja la ke rim baru. Ingat aku kerja cop duit ka???
Dah pukul 6 so memang tkdak la kedai yg sanggup buat. Balik la kami dengan hampaaaa nya.

Agaknya..begini la ghupa rim crack yer.



27/12/2010

Ada kematian sedara Wan kat Kulim. kebetulan pulak kami memang nak ke Kulim baiki rim tayar. So pagi-pagi lagi kami dah keluaq bawak mak & wan sama. Keltung keltang...siap juga pateri rim.

berkejar balik sebab nak p jugak kelantan harini.. mak pak dah duk tunggu nak join.

HFMD*hand foot mouth disease

Post sebelumm ni dah cakap yang Aichan suspected HFMD.

LUnch tadi, abah bw kami semua melawat clinic panel...doctor sahkan Aichan kena HFMD. mUla2, aku ingat ok la kan. Kena duk rumah kuarantin so aku budget husband lah yang akan ambik cuti memandangkan
esok my first day at new place.

Sekali tu, doc cakap... kalau esok, it become worse, please come back and take letter to refer to hospital. Ha.....! Nak kena masuk wad ke doc? Peniinggggg2. Aku ingat tak serious mana. Tapi doc tu suh masuk ward sebab takut Aichan tak boleh makan dan minum kalau ulcer makin banyak. Camno ni???

Di bawah ni aku petik sikit info pasal ni

Hand, foot and mouth disease (HFMD) is a human syndrome caused by intestinal viruses of the Picornaviridae family. The most common strains causing HFMD are Coxsackie A virus and Enterovirus 71 (EV-71).[1]

HFMD usually affects infants and children, and is quite common. It is moderately contagious and is spread through direct contact with the mucus, saliva, or feces of an infected person. It typically occurs in small epidemics in nursery schools or kindergartens, usually during the summer and autumn months. The usual incubation period is 3–7 days.

Early symptoms are likely to be fever often followed by a sore throat. Loss of appetite and general malaise may also occur. Between one and two days after the onset of fever, painful sores (lesions) may appear in the mouth and/or throat. A rash may become evident on the hands, feet, mouth, tongue, inside of the cheeks.
Outbreaks

[edit] 1997



gambar ihsan dari wikipedia.

Kelasakan Sara

 Kami sampai KL semalam 1hb Jan pukul 12lebih. Anak2 sumer dah tido dari dalam kereta. Time angkut naik bilik pun masih tk sedar. Tapi, Aichan agak gelisah time tido. Asyik merengek-rengek menyebabkan aku terpaksa temankan dia tido. Kejap-kejap je bunyi. Pegang kepala, tkde la demam ke. Dua kali dia bangun minta air nak minum.

Keesokkan paginya, baru aku perasan yg rashes makin banyak keluar kat bawah hidung dan sekitar pipi dia.
Check kat tangan pun ada sikit2 rashes. Aduhai..kesiannya. Adakah ini Hand Foot Mouth Disease. haritu aku dengar Sakura kena macam teruk je. Tak boleh nak makan, minum sebab penuh ulcer dalam mulut. Barulah aku perasan yang sejak 2 hari lepas, Aichan yang selalunya berselera makan, agak kurang berselera. Dua hari lepas juga dia demam-demam ringan.

Memandangkan harini abah kerja, so rasanya hold dulu la Aichan nak pegi clinic. Tunggu abah balik lunch. Masa abah kuar gi kerja pagi tadi, Aichan belum bangun so tk perasan la rashes tu.

Aichan still active seperti biasa... Sara pulak sejak balik kg baru ni memang selalu sangat jatuh. Sebab active sangat la ni. Asyik lari lari sana sini. Dah banyak kali bibir berdarah, gusi berdarah sebab terhantuk kat lantai. Gigi pun dah ada pecah serpih sikit...Syiann anak dara mama ni.

Hari ni Sara menambah rekod pecah mulut lagi. Dia main panjat-panjat abang dia. Bila abang dia bangun, apa lagi, tersengguk dia kat lantai. Pecah bibir lagi. Lepas tu dia main kejar2 dengan abang dia, abang dia kejar, dia lari terhantuk dahi kat kerusi....adeh.

Masa kat kampung, tak tau kena apa, bila mlm nak tidoq dia nangis. Pagi tu baru perasan yg pergelangan tgn dia bengkak. Panic gak. Bila kami pegang je dia nangis. So terus la bawa ke clinic. Doc cakap, kalau bengkak berubah warna atau makin teruk, kna la pegi x ray. Mujurla makin surut bengkaknya. Sara..oh Sara. Active macam Aidil. tak macam kakak Aichan yang ayu ayu sopan ituw.

Masa jalan-jalan kat Baling, Sara tak duk dlm childseat. Duk membuas dalam kerete. Bila abah brake sikit, tersengguk dahi kat dashboard. Lebam kening dia...siannnnn.

Aduhai la hai.. Ya Allah, kau peliharalah anak anak kami.....

Saturday, January 1, 2011

Zen by Secret Recipe

On one weekend, kami ke Midvalley. Saja-saja jalan2 sambil makan-makan. Window shopping je pun.
Masa nak balik tu, lalu kedai kek.. nampak satu kek ni macam pelik sikit. Kaler grey. wooo..rupanya sesame cake(bijan).

Rasa..........sedap. Terus beli lagi 2 ketul utk bw balik.



kusyuk mkn kek, tk perasan hidung aidil bleeding.

Happy New Year 2011 dan Bukit Jalil Park

Well.... I m back in KL now. Will be starting new job tomorrow. ドキドキしてます。

Sempena tahun 2011, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga, dengan tahun baru ni, lebih banyak kejayaan yang akan kita cipta.

Aduh, Aichan pulak kena HFMD rasanya. Ada rashes kat keliling mulut tangan.

Ni nak share gambar pegi jogging kat Taman Bukit Jalil.

 Ni anak daraku tgh happy turun kat slide....sekalik tu tangan dia terkehel..............*see below pic
 Terus serabai dan pucat mukanyaaaa

Review sikit pasal Bukit Jalil Park ni. Kalau weekend memang ramai la orang pergi bawa anak-anak jogging, mak pak budak jogging.  Playground kat sini agak luas, tkde la berebut-rebut dan sesuai utk peringkat umur anak-anakku. Taman Bukit Jalil ni terletak depan Bukit Jalil Golf Club. ada juga kolam ikan disini. bersih

Tuesday, December 21, 2010

Going Back to Kedah. YEY!

Hometown...here I come. Will be on vacation from 23rd Dec till 2nd January.

Monday, December 20, 2010

Tadika Kindy Puncak Jalil Seri Kembangan lagi dan lagi................

Hari ni survey lagi satu tadika.. Yang ni both of us was sooo impressed. tadika ni bukan franchise. Milik persendirian. Last year we all ada gak tanya nak masukkan Aidil tapi dah penuh. SO ingat nk try our luck this year. Memang ada lagi satu tmpt kosong tapi utk masuk kena ada test.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Nama tadika tu Harmony Montessori kt PUJ 4. Will decide later if want to enrol Aichan there. Looking at the children who stayed for daycare was so convincing plus they look happy with what they are doing.

When I walked past the kids, they greeted me. So good in communication...not afraid to speak up. Most of the kids started play house since 4 so they are well nurtured by this montessori.

Think!Think! Calculate! Calculate!

Friday, December 17, 2010

WHy some people are soooooooooo ignorance

I really couldnt understand this kind of people. Keep smiling and everyone will do everything for you.Who do you think you are!

Aku betul-betul sakit kepala sekarang ni. Tak tau nak lepaskan geram kat mana. Takde mood nak dinner, takde mood nak bersihkan diri. SO, aku harap dapat jugak la aku lepaskan geram aku kat sini.

Semalam Sara tk nyenyak tido, jadi end up aku pun kurang tido. Sampaikan Subuh pun lepas matahari dah naik... Hahaha..tapi ada gak orang yang matahari terik bersinar pun belum bangun!

Takde mood nak tulis!

Thursday, December 16, 2010

Al Jabbar, Dr Jism

Oh yer..aku bukan memasarkan barangan ni yer. jangan salah sangka...

Cuma, aku baru tau makna Jism tu apa.......dalam english la. Taktau kalau dalam bahasa lain maksudnya lain.
(Tak silap aku citer Bollywood pun ada file tajuk Jism).

Wikipedia search for jism
Eowwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.