Thursday, September 20, 2012

LAKSAのレシピ


材料

めん(laksa)800g
きゅうり()
トウガラシ
玉ねぎ
サラダ

スープ
アジ 4匹
缶詰イワシ 1
チリーペースト 2Tbs
玉ねぎ 1コ みじんぎり(ミクサーあれば、ミクサーでかけて)
kesum leaf(葉っぱ) 
みょうが 1個
asam keping 5個
*otak udang 2tbs
*serai 2本
ニンニク 2個



作り方
1. 魚を煮て(塩+asam keping 1個)
2. 煮た魚を骨とり
3. ミクサーで魚の身、玉ねぎ、ニンニク、serai をかけて、ペーストになる
4. 鍋に水いれて、(3)で作ったペースト+缶詰めのイワシをいれて
5. 30分煮込み
6. kesum leaf(葉っぱ) 
みょうが、asam keping 、otak udang 、塩、砂糖 いれて、10分ほど煮込み
7. Laksaめんはお湯で煮て、トスしてから、Bowlに入れる、Laksa汁をいれrて、好きなトッピングして、できた

Wednesday, September 19, 2012

Produksi meningkat dari 4oz ke 8oz

Bismillah

Ini saya petik dari blog http://www.anakkuwiraku.com

Dari 4oz kepada 8oz?

Ceritanya pun hampir sama dengan saya...syok bila tau yang ramai dah dapat manfaat daripada Shaklee ni. Alhamdulillah....


Ini adalah susulan cerita kak Nadiah yang telah mengamalkan pengambilan supplement yang berjaya membuktikan menstrual tidak menjejaskan penyusuan.

Ibu menerima SMS dari seorang customer ibu yang ibu kenali dengan nama Khuzaimah...Antara mesej beliau ialah:

Salam Kak N,
Sejak saya amik ESP ni kan kak, susu saya makin banyak sekali pam dapat 8 oz best betol kak. Saya bersyukur sangat Allah temukan jalan yang mudah untuk saya. Yang bestnya Kak N anak saya selsema kan sehari jek dah sihat kak....mula2 sedih gak tengok meleleh je hidung dia...besok tu dah ok dah, tapi mungkin ni semua hasil berdoa dan usaha. Apa2 tq kak N sebab sudi sharing ilmu...moga tuhan balas jasa akak.
Betol ESP mahal tapi berbaloi untuk anak...saya memang teruja baca blog akak yang memang menaikkan azam saya untuk breastfeed 2 tahun.

Buat pengetahuan semua sebelum ini Khuzaimah hanya mendapat 4 oz per sesi....sehinggakan suami beliau terkejut tak sangka boleh mendapat sebanyak 8oz kini. Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Pemberi.

Tuesday, September 18, 2012

Cara tambah susu

Alhamdulillah.
Dengan izinNya, lepas seminggu mengalami masalah kemeruduman (betui ka eja?). Harini production dah bertambah balik.

Walaupun stok susu masih banyak kat rumah tapi sejak minggu lepas, masa kena demam dan selsema... hasil perahan berkurangan. Daripada sehari 20oz sehari dah jadi 10oz je.
Setengah tu....adui la... tapi masih cool sebab stok dalam peti banyak yang terusik.

Keyword untuk tambah susu adalah,
1. Usaha
2. Sabar
3. Yakin, insyaAllah

Ada je tiga benda ni... insyaAllah sapa-sapa pun boleh berjaya.

Part 1-Usaha
Untuk milk booster, saya makan supplemen yang dah sekian lama sejak lepas pantang haritu tak makan... dalam keterpaksaan, kena makan balik.
Tak juga terhad kepada milk booster, kena amalkan pemakanan seimbang, kalau tak seimbang, kena la seimbangkan dengan cara pengambilan supplement.
Multivitamins, Vitamin B complex dan Vitamin C adalah set yang disarankan untuk ibu menyusu. Kalau time-time production merudum, elok tambah protein dalam diet seperti minum ESP.
(kalau rasa nk try supplement ni, boleh contact saya)

Lepas tu pam pam dan juga pam. Macam saya, takdak la boleh nk bahagikan byk masa untuk pam kat office. Paling best pon 3 kali, time break pagi, lunch dan break petang.

Disebabkan saya kerja helpdesk, tak boleh nak bercerai dengan phone suka suka hati je. saya ambik inisiatif pam dimeja. saya cover je la pakai shawl.
Minggu lepas masa production tengah merudum, saya pam juga dengan konsisten walaupun tkdak hasil. Pam dan terus pam...yakin insyaAllah.

Tapi yang bestnya, bila start makan supplement balik, terasa kulit makin glowing....hehe. nak pakai bedak pun terasa smooth je. wink wink...
Inilah dikatakan 2 in 1...

2. Sabar
Dah cukup usaha... lepas tu kena la sabar sikit. Takde nye lepas makan milk booster, terus nak up susu dan dan kan... kena sabar ....

3. Yakin

InsyaAllah...  Allah dah ciptakan susu ibu ni khas untuk anak ibunya. Susu terbaik.
Mana-mana susu formula pun tak boleh nak layan ciptaan Allah ni.
Tiap kali solat, mintala doa supaya Allah bagi rezeki untuk anak...rezeki susu ibu yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Akhirnya....setelah dekat seminggu berusaha, bersabar dan yakin rezeki untuk anak itu ada.
Harini, perahan dalam masa 10minit dapat lebih daripada 10 0z. Penuh 2 biji botol medela ni. Gembira dan syukur tak terkata....

Rezeki untuk Aydan....rindu Aydan
itu gambar aydan dengan sepupunya..........

Monday, September 17, 2012

B besar b kecil

Ada org kata, b hang besaq, banyak susu.....
Aku b kecikkkk, nak guna pam pun susah.

Heheheh..b tu apa? Tau tau saja la yer.

Sebenarnya size b tak pengaruhi jumlah susu yang dihasilkan. Yang pengaruhi susu cuma lah kilang susu kita..iaitu milk gland. Sebab tu bila kita pump, memang jumlah susu yang dihasilkan tak sama banyak. Lagi banyak kita bagi signal pada badan untuk menghasilkan susu, lagi banyak susu terhasil. Ada kawan yg size b besar nasi lemak 2 kupang, eh ada lagi ke.... Kecik la, tapinya berjaya je susukan anaknya biarpun dia bekerja tanpa campur campur.

Jadi, kalau jgn risau yer...teruskn bg signal pd badan dengan cara pam secara konsisten, insyaallah... Susu akan bertambah.

Demi anak yerrr

Sunday, September 16, 2012

Puasa dan breastfeeding

Bismillah

Lama sungguh rasanya tak menulis. Rindu pulak rasanya. Bukan apa, masa bulan puasa agak sibuk, balik rumah dah nak prepare berbuka, lepas berbuka nak berkepit dengan baby lagi. 
Namun, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Susu perahan puntaknada beza antara bulan puas a dgn tk puasa, mungkin barakah bulan Ramadhan, lagi banyak hasilnya.

Okla, nak share juga macam mana nak kekalkan susu perahan semasa berpuasa ni memandangkan
Tk boleh minum di siang hari.

Jangan takut untuk makan makanan lengkap masa bersahur. Kalau boleh, biarlah masa bersahur tu makan lagi lengkap daripada time berbuka. Cukup dgn sayur, lauk, buah, kurma, nasi tak lupa ye.
Macam saya, mmg bangun pukul 445am, panaskan lauk atau masak lauk simple tapi lengkap sebab anak sulung yang 7 thn juga nak berpuasa. Kalau dia tak makan makanan lengkap, sure punya la dia 
tak dapat puasa sehari penuh. Jadi mak kena berkorban sikit bangun masak makanan kegemaran dia.

Jadi, simaknya pun, drpd asalnya tk selera makan, terpaksa memaka diri untuk makan sebab takut susu tk cukup. Anak baru 4,5 bulan...harusla teruskan lagi the best susu a mom can give kan.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, awal awal bolehla, dah tengah tengah berpuasa, mmg tak lalunak makan.... Tapi dengan apa yang saya amalkan... Alhamdulillah berjaya kekalkan susu sama malah lebih daripada bulan tk puasa.

Saya amalkan makan meal shake,  dan performance drink time sahur. Kalau saya rasa tk lalu makan, saya lebihkan minum meal shake campur dgn esp soy protein. Kalau rasa tk dapatnk minum lebih time sahur, saya lebihkan minum performance drink. Alhamdulillah, berbaloi baloi. Terasa perbezaan sangat kalau terlupa minum dgn bila minum time bersahur tu. Badan pun tak rasa penat.

Meal shake tu mengandungi 12 Vitamin dan 7 galian lengkap yg diperlukan badan..j adi boleh la nak tampung tampung kot mana yg tk cukupbtime puasa. Lagi satu tklupa utk kunyah kurma jugak. Jadikan macam jajan pun ye. Kurma pun boleh banyakkan susu juga insyallah.

Tapi apa apapun kalau tk pam at least 2 kali sehari masa kerja, jangan mimpi la nak byk susu kan. Takkan la pam sehari sekali nak terus dpt 4, 5 botol kan......... Dan jangan la suka skip skip sesi mengepam. Sekali skip,mmg sah, esok rasa susu makin kurang. Macamnkes sayay, kdg ada gak hari tk sempat. Tapi still kena cover pam time malam ke awal pagi dan mmg kena make sure bagi signalnkat badan yang nak pam at least dpt 4 botol full yer. 

Ok la..... Kalau nak share topic topic bfeeding...jumm la


Saturday, July 21, 2012

Shopping raya at jln TAR

Menjejakkan kaki kesini untuk mencari baju raya anak2. Dah la Aidil n Achan posa... Mmg tergugat iman depa kena jalan kat tgh panas. Umat manusia pon punya la ramai. Singgah kat First Lady...ada baju Jovian..lawa... Teringin sangat tp memandangkan bawa anak2, susah la nk try. Takpalah, nanti sbl raya ai ada ambik cuti so, nanti ai datang lagi. Sapa2 nak rasa baju designers..bolehla p tgk kat First Lady jln tar. Situ jer ada..cawangan lain tkdakkkkk. Mencari tudung yang betul betul labuh untuk buat pakai terawih, tp tk jumpaaa. Nak cari Tudung macam heliza helmi tu... Cantik. Sesuai utk tudung dan juga telekung. Ada sapa tau nk beli kat mana? Taknak yang online kalo boleh... Congrats utk kawanku Marlia yg dah bersalin 1 ramadhan.. Nanti aku p tgkkk, insyaalah. Nk p cari brg baby dulu. Update gambar Aydan skit

Ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah dipanjangkan usia utk bersama sama lagi menyambut Ramadhan Oh..dah bersawang-sawang diaryku ini. Banyak aktiviti lately tapi tak menyempat nyempat nak bercerita kat sini. Mna dengan kerja kat office yang sgt stress. Balik rumah pikir nak settle2 keje rumah pastu flat dlm bilik. Tima weekend baru jalan2 , so bila sangat la ada masa nk update diary mahupun fb. Ramadhan kali ni azam nak pergi teraweh at least seminggu 2 kali time weekend. Hari hari kerja mmg agak susah la. Semalam dgn jayanya solat teraweh kt masjid tuanku mizan putrajaya. Aydan paling sporting. Tk kacau langsung...boleh la mama bawa p solat kt masjidilharam pulak yerrrr. Aichan n sara seperti biasa, masalah hebiaq(bahasa utagha) mmg tkleh tnggal.mesti nk melawat toilet juga. Takpalah, drpd depa terkincing lam masjid better depa habaq nk kencing kan?.. Dikesempatan ini nk mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, dalam duk melawak, ada yg terguris ka, mintak maaf byk2 naa. Salam Ramadhan al mubarak

Sunday, June 17, 2012

Umrah dan ziarah

Sejak akhir-akhir ni rasa membuak-buak nak ke sini lagi.
Last pergi masa form 4 kalau tak silap, ke form 5 ek. Dah ingat-ingat lupa. Alhamdulillah, parents selalu bawa pergi sama kalau derang nak pegi tapi lepas dah keluar dari tanggungan ibubapa, takkan la depa nak bawa lagi ye tak?
Dalam ingatan ni ada sipi-sipi lagi kenangan masa p Mekah tengok kubur tok. Masa tu baru 5tahun, Intan pon tak wujud lagi.

Perasaan masa sampai-sampai depan kaabah tu memang tak dapat digambarkan la... betapa kandounya.
Satu macam perasaan menusuk dalam jiwa tu.

Kali ni teringin nak kongsi perasaan tu dengan Mr suami. Ya Allah, buka kan lah jalan untuk mempermudahkan kami ke sana. Walaupun sebenarnya banyak kekangan nak p. Ye la, dengan anak-anak yg masih kecil. Tapi husband bg semangat ckp, insyallah, kalau ada rezeki... masalah macam mana pon akan dipermudahkan.
 Oh..sapa ek ada pengalaman bawa anak ramai-ramai p sana?Selalu duk tengok, paling ramai bawa pon dalam 2 orang budak kecik. Ni ada 4 orang ni. Patut tinggal setengah bawa setengah ke, macam mana ek? Kalau ikut cost, memang la mahai kalao nak bawa 4 orang. Harga kanak-kanak 2-12 thn adalah 80% harga dewasa. Tapi nak tinggal 2 orang macam kesiann pulak. Yang pastinya, baby mesti kena bawa sebab dia menyusu lagi.

Plan nak p next year time cuti sekolah March ke, May ke... time tu umur anak-anak ikut birthday ialah 7, 5, 3 dan 1.

Oh,,...kenapa la membuak2 sangat perasaan sekarang ni?

Sunday, May 13, 2012

Avillion Village Resort

Berkesempatan pergi Avillion, weekend escapade sajer...
Baru nak upload dalam blog ni. Berkurun dah pi... Eh, takde la berkurun sangat pon.
Bila ek...jap nak check tarikh.
28th April sempena aku naik keje balik lepas bersalin bb.
Ahahahhaha...walaupun untuk meraikan aku, aku yang plan..aku yang syok.
Mujurla anak-anak pun suka.

Oh yer, harga kat siini adalah melampau budget kami sebenarnya tapi teringin, nak nak jugak
pi so..keluarkan aa duit untuk ke sini. Nanti kite claim duit HP under program jalan-jalan cuti Malaysia ek.

 Harini 1st time la nak guna moby wrap ni...merah nye makngah.

 Sampai je bilik, terus landing. Kami dapat bilik yang agak jauh ke tengah laut. memang best sbb sunyi. Cuma kurang best sebab budak-budak nak ke swimming pool jauh la pulak. Oh, ini chalet atas air.
 Sebelum mandi kat swiming pool, layan tub dalam bilik air dulu yer....hehhe.
Mama ambik gambar dari dalam bilik.
Lepak kat deck.........
 Tengah asyik mandi manda kat swimming pool, ada akak tu panggil budak-budak ni masuk cooking class. Buat pizza, apa lagi...mari kita uli..Lepas buat pizza, nak kena bakar kan. Lepas sejam baru siap, so layan pool dulu. Nampak tak bola tu....hehehe?


 Ni dia pizza Aichan, cantik...byk sayur-sayuran. eh ini sbl dibakar.
 Ni yang tgh ngappppp. Sorang satu pizza...tapi berebut.
 Jum dinner......................penat pegi swimming..perut pun dah lapar. Mana cukup dengan pizza 2 biji size kanak-kanak itu.

Lepas, balik makan malam kat SUp power, budak-budak pon ketiduran. Apalagi..chance mama pulak nk berkubang dalam bilik air. Bestnya shower head dia. Besar..macam ayaq hujan turun. Sambil mandi sambil tgk bintang...
Good morning PD............
Morning baby Aydan n abah...tergelak-gelak dia atas abah. 3 beradik tu masih lagi tido kat katill Queen tepi dinding.
 Lepas breakfast kiter layan peacock yer
 ada burung juga, rabbit, kura-kura, ayam hutan
 pastu mandi laut. sebelah temasek beach bersih sbb jauh dari public beach
 baby kehangatannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
 nun dikejauhan tu avi spa
 view of garden chalet sbl balik. nanti kita datang lagi yer. takyh duk atas air pon ok, murah sikit. ok..sikit jela kan. lebih dekat dgn pool, playroom, playground
terjumpa sya kt sini,,kurusnya dia

Dinner 13th May

Harini mood nak makan Western sikit.. pegi Jusco, beli apa-apa yang patut guna
voucher RM500 yang berbaki tu. Voucher ni dapat masa beli Cik Ford haritu. Baru nak
dapat lepas 5 bulan beli...huuhuhu.
Takpe la...dapat jugak. Awal-awal dulu ingat nk beli barang baby dengan voucher tu tapi
sebab lambat sangat...dah tu kita beli je la groceries ke, barang-barang mama ke ek.

Jengjengggggggggggggg...our dinner for tonight
 Steak yg tu, mula2 rebus dulu daging dalam pressure cooker sampai lembut.
Lepas tu baru susun atas griller tu...letak carrot, bawang besar, butter, salt and pepper, and steak sauce. Grill 20minit, lepas tu pecah kan telur, grill lagi 4minit gitu.

 Ini pulak mabou dofu untuk makan dengan nasi. Cara nak buat senang yang amat.
Cuma kena ada Touban jan(tauchu dan cili, boleh beli dlm botol kat su-pa), Toufu lembut, bawang putih, bawang besar.
Tumis bawang, masukkan air, masukkan touban jyan
Masak kejap
Masukkan Toufu

Yang ini tkyah habaq la cara nak buat kan....
Masuk dalam microwave 2minit...ready dah.

Dinner last Friday 4th may

Last Friday, ada 2 trainers dari Nihon datang. Train new application yang MR akan pakai.
Seminggu juga la trainers ni duduk kat Malaysia.

Memandangkan, sebelum ada Outlook Migration yang mana terlalu2 lah isogashi nye so sebagai tanda
terima kasih, customer iaitu Lilly membelanja agents.

Venue kali ni ialah buffet kat Shangri La Putrajaya.

Makanannya, aku bagi 8/10. Sedap..tapi macam tkde highlight kat mana yg paling sedap. Dessert dia mmg heaven la.. Salad bar dia pon byk sangat choices. Ada juga lauk pauk dan nasi minyak. Utk grilled section, ada beefsteak, lamb chop, udang, sotong. Ada juga steamboat section... Buah-buahan pon byk.

Oh yer, Aydan pun join jugak. Akak-akak comel la duk layan Aydan sambil mama melahap.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.