Monday, July 18, 2011

Kota Kinabalu Day 01 (14/7)

Memandangkan flight pukul 1250, kami pun relax2 sambil bersiap-siap kemas beg untuk 3days
2nights trip kali ini. Aidil dan Aichan memang tersangatlah excited nak naik hikouki(aeroplane
)Dah lama tak naik dan last time naik derang masih kecik2 lagi.

First time nak guna AA dari LCCT ni.Survey parking kat area tu, agak mahal. Lagi mahal
dari tiket ke KK. Hampeh kan..ehhehe. So, husband cakap, gamble la parking Kenari kat open
space yg ramai org park di sebelah highway tu.
Perjalanan ke KK memakan masa selama 2jam 15min. Pada awalnya, budak2 tak kacau sangat tapi
lepas 1 jam tu, masing2 dah bosan, mula la nak ke depan ke belakang. Mujur lepas lunch, terlentok
tido sampai la dah nak mendarat.
Dah sampai KK, check in kat Hotel Le Meridien, betul2 depan pasar filipina. Saja pilih hotel
tu sebab dekat dengan kedai-kedai jadi taklah susah nak shopping. Thanks to Le Meridien yg without
any charges bagi 1 extra bed. So just nice la 1 King bed + 1 extra bed. Dapat pulak bilik yang paling
hujung sekali dan sangatlah spacious walaupun tempah bilik superior saja. Berbaloi-baloi.
Petang tu, lepas solat, kami ke Tg Aru sebab teringin sangat nak makan jagung rebus sabah yang katanya
manis-manis dan murah-murah. Sampai kat Tg Aru, tengok ramai yang tengah nak ambik gambar matahari
terbenam. Malangnya, cuaca haritu kurang elok. Banyak awan.
Dinner kat Tq Aru...tekakku kurenggg berselera.(nasi goreng no aji ga..mattaku kuchi ni awanai)
Jadi balun jagung setongkol, kepak ayam bakar dan jeruk mangga. Oh yer, jeruk kat sini
sedap2. Tak manis sangat dan masin-masin. Kelabu mata mak buyung tengokkkk...
Oh yer, birthday celebration........rahsia!

Sunday, July 17, 2011

Sports day Cahaya Hati Montessori

Nak cerita sikit pasal sports day Aidil. Diadakan pada hari Bersih
jadi dalam duk cari dewan yg derang buat tu, sesat la pulak masuk
ke highway. Jem la pulak.
Sampai2 je anak2 lain semua dah siap sedia beratur masuk barisan.
Aidil rumah kuning....
Overall, rumah kuning no 3. Heheh..baru tau yang rupanya Aidil
tak pandai jalan itik.

Tuesday, July 12, 2011

ESOK 14/7/2011 Sabah trip

ESOK Sabah trip
lama betul tak bercuti2...
Dapat jugak la bawa anak2 nek hikouki(aeroplane)setelah sekian lama.
Last naik pun masa Sara baru 2 bulan...
Beg dah packing, ticket dah check in, hotel booking dah.
Tunggu nak jalan je la.
Cuma yang kurengg best sikit ialah, Sara cam suam2 sikit sejak
semalam. DUk bagi PCM kat dia, harap2 dia semakin sihat
harini.

Esok juga..umur ku bertambah 1 thn lagi.....achievement, anak nak masuk 4

Wednesday, July 6, 2011

Taska lagi

Tak lama lagi kami akan berpindah ke rumah baru kat Bukit Serdang. Puas dicari memang tak jumpa
taska yang diusahakan oleh orang Islam atau yang ada guru Islam. Kalau la sapa2 ada info tentang taska
kat area Bukit Serdang ni tolongla inform saya.

Memandangkan taska sekarang teramatlah dekat dengan rumah sekarang, bakal menjadi jauh dari rumah
baru jadi kenalah survey taska lagi. Dah penat actually...ahahha.
Syarat taska yang saya kenakan tak de la over sangat pon:-
1. Ada teacher muslim even pengetua non muslim pun.
2. Bukak taska time public holiday atau time2 emergency.
3. Boleh terima anak2 as early as 630am-8pm

Dalam kepala otak ni ada dua je pilihan.
1. Taska cahaya hati yang betul2 bersebelahan dengan tadika Aidil.
2. Taska Arini (cawangan taska sekarang) tapi kena masuk dalam sikit dari jalan besar.

Harini akan call Principal Cahaya Hati.....tengok camne..

Actually dengan carer Cahaya Hati ni pernah jadi issue sikit dgn aku haritu tu yg agak keberatan.
Aku pernah tumpang nak hantar Aidil duk daycare awal pagi sbb tadika tak bukak lagi tapi
carer dia cakp, derang dtg lepas kul 7. Padahal principal ckp kul 630..adeh..aku tunggu 30min kat luar pagar. Dia tk bukak pintu padahal dia ada kat dlm...hasam!

Arini pulak jauh sangat la nk masuk kedalam, pastu nak kena buat u turn lagi....nak kena byr transportation
lagi...

Pening2...

Monday, July 4, 2011

Musim makan sudah berlalu

Oh...keloyaan yang teramat walaupun belum muntah lagi.
Aku dah tak tau nak telan ape...huhuh.
Semalam, kononnya terigin nk makan peperoncino cam kat Saizeriya.
Balik office semalam, terus ke jusco cari bahan2. Beli telur smp
20 biji, beli parsley... ingatkan selera nak makan.
Kul 830 baru start masak, kletung kletang..(eh masak spaghetti mana
ada bunyi gitu), siap. Memang sebijik cam peperoncino kat Saizeriya.
Siap dengan telur setengah masak lagi tu.
Pulun la anak2 makan dengan husband(yang mulanya jual mahal tknak) tapi
aku yang teringin ni, sesudu je mampu telan.
Aduh.....
Anyway, nak share resepi Saizeriya fuu.
Bahan2
-spaghetti
-bawang putih
-fresh parsley
-cili kering/cili hidup pun boleh la
-olive oil
-black pepper
-grated cheese
-garam
-red paprika(pakai sikit je, potong cube kecik2)
-telur rebus setengah masak
Rebus spaghetti dgn seulas bawang putih dan garam dan olive oil.
Agak2 sbl jd lembut, angkat dan toskan. Simpan secawan air lebihan
rebus spaghetti tadi.
panaskan olive oil dan bawang putih yang dicincang dan cili dan paprika.
masukkkan spaghetti dan sedikit air rebusan tadi.
Biar mendidih.
Perasakan dengan garam dan pepper.
masukkan parsley yang sudah dicincang dan sedikit grated parmesan cheese.
Hidang dlm pinggan, pecahkan telur setengah masak...