Wednesday, February 29, 2012

yaki gyoza(japanese version)

masa mengandung selalu teringin nk makan gyoza mcm kt jepon.
cara nak buat tk susah jadi selalulah dibuat.
mula2, aku dan suami je bedal..anak2 tk berapa nak try.dah last2 buat
baru la budak-budak try dan menjadi favorite mereka.

resepi gyoza
bahan-bahan
300 g isi daging ayam(di cincang) atau minced ayam
100 g isi udang (cincang)
1/4 kobis (cincang)
1inci halia diparut
sedikit daun kucai(tkder pon tkper)
minyak bijan
garam dan lada putih secukup rasa
kulit gyoza..kalo tkder, kulit popia pun jadikkkkk cuma kalo kulit popia kena
buat bentuk popia la.

1. Daging ayam yang telah dicincang, udang, halia, kucai dimasukkan ke dalam satu bekas.
2. Gaul sampai sebati, campurkan garam dan lada putih secukup rasa
3. Letakan campuran atas kulit gyoza dan bentukkan macam di bawah.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali supaya tidak melekat.
5. Susun gyoza.
6. Curahkan 1/4 cawan air panas(mesti air panas yerrrr..jgn bantai air sejuk) dan tutup kuali ni supaya
    gyoza ni masak dgn cara stim.
7. Bila air dah kering, buka tudung kuali dan masukkan minyak bijan.
8. Agak kulit gyoza ni dah garing, tutup api dan terbalikkan dalam pinggan

tadaaaaaa........................!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
healthy and very very sedap.
 boleh dicicah dgn shoyuu jepun atau kicap cair masin.
gambar lepas dah siap tk dan nk snap....kebulur sgt dah..so ini ihsan google yer.

Happy Breastfeeding!

Tuesday, February 28, 2012

Kembalinya beliau ke rahmatullah

Alfatihah.
gambar di bawah ni adalah gambar semasa beliau masih sihat.
dari kiri, my husband, mak, adik, wan dan suami adik dukung sakura.


Buat arwah ayah mertua ku yang telah kembali ke rahmatullah pada 24Feb 2012 setelah selesai mengambil
wudhu untuk solat Subuh pada pagi Jumaat yang barakah.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Okla, nak cerita kan sedikit tentang ayah mertuaku dari pandangan mataku selama
hampir 8 tahun perkahwinan kami. Anak2nya dan menantunya memanggil ayah mertuaku dengan panggilan
'Wan'.Mulanya pelik juga sebab nama beliau memang Wan Awang..takkan la anak-anak panggil nama ayah,
dengan panggilan nama je. Macam omputeh la pulak...rupa-rupanya memang ada orang panggil panggilan ayah dengan 'wan' sama macam keluarga kakak ipaqku yg mana ayah dia nama Wan Hussain pun dipanggil 'wan'. OOOOOOO....(tk dan pulak nk p godek sejarah)


Pertama kali aku jumpa wan, I know that he is a great man. A man of wisdom.... sangat la jelas bahawa
beliau ni ssangat bertolenransi dalam apa jua hal. Tak payah nak pening-pening kepala, terutamanya
berkaitan adat2. Asalkan tak bertentangan dengan syarak..semua OK!....
Kalau dalam kampung pun memang nampak yang beliau orang yang disegani. Beliau merupakan ex bilal masjid dan orang kuat surau di kampung. Juga tok guru mengajar baca Quran utk kanak2 dan mengajar kelas bertarannum org dewasa.

Bila wan dah tak dak ni sangat la terasa time masuk waktu solat. Kalau tidak, bila masuk je waktu sembahyang, mesti wan akan ajak ramai2 solat berjemaah dengan dia. Masih terbayang beliau duk tunggu
anak menantu siap2 nak ambik wudhu. Kadang2 kalau dah ada dua tiga orang makmum, dia akan start iqamah..sapa yg lambat, ikutla belakang. oh,..pilunya. Rasa nak sebak pulak.

Masa kami nak bertunang haritu, wan la yang beria nk kawenkan kami walaupun hasben tkdak duit lagi.
Dia la yang keluarkan semua duit belanja dan mas kawen. Bukan murah..oiii...aduih.Terima kasih wan
sebab kawenkan kami. Kalau tidak, lepas dapat lesen tunang, kami blk Jepun...tambah dosa lagi duk
berkepit ke hulu hilir kan?(sobs sobs sobs...insaf)Tapi wan minta juga nak kawenkan kami, walaupun sebelah aku ada yg tk setuju kami nikah sbl kenduri. Alhamdulillah, kami terpelihara sebab balik Jepun dah sah title suami isteri. Sangat2 berterima kasih kat wan dalam hal ni...uhuhuhks...oh..ayaq mata dah penuh bertakung dah.

Wan didiagnosed jantung bengkak, dan kerosakan buah pinggang. Wan memang berkeras tak mau masuk hospital, tapi anak2 dia akhirnya bawa juga dia p hospital di Perlis tanpa kerelaannya. Memang, sepanjang
di hospital keadaan wan tak bertambah baik. Makin teruk ada la sebab mentally, wan memang tak mau duk
hospital. AKhirnya lepas 4 hari, wan di keluarkan dari hospital dan wan kembali ceria walaupun wan masih
sakit.

Wan masih sakit, bila sakit wan ajak p klinik. Akhirnya Jumaat lepas, wan menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sekali lepas peluk mak...


Kalau ada anak2 kandung wan baca ni..mesti lagi byk yg depa boleh coretkan lagi sebab depa lagi byk kenangan dengan wan berbanding aku yang cuma kenai wan tak sampai 8 tahun.

Alfatihah utk wan. Aku masih tak mampu nak hadiahkan wan dengan surah yaasin lagi sebab masih dalam nifas.

Wednesday, February 22, 2012

Dr Seri Suniza PCMC

Alahai..tak ambik pulak gambar Dr Seri masa sambut baby Aydan ni. Maklumla, tak de siapa temankan.
Camera pon ntah ke mana...
Takper, nanti time post natal check up kite share gambar Dr Seri. Sekarang ni ambik gambar Dr Seri yg official kat page PCMC.
Comel tak..comel tak?Comel kan...nampak muda trang tang tang tapi lahir thn 1960-an tu.
Dr Seri ni yang perasan sangat dia suka pink...top to toe pink.. even apron masa dia nak sambut baby pon
color maroon(adik beradik kaler pink la kan??)

Dia sangatla ramah mesra. Tak kering air liur kalau bersembang dengan dia. Dengan aku byk sembang pasal
Japan sebab aku penah duk sana dan anak dia yg umo 19thn die hard fan J pop & K pop.
Dia dulu pun asal2 study kat Pusat Asasi Sains kat UM jadi berjiran la dengan budak2 Ambang Asuhan
Jepun (Rancangan Persediaan ke Jepun). Byk la cerita-cerita zaman tu.

Dr Seri juga bagi tips nak induced naturally.....hhehe.. senang nak tanya dia apa2 sebab rasa tk segan.
Kalau sebelum2 ni bersalin dengan gynae lelaki, part nk tanya soalan tu kadang2 pikiaq 10kali baru terkeluar. Jawapan gynae lelaki pulak kebanyakannya ringkas, tepat dan padat gitu..takdak tips2, tokok tambah penyedap rasa..eehehhehe.

Disebabkan jarak rumahku ke PCMC agak jauh, aku cuma start check up dengan Dr Seri masa kandungan 8bulan tapi appointment kena buat sebulan lebih awal..Rasa rugi sebab tak sempat kenal Dr Seri lebih awal.
Memang sentiasa rasa tak sabar nak jumpa Dr Seri. Sudah jatuh chenta sama Dr Seri.
Sedeh sebab lepas ni ada satu lagi je post natal check up.


Hopefully kite ada jodoh lagi nk berjumpa yer Dr Seri.

baby cutepix

tk tau nk letak title aper.....

      panas2 br keluar nih
 sedang ditimbang
 mama yg puas hati lepas beranak...nape tk pucat ek kali ni???
sakit kejap kot.Abaikan gambar yang dipakaikan tudung...dlm labour room ni midwife dgn dr pompuan je.
 9am 00day.


 Ni dah day 01
 Day 02
 Day 02..bolat je mata tgk sana sini

Lunch and dinner

Aduh..makan kat PCMC memang best. Lepas ni kalau anak2 sakit ke harus ke PCMC je(oh, tkde la doakan anak skait masuk wad ke)....
     ginger chicken, choc cake, salad
 salmon bakar, tacos, tiramisu
 nasi lemak. rendang
 ayam masak mushroom???
 sirloin steak
 lamb chop, mushroom soup, tiramisu
 salmon ???, cheese cake dia mmg terbaikkk sbb ada shredded carrot ngan anggur
daging black pepper, banana custard cake, mango shrimp salad

Tuesday, February 21, 2012

baby 8 days follow up

start semalam dah guna baby sling utk pegi check up.
7days...baby weight naik 300g.ok la kan.
tapi dr ckp baby mungkin ada kakuritsu nk kena eczema...aduhai
kesian anak boy mama ni. Aidil dulu pun ada eczema, siap penah kena shock sbb
salah mkn.
dr prescribe ezerra dan  cetaphyl lotion and soap.
jaundis tkder...alhamdulillah

Tuesday, February 14, 2012

Baby Aydan Khalif

Alhamdulillah..akhirnya lahir juga baby 8hari lepas edd. Baby lahir pada 13th Feb, 3:33am, dengan berat 3.3kg...lucky 3 punya baby.heheheheeh.
Supaya tk lupa, nak juga catit detik2 kelahiran baby kali ni, yang ke 4.
Kali ni dah buat appointment nak bersalin dgn Dr Seri Suniza kat Prince Court. Kalau ikut size baby, edd ialah 5hb kena pada tarikh maulud nabi utk thn ni. Tunggu punya tunggu..nothing, no show. Dr seri bg next Appointment on 11hb, in case tk beranak juga.berusaha utk naturally induced baby dengan berenang, mkn nenas, minum air kelapa, minum air zam zam, intercourse, nipple simulation, exercise jln2...contraction mmg ada tp on and off....aduh.

11hb jumpa dr, dia ckp bila awak nak serah diri utk induce?Cakap kat dr, saya dah tk tahan...lagi cepat lagi bagus.S dr suruh admit lepas Isyak 12hb dan akan induce pagi Isnin, insyaallah beranak tghari kottt. Dri awal dah berangan nk guna happydural (epidural)...

Lepas dinner kat mat ayam kg, p tgk intan kat ampang puteri terus check in prince court..mcm hotel lak check in ini.Sejak semalam, mmg rasa sakit, ingatkan dah nak beranak pagi ahad tu tp tiba2 tk rasa la pulak. Then masa dinner pon rasa jugak tp kejap ada kejap tkder.

Dah check in tu biasa la, nurse buat ve, baru bukak 3cm. So dia ckp tkyah masukkan ubat utk lembutkan cervix just tunggu esok pagi je la utk induce. Husband and anak2 pon baliklak dan husband janji nak dtg pagi esok lepas hantar anak2. Lepak2 layan fb sbb tkleh nakntido. Sakit 10min sekali kurang 1 min...

Sampai la pukul 1am still sama je sakit..sbb tkleh tido, panggil nurse ingat nk minta ubat tahan sakit sbb nk tido. Kalo tk tido, esok tk larat pulak. Sbl panggil nurse tu sempat baca yaasin dan surah maryam. Mujur ada ipad...heheheheh.

Nurse dtg, buat ve...sbl dia decide nk guna ubat tahan sakit apa..still mengharapkan happydural.... Oohhhhh

Sekalik, nurse ckp, kena tolaknpegi labour room ni, dah 4cm and the cervix is very soft already. Its progressing... Alamak..still tanya nurse psal happydural.huhuhu.nurse ckp nanti kite decide dlm labour room ek.

Tak sangka progress cepat mcm ni. Midwife suruh tukar baju lain, mujur dr seri dah ada kat hospital sbb dia dah handle case lain td. Tukar baju, ve lagi sekali dah 6 to 7cm. Mmg tk sempat lahappydural. Dr seri pon datang...dia tolong cepatkan lg process dgn buat apa tah kat dlm tu.. Pu.nya la sakit. Dah la husband tkde nk genggam tgn...huhuhu.tArik je tangan dr...sorry ek dr..hehehe

Sedih sungguh.masa tu dgr alunan suara qari sheikh misyari je baca ayat suci al quran dari ipad ni. Sangat sakit wooo...oh yer, lupa pulak, sempat juga induce kejap.

Sangatla sakit masa ni..meraung minta ubat tahan sakit. Masa ni rasa sayu sangat sbb husband tkde nak bagi moral support. Mujur la midwives ni baik dan sangat la supportive. Ambik laughing gas sikit tapi tk tahan sbb rasa nak tergelak so stopped. Lepas tu dr seri bg greenlight utk pethidine..rasa nak ckp yattaaaaaaa... Tapi, lepas je jab tu..........

Ooohhh...rasa nk teran tapi mata mengantuk, lali2... Tak tahan sangat dah. Dr seri dan midwife suruh push..tapi saya ngantuk...wagamama no watashi, minta nak vacuum pulak. Sorry dr..mesti dr pening dgn saya yang degil ni kan. Yang nak tergelak, dr ckp ni dah boleh nmpak ni kepala.. Midwife ckp, u tk payah teran, u bersin pon boleh keluar baby.heheheh.. Iyo la tu. Yp time sakit mmg rasa sangat2 nak teran......

Alhamdulliah, dengan kepakaran dr dan team dr seri, walaupun dgn aku yg degil ni..pukul 3:33am, baby selamat keluar..kuwek kuwek. Mula nye tk nangis sangat tp lepas nurse letak atas dada mama, baru dia sedar. Kecik je..ingatkan lg besar dari ni.

Features baby yg paling jelas, hidung mancung..heheheh.ada tahi lalat kat tgn. Bidan bersihkan, timbang dan bg mama-baby bonding sampai pukul 5am. Suakan nen kat baby, terus dia sucking walaupon mulut kecikkk. Mama masih lalok2 sbb kena pethidine td...

Oh yer, masa nak sorongkan ke bilik, baru telepon tok bgtau yang dah selamat bersalin. Mama tk telepon pon abah sebab tau, abah mestintk terjaga punya la. Ingat nk buat surprise je esok pagi masa abah datang. Hehehe. Tapi akhirnya mama kalah, pukul 7am, called abah ckp dah bersalin. Abah mcm tk percaya anak dia dah keluar semudah ini...hehehehehe..

Alahmdulillah, semuanya lancar setakat ni. Seronok dapat peluang bersalin dgn dr seri..first gynae lady. Sebelum ni tempat kite duduk tk de gynae lady dekat2. Thanks juga sebab sabar dgn karenah mama masa bersalin ni.

Nak diikutkan hati, sedeh juga sbb bersalin sorsng2 tapi alhamdulillah semuanya berjalan terlalu cepat. Tak sempat nak fikir ponnn, tk sempat nak layan sayu pon. Dan bersyukur juga sbb hospital ninselesa dan nurse baik2 so even tak de sape tunggu pon boleh je minta bantuan nurse.
Bilik pon selesa, segala kelengkapan ada...view cantik, makan sedap.

Yerla..takde sapa pon tunggu. Abah nak kena jaga yg bertiga , tok siah kena jaga wan mi yg sakit sbb bp tinggi. Kalau tidak tok dah plan nak mai dgn wan naik flight dan check in kat seri pacific. Tok che ah pon jaga wan awang yang sakit jantung... Acu pulak kena admit hospital juga, mama ngah yg dekat ni pun tkde, kena shuccho ke london. Takpe la..lagipon ni kali ke 4 mama bersalin. Masa no 3, sara je mama sempat pantang dan dijaga oleh tok. Masa bersalin pon abah hanya sempat tgk aidil dan sara. Masa aichan katjepon tu, abah tgh jaga aidil disebalik tirai..dengar suara je la.

Apa2 mama bersyukur...terlebihnterkurang adalah ketentuanNya.

Wednesday, February 8, 2012

Tibi

Oh...adikku positive tibi.... sangat terkejut dengar ni. Kebetulan pulak aku dan husband tengah batuk2.
Dan aku intact dgn adik aku last 2,3 weeks. Sangat serabutttt kepala pikir nih...

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari ) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfatik, sistem peredaran atau "circulatory system" (TB miliari ), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-
  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.



Sangatla serabuttttt...husband ku tak balik lagi. Mungkin esok nak kena pegi buat test kat hospital utk pastikan kami bebas penyakit ni.

Kesiann juga kat adikku yang baru je pindah kerja dari Miri ke KL. Sejak duk Miri lagi dia dah batuk2. Dah pernah buat tests tapi hasilnya negatif tapi kenapa baru sekarang positif? Mungkin dulu batuk pesen lain kot...
ya Allah, kau lindungi la keluarga ku dari segala bencana.........

Masih disini

Nak gelak ada nak nangis ada...awatla baby ni takmau kuar2 lagi. habih petua2 aku try.
1. Doa
2. XXXXX
3. makan nenas
4. minum milo + telur mentah
5. swimming
6. naik tangga turun tangga...................

Ada sapa2 nak tambah??

Thursday, February 2, 2012

Bila.......?

Cepatla baby keluar,tak sabar nk tengok....
Duk dalam perut lama-lama pun bukan best mana baby.. Baik kuar jumpa akak2 and abang.
Duk kat luar leh mama bg nenen, sedap woo..nanti membesar bagai johann.

Cepat la kuarr ek bby sayanggg,mnja ,bucuk nih

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.