Saturday, October 30, 2010

Accident di Genting yang melibatkan belia dari Baling, Kedah.

uish..sangat sedeh bila dengar berita ni. 7 orang terkorban sebab bas terbabas melanggar pembahagi jalan lepas tu terpelanting masuk ke laluan bertentangan. Penumpang bas ni semuanya rombongan anak-anak muda dari Kg Lalang dan Kg Baru, Baling, Kedah *yang merupakan kampung aku). Tadi telefon family, katanya lepas zohor atau asar, mayat mereka yang terkorban akan disembahyang kat masjid pokok setui, kg lalang. Bahaya sangat la bas sekarang ni. Bawa memang tk pernah la perlahan. Selambak2 je potong kereta, lori... lepas tu bas punya condition bukan elok mana pun. Nampak dari luaran memang la cantik sebab baru cat ke ape ke, tapi hakikatnya.. Dah tau Genting tu atas bukit... kena la pastikan brake berfungsi dengan elok. Nak nak la sekarang musim hujan yang tak tentu masa. Kalau boleh, elakkan la pergi tempat2 yang berbukit, licin buat masa sekarang ni. Bayangkan kalau kereta kita tkde masalah apa2 tetapi dilanggar oleh bas yang terbabas ni. Aduh.. nak salahkan siapa? Salahkan siapa2 pun dah tak guna sebab benda tu dah jadi cuma harap tindakan lebih keras akan diambil terhadap syarikan bas tersebut dan juga pemandu bas yang cuai.. NI bukan cuai lagi dah.. lesen pun takde.

Kadang-kadang sendiri pun terlepas pandang hal-hal remeh pasal kereta. Paling penting, brake dan tayar la aku rasa kita selalu terlepas pandang. Tayar tu kadang2 sampai dah licin, tkde bunga pon orang tk tukar2 lagi. Kalau apa-apa hal, brake pun tak makan...

Memangla eksiden ni boleh terjadi dimana-mana dan bila-bila masa juga tapi selagi boleh elak, kita elakkan lah. Jangan sebab kesalahan kita, anak-anak, keluarga kita, anak-anak orang lain, parents orang lain mahupun keluarga orang lain menderita.

Friday, October 29, 2010

Aper plan esok....

Takde plan lagi. Esok nak pi mana ek?? Lusa aku plan nk p kedai Erul. Tgk perasmian spa dia yg glamer zass zass tu. Ikutkan hati nak je pagi mana2 hotel tetapi, husband aku tk cuti Ahad. Macam mana nak pegi holiday?
Ada beberapa hotel in the list yang aku plan nak singgah. Satu pun belum sempat. Sejak sbl posa ;agi duk tertangguh-tangguh. kesian aku kan?Aku ada 4 hari lg AL yang boleh dipakai sbl tamat kerja.
                Oh yer, harini aku balik kul 330 terlajak kat LDP tu ke IOI. Teringin nk beli abaya kat IOI tu..Hihih.. abaya biasa2 je buat pakai pegi office. Selesa pulak rasanya pakai abaya. Mr husband pun suka.. bukan nya tk cantik dan bergaya pun. Yang plg penting...dapat la tutup dengan lebih sempurna.

Resigned!

  Wa....finally Saturday is coming. I am supposed to go to work tomorrow but I am unable to. Who is going to take care of the children. kawaisou ni...takkan nak tinggal kat nursery lagi. My husband is also not working tomorrow but I can't leave the children with him as he also has his things to do.... thats why I m resigning from my current job. HUhuhu.. I love my job right now, actually. I think, I m really in customer service. Talking and assisting people. Hahaha...during my schooltime, my ambition is to become a doctor but... cita2 tinggal angan2 sebab rupanya aku pengsan tgk darah... hahah. So I changed my ambition to become a psychologist. But that also cannot go anywhere sbb i m a pure science student. Zaman saya dulu, UPU form tak terima budak pure science masuk aliran science social..Zannen deshita! Last2, aku tala ambik mechanical engineering sbb senpai2 cakap senang nak dapat kerja. Wahaha..sangatla bosan ok bercakap ngan mesin. Sebab tu la career aku skang ni lebih menghala ke customer service.悪くないよ。給料もいいし、仕事もいっぱいあるし。
      So, aku dah bagi notice 2 bulan.

 Lepas bulan January, aku free la. Bolehla jaga anak2 kejap, balik kampung kejap and boleh jugak prepare apa2 yang patut utk pindah rumah..Hehehee

Thursday, October 28, 2010

My Family

Okla. First of all, I would like to introduce la my family of 5.

                  
This is our head of family His name is Muhammad bin Wan Awang.
An ultimately caring husband and father.

Detik-detik perkenalan kami semasa sama-sama study di TUT . Dia ni merupakan senior yang aku agak
gerun..ahaha. Bukan aper, dia ni sombong sikit dengan budak pompuan terutama ngan kohai(junior).
Percintaan kami dulu agak express macam shinkansen la katakan... berkapel2 dlm 3 bulan,
makpak aku tau, derang suruh tunang... mak pak dia tau, depa suh kami nikah je. Kecik tapak tangan, besen aku tadahkan. Berlangsungla pernikahan kami pada 19 March 2004.
En Muhammad ni orang Baling, Kedah juga.(jodoh dekat...). Dulu sekolah kat SM Baling(jiran sekolah aku). Hobi dia...bersukan (kalau ada masa). Dulu2 dia suka gak drift2 merosakkan keter. Tapi itu masa belum ada tanggungjawab terhadap keluarga.
En Muhammad anak ke 6 daripada 8 adik beradik yang lainnya semua perempuan. Mak dia cerita, dia ni anak nazar. Makpak dia nazar, kalau dapat anak lelaki, akan buh nama Muhammad. Sebab tu nama dia takde Wan, walaupun keluarga dia ada title Wan. (sok tua2 leh la buh wan..Tok Wan).

So, next person in the family is me, Siti Sohailah.
pasai aku..nanti2 la aku cerita yer.
Lately, aku makin garang dengan anak2..(kesian anak2 aku)

This is our first children. Abang of the family. He likes kacau2 his sisters. Ugh...sebab tu la mak dia selalu
anginnn.. Forgot to introduce his name pulak. Aidil Ali.

he was born after 9days overdue in Takeuchi Hospital . Birthday dia 5/11/2005. Sepatutnya, dia keluar sebelum Raya tapi dia takmo kuar lagi. So,
sempatla aku beraya dulu, siap buat open house. habis je open house, penat... and contraction datang.. ahaha. Pegi hospital terus kena tahan. Masa ni recorded contraction adalah 30hrs, baru la kuwek kuwek kuar budak kecit ni. 2.7 kg je... Bahagia gile....anak first la katakan. Ditatang bagai minyak penuh.Kekkyouku jadi anak paling manja dalam keluarga. Harap2 lepas ni boleh berdikari yer. Jaga adik2...


Ok, next is our 2nd child. Ai Shahira. Ai comes from a Japanese words meaning love and Shahira means renowned. She is a very soft spoken, gentle, caring girl. But sometimes can become very2 stubborn.

Lately sangat memilih dalam bab berpakaian. Lepas balik je taska, minta nk tukar baju. Padahal teacher baru je mandikan. Then, kalau kami keluar dinner, dia lagi sekali nak tukar. Nak pakai baju jalan pulak. Balik dinner, lagi sekali tukar. Nak pajama pulak. Aduh... suka pakai jeans dan taknak dresses unless that dress covers her legs. Dan selalunya akan pakai tudung bila keluar walaupun kadang2 lepas sejam dua, dia akan tanggalkan tudung dan suruh kite pegangkan. Semoga aichan menjadi anak solehah. Oh yer, nama panggilannya Aichan. chan tu macam san dalam bahasa jepun tetapi digunakan utk anak kecil atau sesama kawan perempuan. Aichan pun lahir kat Takeuchi jugak selepas over due 5 hari. Tarikh lahir Aichan 20/9/2007. Anak2 aku ni suka sangatla duduk berlama-lama dalam perut... heheheh.

Last but not least is our youngest in the family, Yui Sara Kashfiya.
Alahai..berkerutnye kening dia. Yang ni anak Malaysia. ehehe. lahir and conceived kat msia jugak... Masa tu kerja kat Kulim.  lahir 15/8/2009 kat Chang and Koh wisma bersalin. Lahir berat 3.8kg... agak besar. Yang ni lewat 10 hari, kalah abang and kakak dia. Sekarang dah 14bulan, masih fully breastfeeding, alhamdulillah. Rezeki baby walaupun hasil perahan tak banyak mana, cukupla utk 1 day supply baby. Hobi Sara ialah duduk atas riba mama atau abah. Kalau nk bg dia jln2, main2 dalam rumah, mama sara kena tergolek depan TV baru la dia sanggup lepaskan mama. Parah sungguh. Dia ni taknak org lain pegang...sangat susah la kalau blk kg sbb ramai je yg offer nak ngasuh tp dia makin kejap pegang mama dia.

Jadi, inilah serba ringkas ahli keluarga aku..

My first blog

Hi! This is my first blog dedicated to myself and my family so that one day this will become my memories
of what I have been through my life starting from this date.
Hopefully blog ni takkan jadi hangat2 taik ayam..semoga aku akan terus menulis dan menulis...utk meluahkan
perasaan yang terbuku dihati, melepaskan tension melalui penulisan.
Hopefully juga aku akan ada masa nak update blog ni selalu!