Plan ke Redang ni last minute plan jugak la. bagi aku last minute ni sebulan sbl la lebih kurangnya. Hehehhe.
Actually ada wedding nak attend kat Kelantan. So alang-alang nak ke Kelantan, saja-saja la ajak mado singgah Redang. Sekali dia ON.. apalagi, terus survey resort bagai dan book.
In consideration ada 3 resorts.
1-Laguna Redang
2-Pelangi Redang
3-Redang Lagoon
Tahun lepas actually dah ada trip nak ke Redang, dah booking bayar semua kat Laguna Redang ni. Sekali terlepas flight AA. Menangis tk berlagu la aku masa tu.... nak kejar gi KT naik kereta pun macam tk sempat so burn je la hotel 2malam dan tiket flight utk 4 orang.
Kali ni plan betul-betul supaya kalau tak jadi pon kos tak banyak yang rugi.
Lepas tanya kawan-kawan, khatam tripadvisor... akhirnya kami booking kat Redang Lagoon. Yang paling murah tapi kata sapa-sapa yang penah gi, makan paling best...(tak habih-habih dgn makan)
Harga package snorkelling 3D2N untuk adult ialah RM260 dan untuk children 5-12thn adalah RM150.
Ini booked directly dengan chalet tu. Call lepas tu bayar deposit RM100 je. Terus confirmed.
Package termasuk returns ferry from KT to Redang, meals 4x a day, quad sharing room.
Berbaloi-baloi la kiranya.
Pagi tu seawal 2 pagi kami bertolak ke KT. Alhamdulillah, gilir-gilir drive dengan Mado, pukul 8 elok-elok je sampai jetty KT. Boat pukul 930. Daftar nama dekat syarikat ferry Sejahtera, beli jajan untuk anak-anak makan dalam ferry dan tunggu ferry sampai.
Naik je ferry, selesa sebab tak ramai orang sangat. Kami pulak naik tingkat 2, memang kurang la orang sebab tingkat atas ni kalau berayun lagi kuat daripada duk bawah.
Bila ferry ni nak keluar dari KT, ombak punya la kuat berayun. Bukan atas bawah dah tapi kiri kanan. Ramai la terjerit-jerit. Tak kurang yang muntah..uweks. Nasib baik kami semua tough tough. Relax je walaupun
dah agak cuak sebab ferry ayun kuat sangat.
Ni dalam ferry. Macam ferry ke Langkawi tapi kecik sikit kot. Tak silap, 3x sehari.
Turun ferry pindah ke boat kecil mengikut resort. Boat ni la yang akan pindahkan kita. Masa kawan aku p dulu, boat ni dia berentikan betul-betul depan gigi air resort tu so kena junjung beg dan basah seluar la. Kali ni sebab ombak masih tinggi(Maklumla bulan March, minggu ke2) so boat tu berenti depan Laguna Resort jetty. Masa ni rasa menyesal tak ambik laguna sebab nak kena jalan pegi redang lagoon yang nunnnnn jauh
disana. Hukhukkkkk.
Sampai-sampai terus checkin. Dah ramai yang beratur rupanya. Kami dapat bilik terperosok ke dalam. Duplex room iaitu dua tingkat. Dua katil kat bawah 2 katil kat atas. Condition bilik ni amatlah menyedehkan.
Huhuhuhuh... Berabuk dan busuk toilet. Lantai pon tak bersih. Aydan pulak asyik nak panjat tangga je. memang sangat stress. Rasa nak balik je esoknya.
Lunch kat resort, sedap sangattttt. Makan nasi minyak dan 7 jenis lauk. Ada sup juga buah-buahan. Air pulak 24hrs ada air panas bancuh sendiri, susu, teh, kopi bagai. Hmm...lepas makan rasa terubat la juga hati. Ajak Aydan masuk bilik tido sebab mengantuk semalam drive masih tak habih kan.
Rupanya, masa tengah nak lelap tu mr husband yang sangat prihatin dan sayang bini dia pegi minta tukar bilik. Padahal tadi aku dah tanya, makcik tu kata takde. Rupanya yang tkde ialah bilik QUAD. Bilik triple ada je. Husband pegi check semua siap, terus ajak kami pindah. Bilik triple tambah satu extra tilam(yang baru bukak pelastik) sangat best. Lagi luassss berganda dari bilik duplex yang sekangkang kera, atau kangkang kera lagi besar kot. Kali ni memang perrrfect. Perabut pon baru lagi. Tilam tebal. Disediakan satu katil Queen, satu katil single dan one extra tilam tebal. Just nice untuk kami anak beranak.
Tengokla aksi Aichan n Aidil ni. Berlakon drama apa taatau. Tengok laut kat belakang tu..cantik kan?
Patutnya petang ni ada snorkelling trip tapi kami tak join. Penat! Berehat je kat resort bawah pokok naik buai ni...best gila. Tengok la Aydan terlentok kat situ.
Redang Lagoon ni diantara dua pantai. Satu pantai sebelah Laguna Resort dan satu lagi pantai Pasir panjang.
Bila petang air naik dan dua pantai ni hampir bersambung. cantikkk seriously. CUma agak zannen sebab ombak kuat jadi takleh la nak berenang ke. Main-main air je la.
Pasir putih sepanjang pantai. Air yang jernih dan membiru. Kalau dapat duduk seminggu kat sini mesti best. Tapi bakal menggemuk kot sebab makan sedap.
Ini cafeteria. Kami datang utk minum petang. Ada bubur dan kuih la.Budak-budak pun selera makan.
Day 2
Keesokkan harinya pagi-pagi bangun solat dan breakfast. Bilik yang kami duduk tu no 21. sebelah surau.
Lepas breakfast, siap-siap nak ikut snorkelling. Penat gak la nak jalan sampai ke jetty.
But the result is....................................................cantik kan.
Balik snorkelling terus membongkang. Lunch lepas tu teruskan aktiviti lepak kat resort dan main pasir.
Petang pun ada snorkelling trip tapi tak larat dh nak join. Aichan biasala, ramah mesra sangat. Dapat la kawan dengan kakak-kakak dan abang-abang yang duduk sini juga. Siap derang bawa dia pegi mandi pool kat Laguna.
Resort ni punya beachboys dia baik-baik.Sanggup nak jadi babysitter anak-anak kami cuma tu la, budak-budak ni taknak orang sangat. Sara n Aydan malu terlebih.
Makan malam buat BBQ. Sedap ayam perap dia. Ada udang dan ikan juga.
Seawal 9pagi dah tunggu ferry nak balik. Ntah kenapa delay la pulak. Ferry datang dekat sampai resort.
Sementara tunggu ferry, minum Ochado. Mahal gak...RM8,90. Sedap lagi chatime kottt.
Sampai KT dah dekat pukul 1pm. Terus gerak ke Pasir Mas untuk kenduri bawear.
Nasib baik sampai jua sbl pukul 6. Jauhhhhnya. Berseri-seri pengantin baru ni. Aku gak sememeh . Tudung pun tak tukar. Tak matching langsung.
Lepas tu check in ke Renaissance. Kat KB ni Renaissance je yang 5star. Alang-alang dah save budget duk chalet kat Redang, kat KB ni kita bermewah-mewah perasan ongkaya ek..(ceih).
Dapat upgrade bilik family suite.
Nanti sambung dalam renaissance entry ek.
No comments:
Post a Comment