Sunday, March 24, 2013

Japan trip part 8

Okla, memandangkan nak kena call sana sini sebab kes visa tu jadi tak jadi tido love hotel dan terus balik ke Tokyo.
Malam ni google la pasal kes macam ni. Makin di google makin stress jadinya.
Ada kes student kena tahan kat airport masa derang nak balik sebab visa dah expired 1minggu. (Baru seminggu kottt...kat Msia belambak PATI duk bertahun). Terbayang suami dan 4 anak kena tahan kat pusat tahanan....huuhuhuhuhuh. Pastu masuk news....

Salah aku juga sebab masa terima Visa tu langsung tak check expired date. Ada ka dia bagi 2 weeks je padahal dlm itenerary dah tulis nak balik lepas 3 minggu.
Tapi segalanya terjadi ada hikmahnya. Disebabkan inilah kami mungkin tak kena saman. Kalau kena saman lagi la mahal kannn..(skang boleh la cakap, masa jadi tu panik tak hingat).

At last dapat call immigration kat Narita. Pakcik tu baik cakap suruh pegi immigration office untuk minta extend. Alhamdulillah lega sikit... So, kami teruskan jalan-jalan harini ke satu daerah namanya
HAKONE.
Hakone ni terletak diantara jalan Tokyo-Nagoya highway yang nama Tomei Expressway. Lebih kurang2,3jam perjalanan. Di sini boleh tengok pemandangan Gunung Fuji yang sangat cantikkk.
Ada banyak resort-resort untuk mandi air panas. memang penuhla orang kalau weekend.
Ada juga tempat untuk naik feri, tempat naik cable car, ropeway dan banyak lagi la aktiviti. Kiranya
sehari tak cukup untuk explore area Hakone ni.

Masa kami duduk Jepun dulu, tak terdatang pun kat area ni. Kami lebih banyak pergi area laut, theme park, ski resort dan shopping.
Alhamdulillahm harini pon cuaca elok. Nampak tak Fuji kat belakang tu

Budak-budak dah boring duduk dalam kereta. tergedik-gedik dapat stop.

Time ni naik ropeway(cable car). Nama ropeway ni Kumagatake. Berada di atas awan.

Ketinggian 1327m






Inilah Nissan Teana. Selesa dan luas. Tapi engine 2000cc agk best utk telan minyakkk

Siapa pernah duk Jepon, tau kot van Ainori ni...

Lepas makan icecream terus bertolak blik ke Tokyo. Mak aiihhhh jemnya. Plan nak pegi Odaiba pon terpaksa cancel.

Hari Isnin husband dan anak-anak duk diam-diam dalam bilik hotel sebab visa dah habih. Hari selasa petang baru la boleh pegi immigration.
Ok je la..dapat extend visa cuma tak best nya kena bayar processing fees JPY4000 seorang. Total damage JPY16000(RM640). Padahal buat visa kat Malaysia free je.

Hari Rabu dengan selamatnya checkout dari hotel dan kembali ke Malaysia.
Aku dapat business class so tarik Aydan duduk dengan aku sebab dia tkde seat. Anak-anak lagi 3 duduk dengan abah kat economy class. Rasa kesiann pulak sebab seat rapat-rapat. Aidil n Aichan duduk berdua. Asyik layan game la, movie la, pandai bawa diri. Makan sendiri, gi toilet sendiri. Bangga dengan anak-anak ku.

Lupa nak cerita satu lagi benda. Masa kat nihon sara kena penyakit kulit. Puas la duk agak sakit apa la ni. HFMD ke sebab kulit jadi kudis especially area mulut, dagu tu.
Nanti aku buat entry lain yekkkkk

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.