Monday, December 12, 2011

First baby tooth dah gugur

Dah lebih sebulan rasanya first gigi Aidil longgar tapi sebab dia tak suka nak main2 gigi jadi tkde perubahan sangat.
Semalam, abah dia check, tengok dah ada gigi tumbuh...risau la pulak takut gigi berlapis2 senget kang...
Abah dia duk 'honggaq'2 tapi nampak macam lambat je nk gugur.

So.....bukak youtube, tunjukkan dia cara2 nak cabut gigi sendiri. Bagi dia choices la. Dalam youtube, ada
yang guna rocket la, remote control car la, pintu la... Mula2 nak try dengan kereta cars mc queen dia tu
tapi tak laju la pulak. kereta control pulak tkdo battery...last2 pintu pun jadik la.

Ambik floss,  ikat satu kat gigi dia, satu kat pintu...bersungguh2 ni buat. Tapi satu pun tak berjaya sebab
floss tu terkeluar dari gigi dia. Hmm..last2 masa mama nak ikat floss tu kat gigi dia, zappp zasssss
terus tercabut. Meraung gak dia sebab gigi tu tak longgar sangat lagi pun. Macam mana nak longgar
kalau dia tak main2 gigi tu. Gigi kekal dah nampak rupa dah....

Sebab kan dia berani try sendiri cabut gigi, janji nak belikan present kat dia....

p/s: oh ye, masa duk suruh dia cabut gigi tu, cakap la kat dia, nanti jadi gigi berlapis cam abah kan tak
hensem...
tau apa dia jawab, ala...mama suka je kat abah dgn gigi tu....
ehehekssssssssssssss

Thursday, December 1, 2011

Pesanan untuk parents yang anak kena admitted-->tolong jadi PEKA ek jgn PEKAK

Aku demam, anak pun demam. Tapi anakku kena admitted kat Columbia Asia Cheras. Hopefully harini boleh discharge.

Cuma satu je la nk pesan kat parents2 yg jaga anak kat hospital. Tolongla be considerate
dengan org sebelah kalau share bilik. Kalau rules cakap, hanya sorang je boleh temankan
anak, and preferably perempuan..tolong la follow.
Buang air liur je la aku tanya siapa yg tunggu anak malam ni kat jiran sebilik tu.
Kalau hasben ko nk tunggu, aku mmg sukahati bg laki ku tunggu juga.
Aku dah la pregnant, ku gagahi juga tunggu anak kat spital sbb dia cakap wife dia yg
akan tunggu. Tup tup pukul 1030 mlm, dah berdengkur laki bini...ni ingat kat hotel ke?
Dah la bilik dia sebelah luar, aku yg kena bangun malam 3,4 kali utk ke toilet nk
kena lalu depan kaki laki dia(sbb dia pakai couch yg menyempitkan laluan). Hinshhhh,
rasa nk berasap. Nak pakai kain batik pun susah, dibuatnya tgh2 mlm terlondeh sbb
kalut2 nk ke toilet kang... be considerate la. Kalau bilik single tkpe la.
AKu pun tengah tunggu bilik single..nak buat camne, penuh! Dah bilik share tu, buat la
cara berkongsi. Jangan la bukak TV kuat2 kok yer pun nk tengok bola. Balik rumah la.
Kalau anak tgh kronik, kat ICU ke lain la. Ni demam juga...sama condition ngan anakku.
Susah la kalau asyik nk berkepit je. adehhh.......tau la jaga anak tu kena sama2 tp
kalau sampai ganggu orang lain..... Sama2 pun byr ah, walaupun guna duit insurance
company.
Lepas drama air mata (faham2 la ye org pregnant ni emo!) dengan nurse2.... dapat juga tukar bilik yg baru..yang tkde orang lagi sbb bilik tu
agak jauh dengan nurse station. Thanks!

Wednesday, November 2, 2011

Pak...............................

Pak's health is getting worse.. uhhuhu..
he 's not the man that I once knew. He was an easygoing person,
loves to talk with small kids, and was the big guy in the family.
But now, he is so depressed, seldom talk anymore, seldom smile anymore,
and seems like he didnt like our presence around him.
Ya Allah, kembalikanlah pak kepada pak yang dulu.

SABA restaurant

Actually weekend lepas mengidam nak makan waffles kat Jumbo Mumbo, Cyberjaya.
Tengah hari p...tutup. Aisehh..tukar haluan ke midvalley.
Malam tu try lagi, tutup juga.....lastly lepak kat Saba je la..isi perut sepenuhnya.


Wednesday, October 26, 2011

My father is not well-2

Masa sampai2 tu memang terus menangis......................................alamak, skang pun nak teriak.Pak yang fragile.... rasanya pak mesti stress sebab tak boleh jalan2, keluar2, bawa kereta macam selalu. kepala pak luka, sebab masa nak pakai seluar sendiri, dia ter tungging kedepan. Pak..oh pak..harap pak cepat baik.

Monday, October 24, 2011

My father is not well-1

Weekend lepas balik kg utk tengok pak yang sakit. Dia kena Third cranal nerve palsy dimana keadaan dia, otot kat kelopak mata dia tkleh control/lumpuh.
Masa kami plan nk balik tu pak masih ok la lagi, tapi Jumaat tu dia ingat nk cari opinion specialist lain memandangkan dah 2 minggu tak de perubahan.
Kehulu ke hilir hari jumaat tu, pegi Lam Wah Ee la, Pantai Penang la, Loh Guan Lye la....mcm2 songeh punya specialist. Lastly pak balik ke Metro SP(yang mana lebih affordable). Time tu lepas seharian pegi
jumpa specialist lain2, dah keadaan dah penat, so BP naik sampai 229/90 kalo tak salah. Apa lagi, terus la kena admit. Kami pulak sampai dah agak lewat jadi balik Baling dulu, jumpa mak dan wan (belah suami).
Wan(panggilan utk ayah mertua) pun tak berapa sihat......

Esoknya barulah kami ke SP utk tgk pak. Kesian pak....selama ni dialah tulang belakang keluarga. Walaupun dia dah 70 tahun tp masih drive sendiri ke KL, suka melancong, hampir tiap2 hari keluar ke penang ke, Bworth ke yang jaraknya tak kurang 80km sehala. Even anak menantu yang sakit, dia yg tolong
hantar ke hospital, berulang alik melawat, so bila dia sakit....rasa sedeh, pilu, kesian sangat. Kalau anak-anak ada masalah birokrasi ke, dia yang naik turun govt office...(bukan cerita 10thn lepas tp cerita 2minggu lepas).
Sekali tgk dia dalam keadaan tk boleh jalan dgn betul sebab mata sebelah tk nampak, terpaksa pakai tongkat, jalan terhoyong hayang...rasa nk teriak puas2.

Tuesday, October 11, 2011

Bersedekah lah

Alhamdulillah, walaupun kerugian banyak akibat tk dapat ke Redang tapi telah dikurniakan rezeki lain.

Lepas tk dapat ke Redang, terus kami sekuarga pecut balik kampung, nak jenguk orang tua. Perasaan masa tu rasa, membazirnya sebab habih duit tk dapat ke Redang. Tapi still juga hulurkan duit utk parents walaupun sikit dan tau mereka lebih mampu. mak cakap, tak payahla,lagipun kan baru je rugi duit sebab tk dapat p Redang. Tapi kite tetap bagi dan ckp kat mak, kalau nk dpt rezeki lain, kena hulur2 dulu, baru mai rezeki lain.

Alhamdulillah, semalam dapat calls dari mak, .......ada projek baru.
Dapatlah rezeki 10kali ganda daripada duit yg disedekahkan kat parents baru ni... tengok, betapa Allah nk tunjuk.
jadi, sapa2 yg dalam kerugian tu, mendermala, sedeqah la walaupun sedikit..insyallah, Allah akan bg lebih dari tu tak kira yg zahir atau yg batin.
AMin

Monday, October 10, 2011

Terlepas flight ke Redang!!!

Patutnya minggu lepas, dah bersenang2 kat Redang, dah complete sumer
bookings, arrangements, $$$$...
Sekali terlepas flight!
Package Redang tu pulak tk boleh tukar tarikh..huhu.
Menangis camno pon...(aku ni nangis je reti) takleh suh flight
AA tunggu aku...

Monday, October 3, 2011

Busy!Busy!Busy

Disebabkan harini kat office terlalu la busy, malam ni kite dinner kat Manhattan Fish Market dgn groupon 50% off ek....

Wednesday, September 28, 2011

Cara nak ajar anak berenang

OK la...ni dapat daripada pembacaan kat internet. Try nak praktikkan tp taktau la berkesan ke tak ek.

1. Mula ajar anak supaya jangan takutkan air. Start dari baby dah boleh practice. (untuk anak no 3 dah try).
   Bila mandi bilang 1,2,3 dan curahkan air ke muka dia. So, sekarang ni kalau mandi pool ngan dia, kira 1,2, 3 dan tenggelamkan dia pon dia  tk marah.

2. Ajar anak masukkan muka dalam air...memerlukan kesabaran untuk sesetengah budak. Tak boleh paksa, kalau paksa nanti terus dia takutkan air. Semalam, berjaya suruh Aidil selam. Cakap kat dia, kalau Aidil berani pegang kaki mama, nanti mama bagi hadiah. hahahhahahaha.... sesetengah budak yang tak takut air, memang naturally akan berani menyelam. Aichan lagi la penakut nak basahkan kepala.

3. Bila dah berani selam, baru ajak dia masuk ke kolam yg lebih dalam, suruh dia pegang tangga dan belajar untuk apungkan diri. Yang ni pun rasanya makan masa jugak la kalau tengok situasi anak2 ku ini.

.......................................to be continued.....

Tuesday, September 27, 2011

Swimming lessons

Sejak 2,3hari lepas ni rasa syok pulak bawa budak2 turun mandi pool. Agaknyer terkesan dgn anak sedara punya gambar yg tgh giat belajar berenang.

Dari haritu ingat nk hantar Aidil pegi swimming class tapi masa sangatlah tak mengizinkan. Selalu penuh je aktiviti time weekend. Weekdays, jangan harapla. memang cukup2 masa je.

So, gigihlah lepas blk kerja, solat pastu bawa budak2 turun pool. Hari ke 3 turun pool, tanpa tunjuk ajar apa2(sbb budak2 ni penakut ayaq...memang tkleh paksa) Aidil berani masukkan kepala dalam air dan buka mata. Dah beli goggle sorang satu tapi awat tah, budak2 syok pakai goggle tu kat kepala saja. Cesh!

Kalau cuaca ok jugak petang ni, dan aku balik on time...boleh la layan pool lagi!

Monday, September 26, 2011

Bendi hangit di cafe

Sakit hati gila...ingat kan masakan apa....
rupanya bendi hangit pun mau jual ka????

cissssssssssssss kena 3 hinggit lak tu...bendi hangit ngan telur.(tanpa nasi )

fresh milk vs susu formula

Ahad lepas aku ke Jusco Equine nak beli barang. Sekali tu nampak la kat ruang
tengah2 tu ada buat promo utk susu tepung ni. Anak2 aku tegedik2 nak belon, sebab
sapa2 yang singgah dapat la belon.
Untuk pengetahuan, anak2 tk pernah nk lekat nak minum susu tepung.
Beli2..minum sekali dua dah tk mau.
So aku pun singgah la, kot2 dapat free sample leh try bg budak2 ni.
So datang la 2 org promoter, sorang melayu sorang chinese.
Yang chinese ni ok la..duk promote susu sedap bagai..pastu yang melayu ni tanya,
anak akak minum susu apa? AKu cakap la fresh milk.
Oh...dia start la condem fresh milk. Tak bagus la. Tak cukup khasiat la, lepas tu
fresh milk ni dah bancuh siap2 pastu letak dalam peti ais la nanti anak kembung
perut la.
AKU SENGIH2, AMBIK BELON DAN TERUS BLAH!Malas nk layan promoter camni. BUat
sakit hati kalo aku bertekak pon. Ingat susu formula bagus sangat...
Daripada susu nak jadi tepung tu dah berapa peringkat...boleh dia kata
susu fresh yg dlm peti tu susu lama. isk isk isk....susu fresh milk tak tahan
lama sebab dicampur ngan macam2... yg susu formula tu berbulan2..ke bertahun??
(sorry tk penah check sbb tk guna).
Hangin aku sampai ke harini!
Kat oversea, lepas berenti breastmilk, akan disarankan minum fresh milk...oversea tu bukan kat Indonesia ke, Thailand ke...tapi kat negara2 maju cam US, Japan...
Husband aku ckp, makcik tu terdesak nk jual barang dia sampai burukkan nama susu lain. Kalo aku sebut anak2 aku breastfeed lagi, rasanya mau ceramah 2jam kot..kata susu tu dah jadi darah la, kolot la apa la...isk2. Tolongla educate promoter2 yang nak jual barang. kalau ye pun nak ckp brg awak tu bagus, takyah la cakap barang jenama sekian2 ni tak elok. adehhhhhh, lainla kalau ada bukti comparison bagai! Setakat cakap atas angin, bek tak payah..... memburukkan image benda awak jual lagi ada la.

Thursday, September 22, 2011

Batu seremban atau Batu selambut

Mesti pernah main batu selambut/batu seremban. Next week kat hari sukan gitu2 la. Ada pertandingan batu seremban. Aku yg mak buyung ni masuk itu je la. Congkak pon ada tp malas la nak kira2. Congkak kan nak kena mahir mengira campur2 last jatuh kat mana boleh tikam yg mana.. haha.
Layan2....ramai gak team2 pompuan ni masuk batu seremban. 1st lawan aku budak lelaki...menarik juga
budak laki layan batu seremban..

Wednesday, September 21, 2011

Redang

Walaupun dah agak lewat tapi redah juga la ke Redang sebab baca dalam forum ckp awal Oct still OK.
OK ..dah settle booking package kat Redang..agak sesak nafas gak la tgk harga kat Laguna Redang Resort. Tapi dah mak buyung ni nak gak duduk situ...pejam mata bayar je la kan.
Huks huks huks....
Kami akan berlepas ke KT dgn AA pada 6/10/2011

Sunday, September 18, 2011

Announcing that I am 5months pregnant

Pagi tadi officially announced kat boss yang I dah pregnant..perut pun tk dapek nk nyorok lagi dah

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia

Wah..wah syok nya p kerja jalan lengang harini.
20min dah sampai opis, sempat singgah beli nasi lemak lagi.

Nak buat macam mana, tuntutan kerja, kena kerja jugak la kan. Kami bukannya tknak cuti tapi
kena kerja. Selamat hari malaysia

Kat FB tadi aku hangin ngan sorang mamat ni...ader ke dia ckp aku bukan org msia kot sebab tk sambut cuti Hari Malaysia. Cam bangang! aku tensen gila. Bila aku ckp, habih tu polis, nurse doctor kena kerja tu, bukan org malaysia ke. Kedai makan yg ko pegi makan lepas Jumaat td tu kalo cuti gak..ko nak makan apa. Hangin sungguh. Pastu dia kata pulak, gaji mahal, kena la keje. Kami ni gaji murah.....

Kesitu pulak. Bengong la mamat ni! Aku ckp, kalo aku tk keje, kurang sorang tax payer kat msia. membazir satu tenaga kerja, p ambik tenaga kerja luar. Dia balas lagi...Brunei ok je tk yah bayar tax.
Ya allah, mamat ni memang nak cari pasai ke apa..pakai otak la nk compare pon. Besar mana sangat Brunei tu. Berapa orang sangat rakyat dia. Berapa byk minyak dia yang keluar.....

Dia cakap pulak...gaji aku punya tax byr beg rosmah 10thn..terus aku cut off dia dari chat FB aku..terus aku BLOCK dia dari FB aku.. padan. Malas nak layan...mujur la aku tk kawen ngan mamat ni....

Kurang hajo! BUkan nak hargai org yg kena keje harini..........

Tuesday, September 13, 2011

Maxi utk ibu mengandung

Ohh....atas godaan kawanku menshokaikan satu kedai kat FB....
aku telah terborong beberapa lai baju utk keadaan aku skang ni... makin kempis la bank accountku.
Padahal baru tengah bulan.

Boleh isi padat2 closet baru dgn maxi kaler2 yer sepanjang ngandung ni.



Yang kat bawah2 ni pon cantekkk tp tkde stok la pulak.


Sunday, September 11, 2011

Mualaf

Jumaat malam sabtu tu anak sedara belah suami sampai. Terima kasih la sudi mai rumah kami yg kurang lengkap lagi ni. Sorang tu nak sambung masters kat UPM so dia nak cari rumah sewa dan sekapel lagi tu tengah summer holiday. Anak sedara yg dah kawin ni kawen ngan awek mata biru rambut perang.
Berspeaking la kejap dalam rumah..eheh. Kagum la dengan wife dia tu, sebab dia masuk Islam lepas datang Malaysia.

Dalam setahun lebih, lepas tu baru je nikah dengan anak sedara kami tu awal tahun ni.
Dia jaga aurat dia lebih dari kita2 yang dah sedia Islam ni... Alhamdulillah, mungkin tak susah bagi anak sedara kami nak bimbing dia sebab tengok asas dan kesediaan dia dah ada.

Cantik sangat dia bertudung....

Friday, September 9, 2011

Puasa anak

Masa nk sunatkan Aidil, dia kena puasa....
itulah kali pertama dia puasa dan dia punya la serik.
Sebelum ni alasan dia, "Aidil takleh puasa, aidil kurus......"

Dia berpuasa dari jam 7am sampai kul 1130pm. Ni sebab insurance lambat nk release approval.
Tangguh punya tangguh, at last pukul 730 time nak berbuka baru Aidil selamat masuk operation
theatre. Keluar dekat2 pukul 9 masih pengsan. Pukul 1130 bangun..memang kebuluran.
Telan apa yang ada..........soto ayam la, nasi beriyani la..ehehhe..
langsung tk ingat nk pantang dah.

Oh yer, anak aku tk pantang pun masa sunat. Mak dia pon tk reti pantang2 ni..ehhee...................
dari segi medical tkde istilah pantang cuma, jaga keseimbangan makanan je.
okla kalau takder allergic udang ke ketam ke. kebetulan, Aidil pon tk suka makan seafood kecuali
ikan.

Thursday, September 8, 2011

Khatan anak lelaki

Oh yer, entry ni dah agak basi. Masa minggu ke3 puasa, Aidil telah selamat dikhatankan kat KPJ kajang.
Ini emergency khatan sbb Aidil punya toot kena jangkitan kuman.

Sejak kecil lagi, aku rasa ada something wrong bila tgk Aidil kencing. Tak macam budak lelaki lain. Tak terpancut kuat dan senget. Mula2 ingatkan, lepas sunat ok la kot so aku biarkan aje.

Lepas tu bila dah besar, Aidil selalu la mengadu sakit 'cincin'(anu) dan kadang2 aku tengok kat tempat kencing dia merah2 dan kadang2 membengkak. Lepas tu kulit yg tutup part depan dia tu takleh tarik ke belakang pulak.

Sampaila minggu ke 3 puasa, dia ngadu sakit sangat bila nk kencing. Bawa pegi GP, doctor bagi antibiotik
dan suruh sunatkan utk elak jangkitan kuman. Dr cakap Aidil punya condition ni dipanggil 'Phimosis'. Balik dari klinik, aku call KPJ Kajang tapi nurse tu cakap surgeon dia tk buat sunat. Adeh..camno ni. Malas nk pegi blik GP ambik surat lain sbb surat tu dah appoint kat dr KPJ kajang.
Lepas 2 hari nampak bengkak dia surut so aku peram lagi tak bw pi sunat. ehhe...apa punya mak daa.
Tapi hari Rabu tu bengkak balik dan aidil ckp memang tak tahan...sangat sakit bila nk kencing.
So Khamis tu bawak pegi GP lagi sekali, ambik surat dan husband bawa pegi KPJ Kajang tp jumpa terus surgeon  tak de call2 punya.
Hek eleh..boleh pun surgeon ni buat. Ape punya nurse la. Tau la aku call hari Sabtu tghari, kot2 time dia nk balik ke ape ke kan. Senang je ckp tk buat. Hinshhhhh.

Malam Jumaat, selamat la Aidil disunatkan. Dr kopek kulit  ,potong dan jahit. Dr juga cakap yg saluran kencing dia agak kecik so dr besarkan. eow...teruk sangat rupanya. Tak nampak bentuk...eowwww!!!

Aidil ni walaupun sunat, buas nya tk berkurang. Cuma time nk buang air je meraung...sebab lubang kencing dia pun luka. Time2 lain, dengan tshirt abah dia, sama je ngusik adik2. Aidil tk pandai pakai kain pelikat (tkde kain pelikat size  budak pon actually). so pakai je tshirt mama/abah dan juga jubah mekah.

Lambat juga nak baik betul2. Mujur boleh pakai seluar baju melayu time hari Raya.
Sekarang ni alhamdulillah dah elok, nampak bentuknya dan warnanya. kalau tidak berkuping, berkerak2...

Wednesday, August 24, 2011

Wierd dreams

I m pregnant and I keep having this wierd dreams almost every night.
hohooho... everyone arounds me keep coming in my dream very vividly
and I can't shared this dream with anyone else...
My last pregnancy also was the same..ahaha. Sometimes I woke up crying,
smiling and confusing.
Last night, the guy sitting besides me in the office appeared.
I cant look at him today as last night was so..realistic.
Anyone of you have experienced this kind of 'phenomenon' while
you re carrying a baby???hihihih

Thursday, August 4, 2011

Hari ke 4 puasa dan aku

Baru nk menulis pasal puasa. Puasa memang penat, nak nak pulak time petang-petang tu kuat pulak rasa loyanya. Angin-angin..segala macam angin keluar sebab perut kosong.

1st day puasa masih boleh makan nasi time berbuka. Tapi start day 2 smp la ke harini, mula la tk lalu makan
nasi. Mujur la time sahur makan nasi. Semalam, balik pukul 4 jadi sempat la keltung kletang masak.
Ingatkan lalu la nk telan nasi sebab time sahur lalu makan sebab masak sendiri. End up, makan kuih, makan bubur pulut durian sikit dan lauk.
Sikit punya sedap aku masak semalam sampai hasben ku bertambah2 tapi tukang masak ni tk selera juga.

Duk tala ayaqqqq saja.

Mujur pagi ni sempat juga menjamah nasi dan lauk2 yang aku masak semalam..hahahahhaa..
Daging rebus (yang terhangit sikit so jd daging bakar ) ccicah ayaq asam, gulai ikan masin dengan terung, sup sayur dan ayam goreng.

Kalo berterusan camni, mau slim aku by the time nak raya..wakakkakakakaaaaaaaa. Perut pon belum membonjol besar sangat, ada la sikit2 cute bumps...(perasan)

Monday, July 18, 2011

Kota Kinabalu Day 01 (14/7)

Memandangkan flight pukul 1250, kami pun relax2 sambil bersiap-siap kemas beg untuk 3days
2nights trip kali ini. Aidil dan Aichan memang tersangatlah excited nak naik hikouki(aeroplane
)Dah lama tak naik dan last time naik derang masih kecik2 lagi.

First time nak guna AA dari LCCT ni.Survey parking kat area tu, agak mahal. Lagi mahal
dari tiket ke KK. Hampeh kan..ehhehe. So, husband cakap, gamble la parking Kenari kat open
space yg ramai org park di sebelah highway tu.
Perjalanan ke KK memakan masa selama 2jam 15min. Pada awalnya, budak2 tak kacau sangat tapi
lepas 1 jam tu, masing2 dah bosan, mula la nak ke depan ke belakang. Mujur lepas lunch, terlentok
tido sampai la dah nak mendarat.
Dah sampai KK, check in kat Hotel Le Meridien, betul2 depan pasar filipina. Saja pilih hotel
tu sebab dekat dengan kedai-kedai jadi taklah susah nak shopping. Thanks to Le Meridien yg without
any charges bagi 1 extra bed. So just nice la 1 King bed + 1 extra bed. Dapat pulak bilik yang paling
hujung sekali dan sangatlah spacious walaupun tempah bilik superior saja. Berbaloi-baloi.
Petang tu, lepas solat, kami ke Tg Aru sebab teringin sangat nak makan jagung rebus sabah yang katanya
manis-manis dan murah-murah. Sampai kat Tg Aru, tengok ramai yang tengah nak ambik gambar matahari
terbenam. Malangnya, cuaca haritu kurang elok. Banyak awan.
Dinner kat Tq Aru...tekakku kurenggg berselera.(nasi goreng no aji ga..mattaku kuchi ni awanai)
Jadi balun jagung setongkol, kepak ayam bakar dan jeruk mangga. Oh yer, jeruk kat sini
sedap2. Tak manis sangat dan masin-masin. Kelabu mata mak buyung tengokkkk...
Oh yer, birthday celebration........rahsia!

Sunday, July 17, 2011

Sports day Cahaya Hati Montessori

Nak cerita sikit pasal sports day Aidil. Diadakan pada hari Bersih
jadi dalam duk cari dewan yg derang buat tu, sesat la pulak masuk
ke highway. Jem la pulak.
Sampai2 je anak2 lain semua dah siap sedia beratur masuk barisan.
Aidil rumah kuning....
Overall, rumah kuning no 3. Heheh..baru tau yang rupanya Aidil
tak pandai jalan itik.

Tuesday, July 12, 2011

ESOK 14/7/2011 Sabah trip

ESOK Sabah trip
lama betul tak bercuti2...
Dapat jugak la bawa anak2 nek hikouki(aeroplane)setelah sekian lama.
Last naik pun masa Sara baru 2 bulan...
Beg dah packing, ticket dah check in, hotel booking dah.
Tunggu nak jalan je la.
Cuma yang kurengg best sikit ialah, Sara cam suam2 sikit sejak
semalam. DUk bagi PCM kat dia, harap2 dia semakin sihat
harini.

Esok juga..umur ku bertambah 1 thn lagi.....achievement, anak nak masuk 4

Wednesday, July 6, 2011

Taska lagi

Tak lama lagi kami akan berpindah ke rumah baru kat Bukit Serdang. Puas dicari memang tak jumpa
taska yang diusahakan oleh orang Islam atau yang ada guru Islam. Kalau la sapa2 ada info tentang taska
kat area Bukit Serdang ni tolongla inform saya.

Memandangkan taska sekarang teramatlah dekat dengan rumah sekarang, bakal menjadi jauh dari rumah
baru jadi kenalah survey taska lagi. Dah penat actually...ahahha.
Syarat taska yang saya kenakan tak de la over sangat pon:-
1. Ada teacher muslim even pengetua non muslim pun.
2. Bukak taska time public holiday atau time2 emergency.
3. Boleh terima anak2 as early as 630am-8pm

Dalam kepala otak ni ada dua je pilihan.
1. Taska cahaya hati yang betul2 bersebelahan dengan tadika Aidil.
2. Taska Arini (cawangan taska sekarang) tapi kena masuk dalam sikit dari jalan besar.

Harini akan call Principal Cahaya Hati.....tengok camne..

Actually dengan carer Cahaya Hati ni pernah jadi issue sikit dgn aku haritu tu yg agak keberatan.
Aku pernah tumpang nak hantar Aidil duk daycare awal pagi sbb tadika tak bukak lagi tapi
carer dia cakp, derang dtg lepas kul 7. Padahal principal ckp kul 630..adeh..aku tunggu 30min kat luar pagar. Dia tk bukak pintu padahal dia ada kat dlm...hasam!

Arini pulak jauh sangat la nk masuk kedalam, pastu nak kena buat u turn lagi....nak kena byr transportation
lagi...

Pening2...

Monday, July 4, 2011

Musim makan sudah berlalu

Oh...keloyaan yang teramat walaupun belum muntah lagi.
Aku dah tak tau nak telan ape...huhuh.
Semalam, kononnya terigin nk makan peperoncino cam kat Saizeriya.
Balik office semalam, terus ke jusco cari bahan2. Beli telur smp
20 biji, beli parsley... ingatkan selera nak makan.
Kul 830 baru start masak, kletung kletang..(eh masak spaghetti mana
ada bunyi gitu), siap. Memang sebijik cam peperoncino kat Saizeriya.
Siap dengan telur setengah masak lagi tu.
Pulun la anak2 makan dengan husband(yang mulanya jual mahal tknak) tapi
aku yang teringin ni, sesudu je mampu telan.
Aduh.....
Anyway, nak share resepi Saizeriya fuu.
Bahan2
-spaghetti
-bawang putih
-fresh parsley
-cili kering/cili hidup pun boleh la
-olive oil
-black pepper
-grated cheese
-garam
-red paprika(pakai sikit je, potong cube kecik2)
-telur rebus setengah masak
Rebus spaghetti dgn seulas bawang putih dan garam dan olive oil.
Agak2 sbl jd lembut, angkat dan toskan. Simpan secawan air lebihan
rebus spaghetti tadi.
panaskan olive oil dan bawang putih yang dicincang dan cili dan paprika.
masukkkan spaghetti dan sedikit air rebusan tadi.
Biar mendidih.
Perasakan dengan garam dan pepper.
masukkan parsley yang sudah dicincang dan sedikit grated parmesan cheese.
Hidang dlm pinggan, pecahkan telur setengah masak...

Monday, June 20, 2011

Abaya shopping

Lately, suka betul beli abaya online. Maklumlah, dekat kedai tak banyak yang
imported dari negara2 padang pasir. Kalau ada kat kedai pun, harganya memang
cecah RM3** atau lebih. Oooh...mahalnya. Setakat ni baru beli 3 helai
abaya online. Ni pun kenal dari FB, ada group abaya lovers. Sorang adik ni,
nama Siti, dia kat madinah...abaya dia affordable. Pastu satu lagi beli kat
adik ni duk Nilai tapi ayah dia duk Dubai... and the latest one beli kat Nadia
yang juga duk kat Madinah.... memang best la abaya import ni. Yang penting
kain sejuk dan design menarik...tak perlu la sarat sangat dengan sulam2, cukup
la dengan bling bling batu permata. Ewahhh!

Sunday, June 19, 2011

Allergies and Anaphylaxis- Aidil Ali 6 months old

Anaphylaxis is a serious, potentially life-threatening allergic response that is marked by swelling, hives, lowered blood pressure, and dilated blood vessels. In severe cases, a person will go into shock. If anaphylactic shock isn't treated immediately, it can be fatal.
Anaphylaxis may begin with severe itching of the eyes or face and, within minutes, progress to more serious symptoms. These symptoms include swallowing and breathing difficulties, abdominal pain, cramps, vomiting, diarrhea, hives, and angioedema (swelling similar to hives, but the swelling is beneath the skin instead of on the surface).
Anaphylaxis may begin with severe itching of the eyes or face and, within minutes, progress to more serious symptoms. These symptoms include swallowing and breathing difficulties, abdominal pain, cramps, vomiting, diarrhea, hives, and angioedema (swelling similar to hives, but the swelling is beneath the skin instead of on the surface).

memangla mula2 ingat nk seronok di nagoya. adik dan hafiizh pun datang kan. tapi, terjadinya satu peristiwa yang tk dapat dilupakan. huhuhhuh
lepas mkn spaghetti di italian mura..jalan2 kat situ.mula2 aidil okey jer..seronok2 dengan maksu n paksu. then tetiba dia mula meraung, mama ingatkan aidil lapar, so mama pun dukung dan cuba pujuk aidil suruh diam2 sebab mama nk cari tempat port nak menyusukan aidil. aidil meronta-ronta, dia gesel2kan muka dia kat bahu mama. so, mama bagila aidil kat abah..masa tu, mama tgk muka aidil dah bengkak2. ya allah, terkejut betul mama. cepat2 mama masuk toilet terdekat, nak menyusukan aidil. masa dalam toilet tu, aidil menangis tapi suara tak keluar (selop). mata dia melilau-lilau macam org nak sawan. nampak dia tak larat sangat. susu pun aidil dah taknak. yang paling mama gerun ialah muka aidil dah jadi lain..bukan muka aidil lagi dah. mama betul2 panik masa tu. mujur ada adik....
cepat2 bawa keluar dari toilet dan bagi kat abah. aidil masa tu dah separuh sedar. nafas pun dalam je bunyinya. risau sangat. kami pun berlarilah menuju ke parking lot (dah la jauh sbb org ramai aritu). took about 10min. sampai di kereta, mama tgk, muka aidil kemerah-merahan. badan pun naik biji2 kecik warna merah. mujur la aidil nak menyusu. apa la kena anak mama seorang ni. terus ke ER hospital okazaki (sejam lepas tu baru sampai). aidil dah tertidur masa dalam kereta. mama suspect aidil ni salah makan la. allergic kot. sbb ni pertama kali mama bagi aidil makanan yang sama dengan org dewasa sb aidil dah 6 bulan. mama bagi aidil makan roti n vegetable soup (yg tawar sbb tu mama berani bagi..kurang garam la katakan) masa lunch.
kat hospital, aidil muntah 2 kali.berbuih-buih dia muntah. lepas aidil muntah, barulah nampak aidil sihat kembali. alhamdulillah.takut betul mama harini..... jumpa doktor, doktor pun kata ni maybe sbb allergic (shisshin jin mashin..atopi) dia suruh buat blood test untuk check aidil allergic apa. siann anak mama ni.





gambar aidil lagikkk



Aidil Ali 5 Nov 2007

sempt lg mama aidil beraya sbb aidil tk lahir lg. siap buat mkn2 mlm raya tu. jemput yg dkt2 jer. lepas basuh2 pinggan ala kadar mula rasa sakit pinggang.sikit2 je la.boleh lg lelapk mata. isnin ni dh buat appointment ngan doc utk induce sbb dh lepas due date seminggu lebih. kalo sempt bersalin before tu rasa lega.duk doa2 supaya bersalin masa weekend so madok tkyh amek cuti lama sgt.company ni tkder cuti utk jaga wife bersalin la pulak!!
pagi raya kedua tu madok pi keje..dia suh all kalo sakit makin teruk. intan pun ada kt rumah so mintak intan tunggu sampai tghari(suh dia ponteng kelas)..kot2 nk kena pi spital. sejak subuh kul 5 am tu makin kerap sakit cuma tk sakit sangat.pastu kul 9 tu nekad pi spital.... makin sakit kt lam keta.check2 dh 10min interval sakitnyer.masa tu rasa nk ngamuk2 je kt jln tk rata sebab keta beringgut2...sakit.
jumpa takeuchi sensei yg senior tu..dia suh masuk wad... masuk LDR terus.LDR stands for labour delivery recovery room. hospital takeuchi ni bagus sbb ada byk ldr. tkyah tunggu lam bilik masa contraction. terus lam bilik tu jugak bersalin... cantek.ada 2 single bed n sofa so bolehla saper2 nk teman tu tido situ.
sakit makin kurang la plak. k.fida dtg...bawa bento utk madok...boleh gelak2 lg masa tu.
makin mlm..makin sakit.....pergh...dh tkleh senyum punnn.nurse kata maybe lam kul 3 pagi ni bolehla kot start push.... seksa nyer sakit.madok tlg urut2 pinggang. BGM masa tu ada lagu2 hindustan..tah camner bleh ada radio india kt spital tu....
matahari 5hb nov dh naik...tk bersalin lg....at last kul 1120am br dgr jerit tangis baby aidil ali 2780g.alhamdulillah... cukup sifat.cuma heartbeat slow sket so kena masuk incubator.sempt pegang kejap jer....






Me and Him disatukan- copy from fotopages




kami nikah 19.3.2004. couple tk lama pun... mula2 blk msia plan nk tunang jer. 12march tu kami tunang ler.skalik tuh, masa tunang family bincang nk suruh langsungkan terus. waaaahh...sempt tunang seminggu jer la nampak gayanya. masa tunang tu dh buat kenduri...minggu depan nk kena kenduri lg skalik. hish....dh bersedia ker aku ni?kawan2 mesti terkejut ... ct dh nikah....heheeheh. dh jd bini orang pun.
2mac 2004, balik malaysia naik northwest airlines. murah...campur tax 32000yen. biasanya naik malaysia airlines dlm 55000yen.tapi naik NWA kena pi tokyo dulu la. so malam tu naik train n sampai tokyo pagi.. masa kt eki, mado tanya, dh bersedia ke nk jd wife ni?..heehe
madok sakit kaki masa tu..huhuhu.. main bola la nih. ibu jari kaki dia bengkak. siann bakal tunang i ni.tunggu sampai kul 6 pm br flight berlepas..lupa nk cerita, flight ni sampai spore jer. pastu kena masuk msia la....
smp spore dh tgh mlm.lapoooo.....sib bek burger king bukak lg. halal tau! bestnyer mkn burger daging.
lepak kt airport, tunggu pagi nk pi nek bas ke jb.
alhamdulillah, ptg tu smp kt kl.makpak dh tunggu kt kl.esoknyer br blk kedah.berdebar gak nk kenalkn madok.hehehe.
okla..shortcut.lepas tunang..minggu dpn nk kena nikah.hheheh..yak yak yeeeee..seronok kottt.
kalut2 pi kursus..
19hb 3...ijabkabul masjid ..pastu kenduri kecik kt rumah.gambar2 nikah tk scan pun.cuma ada gambar kenduri kat rumah mado@darling jer.
madok@darling ni org sekampung ngan saya. org baling, kedah.sekolah menengah rendah sebelah2 tp tk penah kenal.kenal masa kt jpn jer.senior 2 thn dr saya.

Tuesday, June 14, 2011

Rumah baruuuuuuuuuuuuuu Aman Heights, Bukit Serdang

Akhirnya penantian hampir berakhir..yey! dah dapat VP untuk Aman Heights.
Yuhuuuuuuuuuuuuu

Minggu lepas banyak benda berlaku.
1. Tak jadi resign....
2. Cheque Am Assurance dah keluar
3. Himitsu.........tak leh annouce lagi yg ni
4. Dapat surat VP untuk Aman Heights.

Happy nya....... Ya Allah, hambamu ini bersyukur diatas segala pemberianmu.....

So Sabtu lepas, plan awalnya nak pergi ambik kunci tapi rupanya bank tk release lagi duit so,
takleh ambik kunci. End up pegi survey kitchen cabinet and wardrobe...
gulp..gulp...cantiknya tapi harga telan ayaq liur la.
Setakat ni quotation dapat....less than 10K utk dapur, and dlm 3k lebih utk master bedroom punya wardrobe.
Kena teruskan survey tapi kedai kat Kajang tu bagusla service dia...nama kedai tu Unity Design, dekat Saujana Prima Giants supermarket.
Taktau la harga dia ok ke tak sbb tak compare lagi tp service mmg bagus.

Alamak, puasa ada lagi 9 hari nk ganti...........yabeeee!

Monday, May 30, 2011

Resigned

Aku dah hantar surat letak jawatan buat kali kedua dan
boss dah accept......
Lepas ni jadi surirumah sekejap kot. Then baru la cari kerja lain.
Terpaksa berjimat cermat...
My last day in HP will be on 30th June.

Sunday, May 29, 2011

Health condition

Alhamdulillah, anak2 dah beransur pulih. Boleh la aku dengan senang hati masuk office balik.
Sara dah tk demam dah, campak pun dah kering...(lulus nk bergaul dengan kawan2 lain), Aidil pulak, masih batuk2 cuma demam tu ada lagi sikit2. Tp tolerable la. Tak tinggi sangat dan datang time malam.

Oh, semalam jiran sebelah rumah buat birthday party.Gambar akan diupload kemudian. Anak2 rapat sangat dengan anak jiran sebelah nama Humaira, comel...baru 3 tahun.

Anak2ku muka tk malu, selalu bertandang.....puas dilarang. Kadang2 kena kunci pintu pagar.

Thursday, May 19, 2011

Sensitippppppppppppppp

Hahaha...rasa nak gelak pun ada. Rasa nak nangis pon ada.
Mentally unstable!
Sejak akhir2 ni aku memang terlalu sensitif.Kena sound sikit je,
mulalah air mata ni mengalir laju tanpa dapat disekat2. Macam mana
nak ubati hati ini supaya menjadi lebih keras? Adakah sebab aku kekurangan
estrogen?HAhaha...selama ni duk makan pills.<--comment from my TL
Really2 rasa nak berenti keje...

Sunday, May 15, 2011

Kisah Zuhur di Masjid Kinrara

Lepas lunch, terus gerak ke masjid Kinrara sebab dah masuk waktu Zohor. Anak2 pulak ada yang tido lagi, jadi elok sangat la. Lepas hasben ku solat jemaah, aku pun turun...solat. Masa ni jemaah perempuan dah sudah solat, aku perasan cuma ada seorang perempuan muda mengandung dengan baby dia yang tk sampai setahun...
Lepas aku solat pun, aku tengok ada lagi dia. Aku tegur anak dia sebab anak dia yang tk boleh berjalan tu mengutip brg(habuk) dan masukkan dalam mulut. Comel sungguh baby tu. Rambut ikal, kulit putih bersih.
Sambil aku lipat kain sembahyang, mak dia tegur aku. "kak, jam pukul berapa ek?"

Aku pun startla sembang dgn dia. Tanya anak berapa thn.....kecik lg. tak sampai setahun.Dia pulak dah mengandung 6 bulan.Dia tanya sama ada aku tahu cara2 nak ke KL naik bas. Aik...camana dia boleh sampai kt sini pulak????
Rupa2nya dia cerita yang dia dtg dari kg kat perak. bekas suami dia janji nk bagi duit nafkah dan suruh dia datang sampai Masjid Kinrara ni. Dia pun naik la bas dan sebab suami dia nak bg duit. Sekali tu, sampai je kl, suami dia tk dapat dihubungi...dari pg td dia duk tunggu kt masjid. Sedehnyaaaaaaa aku. Sambik bercerita dia terketar2 dan mengalir air mata.  Dah la tengah mengandung, bawa anak yang tk boleh berjalan lagi pulak tu. Kena dukung anak, kelek beg. Dia cakap dia nak balik kampung tapi kat area sini dia tak tau macam mana nak cari bas sebab dia datang naik teksi. Nak balik naik teksi ke KL, dia dah tak cukup duit.

Cara dia cakap macam nak minta aku hantarkan dia ke stesen bas......tapi ntah kenapa, aku tak tergerak nak hantar dia sebab alasan yg remeh temeh. Sekarang ni baru rasa menyesal sangat2. Alasan aku adalah anak aku kena campak, takut terkena kat baby dia ataupun dia yang tgh mengandung. Bahaya.

Lastly, sebelum aku balik, aku cakap, adik naikla teksi ke KL...salam2 ngan dia dah sedekah sedikit duit yang aku rasa cukup untuk dia naik teksi....

Naik je kereta, aku citer kat husband sambil mengalir air mata....Husband aku cakap, nape tak offer nak hantar dia sampai LRT ke....

Aduh.....kenapa aku tk offer ek????Rasa menyesal sangat2.... Betapa perasaan dia yang tengah mengandung, bawa anak kecik tengah panas2 nak cari bas/teksi ke KL sebab bapa kepada anak2 dia tk datang lepas janji nak datang???? Bapa anak2 dia dah kahwin lain...dengan pendatang asing. Dia cerita juga, muka anak dia yang comel ni macam abah dia....masa tu muka dia ceria sikit.

Sampai sekarang pun aku masih rasa bersalah......terfikir aku, dia dah makan ke belum. Dah la pregnant. Harap2 dia boleh suarakan masalah dia pada AJk masjid Kinrara sebab kat masjid ni ada rumah ahli masjid dan selalu ada je jemaah dalam ni.

Sangat rasa bersalah. Kalau la aku dapat jumpa dia balik. Nama dia Farhana, asal Lumut, umur 22 tahun.

Makan nasi campur murah di Kinrara, Puchong

Selalunya kalau Sabtu, Ahad tengahari yang aku malasssss sangat nak masak, kami selalu makan kat Kinrara. Ada satu medan selera kat BK5. Sangat murahhhhh dan menepati selera kami. Kalau bawa balik....lain harganya, tapi untuk nasi campur selalunya memang sangat2 la berpatutan.
Macam tadi, 2 teh ais, nasi +ikan keli goreng+tempe goreng+lemak pucuk ubi+sambal dan ulam2+sayur goreng dan husband makan nasi+ikan keli goreng+gulai ikan kering+sayur terung goreng ....agak2 berapa ringgit ek???.......................................
Cuma RM12. Bayangkan betapa mewahnyaaaaaaaaaa makan kat situ.
Sapa2 duk dekat boleh la try ek..dekat medan selera. Nama kedai tu Selera Mahsuri.
Speciality masak lemak ketam, ayam kampung goreng berempah, siput sedut masak lemak..........

Wednesday, May 4, 2011

Last day of GW

Since last Friday, Japan tgh Golden week holiday. So, tengah bercuti panjang la sekarang ni.

Hari ni last day GW. huhuhuh..esok mesti call bertimbun2....kyaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, May 3, 2011

Cari kasut...dapat...........

Tadi dah puas pusing cari kasut...tk dapat. Takpe la.
Oh yeer, electric kettle dah rosak, mencari yg baru kat carrefour. Dapat la satu
brand Elba yg comel...ok la tu.. pusing2 lagi, plan nk survey TV...
Tadik dah masuk Harvey Norman. Takdak la yg betul berkenan dan sesuai
dgn poket... Sekali tu jumpa Samsung brnd plasma 43' tgh sale........
aduh..dah la ada built in player. Just cucuk USB, boleh play mcm2 format. video, gambar.
Nak beli tak nak..nk beli taknak....
Waduh2...last2 beli gak! Yattaaaaaaaaaaaaaaaaa..TV baru ganti TV lama kat bilik...
Puas hati...ahhaha.Mula2 i nak bayar...tp husband nk kumpul point kat credit card supaya
dapat rebate cukai kerajaan. SO husband swipe card dia.
nanti i byr blk yer mr husband! serious..i nk belanja.

The Gardens & Midvalley

Memandangkan hari selasa 3/5 aku ambik cuti..dan hasben pon cuti.
Plan harini ialah hantar anak pegi kindy and daycare, biar mama n abah
dating pulak yer.
Aku nyer planning nak tgk movie dan shopping serba sedikit kat
Midvalley yang sentiasa penuh dgn org kalo time weekend. hehehhe....
Utk harini hanya ada citer Thor jer. Fast 5 takde la pulak. Husband
beria nk tgk citer Fast 5 tapi tk der rezeki harini.
Sbl masuk movie, kami lunch dulu kat Midvalley, food court kat tingkat atas
tu. Teringin nk makan Pepper lunch..yumm yummmmm...teringin nk masak
camni kat rumah..agak2 berjaya tak ek?
Sementara tunggu husband ke  toilet, terserempak lak dgn teammate kat
IBM dulu, nassree tgh dating ngan wife dia. Dia pon dah balik ke Thailand.
Datang msia utk jalan2 jer...Comel wife dia, putih melepak.
Pusing2 dlm midvalley nk cari sandals utk husband...yg berkenan, tkde
size la pulak. I nk belanjer ni.Masuk the gardens, pun tkde yang berkenan
betul2....
Disebabkan julung2 kali kami dating tanpa anak2, so harini special sikit.
All my treat..aku ajak hasben p tgk muvi kat the gardens..ngehhhhhhhhhhhh.
First time ni tgk kat the gardens, harga 2 seats dia boleh dpt 10seats kalo h
ari rabu kat Alamanda GSC....
Thor....aku suke hero dia. Hahaks..muka macho giler...jalan citer dia laju
dan tak ngantuk.. suker la! Tapi citer psal mitos camni, setakat tgk syok2
jer la. Takleh ambik serious sgt..kang tersesat lak. Astaghfirullahal azim.
Next aim, hari Sabtu time daycare bukak nk bw tgk Fast 5.
Lepas layan muvi, jgn lupa solat..singgah makan (makan lagi)kat makcik
Anne's pretzels. Husband cakap yang kat Alamanda punya pretzels lagi
crunchy dan tk rasa tepung..eh..betul jugak ek. Lain2 pulak rasanya walau
pun dua2 Makcik Anne ni punya.heheh...
Masuk jusco jap, nak beli miso...susah juga nk cari miso yg tkde alcohol.
Godek punya godek ..jumpa gak la satu jenis. Beli dashi jugak.Ingat nk
buat udon..
Masuk Carrefour..cari barang. dapat 2 barang..yatta.....
Kepenatan, terus balik.

Thursday, April 28, 2011

Jiwa kacau lagiiii!!!!

Sejak dua menjak ni terasa..betul ke aku ni sesuwai keje helpdesk.
Ntah la, rasa demotivated pulak.
Aperhal aku cukup cepat terasa ek???PMS ka?

Topic aku harini bengong2 sikit!Betul2 rasa demotivated.


Aku ada 2 choice:
1.Buktikan yang aku boleh buat atau
2.Tukar bidang...
oh no...air mataku sudah jatuh........!!

Wednesday, April 27, 2011

Jiwa kacau

Jiwaku agak kacau....dengan  stress di office. Stress dengan customer daaa... kerja sbg IT helpdesk ni memang mencabar jiwa dan minda betul laaaa

manusia..manusia, memang kurang bersyukur<--ditujukan utk diriku juga. Dah dapat apa yang diidamkan, tamak nak lagi best. Daripada kerja contract dapat permenant....daripada gaji basic cam freshies dah jadik cam experienced....complain pulak ttg stress kerja. Logic la kan, dapat gaji lebih, for sure la kerja pon kena lebih. Stress pon bertambah. Mana ada kerja senang gaji banyak...Selalunya setimpal dengan apa yang kita dapat la. Ada yang kena keje shift....utk dapat lebih elaun..

Kalau diberi pilihan, kerja yang kena tepati masa(takleh kurang walaupun seminit), stress dengan customer, tapi tak yah bw balik kerja ke rumah, tapi masa depan cerah, tapi gaji mahal, permenant position with big established company VS kerja tak yah tepati masa (boleh pegi bank time lunch lagik), less stress, gaji kurang sikit dari sekarang, benefit hampir sama tp beranak dicover, company pon established, tapi future nak naik gaji adalah kurang..........tak dak pilihan sangat kalau berangan nak jump2....

Oh no....aku jadi stress memikirkan ini....
Dah la stress dgn user yang sama. call masuk kat aku smp 3 kali, tadi. Dia paksa IT team support dia within 10mins... macam mana nk buat!Kami bukan ada bidang kuasa nk paksa IT team support dia sorang je. IT team pon byk lagi kerja lain nk buat. DUhhhh....lainla company tu dia yang punya kan.

Oh ye....ni ada kerja kosong kat bawah ni...sapa berminat??yang ni dijamin tak kan nyesal punya la

Saturday, April 23, 2011

Hospital bersalin....

Memandangkan post sbl ni pasal nak beranak.....nk simpan la jugak kenangan bersalin 3 orang sbl ni.

No 1 dan no 2 aku bersalin kat Toyota, Jepun.

Hospital yang aku pilih ni kalau naik kereta 30min jugak dari rumah dan aku melintas beberapa buah hosp bersalin sampai ke sini, tapi tetap yang ini menjadi pilihan hati sebab biliknya sangat selesa dengan harga yang sangat berpatutan.Semua bilik adalah utk single occupancy tetapi semua bilik ada disediakan dua katil utk husband atau penemannya tidoq sekali. Even bilik delivery/labor room pun ada dua katil(bukan utk 2 pesakit ye). Masa anak pertama, aku ambik bilik paling murah, paling murah pun macam bilik hotel 2 single bed siap dengan long tub. Dapur kecil pun ada utk panas2 kan lauk ke kan. Takkan la org beranak nak masak kari pulak kan?? Package hotel hospital tu utk 7hari 6 malam. Seronok la kami berkampung kat situ, dilayan pulak tu kan. Husband pun berulang ke office dari hospital je.

Time anak ke 2, kami ambik package bilik besar sikit sebab dah ada anak no 1 nak lari2 kan. So ambik bilik yang ada living room sekali. Adik aku pun datang menumpang tido kat situ... anak no 1 siang2 aku tinggalkan kat nursery dalam hospital ni sebab husband aku pegi kerja. Bila lepas kul 5 je, teacher akan datang hantar la kebilik. Ok la, harga nursery pun tak mahal mana. Berbaloi-baloi.
Walaupun harga bayaran utk package starts from 300,000yen(lebih kurang 10k) tapi insurance kesihatan byr max 300,000yen. Kalau nak rasa bilik lagi best, tambah la duit sendiri kan.....

Time anak ke3, masa tu kat Kulim. Kulim ni ada 3 je tempat bersalin. Hospital Kulim, Pakar Dr Hamid dan Pakar Dr Chang and Koh. Mula2 aku try dr Hamid tapi ntah kenapa rasa kurang selesa.....(byk gile nyamuk kat klinik dia) so aku try Dr Koh. Lastly aku pilih Dr Koh....Alhamdulillah, walaupun bilik single dia biasa2 je... doctor amatlah supportive.

SO....................ANAK KE 4????nanti kita buat survey sama2 yer. kalau bilik bersalin cam bilik spa camni kan besttttt.

Beranak lagi?????

Alamak, tetiba minggu ni mood rasa nak pregnant dan ada baby lagi.. ooooohhhhhh!!!!!

3 pun aku dah rasa darah selalu je naik, mampukah dengan 4,5(kot2 la kembar) dalam masa terdekat ni???
Husband aku cakap, Allah tak akan menguji hambanya dengan apa yang dia tak mampu. Insyallah, kalau ada anak lagi tu maknanya, kita mampu la tu... oh my husband!

Baru2 ni kawan aku Maya, bersalin no 3. KOhai ku Ain pon bersalin. Teacher budak2 ni kat taska pun baru bersalin...ramainya org bersalin kat keliling aku........itu yang agaknya mood aku pon nak beranak kecik.

Sejak aku terpk nk beranak lagi, si kecik Sara ni mula buat perangai. Makin susah nak dijaga. Salah sikit je meraung... kalau tak dapat yang dia nak. Kadang2 aku taktau apa yang dia nak sebab dia cakap german kot...aduh2. kalau dah meraung pulak bukannya senang nak pujuk. Agaknya sebab dia yang paling lambat dapat adik kot...dah ala2 bongsu gitu. Yang lain2, tak smp 2 tahun mama dah dukung adik baru.

Bila rasa nk beranak, mula la teringat balik sakit beranak... gulp....gulp...telan air liur.
Sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.
Sebabkan sakit beranak ni sakit so, nak la dilayan elok2 bila time beranak so aku agak memilih keselesaan time nak beranak. Selalunya aku survey ward, labor/delivery room,doctor.
.....to be cont

New job in Mahindra, Cyberjaya

Alhamdulillah.... dapat kerja baru kat mahindra. Oh no..bukan aku yg pindah kerja tapi hasben ku ini. Dah setahun lebih kerja macam burung hantu, kejap siang kejap malam kat AIG, akhirnya esok dia akan pindah ke company IT kat Cyberjaya.

Perjalanan ke company baru ni haritu ingatkan dah tak jadi sebab mula2 kata dah confirm lepas interview. Lepas tu kena hold pulak....dah puas ku seranah(dalam hati je la) sebab keciwa... akhirnya dapat pulak.

Sangat2 bersyukur. Semoga kehidupan kami lebih baik.....aamin

Friday, April 22, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Ajak orang makan

Masa duk kat nihon, rajin ajak kawan2 makan kat rumah.
Tapi bila dah balik msia ni....baru sekali saja buat makan2
besar kat rumah. Kenapa ek?Adakah aku malas....tkde budget..
atau segan nk tunjuk rumah kat orang...
adeii deiii..deiiiii
Aku rasa sebab masa kat jepun macam susah nak cari makanan
melayu jadi kalo aku masak apa pon, surely tetamu akan telan
jugak. Bila dah kat  msia ni..kat kedai byk makanan sedap2.
Nak masak pon jadik segan, end up...apa2 nak jamu kat orang
pon beli kat kedai.
Hatta, mak pak sendiri mai rumah pon bw p makan kedai...
Abeh la skill masak ku....
Dalam masa terdekat ni nak ajak kawan2 mai makan kat rumah...
at least suzon buat lawatan balas, pon dah ok dah.

p/s:Rajin pulak menghapdet blog hari ni...call tk byk rini.

Bento

Esok berazam nak buat bento untuk anak2..hehe.
Dah check dlm website...http://www.ajinomoto.co.jp/recipe/obento/index.asp
lauk utk bento adalah
1. telur goreng dgn daging cincang
2. cendawan goreng
3. salad tomato gaul shiso(ape ek ckp melayu??)


gambar ihsan website ajinomoto
Harap2, esok akan jadi rajin.
Kadang2 bukan tak rajin ponnnn..hihiks, barang nak masak je takde.
Ceh..alasan ke tu??
nak masak itu tgk ini tkde, nak masak ini tgk itu tkde..
mana la nak datang mood nak masak.
Semalam berjaya juga la sediakan menu telur dan carrot untuk
anak2. Bertambah2 mereka makan.
Alamak, silap, bukan aku yang masak...mr husband yang masak. Aku masak
jugak tp utk isi perut aku sbb lauk yg husband masak dah clear.

Monday, April 4, 2011

Ngantuk

Ngantuk sungguh...dah la nk access Fb tak boleh.
Your account is under maintenance...hampeh.
Call tak byk...adeh...ngantuk2.
Kopi dah ambik segelas..sedapnya bau!. Macam bau 缶コーヒーkat jepun.
Nape la aku ngantuk sangat ni. kenyang makan nasi lauk
ikan keli kot lunch tadik...

Sunday, April 3, 2011

Sepetang bersama Suzon

Suzon ni kawan baik masa kat UM, RPKJ. Program sebelum p Jepun. Terutama, masa 2nd year aku rapat gak dgn Suzon sbb kami satu kelas. Tempat duduk sebelah2...hihihik. KAdang2 layan tido dalam kelas dgn dia..... Selalu kami kena usik dengan  Kitagawa Teruhiro sensei.
   Aku jugak kdg2 p lepak tidoq bilik dia kat 4th College dan selalu buat selamba badak p tumpang ambik makanan kat shokudo dia dgn alasan, makan bahagian Dianna yg selim melim tk makan sangat tu. Almaklumla, college aku tkde shokudo...
   Teringat juga kenangan kami p tgk wayang kat AMcorp malam2. TGk cite 6th sense. Kami pergi ber3, pompuan2 la ni..tapi naik moto. Korang bayangkan la, aku kena ulang 2 kali p ambik. Dah la br tgk cite hantu..malam2 buta lak tu balik...adeh.
  Paling aku tkleh lupa kenangan kami p study kat taman tasik PJ. Ada sorang pakcik pervert tu, boleh pulak p flasher kat kami..aku la yg ternampaknya.. Hampeh! Pakcik tu pakai suaq pendek...dia saja je ngadap kami...tayang2....kurengggggggggg..eow..ingat balik rasa nak muntah!

   Sabtu lepas, aku berkesempatan p melawat suzon yang dah ada rumah sendiri kat Pajam. Jauh juga rupanya.. tapi rumah dia, berbaloi-baloi la beli sebab sangat tersegam indah.... 6bilik tidoq tu.. cantik!
Terima kasih sebab jamu kami dengan laksa yg sedap tu. Pasni hang kena buat lawatan balas ke rumah aku pulak yer.

Satay UK

Nak post pasal satu satay sedap yg menepati citarasa me and my husband la...
Kedai ni terletak kat seksyen 7, Bangi...
Apa yang buatkan satay ni lain dari yang lain adalah sizenya...aduhai. Terasa kecik satay kajang kalau
nk dibandingkn dengan satay ni. Ayam dan dagingnya lembut, lembab2 gitu rasanya..huhuhks...
Nama satay ni satay UK.
Haritu sbl balik kampung pada malamnya, kami singgah kat satay UK, pekena 10cucuk(RM7) dan bungkus 45 cucuk satay utk bw balik Baling. Husband beria nak bagi parents kat kampung rasa...ehehhe..

bersawang2

Aduh...apa lah blog ku ini sudah bersawang2..........kesian2.
Kerja sekarang ni busy...tk sempat nak karang blog.  balik rumah je dah penat. Malam ni akan update blog....insyaallah

Sunday, March 6, 2011

Lagi cerita Aichan dan case kat ENT





This what came out from her nose..Yucky!

Bayangkanla, mesti byk kali dia buat project tu...adeh...mcm2 benda bergumpal2 tu....
Baunya....tak tahan. Busyukkkk yang amat. Lebih hebat dari tong sampah. Mana la hidung aichan tk busyuk.

Lepas pengalaman perit berpuasa selama 5 jam.. Aichan memang sangat menghargai makanan. Sgt byk makan dan minum...agaknya takut ditarik balik nikmat boleh makan dan minum kot.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.