Monday, December 12, 2011

First baby tooth dah gugur

Dah lebih sebulan rasanya first gigi Aidil longgar tapi sebab dia tak suka nak main2 gigi jadi tkde perubahan sangat.
Semalam, abah dia check, tengok dah ada gigi tumbuh...risau la pulak takut gigi berlapis2 senget kang...
Abah dia duk 'honggaq'2 tapi nampak macam lambat je nk gugur.

So.....bukak youtube, tunjukkan dia cara2 nak cabut gigi sendiri. Bagi dia choices la. Dalam youtube, ada
yang guna rocket la, remote control car la, pintu la... Mula2 nak try dengan kereta cars mc queen dia tu
tapi tak laju la pulak. kereta control pulak tkdo battery...last2 pintu pun jadik la.

Ambik floss,  ikat satu kat gigi dia, satu kat pintu...bersungguh2 ni buat. Tapi satu pun tak berjaya sebab
floss tu terkeluar dari gigi dia. Hmm..last2 masa mama nak ikat floss tu kat gigi dia, zappp zasssss
terus tercabut. Meraung gak dia sebab gigi tu tak longgar sangat lagi pun. Macam mana nak longgar
kalau dia tak main2 gigi tu. Gigi kekal dah nampak rupa dah....

Sebab kan dia berani try sendiri cabut gigi, janji nak belikan present kat dia....

p/s: oh ye, masa duk suruh dia cabut gigi tu, cakap la kat dia, nanti jadi gigi berlapis cam abah kan tak
hensem...
tau apa dia jawab, ala...mama suka je kat abah dgn gigi tu....
ehehekssssssssssssss

Thursday, December 1, 2011

Pesanan untuk parents yang anak kena admitted-->tolong jadi PEKA ek jgn PEKAK

Aku demam, anak pun demam. Tapi anakku kena admitted kat Columbia Asia Cheras. Hopefully harini boleh discharge.

Cuma satu je la nk pesan kat parents2 yg jaga anak kat hospital. Tolongla be considerate
dengan org sebelah kalau share bilik. Kalau rules cakap, hanya sorang je boleh temankan
anak, and preferably perempuan..tolong la follow.
Buang air liur je la aku tanya siapa yg tunggu anak malam ni kat jiran sebilik tu.
Kalau hasben ko nk tunggu, aku mmg sukahati bg laki ku tunggu juga.
Aku dah la pregnant, ku gagahi juga tunggu anak kat spital sbb dia cakap wife dia yg
akan tunggu. Tup tup pukul 1030 mlm, dah berdengkur laki bini...ni ingat kat hotel ke?
Dah la bilik dia sebelah luar, aku yg kena bangun malam 3,4 kali utk ke toilet nk
kena lalu depan kaki laki dia(sbb dia pakai couch yg menyempitkan laluan). Hinshhhh,
rasa nk berasap. Nak pakai kain batik pun susah, dibuatnya tgh2 mlm terlondeh sbb
kalut2 nk ke toilet kang... be considerate la. Kalau bilik single tkpe la.
AKu pun tengah tunggu bilik single..nak buat camne, penuh! Dah bilik share tu, buat la
cara berkongsi. Jangan la bukak TV kuat2 kok yer pun nk tengok bola. Balik rumah la.
Kalau anak tgh kronik, kat ICU ke lain la. Ni demam juga...sama condition ngan anakku.
Susah la kalau asyik nk berkepit je. adehhh.......tau la jaga anak tu kena sama2 tp
kalau sampai ganggu orang lain..... Sama2 pun byr ah, walaupun guna duit insurance
company.
Lepas drama air mata (faham2 la ye org pregnant ni emo!) dengan nurse2.... dapat juga tukar bilik yg baru..yang tkde orang lagi sbb bilik tu
agak jauh dengan nurse station. Thanks!

Our latest picture