Wednesday, November 24, 2010

Gambar-gambar sepanjang wiken haritu

Ini kat The Empire... anak dara aku tu bila kuar rumah, tengok aku sarung tudung, dia pun carilah tudung dia. Tapi ada pulak tudung favorite... tudung tu je la dia nak pakai. Trend sekarang blue jeans je. Seluar lain ke, skirt ke, NO!NO!. Boleh meraung pecah rumah






Ni pulak masa open day tadika Universal. Dia bg pakai uniform, ala-ala bagi feel kat anak-anak.


Ni pulak gambar masa aku masak-masak



Monday, November 22, 2010

Ours

Tak Sabaq dah nak duk sini...weekend hari tu sempat ronda2... macam tak lama lagi dah nak siap...
Tgh pikiaq nak reno macam mana...

Activity weekend 20 & 21 November

Hari Sabtu, sibuk nak mencari tadika dan taska baru anak-anak. Bukanla aku tak puas hati dengan taska sekarang cuma dalam tahun depan kami nak pindah ke Serdang. Jadi takkan la aku nak kena masuk sampai PUJ 1 untuk hantar anak-anak tadika dan taska kan?
    Route untuk aku pergi kerja ialah dari Aman heights ke Cyberjaya. So aku akan lalu Taman Universiti Indah, Bandar Putra Permai dan LEP pun tak lah jauh sangat. Kali ni aku aim nak Islamic kindy english medium. Sebelum ni Aidil tadika kat Krista. Plan memang tak continue dengan Krista sebab nak bagi Aidil pandai bab-bab agama. Time aku survey dalam internet, yang aku nampak cuma Lil Caliph je dekat area putra Permai.
   Oh yer, pagi Sabtu kami ke Empire. Sampai pukul 1030, carpark kosong je lagi. Heheh... ronda-ronda, bagi budak2 naik train Christmas Celebration tu dan cuci mata kat Toy r Us. Aidil n aichan minta nak beli sunnies sorang satu. Tapi kt Toy r Us tu ada yg girlish je so cancel beli sunnies la at the moment. Puas jalan-jalan, beli roti kat The Loaf. Mak aiii...mmg sedap! Subarashi la Japanese bakery ni. hahha...Tak rugi. lenkali kita pegi lunch ke tea time kat situ yer abah, sayang....ihihi.
    Balik dari Empire, perut berbunyik mintak nasi. Terus kami ke Red Wok, teringin nak makan Som Tam yang sedap tu... Menu kami kali ni Nasi goreng ikan bilis halus, Som Tam, Sotong Kung Poh, Chicken Marmite. Air pulak, strawberry blended, fresh orange, chinese tea, teh ais, Dragon fruits special ice blended. Banyak betul order air...kedahagaan la katakan....


      Balik dari makan-makan, kami ronda-ronda kawasan Bandar Putra Permai. Cari Kindy yang sesuai... anak-anak dah tidur so aman la sikit. Lepas tu singgah pulak Jusco sebab nampak ada sale. Dapat la aidil 2 biji kereta Mc Queen yg sale 50% dan Aichan dapat set make-up(mainan) la...

21 Nov

           Tadika Universal ada buat open day. Tadika ni dekat shoplot, belum renovated lagi. Uniform comel..hihi. nanti aku upload pics Aichan try uniform.. monthly punya harga utk half day, Aidil RM220, Aichan RM180. Kalau full day, tambah lagi sorang RM180. total for whole day RM760. Registration fees, seorang dalam RM1k..... lebih kurang macam Krista la. Kalau duduk sampai petang, ada kelas Iqra dan Fardhu Ain. Kira menepati jugakla pencarian aku.... Teacher Umi punya explanation pun bagus, tapi aku kurang berkenan sebab dia shoplot dan the earliest can send in is at 7am. OT pun agak mahal. Sejam RM5 kot. heheh... bab budget tu, alhamdulillah. Aku dah niat, kalau aku dapat kerja baru yang boleh upkan gaji aku, aku akan hantar Aichan pegi playschool jugak.

Thursday, November 18, 2010

Kedai tutup sebab raya..

Akumasih lagi di opis. Jam kat PC ni dah tunjukkan pukul 19:31. Adeh laaaa... Awat aku lenguh-lenguh badan ni?? Hari lak aku tk bawak pumping set aku(bukan untuk exercise yerrrrr), terpaksa la menahan bengkak, sementara nak sampai rumah kul 830 satgi.

Harini patutnya aku kena p farmasi. Carik bekalan pill yang aku tak boleh miss setiap bulan tu. Hihihhhii....tau kan aper mende tu. Ni dah 2 hari aku miss.. aku terpaksa la cari afterpill juga untuk mencover kegiatan ku masa 2 hari lepas..hihiks. Buat-buat tak paham dah la yer!

Lapaq la pulak.. ada ke kedai makan yang buka dah? Kalau setakat McD ka, KFC ka.. uish, tak selera la pulak. Teringin nak p Hot Woks kat Bangi tu.. buka ke tak ekkkkk???? Tolong la buka, saya lapaq ni. takde nye orang nak bukak sebab ko sorang je lapar...oi.

Aidiladha

Hari raya pertama aku cuti tapi lepak2 je dengan anak2. Satu hapak juadah pun tk sempat nak masak. Heheh.. alasannya, tak sempat beli barang basah. Kesian tak? Patutnye weekend haritu lagi dah kena prepare barang-barang mentah. Tapi galak berjalan2 berehat-rehat sampai lupa yang dah nak raya. Minggu ni pulak aku keje kul 11am sampai pukul 8pm. Mana la sempat nak pegi pasar sebab anak-anak aku yang jaga. adeii..
     Husband aku blk rumah dalam pukul 730am(dia keje shift malam yer, jaga server kat untuk Japan). Terus mandi wajib... sunat aidiladha dan teruih p solat kat masjid. Aku pulak kebetulan budak-budak terjaga masa aku bangun pagi kul 3 kemas rumah. So pukul 7am tu depa masih syokkkk lena atas katil. Aku pun mandi wajib sunat juga. Hahahha..pakai baju lawa-lawa touch up sikit-sikit and gerak budak-budak suh mandi.
  Kami ni layan solat aidiladha kat TV je la. Breakfast tadak,yilek. Aku buat air nescafe and tunggu somi balik utk ajak dia pergi cari lemang dan rendang.. Sedehnyaaaaaaa........
    Dia balik..off we go, ronda-ronda cari lemang.Aduh..banyak yang dah habis... Akhirnya dapat la sebatang lemang dan 2 tipuware rendang ayam. Bila balik nak makan, intan adek aku ni baru je sampai.
   Ngapp ngapppp, sekali hadap je sebatang lemang tu. Terpaksala husband aku yg dah mamai sebab ngantuk tak tido2 lagi tu keluar blk untuk cari lemang lagi. Kali ni rezeki kami, dapat la 3 batang lemang dengan harga RM20. Tapi lemang kali ni kurengg best berbanding lemang no 1 tadik. Takpa laa..asalkan ada.
     Lepas tala lemang, mula la rasa mengantuk. aku dan intan pun layan la tidoq dulu. Padahal plan nak pi raya rumah Kakcik kat Bukit Jelutong. Hahahha...kesian kakcik duk tunggu2 kami tak sampai lagi.
   Kul 12 baru tersedar dari lena yang panjang, terus kalut2 ajak Intan p rumah kakcik. Ish..sampai-sampai rumah kakcik, akak aku tu dah keluar p beraya rumah kawan dia. Mujur anak2 dia tak ikut skali.
   Aidil memang tersangtlah aktifnya.. rumah akak aku tu ada courtyard, pastu ada la kolam ikan yg dalam, ala2 hapus kepala aku. Kolam ikan tu cumalah dipagari pagaq renek(takat lutut aku). Aidil pulak berlari kesana kesini.. Kedepunggggggggggggggggggggggg... Ya Allah anak aku jatuh kolam kaaaa.....
>
>
>
>
>
Mujur dia cuma tersadung pasu bunga ja..terjun dalam pasu bunga ya. Bukan dalam kolam ikan koi.
Bengkak la sikit atas mulut dia. aduih.. lepas tu barulah kami lunch dengan pulut dan rendang ayam dan juga sambal petai ikan bilis. Yummm yummy. Sedap. Habis licin pulut kami anak beranak hantam. Rasanya orang utara ja makan pulut dengan sambal ikan bilis kan??kan??

Sunday, November 14, 2010

Kenduri

Semalam aku pergi kenduri kawan husband aku yang merangkap partner dia kat opis.

  Rasanya dah lama betul aku tk pergi kenduri. Last sekali aku pergi kenduri kawen masa Faiza kawen kat Mahang, Kedah. Skang Faiza dah pun ada baby.. Kenduri kawen aku pegi semalam kat Klang. Meriah... dengan DJ nyer, dengan pengantin serba merah...wah2 teringat zaman aku kawen dulu. HEhehe...sekejap je perasaan jadi raja sehari tu berlalu, dah jadi queen beranak 3.

  Apa aku nak cerita pasal kenduri kawen smalam ialah bab makanan. Memang sangatla berbeza dengan makanan kalau kenduri kat Utara. So, rasa kurang terubat la rindu nak makan kenduri. Kalau kat Kedah menunya ialah, nasi tomato/nasi minyak, dan lauk2 wajib ialah gulai daging dgn ubi/btg pisang, ayam masak ros, daging masak hitam/masak tok, acar timun. Pegi mana-mana pun mesti ada lauk ni. Lepas tu ada la add on lagi masak gulai ikan kering dan nanas ke, dalca sayur ke, ikan talang goreng ke, sambal belacan dan ulam.. ehehhe. Semalam aku makan tu lauknya, nasi minyak, kari ayam(tk sempat rasa sbb dah habis), ayam goreng berempah, daging rendang, masak lemak nangka dan kerabu pucuk paku. Oh yer, kat Kedah jugak selalu ada kerabu perut... uish..sedapnya... Kat kedah masih banyak la makan berhidang..(prefer makan berhidang sebab tak yah beratur dengan anak2 kecik ni). SOrry yer, google2 kat internet jumpa yang ni...
Gulai batang pisang...(bukan gulai pisang yer)

Wednesday, November 10, 2010

Busy

Aduh...sejak dua menjak ni aku teramatla busy. heheh.. maklumla, start keje pukul 630am. So pukul 5lebih dah nak kena bangun. Time husband aku juga keje atau the worst keje mlm, aku kena siapkan anak nak pegi skolah. Angkut 3 orang masuk kereta seawal 6 pagi. Kalau berjalan smoothnye takpe la. NI kejap ada yang nak mandi kat rumah la. Ada yang nak tido lagi la.. Mana mampu aku nak dukung 3 sekali naik kereta. Abang ngan kakak kenalah jalan sendiri. Aduh..penat! Balik kerja memangla awal sebab masuk awal. 330 pm aku dah log off, singgah pasar, beli ikan sayur bagai, balik masak. kletung kletang...solat, mandi sumer dalam pukul 6 pegi ambik anak-anak kat daycare. Bila balik tu, ada yang dah lapar balik. Selalunya Aichan la lapar dulu. Ada yang nak nenen...lagi. kadang2 si kecik ngantuk lagi...
   tetapi, nak bersyukur sebab ada suami yang sangat memahami. memandangkan dia cuma kerja 3 atau 4 hari seminggu starts from Ahad, jadi bila time dia tak kerja. dia sangat2 lah baik..Hihihi(rasanya darling tk baca blog saya kan???). Dia akan uruskan baju-baju yang nak dicuci, pingggan mangkuk. kemas rumah.. Aduhai..sangat-sangatlah berterima kasih kat darling ni. Hihi..memang sentiasa menanti time cik abang cuti nih. Hahahaks....
  Eh...korang tk percaya ek kat husband korang.. as for me, aku percaya 100% suamiku so kalau lah aku pergi dulu, aku memang letak semua peninggalan kat dia. Aku yakin, dia boleh jaga anak-anak dengan baik, mungkin lebih baik dari aku jaga anak-anak sebab aku selalu naik darah je ngan anak-anak ni. Aku juga yakin dan bagi kebenaran untuk suami aku kawen lain andainya aku pergi dulu. (eleh, kalo aku tk bagi, macamla aku boleh halang). Ewah..sedeh la pulak.
  Oh ya, lari topik jap. Nak cerita sikit pasal kerja aku sekrang. Customer yang kitorang support ni kerja MYT 630am sampai 8pm. SO shift akan dibahagi 3, sorang start 630-330, no 2 start 830-530, no 3 start 11-8. tapi shift no 2 skang dah tak ada sbb cuma tinggal 2 agents je. Memang agak banyak calls kalau kena pagi-pagi ni sementara nak tunggu agent yang sorang lagi datang pukul 11. Semalam pulak agent pukul 11 MC. Backup sorang lagi kejap ada kejap tak ada sb dia kena support team lain. Agak penat jugak la. Dengan mail tak sempat buat.... Agent back up tu lagi kesian, kena kerja 7am to 8pm. So, aku tak sabar-sabar nak tunggu weekend.... Nak berehat sepenuhnya. Ehehehe...

Sunday, November 7, 2010

Soooooooooooo sleepy today

Layan Mini Shopaholics sampai habih..akibatnya.. mengantuk di tempat kerja. Wahaaha...tk leh nak
salahkan siapa2...

Friday, November 5, 2010

Pregnant in Japan Part 1

   Kali ni nak discuss pasal pengalaman aku berpantang. Memandangkan aku mengandungkan anak pertama dan kedua kat Negara Matahari Terbit tanpa keluarga disisi melainkan suamiku tercinta, jadi cara aku berpantang lepas bersalin pun terpaksa la ikut cara orang sana.
 Seawal 4 bulan, aku dah mula balut perut. Hahah.. orang kita berpantang baru balut perut tetapi orang jepun mengandung 4 bulan dah balut perut. Alasannya ialah supaya position kita lebih elok dan dapat pelihara baby. Balut perut ni sebenarnya budaya orang Jepun tapi saya yang memakainya memang suka. Kalau time musim panas, agak rimas la juga. Tapi kalau dah sejuk2 tu memang selesa. Sakit pinggang pun kurang la kalau saya balut perut sebab ia support perut kita. Dan katanya dapat mengurangkan kesan regangan perut.
(eh..macam betulla. Anak ke 3 saya tk pakai..mcm byk lak parut).
EH..jangan salah sangka yer, balut perut ni bukan macam bengkung yer. Dia ketatkan bahagian bawah je utk support perut yang membesar. Bukannya pegi ketatkan baby tu yer. Ada banyak jenis pulak.. ada yang tradisional tu guna kain panjang dibelit-belit(macam bengkung org melayu la), ada yg soft support secara modern yang disarungkan macam skirt utk support pinggul dan ada juga yang ala2 girdle sekali dengan underwear yer.

Ini adalah contoh yer..mesti make sure bahagian support tu kat bawah perut yer. jangan pulak pegi ketatkan kat bahagian baby duduk yer.. Senak la jadinya. Lagi satu, jangan pulak pakai kat luar yer. Ni pakai layer dalam yer. Aku still simpan stok yang Jepun untuk pregnancy kat sini. hehe.. especially time perut dah sarat2 ni memang selalu sakit pinggang dan rasa tak selesa nak jalan jauh. Jadi kalau pakai ini, rasa perut takder la bergoyang ke kiri ke kanan kalau berjalan. Kalau pergi antenatal class pun bidan-bidan akan sarankan pakai ini.



Time ante natal class, macam biasa la, kat Malaysia pun ada kan. Akan diberi pengetahuan ttg susu ibu, penjagaan pemakanan supaya berat badan tak naik sangat. Elakkan makanan masin-masin dan manis-manis. Lain-lain tu saya rasa sama je macam kat Msia kot. Oh yer..di Jepun kalo ko sakit time pregnant, pegi klinik.. minta kat doctor nak ubat demam ke, nak pil tahan sakit ke, ubat selsema ke, puas la berdialog dgn doctor. Dia memang seboleh-bolehnya taknak bagi. Puas merengek merayu pun aku pernah dapat ubat kumur dan antibiotik je. Hahaha..terpaksa la survery beberapa klinik utk jumpa doctor yang lebih bertimbang rasa untuk bagi paracetamol kat pesakit dia.. hahah.. utk pengetahuan, paracetamol tkde jual kat kedai-kedai biasa yer. Time aku pregnant no 2, sah-sah aku dah serik so aku dah bekalkan diriku dengan panadol yang diimport dari Malaysia. Hahah..tak daya nak merayu mintak PCM dari doctor.

   Bab vitamin pun doctor-doctor tak bekalkan unless ada masalah. Contohnya anemia ke, kurang darah ke..(yg tu je aku tau..ahahaks) sebab aku pun kurang zat besi jadi dapatla pil zat besi. Selain dari itu, aku ada jugak consult doctor. Dia cakap, dengan makan makanan berkhasiat sudah mencukupi. Alamak doc, itu menu orang jepun. Setiap kali makan kena ada sume jenis warna, merah, hijau, kuning, putih dalam menu. satu carbo, 2 jenis sayur , satu sup, satu protein. Tapi kalau masakan melayu, 1 nasi, 3 lauk, satu atau tiada sayur. waduh2.... eehheh. kalau camni, terpaksa la makan washoku..
Tgk la gambar kat bawah ni..brapa byk sayur daaa.. I like it but..nak buat masakan melayu camni...agak malas susah.

Ahh..terliur pulak tgk masakan jepun ni.

Simple and healthy. hahaks...korang mesti rasa kering kontang kan lauk2 ni. Kering tu la sedap. Boleh makan lauk je. Pastu baru suap nasi. Nasi jepun dah sedap jadi tak payah letak lauk.kuah2 untuk menambahkan rasa.. OOps...lari topik pulak.

Kalau korang nak naik flight bila perut dah boyot2 sangat..make sure ambik surat doctor. Takut ada pulak yang terkandas kat airport nanti. Especially kat Jepun la. Derang ni kan agak strict dan kebanyakan orang mematuhi undang-undang.

Nanti aku sambung part 2 pulak yer

Thursday, November 4, 2010

The best Kari Kepala Ikan in Penang

As for me..the best kari kepala ikan in Penang is near Gurney drive. Actually the restaurant i nicknamed it as restoren pokok buluh (bamboo restaurant) since there are so many bamboo plants around the restaurant. The restaurant itself is quite dark....not so fancy restaurant..hiding behind old english+chinese architecture which has been abandoned since I was 8yrs ols(22yrs back). So, I ve been a regular customer to this restaurant since i was 8. Everytime me and my family went to Penang, surely we would stop for lunch. At that time, the owner was a Chinese mualaf aunty. During lunch time..it was always packed with customers (mostly Chinese). As for me, when I see Chinese going to Malay restaurant, the restaurant must be very good. Hehehe... Indeed...it is very good.
      The kepala ikan was so fresh. The curry is not Indian style curry but more to Malay curry but with less oil. The curry was seen cooked separately with the fish head as to ensure the fish is not cooked to long to maintain its freshness and juicyness. The fish head will be cook after you ordered so it will take some time to reach your table... Other menu you can find here is ikan bawal goreng bersambal. The fish will be deep fried and after that the thick sambal will be put on top of the fish. Oh yeah, forgot to mention that you can also order ladyfinger(bendi) to put inside the curry . Oh how is miss kari kepala ikan Gurney drive.
      You can also choose from ready made dish such as sambal terung(very very nice with sweet sambal), sambal tauhu, sambal belacan, ulam-ulam etc. (ahahha..we only ordered that three so I can only remember that). If you go to Penang, you must stop by at this place cos only orang yang tahu saja tau kedai ni...

price : around RM60 for 4 adults
opening hrs : lunch time only
how to go : there a road behind Gurney drive. You can see SHELL in front on your right, the restaurant is on the corner of the road on your left. Its at corner of Jalan kelawei and Jalan Jones. You can see mamak stall selling drinks and newspaper but thats not the in. Go in further or can ask from uncle mamak where is the kepala ikan..eheh

View Larger Map

Wednesday, November 3, 2010

Tokyo Disneyland

I really heart Disneyland. haha..dah tua-tua pun suka pegi Disneyland daaa...
   Last I went there during summer holiday in 2008. As we were going back to Malaysia for good after that, we really enjoyed our days in Tokyo Disney Resorts. A night in Sheraton Disneyland, had a surprise birthday celebration for my husband....
  Actually, just walking around in Disneyland could satisfy my. Now I know, why some Japanese bought the 'Annual Passport'... hahah.. no matter how many times you I go there, I will always heart to go there again!

  The reason why I wrote about this is that, I caught something in veetle tv that reminds me of Disneyland.

    Aku terdengar lagu theme disneyland actually.. aduh..rasa nak flashback je pegi balik nihon. Enjoy the moments. Sebab aku teringat masa aku kat Disneyland, masa nak balik tu aku ada berselisih faham ngan laki aku.. menyebabkan aku terpaksa jalan sorang-sorang kat Disneyland station tu. Sedeh giler.. aku dah lupa puncanya. menjadikan aku tak sempat nak beli omiyage(cenderamata) kat Disneyland. Dah la nak balik msia masa tu... HUhuh.. tak dapat nak bawa balik apa2. Teringinnya nak pergi tempat tu lagi bawa anak-anak.

   Aku obsessed sangat dengan Disneyland ni maybe sebab masa kecik2 aku selalu tengok banggumi yang tunjuk pegi jalan2 pastu baca majalah Jelita(mak aku punya) yang tulis psal jalan-jalan kat Disneyworld la.. So, aku memang sentiasa berfantasy akan sampai tempat itu suatu hari nanti. Ewahh...ngengada la pulak! Hopefully, one day aku akan sampai situ lagi.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.