Seperti pregnancies sebelum ni, kali yang kelima ni pon overdue. Estimated due date yang dr bagi berdasarkan pengiraan size baby adalah 7/12/2013. Seminggu sebelum edd, aku dah bercuti sebab perut dah berat sangat, asyik lenguh kaki nak menampung berat perut ni. Alhamdulillah, kalini dipertemukan dengan gbg(Gentle Birth Group) kat FB. Banyakkkk sangat ilmu yang dapat. Dari situ jugalah, aku tetapkan hati nak cuba waterbirth dan nak lahirkan anak secara sealami yang mungkin.
Kalini pon untuk monthly checkup, aku buat di klinik Jameaton, Seri Kembangan depan Jusco. Alasannya senang nak pergi dan tak payah ambik cuti. Dr ni pon memang berpengalaman. Sekulas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Tapi bila discuss waterbirth, dia cakap awak dah beranak empat, sama je kot, ataa katil ke dalam air. Heeheee. OK doc, tapi saya nak juga try waterbirth.
Pada mulanya, teringin juga nak terberanak kat rumah je, atau dalam keter ker, atau kat parking hospital ke..... tapi memandangkan aku belum cukup ilmu dan mado cakap, Doctor kan ada, beranak jela kat hospital. Oklaaa (agak kecewa kat situ), jadi bermulalah aktiviti mencari obgyn yang pro gentlebirth.
Masa bersalinkan Aydan, dengan Dr Seri Suniza kat Peince Court... ok je Dr tu walaupun dulu aku taktau apa itu gentlebirth dan serah diri untuk diinduce lepas overdue 8hari. Masa tu langsung tak request nak tunggu atau tanya adakah saya mempunyai masalah atau baby saya ada masalah sampai nak kena paksa baby lahir.
Mujur juga, malam tu Aydan lahir sebelum diinduce.
Kalini pun teringin juga nak jumpa Dr seri, sebabnya dia tersangatlaaa happy go lucky, ceria doctor. Lagipun, dengar ada mummy dalam FB cakap Dr Seri terima birthplan dia. Tapi. lepas jumpa dan sembang2 rupanya Dr Seri start bercuti 15/12, jadi kalau tak beranak juga, sbl 15/12 dia akan induce... ooohh nooooooo.taknak!
So... kenalah cari Dr lain.
Diantara doctor yang di shortlisted kan adalah
1- Dr Norshida - Columbia Asia Cheras
2- Dr Idora - Pantai KL
3- Dr Norfidak - Tropicana Medical Centre
My Preparations: 4minggu sbl edd start minum raspberry tea leaf untuk kuatkan cervix, minum juga susu kambing, makan kurma, ambil sesudu virgin coconuts oil, minum air kelapa. Shaklee vitamins memang ambil sepanjang mengandung.
Lepas perbincangan kurang serius dengan husband, tanya pengalaman mummy dalam FB group, tengok youtube, so kami(eh.. ke aku je) decide untuk waterbirth baby kelima ni.
Kalau dah decide waterbirth, sama ada kat Pantai KL atau DIY je la kan.
Alhamdulillah, Dr Idora sangatlah lemah lembut, cool dan details setiap kali check up. Walaupun masa menunggu nak jumpa Dr tersangatlah lama... penerangan, soalan yang ditanya memang jelas terjawab. Cost untuk setiap visits pun tersangatlah mampu. (<RM100).
*Dr Idora ni merupakan anak kepada ex MB Kelantan, tapi dekat nama dia tkde pon gelaran nama bapak dia.
Aku cuma concerned dengan overdue je. Sebab nurse DR Idora cakap, Dr Idora akan pergi bercuti time Christmas. Hopefully aku tak overdue lama sangat la kan..
Masa 39minggu, ada rasa contractions sepanjang malam. Gap 6min, sakit 1 min... ingatkan dah nak bersalin. Tapi sakit tu tak cukup kuat so, mampu tunggu sampai pagi. Esoknya pegi check up, Dr cakap... cervix dah lembut. Dilated 2cm. Masa ni sangatla mengharap ada peluang beranak awal dari tarikh edd. Kebetulan pulak dah ambil cuti seminggu awal.
Tunggu punya tunggu........tak beranak juga. Past my EDD
Positif...positif, EDD cumalah estimation due date.....
sambung part 2 ek.
Jom kenal-kenal! Malay, English and Japanese speaking fulltime working mom with 6 kids who loves travelling,and cooking.
Saturday, December 28, 2013
Wednesday, December 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
2022 i m back
Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.
-
Hari tu aku survey are Pinggiran Putra, Equine dan sedikit2 kat Kota Perdana in Seri Kembangan. Harini cerita aku survey area Puncak Jalil...
-
Oh yer, nak tambah sikit testimoni set diet Shaklee dengan Lecithin yer. credit to kak Yati Lecithin sangat best, Thanks to Shaklee...