Monday, November 25, 2013

Waterbirth at Pantai Hospital KL

Assalamualaikum.

Rasanya lama betul blog ni tak di update. Tahap kemalasan melampau sejak masuk 2nd, 3rd trimester ni.

OKla, memandangkan tak lama lagi dah nak berakhir sesi mengandung ni, so nak la share plan apa yang telah dibuat untuk menyambut kelahiran baby ke 5 ni.

Setelah kesepakatan diperoleh, (asalnya teringin nak waterbirth DIY je.....tapi husband tak berapa nak approve) so kami pilih nak cuba waterbirth kat Pantai Hospital KL. Walaupun sebenarnya sangat selesa
bersalin dengan OB sebelum ni iaitu Dr Seri dan Prince Court Medical Centre.
Kebetulan juga Dr Seri dah planned nak bercuti start 15/12 so kalau overdue, sah sah la kena induce kalau
nak juga Dr Seri.... so kita pilih Dr Idora kat Pantai Hospital KL untuk waterbirth.


Inilah rupanya birthtub yang baru set kat Pantai Hospital. Kalau tengok yang Dr Halina wife Dr Syed Muzaffar punya birth story link ni, lain sikit. Ini yang birthpool kena isi angin. Nampak macam yang isi angin lagi selesa sebab senang nak bersandar lembut kat pool tu. Birth pool/tub kena dalam, supaya baby akan tenggelam sepenuhnya semasa dilahirkan. Kalau tak tenggelam betul-betul, baby akan cuba bernafas dengan mulut dan akan lemas.

Nampak best.. Dr Idora Mohamed pon best. Sangat cool, lemah-lembut dan sweet. Bila tanya pendapat pasal overdue, dia cakap, as long as baby and mummy is healthy, we'll see. Pernah terbaca kat FB, ada mummy dengan Dr Idora ni overdue 4 minggu.

Selalu bila cakap pasal water birth, mesti rasa nak tau harga berapa kan. Ikut Dr Idora, up Rm1000 daripada normal birth kat Pantai. Estimated around RM6000-RM7000. Bila tanya mummy yang pernah water birth, yang paling murah kena RM4500. Itu sebab dia sempat guna labour room sekejap sangat, masuk pukul 8pm, 830pm dah keluar baby. Esoknya dah discharge. Kebanyakkan yang ditanya charged dalam RM6500.

Ada yang persoalkan, tak bahaya ke waterbirth? Insya allah tak...ramai dah yang cuba. Diantara kebaikannya ialah, natural pain relief, mengurangkan koyakan, baby tak terkejut sebab masa keluar tu dia masih dalam air dan bila diangkat barulah dia start bernafas dengan hidung dan paru-paru.

Minggu ni dah 39minggu, next week dah start cuti.......

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.