Sunday, March 24, 2013

Japan trip part 2

Layankan la yer cerita part 2 ni.
 Ni adalah muka suppin kata orang Jepun. Tak mekap bangun pagi nak pegi masuk office. Kenapa aku tak mekap adalah sebab beg mekap lupa bawa.
 Ini lunch depan office kat kedai sushi....yummy yummy
Ni pulak lunch day 2 depan offfice juga kat Gusto. Memang fresh la seafood nya...manissssssssss
Malam ni tido awal sebab esok mado dan anak-anak nak sampai. Kena bangun awal nak p jemput derang kat airport... oh rindu anak-anakku.

Shortcut cerita jemput anak-anak. Bangun pagi naik densha pukul 545 ke airport. Budget nak sampai pukul 7am.

Baru tau yang everytime nak masuk airport kena tunjuk mibunshoumeisho(ID). Nasib baik bawa passport.

Masa kat airport tu tersangatlah kandou tgk seorang bapak yang angkut 4 org anak dalam flight
yang full. Dah la seat kat tengah, terpisah-pisah pulak tu. Mujur juga flight tengah malam jadi sepanjang malam anak-anak tido je. Tapi memang rasanya taihen sangatla jalan dengan 4 orang budak kecik bawah 7thn ni. Baby lagi nak kendong...budak-budak pulak jenis yang suka pegi toilet.
Mujur tak ada insiden terkencing ka, termuntah ke....
Cuma masa nak lepas kastam tu Mado lupa nak confirmkan nama hotel yang aku duduk so puas
la duk momeru kastam tu.
Last-last jumpa gakusei sho tulis address university.

Masa jumpa anak-anak, masing-masing menangis sebab rindukan mama. Terus bawa balik ke hotel untuk berehat. Harini ada sabtu jadi cuti so petang nanti plan nk overnite kat rumah senpai Kak Anis.

Japan Trip Part 1

Aduhai, tahap kemalasan nak update blog.
Tapi bila duk search blog orang pasal trip nak ke Bali May ni, terus rasa nak sambung balik
menulis pasal beberapa trip yang langsung tak diupdate disini.

Dah agak basi entry ni tapi layan aje la yer.

Masa aku terima offer nak join company skang ni, memang time interview, dibagitau yang
akan dihantar ke Jepun untuk training sebab ni project baru so kami ni pioneer la. Project ni
sebenarnya nak pindah dari Japan bawa ke Malaysia memandangkan kat Malaysia pun ramai
Japanese speaker, boleh dapat dengan gaji yang lebih murah dan kos untuk handle company
kat sini lebih murah.
On the first day aku join, director dah panggil dan cakap you kena fly ke Jepun dalam minggu depan.
HHHHHHHHHHHHHHAAAAAAAAAA, terkejut aku! Mana sempat a nak uruskan anak-anak.
Mana dan aku nak buat stok susu 3 minggu untuk Aydan. Terus aku minta postpone ngan director, mintak nak fly dgn second batch yang akan join next week.
Alhamdulillah, director faham situasi aku dan dapat la aku lebih masa nak susun camno nk tinggalkan anak-anak dan suami.
AKu join 5/11 dan fly 26/11.

Lepas ting tong ting tong discuss dengan husband, aku cakap memang aku susah la nk berpisah dengan anak-anak especially Aydan. So, the whole expenses aku akan tanggung dan silalah Mr Husband ambik cuti 3 minggu untuk bawa anak-anak ke nihon.

Aku akan fly 26/11 dan husband beserta anak-anak akan naik flight 28/11 join aku disana.
Supaya time balik nanti boleh sama-sama balik, jadi terpaksa la melabur beli tiket dengan Malaysia Airlines. Dah last minute beli sebab nak confirm husband punya cuti bagai, tiket untuk suami dan anak 4 orang ialah 10k++....................................................................
.............................keluarkan duit ASB..bayar!
(Nasib baik ada duit sign on bonus yg company ni bagi...tercover la juga)

So, bye anak-anak...mama fly dulu. Nanti korang naik flight dengan abah yer.
company bayar so merasala naik business class makan berhidang, tido melunjur.
 
 

 First lunch in Japan. Tempura moriawase...


From left, me, anak Huzairy, Rodiah, Hajar, Suzon dan wife Huzairy.
Gila kot malam-malam  rindu anak-anak. Tapi lagi 2malam je Mado nak fly. Masa ni bermanja dengan Rodiah la layan nihonshoku sebab Suzon n Huzairy dah kat nihon 2 minggu, dah muak.
 
Oh yer, company dekat area Kinshi-cho so 3minggu++ akan stay kat Lotte City Hotel. Business hotel yang sangat cute, simple.
Nak tgk review tripadvisor dan gambar hotel ni boleh click sini


Hotel ni dekat dengan eki, senang nak shopping dan jalan ke office pon dalam 5min je.
Nak makan pon belambak kedai.....kiri kana depan belakang. Tak silap rate dalam JPY9000 semalam.
Lebih kurang duit Malaysia RM360. Mahal tapi hotel kat Jepun memang mahal.. sebab company bayar. Terima je la kan.

Saturday, March 2, 2013

Tangani perangai anak

Tangani perangai anak.
memang susah nak besarkan anak, tak kiralah untuk yang ibubapa bekerja atau untuk bapa je kerja
tapi mak kat rumah. Sama je penatnya.
Aku yang dah anak 4 ni memang terasa la banyak kesilapan yang dah dibuat dalam mendidik
anak-anak ni.
Anak-anak ni walaupun satu mak satu bapa tapi macam-macam perangai.
Ada yang manja, ada yang tough....ada yang baikhati, ada yang sesitip.
cara nak tangani setiap anak tu perlu berbeza.

Harini Aichan balik dari playground, dia nangis cakap sakit tangan. Nampak ada sikit calar. Lepas abahnya letak ubat pon, Aichan still merengek. Bila mamanya cuba nk belek-belek makin kuat
dia meraung. Aku yang panik takut patah ke terseliuh ke, dah berkira nak bawa gi klinik dah.
Mujur ada abahnya. Abah belek-belek, testing pusing sini pusing sana.... abah diagnose Aichan as "drama je ni, setakat calar sikit je". Abah ajak dia baring n tepuk2..lepas 20min dah main macam tkde
apa. Pdahal masa mama dia tanya punya la iye iye nangis cam nk terkuar anak tekak...
Hohohohho..... Aichan memang drama queen pon.

Nak share sikit kat bawah ni...

Tuesday, February 26, 2013

Musibah

Ditimpa musibah......down.
Note2 kena kebas..ada outsiders masuk office time kami keluar.

++++++++++++++++++++
Dear all. Please pay immediate attention regarding this. A staff at level 2 lost a mobile phone to a thief who conveniently walked into the office from 11.25am to 11.30am. The amazing thing is nobody noticed within the entire 5 mins period! The video revealed the very issue that we have been telling everyone to be aware of. Staff opened the door without checking whether is door is closed, locked or check if an outsider is tailgating. The thief smartly kept the door opened wide and staff goes in and out without bothering to close it. If you can recall, this is second incident since we shift here. A company at a different block lost some laptops during lunch time.


The following pictures have been sent to Propel and security guards.

11:24 – Tailgated a staff in



11:25 Went to a staff’s desk

11:26 Ransack a staff’s handbag

11:29 Took the staff handphone and left the office.


Itu Note 2 aku...........................waaaaa!!!!Rasa nak nangis 
tapi hati rasa beku je!
Masa nak keluar lunch tu 2 org pesan suruh aku bawa henset tu tapi
ntah kenapa rasa mcm taknak bawa... asbab kepada kehilangan henset itu.

Sapa-sapa ternampak mamat ni kat mana-mana be careful. Berani betul dia tau.
Padahal team mate kitorang ada je cuma semua orang tgh busy on call jadi tk perasan.

Wednesday, February 20, 2013

EE Burger, Langkawi

EE Burger ni memang terbaik.
Terletak di Pekan KUah Langkawi berhampiran dengan Bella Vista HOtel. Spaghetti sedap, lamb chop lembut...nasi goreng pon best!

Rugi kalau datang Langkawi tak makan kat sini. Lagi satu pulak, harga nya murah kemaainnnnnn
Siap tapau bawak balik hotel lagi.



The Andaman, Langkawi


Bismillah.
Nak cerita pasal aktiviti ke Langkawi dengan tiket AA yang dah dibeli 6 bulan lepas. Nasib baik
bos lepas bagi cuti.

Perjalanan kami ke Langkawi ni kejap je. Plan asalnya nak bawa anak-anak naik flight tapi tak
sangka pulak rezeki ke Jepun bulan December haritu. Jadi, pergi jugala ke Langkawi sebab dah ada tiket AA kan.

Flight lewat.. sampai Langkawi jam 7.30pm. Kakak mado duk Langkawi tapi dia tak ada. Jadi kami rental kereta dia je la. Dinner malam tu kat seafood tepi Bella Vista. Banyak pilihan kat situ. Harga pun boleh la... Tapi dinner malam kedua lagi best. Dekat EE Burger Langkawi. memang sangat best dan harga sangat murah berbanding KL. Spaghetti dia terbaikkkk. Pasal EE burger ni nanti kite cite lain.
Area Bella Vista ni time malam ok la sebab tak nampak sungai yg tersumbat tu...ehehhe.

Lepas tu kami check-in kat Hotel Langkasuka. Semalam RM140 je. Hotel ni dalam mall jadi senang la nak shopping. Kami pilih hotel ni sebab dekat dengan Kuah jadi boleh a shopping sikit sebelum pindah ke hotel seterusnya. Hotel ni boleh la...nak kata teruk sangat tak juga. Tapi rasanya, dengan harga RM140 boleh dapat bilik yang lagi besar dari ini kat area pantai Cenang.

Bangun seawal 630am, (sama je macam hari kerja) budak-budak dah mengadu lapar. Terus bersiap untuk breakfast dan turun breakfast kat hotel je. Agak kurenng best la menunya, nasi lemak telur rebus, bihun goreng kosong(kosong ok..ada tauge je kot) dan kuew teow goreng kosong. Untuk western bfast ada baked beans, roti dan scramble eggs. Telan je la....nasib baik untuk kanak-kanak seorang je kene bayar RM7. Yang lain free. Kalau lebih RM10, baik pegi kedai mamak boleh makan 5 beranak.

Lepas makan, kemas-kemas barang, terus checkout untuk our next destination. Sebelum tu singgah kat kedai Hj Ismail beli coklattttttt.

Setelah menempuh perjalan hampir sejam dari pekan Kuah, sampailah kami ke The Andaman.

Best sangat The Andaman ni. Dalam hutan tapi tepi pantai. Boleh enjoy kedua-duanya. Pantai kat Andaman ni hanya boleh access dari hotel The Andaman atau The Datai sahaja.
Pantai pun sangat cantik. Airnya bersih, well maintained resort, pokok-pokok yang tinggi menghijau. Rasa relax sangat kat sini. Oleh kerana kami sampai agak awal, jadi bilik tak ready lagi. Just tinggal beg kat lobby and off to the pools.
Pools ada slide untuk kanak-kanak(adult pun boleh).

Tengok la air yang jernih ni. Pasir pulak gebu macam bedak. Air tenang je, sesuai untuk kayak juga.
Pool towel nye sangat besar gedabak boleh buat selimut..ehhee


Lebih kurang pukul 1.30pm baru la kami dapat masuk bilik.
Bilik The Andaman ni sebijik macam dalam gambar. Katil double adalah lebih besar dari katil King ye.
Kalau nak rasa katil sebesar-besarnya sila ambik double bed yer.
Bilik ni juga ada L shape sofa yang boleh ditransform menjadi katil. Extra pillows, extra blankets boleh minta.

Terbongkang haa tido lepas main air. Besar tak katilnye? Lunch makan apa yang ada je sebab nk order room service teramat la mahal. Pulak tu, satu tak cukup. Nasi goreng RM48++
Nasib baik petang tu dapat free buah sebakul. Alas perut dengan buah-buahan sebelum keluar untuk dinner. Hotel ni memang jauh dari kedai-kedai so nak taknak memang kena keluar dengan kereta la.
Drive-drive tengok-tengok dah sampai ke Kuah (40mins) so makan je kat EE Burger.

  The next morning, dah nak kena checkout awal sebab flight pukul 1230 Lagipun nak kena hantar kereta Kaklong kat Kuah.
Sempat juga la turun beach dan pool pagi tu.

                                     View restaurant.
 Beach dan monkeys.....cantikkk kan airnya. Rasa nak pergi lagi.


Ini adalah tempat pemuliharaan batu karang. Banyak batu karang rosak masa tragedi Tsunami jadi, The Andaman mengambil initiative untuk kutip batu karang ni dan bela dia. Nampak tak ada pakcik tengah menyelam tu. Dia menyelam sambil bersihkan batu karang. Cantikkk tempat ni. Kita tak boleh la join menyelam sekali. Tengok je dari atas. Anak-anak panggil ni rumah spongebob. hehehe

Oh yer harga kat sini rate 700 tanpa bfast. Kalau ada breakfast lagi mahal. Mula-mula nak ambik Meritus Pelangi kat Cenang tapi end up by the time nk book kat agoda, dah habih.  Rate paling murah kat Agoda.

Sampai kat airport pukul 11, lunch kat Marrybrown sebelum berlepas.

Bersawang

Dah berbulan juga blog ni bersawang.....

Friday, November 9, 2012

Moving to a new place

Ok, dah selamat dapat account untuk log in pC kat office baru.
Kalau tidak, terkulat-kulat tgk orang lain punya PC.

First day reporting, boss dah bagitau you kena p Jepun utk training selama 3 minggu. Mak aiii.. dan boss suruh fly minggu ni juga. Panic sekejap sebab pikir macam mana nak uruskan anak-anak.

Merayu suruh boss postponed kan date nak ke Japan.

Alhamdulillah dapat postponed ke 26hb. So sempat la nak arrange apa-apa kan. Kalau tak, passport pon
dah mati, visa tak apply lagi. Apa boss ingat, kami ni pemegang passport Jepun ka senang-senang
nak masuk Jepun balik.

Plan awal, I fly 26hb dan husband akan fly 30hb membawa 4 orang kanak-kanak.
Tetapi, semalam... hasben cuti sebab adik dan mak datang. Dia menjaga 3 (anak sendiri)+2 anak sedara
dia jadi serik. Dia kata membazir duit je pegi pastu kena duduk kat hotel jaga anak-anak je.
Yerla, tiket dekat 9000 jugak

Thursday, November 1, 2012

Resignation

Alhamdulillah.

Akhirnya berjaya juga tender 24hrs notice kat boss walaupun 3 hari baru nak settle.
Harap-harap tak ada apa yang sangkut lagi dah.

Insyallah, next week bermula la journey aku kat tempat baru. Apa nak jadi, belum tau lagi.
Semoga di tempat baru ni memberi lebih peluang untuk aku belajar.

Resignation kali ni tidak semudah yang disangka. Tak se smooth sebelum ni. Mungkin
sebab dalam keadaan tergesa-gesa nak berhenti, itu yang menyulitkan segala-galanya.
Dengan baru balik dari cuti Raya haji lagi la kan.... offer letter pulak baru je terima time cuti.
jadi, mana lah ada masa nak settle kan. Lagi pulak Day in lieu ku masih berbaki 4 hari,
OT 4 jam pun burn bodo macam tu jer.

Tapi aku tetap la bersyukur sebab start next week, company baru dah beli aku....kembang kempis
pulak  rasanya bila kena beli dengan company lainnn..wohohoho. Terdesak sangat la tu
nak cari Japanese speaker. I m happy working as a Japanese language IT support as long as...
hmmm.. as long as apa ek? As long as call tak de non stop dalam 8 jam tu kan. Hekk hekk hekk.

Tempat baru nanti, yang bestnya team mate kat opis yang sama dah confirmed ada 4 orang dan
its growing. Hohohoh.. habih la korang kena beli. OK apa kena beli.. dah la kena beli, dapat bonus
lagi tu, kan. Sapa tak mau!

Tapi yang agak memeningkan kepala ialah, kemungkinan besar nanti kena hantar pegi training
kat Jepon...... kalau dapat angkut hasben dan anak-anak sekali... alangkah bahagiaaaaaa nya!
Rasa macam nak balik kampung pulak.

Nak tulis ke tak ek pasal kes resignation kali ni??? Lepas beberapa kali air mata ini tumpah
sebab very very very upset, baru nak settle ek! Actually tak berbaloi air mata ni tumpah tapi..
dah geram sangat! Biar je la.... seb baik tak pengsan je. Tapi 3hari juga la sakit kepala.

Okla, boleh la lepas ni continue Shaklee dengan gembiranya di opis baru!

yatta!yatta!

Tuesday, October 16, 2012

Testimoni Lecithin

Oh yer, nak tambah sikit testimoni set diet Shaklee dengan Lecithin yer.


credit to kak Yati



Lecithin sangat best, Thanks to Shaklee. Makan bagai nak rak pun tetap mantain badan.
Perut tak meragam,,,hati pun senang.


Lepas cuti 3 bulan, masuk kerja semua dan aku masih setia dengan lecithin. Tapi berat badan ni
on off pulak. Turun naik 65-67kg. Aku pun on off makan lecithin. kurang istiqamah.
membazir beli mahal-mahal tapi tak serius amalkan. Aku start disiplin balik dan selepas 4 bulan,
berat badan turun ke 58kg.


Testimoni lecithin saya pulak.

oh yer..saya pun tengah amalkan lecithin +ESP/Cinch.
Dalam 2 minggu dah rasa seluar makin longgar.


And bila lagi? Pm saya di facebook siti sohailah atau sms 019 2205010 atau email ct10th@gmail.com

Mari turunkan berat badan dengan vitamin

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update blog. Kali ni, saya nak berbincang mengenai cara nak turunkan berat badan dengan vitamin.

Sebelum ni juga saya dah ada bincangkan tentang cara nak menurunkan berat badan di sini

Ramai yang nak kurus dengan cepat, tapi tak faham bagaimana konsep berat badan dan menurunkan berat badan.
“Ambil produk XXXX tapi tak kurus pun”
“Kalau kena diet (tak makan), sama je lah ambil produk ni atau tidak”
Mula-mula kita kena tahu apakah sebenarnya yang menyebabkan badan jadi naik. Makan makanan berlemak? Kajian mendapati pengambilan makanan berlemak BUKAN FAKTOR UTAMA yang menyumbang kepada kegemukan. Tetapi, jawapannya adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.


Kehilangan jisim otot menjadikan tubuh kurang keupayaan membakar lemak, dan merendahkan metabolisma. Hasilnya, bila kita dah berhenti ikuti diet tersebut, misalnya dah mula makan seperti biasa, tubuh sudah tidak boleh membakar kalori seperti sebelumnya. Maka jadikan kita lebih gemuk dari biasa!
Jadi, bagaimanakah cara cepat menurunkan berat badan?
Pertama, anda HARUS menstabilkan persamaan CALORIE IN = CALORIE OUT. Secara amnya, mesti kurangkan mengambilan kalori dan lebihkan aktiviti fizikal.
Bila kita kurang makan, makan tubuh kekurangan nutrisi, betul? Namun harus ingat, bila tubuh kurang nutrisi ia menyumbang kepada kehilangan jisim otot.
Oleh itulah kita perlu mengambil produk kurus tadi tu. Produk kurus sepatutnya tidak menjadikan kita kurus secara ajaib, tapi menggantikan nutrien yang kita hilang apabila berdiet.
Jadi, adakah anda kena diet lagi walaupun ambil produk kuruskan badan? Jawapannya, YA.
Bezanya di sini adalah – produk kurus badan yang mana satu?
Apa ciri-ciri produk kurus badan yang bagus?
  1. Memberikan nutrien yang mencukupi.
  2. Melindungi otot.
  3. Indeks glisemik yang rendah.
  4. Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
  5. Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
  6. Diuji secara klinikal!


Yang penting, look for the facts, not fads. Jangan tertipu dengan testimonial semata-mata, sebab testimonial orang boleh tipu tau!
Program turunkan berat badan yang terbaik haruslah:
KEKALKAN OTOT YANG SIHAT
BAKAR LEMAK BERLEBIHAN
LOSE INCHES YOU DON’T WANT!

Tunggu apa lagi, mari kurus dengan vitamin Shaklee, contact saya di FB atau mail ct10th@gmail.com atau 0192205010


sumber http://vitaminsemulajadi.com/

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.