Tuesday, April 24, 2012

Moby wrap

Beli mobywrap kat bubalot.com Red colour... Tak sabar nak tunggu dia sampai. Dah hampir 6 tahun sling tak brganti

Thursday, April 12, 2012

Massage @Emperor spa

Bought this groupon voucher for about RM60 for 120min spa and massage package.
Tak sabar nak try sebab review dari kawan2 amatlah memberangsangkan....katanya akak urut ni pandai urut utk bersalin, naikkan rahim bagaiiii...hohooho

Fyi, ini kali ketiga aku kena urut (tk kira urut masa kecik2 sbb terseliuh kaki ek).
Aku ni penakuttt kena urut, sbb tu kali pertama aku urut satu bdn masa 2 bln lps beranak anak no 1.Sakittt woooo...terus serik, aku urut sekali je.2nd time pulak, ada promo kat hotel Pullman Putrajaya. Yang ni mmg best, lepas urut, wangi giler, rasa bdn berkilat2 dipolish. Duit pon bagai dipolish2 gak laaaa

Kali ni yang ketiga la kiranya...expected something like pullman punya urut..ooohh tak, sakitnya. Ni urut melayu style. Adehhhh...aku mmg tak tahan. Aku dah slow2 sbb esok aku nak keje..tapi tahap slow dia masih aku tak tahan. Byk ketul angin la..mujur la dia ckp rahim aku kat atas..hihihihi.bGi ceretain org mungkin suka urut2 malay style gini yapi utk aku...ohh.time kasih la. Spa takpe. Yg best nya part sAuna n scrub2. Maklumla, celah2 pelipat kaki dan belakang tu tidak rajin dan takdak masa nak menelek satu2 tapi masa kat spa td habih digosoknye. Hibihihiii...malu tapi, serah je la.

Nak compare urut kat pullman tu, dilakukan dgn berhati2, slow2 dan tutup2. Yang ini..agak expose ekkk..tk dpt bayangkan kalo pegi dengan org lain..hahahahahahahahahha

Ada duit lebih dan masa lebih, bak pegi spa kat pullman lagi laaa.

Sunday, April 8, 2012

Zoo negara

Barubalik....

Sangat penat.japgi la uploadgambar.

.....................................update.................................................................


 Acu dengan 2 girls...pinky theme

 Kembangnya mukakuuuuuu.........adeii la. Baru sedaq ka???

 Paling suka ialah aquarium ikan air tawar. First time masuk sbb dia terletak kat hujung sekali jadi selalu
tak sampai area ni. Tempat ni terletak lepas tempat animal show tu..
Sejuk je sebab beraircon dan banyak ikan besar2.


Cantik kan background ni?cam real jeee



Baby ketidurannn


Sementara nak tunggu animal show start


Sara sangat dahaga, dalam masa sejam habih 3 botol air 500cc dikongsi anak beranak.

Sara n tapir...cute sangat

terkejut tgk kura-kura besar ni. ada volunteer team tgh cuci kura-kura

Acu gedikkks dengan ularrrr...eowwww

anak-anak harimau main airrrr...

Adekah aku sama size atau lebih  besar drpd gajah kat belakang tu???ooohhhh




Lagi 4 hari dahnakstart kerja...stress..stressssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
nk kena berpisah dgn budak bulat ni

Thursday, March 29, 2012

Kegel @ Kemut

Nak tergelak pulak bila sebut kemut ni.

Harini aku pegi hospital lepas 6 minggu beranak utk check up mak baby. Ni adalah last appointment
aku dengan Dr Seri la utk beranak kali ni. Sayang gynae aku ni...rasa berkobar2 bila nak jumpa
Dr Seri ni. Huhuks..aku ni selalu fell in love dgn gynae aku...

Check up harini, ingatkan nak bawa baby masuk sekali tapi baby mood baik, tido atas abah dia so, tk bawa
la baby masuk bilik Dr.

Dr kata I look healthy... dr tanya, planning lepas ni macam mana. Discussed dgn dr, dia cakap kalau
nak start Noriday, tak payah tunggu period pun takpe. Boleh mula sekarang. Ok doc.. and plan next
baby dalam 2015 ke gitu la kan. Hihihihih..saya nk Dr gak sambut next time yerk Doc. Harap2 murah
rezeki, kalo dah tak keje kat Satyam pun ada company lain yng bayor kan yerk.

Lepas tu Doc scan, tgk rahim dah mengecut. Back to normal. Lepas tu dr tanya, pandai kemut tak??
apa dr?? Kemut2....hahahhah.
Cuba u kemut...sambil dia scan. Aku mula2 confident je jawab aku pandai kemut.
Bila aku kemut...Dr cakap, ni salah ni. Ni kemut bontot....oppps.....................
Adeiii la. Dr kata practice makes perfect....
Kena kemut ni supaya rahim tak jatuh...to prevent vaginal prolapse or uterine prolapse.

Bagi Thank you gift kat Dr...coklat.

Sepatutnya lepas jumpa Dr Seri kena jumpa org utk Fisio tapi sbbkan tk ambik GL utk fisio, aku
skip je la.

Babai Dr Seri Suniza.. Insyallah jumpa lagi lepas 2,3 tahun.

Sunday, March 25, 2012

Sayang anak, tangan-tangankan

Aku sejak ada anak 4 ni makin cepat darah naik. Bukan blood pressure yang naik tapi cepat rasa nak
marah. Adakah sebab postnatal depression.

Kadang-kadang benda yang kecik pon boleh jadi hangin satu badan. Bila dah angin tu, apa lagi, sapa buat
salah memang kena la cubit ka, luku ka..sakit la.

Macam mana la nak kawal amarah aku ni. Kena banyak baca Quran, nasihat Mr husband..hehe. Macam laki aku, dengarnya dulu sebelum kawen ngan aku agak baran tapi lepas kawen ni, dia banyak baca
quran mmg byk la sabarnya.Alhamdulillah.

So aku nak list up perkara-perkara yang membuatkan aku tangan-tangankan anak2


1. Aku ni tk rajin nk kemas jadi aku cukup marah kalo anak2 buat sepah. Kalau nak main, kena main dalam bilik, lepas tu kena kemas lepas main. Tapi budak-budak ni bukannya nak ingat sangat pun. Kemas pun belum terus p terkam game pulak. Bila aku tengok, mula la aku nak jadi incredible hulk.

2.  Lagi satu kalau anak-anak makan sambil berjalan atau tak makan kat meja makan...aku memang sangat
anti. Bila balik kampung, ada sepupu-sepupu, suka la budak-budak ni bawa pinggan makan depan TV. Awal-awal dulu aku larang la sebab anak aku bukannya reti nk makan tak tumpah. Last-last aku give up sebab takkan la anak aku nak makan kat dapur sendiri-sendiri je. Bila blk rumah, budak-budak
terbawa peel makan rata-rata, jadi mak dia ni jadik la incredible hulk lagi.

3.  Kalau anak-anak mandi sambil main air tapi badan langsung tak basah. air merecik keluar dari bilik air sampai basah lantai. Aku cukup hanginnnnnnn!

4.  Kacau aku time tgh masak.. nak itu nak ini...

ALamak...baby dah  nangis...babap kang

Wednesday, March 21, 2012

Ali Zafar

Opps...tiba2 ter'angau' dgn mamat ni....
Lama dah tk rasa suka kat seseorang selain my darling...leh caya ke
Tapi Ali Zafar ni sangatla menarik perhatianku.... kalau ku kenal dia sbl bersalin, sah2 nama anak aku Ali Zafar. Dah la menepati ciri2 nama yg dicari (starts with A)

Kalau nak kenal dia sapa...boleh tgk kat sini
http://www.alizafar.net/photos

Sunday, March 18, 2012

bcg bernanah

mulanya agak cuak.
lepas tu baru teringat yang ini.ni bcg Aidil kat Jepon. pun bernanah lepas sebulan cucuk.

Ini dipetik dari hasilan google
Our baby had the BCG injection at birth four weeks ago. Now the site of his injection is red and raised - is this a normal reaction?
Yes this is normal. It is common following BCG vaccination for the site to become red and raised. It is also common to have an accumulation of pus, peeling or scaling or sores on the skin at the injection site. .It will heal up in time and I suggest that you see your Health Visitor or GP if you continue to be worried or if you feel that the skin is not healing or your child has a temperature and is unwell in any way.
http://www.healthvisitors.com/hv/23/669

8th anniversary

Apa yang korang buat untuk anniversary korang? Untuk kami, tahun ni tak sempat nk plan apa2.
Masih berduka dengan pemergian arwah ayah mertua.

Apa-apapun, bersyukur ke hadratNya kerana dimakmurkan sepanjang perkahwinan kami yang dah pun
mencapai angka 8thn, lagi 2 thn dah nak 10 tahun anniversary. Pejam celik pejam celik, sat saja.
Dalam perkahwinan kami yang aman damai ni dah melahirkan 4 zuriat penyambung keturunan..ewahhh.

Biasa la, takkan tk besa gaduh kot..gaduh pun sikit2 je la..sebab my darling sangatlah penyabar orangnya.
(Orang kata, dulu dia kurang sabar..mujur aku kawen lepas dia dah jd penyabaq....)
People ages through experience kottt...alhamdulillah.

 Tak byk gambar yg di scan.Yang ada ni pun gambar yg ambik dengan camera phone. Maklumla, dulu
gambar pakai filem, cuci kat kedai. Yang atas ni masa lepas akad nikah, 2hari lepas tu kami bertolak balik
ke Jepun naik flight dari Changi Airport. So, kami ambik bas dari Penang ke Spore. Masa ni sangatlah bahagia, pengantin baru la katakan. Inai pon merah di jari. Orang yang jumpa pun tegur2 husband pakai inai.
Bahagianya flashback balikkkkkk kenangan. Bila sampai je Jepun, semua terkejut sebab kami dah nikah, sebab plan asalnya nak balik bertunang je.
Ok la kan, terpelihara dari maksiat. Boleh berkepit secara halal.

 Ni gambar kat masjid
Ni pulak rumah lama darling sebelum di renovate. Klasik tak tingkap kaler-kaler tu? Sentimental value wooo.


Lepas 8 tahun kawen, achievement kami
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
Aidil Ali

                                                       Ai Shahira
                                                           Yui Sara Kashfiya
                                                   Aydan Khalif

Aydan Khalif - 1 bulan

Dah setahun jagung kata wan Mi(bapakku).




Saturday, March 17, 2012

Cuti sekolah

I m back from a long holiday. Cuti sakan sempena cuti sekolah. Tak p mana pon, cuma balik kampung jer. Duk seminggu kat kg terputus la line internet.hehehe...gian wooo tkdak internet. Kat kg kerja makan tidoq ja...takut nak timbang berat.

Tuesday, March 6, 2012

pantang secara islam

Ada tk pantang secara islam?secara medical pon takdak kan?Bila tanya pakar perubatan pon tk pernah lagi yg suruh pantang. Org jepon tk pantang, org putih tk pantang....
Apa yang dipesan ialah rehat cukup2. Tkder pulak istilah bentan la masuk angin la.
Mmgla bila badan penat, kita akan rasa nak demam, atau menggigil. Tak tau la
Kalo aku je rasa.time nk bersalin pon gigil juga sbb tahan sakit. Tangan kaki semua rasa sejuk.
Tapi tu bukan sebab tak pantang...dalam pantang lepas bersalin kalo penat,stress pon boleh jd postnatal depression.

Jadi...jgn la duk sound lebih2 kt orang lepas bersalin pasal dia pantang tak pantang, nanti rahim jatuh ka, nanti kat bwh tu byk air la, nanti tua sok sakit urat la...tolong la. Itu
La yg menyebabkan org meroyan, tau! pressure dari sekeliling. Bukan sbb dia tk pantang. Msaa kat jepun, relax je pantang cara jepon...nak kata depa minm herba tertentu ka, minum arak ke.. Yang menyusu kan badan, awal2 nurse dah pesan tkleh ambik arak, hokey.?Sihat walafiat je org jepon.


Org melayu ni time pantang nak jaga sangat, tapi time biasa2 makan minyak secawan kalo buat masak sambal, santan pekat kalo buat masak lomak,ayaq manis kaw2. Pagipagi sudah hantam roti canai yg berkilo calories.Sihat sangat la tu...cuba sound suruh orang tu pantang cam orang lepas beranak....
Ni tak, org lepas beranak tkleh mkn tu tkleh mkn ni, tk leh jln2...

Husband aku pertikaikan...dalam quran dan hadith tkdak tulis pon pasal pantang ni. Pantang tu apa sebenarnya. Tiba2 je boleh timbul topik tu. Mungkin ada org sound dia kot....bini dia tk pantang. Husband cakap, islam ni agama lengkap. Takkan tkde topik kot pasal pantang kalau betul benda ni penting sangat.
Islam is the way of life.....

Pastu kan, yg duk bg nasihat tu, kalo depa nk tolong mai masak ke kt aku, tolong basuh baju ker, lipat baju ker, pegi groceries ke, tkpun bg duit ribu2 utk upah confinement lady, tkpa gakkkk.setakat suh aku diam2, ada aku boleh buat?

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.