Saturday, July 21, 2012

Shopping raya at jln TAR

Menjejakkan kaki kesini untuk mencari baju raya anak2. Dah la Aidil n Achan posa... Mmg tergugat iman depa kena jalan kat tgh panas. Umat manusia pon punya la ramai. Singgah kat First Lady...ada baju Jovian..lawa... Teringin sangat tp memandangkan bawa anak2, susah la nk try. Takpalah, nanti sbl raya ai ada ambik cuti so, nanti ai datang lagi. Sapa2 nak rasa baju designers..bolehla p tgk kat First Lady jln tar. Situ jer ada..cawangan lain tkdakkkkk. Mencari tudung yang betul betul labuh untuk buat pakai terawih, tp tk jumpaaa. Nak cari Tudung macam heliza helmi tu... Cantik. Sesuai utk tudung dan juga telekung. Ada sapa tau nk beli kat mana? Taknak yang online kalo boleh... Congrats utk kawanku Marlia yg dah bersalin 1 ramadhan.. Nanti aku p tgkkk, insyaalah. Nk p cari brg baby dulu. Update gambar Aydan skit

Ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah dipanjangkan usia utk bersama sama lagi menyambut Ramadhan Oh..dah bersawang-sawang diaryku ini. Banyak aktiviti lately tapi tak menyempat nyempat nak bercerita kat sini. Mna dengan kerja kat office yang sgt stress. Balik rumah pikir nak settle2 keje rumah pastu flat dlm bilik. Tima weekend baru jalan2 , so bila sangat la ada masa nk update diary mahupun fb. Ramadhan kali ni azam nak pergi teraweh at least seminggu 2 kali time weekend. Hari hari kerja mmg agak susah la. Semalam dgn jayanya solat teraweh kt masjid tuanku mizan putrajaya. Aydan paling sporting. Tk kacau langsung...boleh la mama bawa p solat kt masjidilharam pulak yerrrr. Aichan n sara seperti biasa, masalah hebiaq(bahasa utagha) mmg tkleh tnggal.mesti nk melawat toilet juga. Takpalah, drpd depa terkincing lam masjid better depa habaq nk kencing kan?.. Dikesempatan ini nk mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan, dalam duk melawak, ada yg terguris ka, mintak maaf byk2 naa. Salam Ramadhan al mubarak

Sunday, June 17, 2012

Umrah dan ziarah

Sejak akhir-akhir ni rasa membuak-buak nak ke sini lagi.
Last pergi masa form 4 kalau tak silap, ke form 5 ek. Dah ingat-ingat lupa. Alhamdulillah, parents selalu bawa pergi sama kalau derang nak pegi tapi lepas dah keluar dari tanggungan ibubapa, takkan la depa nak bawa lagi ye tak?
Dalam ingatan ni ada sipi-sipi lagi kenangan masa p Mekah tengok kubur tok. Masa tu baru 5tahun, Intan pon tak wujud lagi.

Perasaan masa sampai-sampai depan kaabah tu memang tak dapat digambarkan la... betapa kandounya.
Satu macam perasaan menusuk dalam jiwa tu.

Kali ni teringin nak kongsi perasaan tu dengan Mr suami. Ya Allah, buka kan lah jalan untuk mempermudahkan kami ke sana. Walaupun sebenarnya banyak kekangan nak p. Ye la, dengan anak-anak yg masih kecil. Tapi husband bg semangat ckp, insyallah, kalau ada rezeki... masalah macam mana pon akan dipermudahkan.
 Oh..sapa ek ada pengalaman bawa anak ramai-ramai p sana?Selalu duk tengok, paling ramai bawa pon dalam 2 orang budak kecik. Ni ada 4 orang ni. Patut tinggal setengah bawa setengah ke, macam mana ek? Kalau ikut cost, memang la mahai kalao nak bawa 4 orang. Harga kanak-kanak 2-12 thn adalah 80% harga dewasa. Tapi nak tinggal 2 orang macam kesiann pulak. Yang pastinya, baby mesti kena bawa sebab dia menyusu lagi.

Plan nak p next year time cuti sekolah March ke, May ke... time tu umur anak-anak ikut birthday ialah 7, 5, 3 dan 1.

Oh,,...kenapa la membuak2 sangat perasaan sekarang ni?

Sunday, May 13, 2012

Avillion Village Resort

Berkesempatan pergi Avillion, weekend escapade sajer...
Baru nak upload dalam blog ni. Berkurun dah pi... Eh, takde la berkurun sangat pon.
Bila ek...jap nak check tarikh.
28th April sempena aku naik keje balik lepas bersalin bb.
Ahahahhaha...walaupun untuk meraikan aku, aku yang plan..aku yang syok.
Mujurla anak-anak pun suka.

Oh yer, harga kat siini adalah melampau budget kami sebenarnya tapi teringin, nak nak jugak
pi so..keluarkan aa duit untuk ke sini. Nanti kite claim duit HP under program jalan-jalan cuti Malaysia ek.

 Harini 1st time la nak guna moby wrap ni...merah nye makngah.

 Sampai je bilik, terus landing. Kami dapat bilik yang agak jauh ke tengah laut. memang best sbb sunyi. Cuma kurang best sebab budak-budak nak ke swimming pool jauh la pulak. Oh, ini chalet atas air.
 Sebelum mandi kat swiming pool, layan tub dalam bilik air dulu yer....hehhe.
Mama ambik gambar dari dalam bilik.
Lepak kat deck.........
 Tengah asyik mandi manda kat swimming pool, ada akak tu panggil budak-budak ni masuk cooking class. Buat pizza, apa lagi...mari kita uli..Lepas buat pizza, nak kena bakar kan. Lepas sejam baru siap, so layan pool dulu. Nampak tak bola tu....hehehe?


 Ni dia pizza Aichan, cantik...byk sayur-sayuran. eh ini sbl dibakar.
 Ni yang tgh ngappppp. Sorang satu pizza...tapi berebut.
 Jum dinner......................penat pegi swimming..perut pun dah lapar. Mana cukup dengan pizza 2 biji size kanak-kanak itu.

Lepas, balik makan malam kat SUp power, budak-budak pon ketiduran. Apalagi..chance mama pulak nk berkubang dalam bilik air. Bestnya shower head dia. Besar..macam ayaq hujan turun. Sambil mandi sambil tgk bintang...
Good morning PD............
Morning baby Aydan n abah...tergelak-gelak dia atas abah. 3 beradik tu masih lagi tido kat katill Queen tepi dinding.
 Lepas breakfast kiter layan peacock yer
 ada burung juga, rabbit, kura-kura, ayam hutan
 pastu mandi laut. sebelah temasek beach bersih sbb jauh dari public beach
 baby kehangatannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
 nun dikejauhan tu avi spa
 view of garden chalet sbl balik. nanti kita datang lagi yer. takyh duk atas air pon ok, murah sikit. ok..sikit jela kan. lebih dekat dgn pool, playroom, playground
terjumpa sya kt sini,,kurusnya dia

Dinner 13th May

Harini mood nak makan Western sikit.. pegi Jusco, beli apa-apa yang patut guna
voucher RM500 yang berbaki tu. Voucher ni dapat masa beli Cik Ford haritu. Baru nak
dapat lepas 5 bulan beli...huuhuhu.
Takpe la...dapat jugak. Awal-awal dulu ingat nk beli barang baby dengan voucher tu tapi
sebab lambat sangat...dah tu kita beli je la groceries ke, barang-barang mama ke ek.

Jengjengggggggggggggg...our dinner for tonight
 Steak yg tu, mula2 rebus dulu daging dalam pressure cooker sampai lembut.
Lepas tu baru susun atas griller tu...letak carrot, bawang besar, butter, salt and pepper, and steak sauce. Grill 20minit, lepas tu pecah kan telur, grill lagi 4minit gitu.

 Ini pulak mabou dofu untuk makan dengan nasi. Cara nak buat senang yang amat.
Cuma kena ada Touban jan(tauchu dan cili, boleh beli dlm botol kat su-pa), Toufu lembut, bawang putih, bawang besar.
Tumis bawang, masukkan air, masukkan touban jyan
Masak kejap
Masukkan Toufu

Yang ini tkyah habaq la cara nak buat kan....
Masuk dalam microwave 2minit...ready dah.

Dinner last Friday 4th may

Last Friday, ada 2 trainers dari Nihon datang. Train new application yang MR akan pakai.
Seminggu juga la trainers ni duduk kat Malaysia.

Memandangkan, sebelum ada Outlook Migration yang mana terlalu2 lah isogashi nye so sebagai tanda
terima kasih, customer iaitu Lilly membelanja agents.

Venue kali ni ialah buffet kat Shangri La Putrajaya.

Makanannya, aku bagi 8/10. Sedap..tapi macam tkde highlight kat mana yg paling sedap. Dessert dia mmg heaven la.. Salad bar dia pon byk sangat choices. Ada juga lauk pauk dan nasi minyak. Utk grilled section, ada beefsteak, lamb chop, udang, sotong. Ada juga steamboat section... Buah-buahan pon byk.

Oh yer, Aydan pun join jugak. Akak-akak comel la duk layan Aydan sambil mama melahap.

Tuesday, April 24, 2012

Moby wrap

Beli mobywrap kat bubalot.com Red colour... Tak sabar nak tunggu dia sampai. Dah hampir 6 tahun sling tak brganti

Thursday, April 12, 2012

Massage @Emperor spa

Bought this groupon voucher for about RM60 for 120min spa and massage package.
Tak sabar nak try sebab review dari kawan2 amatlah memberangsangkan....katanya akak urut ni pandai urut utk bersalin, naikkan rahim bagaiiii...hohooho

Fyi, ini kali ketiga aku kena urut (tk kira urut masa kecik2 sbb terseliuh kaki ek).
Aku ni penakuttt kena urut, sbb tu kali pertama aku urut satu bdn masa 2 bln lps beranak anak no 1.Sakittt woooo...terus serik, aku urut sekali je.2nd time pulak, ada promo kat hotel Pullman Putrajaya. Yang ni mmg best, lepas urut, wangi giler, rasa bdn berkilat2 dipolish. Duit pon bagai dipolish2 gak laaaa

Kali ni yang ketiga la kiranya...expected something like pullman punya urut..ooohh tak, sakitnya. Ni urut melayu style. Adehhhh...aku mmg tak tahan. Aku dah slow2 sbb esok aku nak keje..tapi tahap slow dia masih aku tak tahan. Byk ketul angin la..mujur la dia ckp rahim aku kat atas..hihihihi.bGi ceretain org mungkin suka urut2 malay style gini yapi utk aku...ohh.time kasih la. Spa takpe. Yg best nya part sAuna n scrub2. Maklumla, celah2 pelipat kaki dan belakang tu tidak rajin dan takdak masa nak menelek satu2 tapi masa kat spa td habih digosoknye. Hibihihiii...malu tapi, serah je la.

Nak compare urut kat pullman tu, dilakukan dgn berhati2, slow2 dan tutup2. Yang ini..agak expose ekkk..tk dpt bayangkan kalo pegi dengan org lain..hahahahahahahahahha

Ada duit lebih dan masa lebih, bak pegi spa kat pullman lagi laaa.

Sunday, April 8, 2012

Zoo negara

Barubalik....

Sangat penat.japgi la uploadgambar.

.....................................update.................................................................


 Acu dengan 2 girls...pinky theme

 Kembangnya mukakuuuuuu.........adeii la. Baru sedaq ka???

 Paling suka ialah aquarium ikan air tawar. First time masuk sbb dia terletak kat hujung sekali jadi selalu
tak sampai area ni. Tempat ni terletak lepas tempat animal show tu..
Sejuk je sebab beraircon dan banyak ikan besar2.


Cantik kan background ni?cam real jeee



Baby ketidurannn


Sementara nak tunggu animal show start


Sara sangat dahaga, dalam masa sejam habih 3 botol air 500cc dikongsi anak beranak.

Sara n tapir...cute sangat

terkejut tgk kura-kura besar ni. ada volunteer team tgh cuci kura-kura

Acu gedikkks dengan ularrrr...eowwww

anak-anak harimau main airrrr...

Adekah aku sama size atau lebih  besar drpd gajah kat belakang tu???ooohhhh




Lagi 4 hari dahnakstart kerja...stress..stressssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
nk kena berpisah dgn budak bulat ni

Thursday, March 29, 2012

Kegel @ Kemut

Nak tergelak pulak bila sebut kemut ni.

Harini aku pegi hospital lepas 6 minggu beranak utk check up mak baby. Ni adalah last appointment
aku dengan Dr Seri la utk beranak kali ni. Sayang gynae aku ni...rasa berkobar2 bila nak jumpa
Dr Seri ni. Huhuks..aku ni selalu fell in love dgn gynae aku...

Check up harini, ingatkan nak bawa baby masuk sekali tapi baby mood baik, tido atas abah dia so, tk bawa
la baby masuk bilik Dr.

Dr kata I look healthy... dr tanya, planning lepas ni macam mana. Discussed dgn dr, dia cakap kalau
nak start Noriday, tak payah tunggu period pun takpe. Boleh mula sekarang. Ok doc.. and plan next
baby dalam 2015 ke gitu la kan. Hihihihih..saya nk Dr gak sambut next time yerk Doc. Harap2 murah
rezeki, kalo dah tak keje kat Satyam pun ada company lain yng bayor kan yerk.

Lepas tu Doc scan, tgk rahim dah mengecut. Back to normal. Lepas tu dr tanya, pandai kemut tak??
apa dr?? Kemut2....hahahhah.
Cuba u kemut...sambil dia scan. Aku mula2 confident je jawab aku pandai kemut.
Bila aku kemut...Dr cakap, ni salah ni. Ni kemut bontot....oppps.....................
Adeiii la. Dr kata practice makes perfect....
Kena kemut ni supaya rahim tak jatuh...to prevent vaginal prolapse or uterine prolapse.

Bagi Thank you gift kat Dr...coklat.

Sepatutnya lepas jumpa Dr Seri kena jumpa org utk Fisio tapi sbbkan tk ambik GL utk fisio, aku
skip je la.

Babai Dr Seri Suniza.. Insyallah jumpa lagi lepas 2,3 tahun.

Sunday, March 25, 2012

Sayang anak, tangan-tangankan

Aku sejak ada anak 4 ni makin cepat darah naik. Bukan blood pressure yang naik tapi cepat rasa nak
marah. Adakah sebab postnatal depression.

Kadang-kadang benda yang kecik pon boleh jadi hangin satu badan. Bila dah angin tu, apa lagi, sapa buat
salah memang kena la cubit ka, luku ka..sakit la.

Macam mana la nak kawal amarah aku ni. Kena banyak baca Quran, nasihat Mr husband..hehe. Macam laki aku, dengarnya dulu sebelum kawen ngan aku agak baran tapi lepas kawen ni, dia banyak baca
quran mmg byk la sabarnya.Alhamdulillah.

So aku nak list up perkara-perkara yang membuatkan aku tangan-tangankan anak2


1. Aku ni tk rajin nk kemas jadi aku cukup marah kalo anak2 buat sepah. Kalau nak main, kena main dalam bilik, lepas tu kena kemas lepas main. Tapi budak-budak ni bukannya nak ingat sangat pun. Kemas pun belum terus p terkam game pulak. Bila aku tengok, mula la aku nak jadi incredible hulk.

2.  Lagi satu kalau anak-anak makan sambil berjalan atau tak makan kat meja makan...aku memang sangat
anti. Bila balik kampung, ada sepupu-sepupu, suka la budak-budak ni bawa pinggan makan depan TV. Awal-awal dulu aku larang la sebab anak aku bukannya reti nk makan tak tumpah. Last-last aku give up sebab takkan la anak aku nak makan kat dapur sendiri-sendiri je. Bila blk rumah, budak-budak
terbawa peel makan rata-rata, jadi mak dia ni jadik la incredible hulk lagi.

3.  Kalau anak-anak mandi sambil main air tapi badan langsung tak basah. air merecik keluar dari bilik air sampai basah lantai. Aku cukup hanginnnnnnn!

4.  Kacau aku time tgh masak.. nak itu nak ini...

ALamak...baby dah  nangis...babap kang

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.