Tuesday, December 21, 2010

Monday, December 20, 2010

Tadika Kindy Puncak Jalil Seri Kembangan lagi dan lagi................

Hari ni survey lagi satu tadika.. Yang ni both of us was sooo impressed. tadika ni bukan franchise. Milik persendirian. Last year we all ada gak tanya nak masukkan Aidil tapi dah penuh. SO ingat nk try our luck this year. Memang ada lagi satu tmpt kosong tapi utk masuk kena ada test.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Nama tadika tu Harmony Montessori kt PUJ 4. Will decide later if want to enrol Aichan there. Looking at the children who stayed for daycare was so convincing plus they look happy with what they are doing.

When I walked past the kids, they greeted me. So good in communication...not afraid to speak up. Most of the kids started play house since 4 so they are well nurtured by this montessori.

Think!Think! Calculate! Calculate!

Friday, December 17, 2010

WHy some people are soooooooooo ignorance

I really couldnt understand this kind of people. Keep smiling and everyone will do everything for you.Who do you think you are!

Aku betul-betul sakit kepala sekarang ni. Tak tau nak lepaskan geram kat mana. Takde mood nak dinner, takde mood nak bersihkan diri. SO, aku harap dapat jugak la aku lepaskan geram aku kat sini.

Semalam Sara tk nyenyak tido, jadi end up aku pun kurang tido. Sampaikan Subuh pun lepas matahari dah naik... Hahaha..tapi ada gak orang yang matahari terik bersinar pun belum bangun!

Takde mood nak tulis!

Thursday, December 16, 2010

Al Jabbar, Dr Jism

Oh yer..aku bukan memasarkan barangan ni yer. jangan salah sangka...

Cuma, aku baru tau makna Jism tu apa.......dalam english la. Taktau kalau dalam bahasa lain maksudnya lain.
(Tak silap aku citer Bollywood pun ada file tajuk Jism).

Wikipedia search for jism
Eowwwwwwwwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Zakat.....

Setiap tahun aku dan somi byr zakat lepas dapat dividend ASB.. senang nak kira....

Sudahkah anda membayar zakat simpanan, zakat harta, zakat emas,perak........................???

Anda sume byr zakat kat pejabat zakat ka?? Last year dan sebelum2 ni aku byr kat amil yang kutip zakat je sebab amil ni insyallah percaya dia salurkan kepada orang-orang yang betul2 memerlukan kat kampung. Baguih gak bagi kat orang kampung dekat-dekat kan. Tapi tak tahun lepas kami tak minta resit utk claim income tax. Tak pasti la buleh dapat resit ka dak, tapi kalo amil yang dilantik..ada kot resit nooo.

Cerita pasal tadika di Puncak Jalil pulak

Hari tu aku survey are Pinggiran Putra, Equine dan sedikit2 kat Kota Perdana in Seri Kembangan.

Harini cerita aku survey area Puncak Jalil pulak. Memandangkan harini aku ambik AL, pagi-pagi tu aku dah hantar Sara dan Aidil pergi Taska Arini ( I likeeee this taska very much as it is very very clean-My standard aaa). Taska Arini ni dekat je dengan rumah aku so itu antara sebab aku suka hantar situ dan Pengurus dia juga carer kat situ walaupun ada lagi satu taska dia bukak kat PUJ4, Puncak Jalil. Oh yer, Aichan tak dihantar ke taska sebab dia ngamuk-ngamuk nak duduk dengan abah. Jadi tinggal je la ngan abah yang kena tido sebab semalam dia kerja malam. Lagipun tiada bantahan dari abang dan baby.....ok la kan. Pergi la aku bershopping kat ........pasar borong je. Plan asal nak gi KLCC kununnnnnn tapi sebab teringat Tadika Aidil belum決めた lagi...terpksa aku change plan ke Pasar Borong utk beli keperluan rumah. Balik tu aku plan nak singgah mana-mana tadika lagi.

So, balik tu aku p Kota Perdana. Ada nampak satu rumah semi-D buat English medium kindy. Tanya2..ok la. Not bad. Katanya depa ikut scope Pra-Sekolah dan selalu di inform atas apa-apa pertukaran dalam syllibus(teacher yg explain tu tk reti sebut syllibus..ihih) (aku tak reti eja syllibus)sekolah rendah. Tadika ni juga teacher2 nye ada degree/diploma. Oh..menarik2. Lepas tu tadika ni di bwh kementerian dan kementerian akan bg subsidi RM450 per year utk seorang anak yang akan dibagi by end of the year. Itu pun menarik gak.....nursery pun not bad la.. bersih sebab ada maid sorang tolong masak dan kemaskan rumah. Buka as early as 630am dan ada teacher duduk situ. Okeyyy....bagus2. Tapi sayangnya, cikgu 6tahun dia akan bercuti bersalin bulan Januari ni...uhhhh dan akan ada cikgu ganti. KUrengg syok sikit la. Tkpa2..boleh dipertimbangkan lagi.Harga 8am-12pm RM190 + Iqra RM30 smp 1pm.

Ish...kat pasar borong, aku memborong la jugak..udang, ketam, ikan tenggiri, ikan nyoknyok, kerang....tapi aku duk singgah setiap tadika...harap2 tak busyuk yer..

Lepas tu aku sempat p singgah lagi satu tadika... Yang ni pengetua dia Indian memlady. Dah pengalaman 8 tahun kat tadika ni. Murid-murid dia every year dalam 60-70 orang. Ramai jugak tu...tapi 5 dan 6 tahun memang ada 2 kelas la. 6 tahun tu dia bahagikan kepada dua kelas..satu kelas yang budak2 dah boleh baca (carry dari 5yrs kat tadika tu) dan satu lg utk budak2 yang agak lemah dalam subject. Uish..kecik2 dah bahagi-bahagi kelas nooooo. Ada pro dan contra la. At least boleh baiki anak-anak yang lemah kalau hantar situ. Activities dia menarik jugak. Ada taekwondo class.. oh yer, kelas agama pun ada dan ada 2 cikgu melayu. Tapi ntah kenapa....aku sedeh lak kalau aidil masuk kelas tk pandai pemulihan tu...Hahah,,hampeh! Biasala mak mak kan. tak nak la anak dia rasa tersisih. Ceh..padahal, aku yang takut bukan anak pun. Cuma tu la...kalau boleh aku nak la masuk skolah yang ada islamic-islamic sikit..hehhe. Harga sini RM180 je tapi yuran masuk mahal gak...RM1300 kot. Boleh bayar ansuran 4-6 kali. Oh yer, transport pun mahal. Dekat giler tapi kena byr RM50. Ceit... sekolah ni best sebab activity2 yg ada setiap bulan. Ada dental checkup, ada Ronald Mcdonald datang...

Second last tadika aku p ni...lepas sembang-sembang dengan Arini pengurus taska ni. Anak-anak dah confirm hantar kat tadika no 2 aku p tadi. Tapi dia suggest suh survey tadika kat PUJ2. Ada satu Islamic kindy... Aku pun zasssss ke sana.....

Jumpa dengan kakak Pengurus tadika ni. Program yang ditawarkan memang menarik..Islamic, english medium with Pra Tahfiz. Wallaaaaaaaaaaaaaa.. ini yang aku cari cari.. Dengar memang seronok sangat la. Pagi smp pukul 12 ada kindy, lepas tu balik taska, mandi dan tukar baju, lepas tu pergi balik kindy utk Pra Tahfiz. Harga pun affordable...akak ni ada Dip in early childhood education so dengar dia cerita pasal anak-anak memang sangatttt suka. Sembang pulak dengan Ustaz KAFA yg merupakan Penolong Kanan Guru.. pun syok jugak. Okla, berbunga-bunga aku balik cerita kat Mado... Hehehe. So rasa lega la tak payah  pening dah.  Masa aku balik tu dekat nak masuk Zohor (barulah ikan ku berjaya masuk fridge). Siap-siap dengan Aichan dan Aidil (Sara aku tinggalkan lagi kat taska) ngan Mado(my husband) skali...sebab dia nak solat kat masjid PUJ2. Yey..bolehla aku bawa Mado p tgk tadika tu lagi sekali.
          Dengan aku dan anak-anak sekali solat kat situ, terus la kami jengok taska utk tadika td. Yerla, Aidil nak kena duk situ sbl pegi tahfiz. Kena la juga check kbersihan. Sampai depan pintu pagar, macam takde orang tapi ada kasut. Aku pun bagi salam, buka pagar....Masa tu dengar suara macam halilintar memberlah bumi... Waaaaa........ suara cikgu speaking in English, tengah suruh budak-budak kemas mainan. Kuatnya sora. So aku bagi salam ,cikgu pun jemput la aku masuk. Sambil tu dia masih duk bebel kat budak-budak ni suruh kemas. Rupanya dia pengetua sekolah. Waduh...suara pengetua macam ni ka? Dia sorang je tgh jaga budak-budak tapi budak besar juga la. Ramai yang dah sekolah rendah. Yang below 6 ada dalam 4 orang je kot dan below 2 ada 2 orang. Carer tgh cuti masa tu...dia explain. Keadaan memang bersih. Tapi mainan byk sangat. Agaknya sebab tu la susah nak kemas kot. Teacher pun patutnya kena la ajak anak-anak kemas bersama. Bukan gaya-gaya Mak Tiri cekak pinggang suruh budak-budak kemas. Sembang punya sembang, rupanya dia la yang akan mengajar budak 6 tahun. abih la aidil kecut perut. Aku nampak sorang anak ni sebijik macam Aidil. Terkulat-kulat kutip mainan... pastu active macam aidil. Teruk kena bebel ngan teacher. Dia kata budak ni kurang communication skill. Umur anak ni pun sama ngan aidil....... kesian la pulak. Kadang-kadang anak ni perlukan hugs dan kasih sayang. Sedeh pula aku...pastu anak ni lari keluar...main sorang-sorang kat luar. Teacher ada panggil masuk tapi dia buat derkkkkkkkkkkkk je.(tapi sbl aku balik, aku tgk dia dah masuk balik). Masa tu dah pukul 2, teacher cakap nak pegi buat sup ayam jap sebab budak2 ni makan nasi lemak utk bfast. Pagi pun dah makan karipap jugak, jadi lunch lambat sikit la. Waduh2.. boleh anak-anak ku kebuluran kalau duk sini. Hahahks. Anak ku itu badan kecik keding je, tapi kadang2 makan kalah orang dewasa oooo..kecacingan ke(aku dah bg ubat cacing aa). So, lagi sekali.... aku tawar hati nak hantar anak kepada jagaan principal yang sora kuat dan bg makan anak-anak tak ikut jadual tak kira la pagi tu dah makan nasi beriyani ke.


hancusssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!Masih harus teruskan pencarian.

Lastly, aku pegi satu lagi tadika yang glamer..islamic dan guna English yer. Ramai yang cadangkan franchise brand ni. Tapi, cikgu sume gi kursus pulakkkkkk.

Petang tadi aku keluar ambik angin, jumpa jiran. Anak dia dah nak naik drjh 1 thn depan tapi masih tkleh membaca. Actually, dia ingat anak dia boleh baca....result ccanntekk je kat tadika. Ni tadika islamic franchise yang cikgu dia sume gi kursus tu. Anak dia siap ranking atas2 gak dalam kelas dan dah habiskan buku siri 8(lupa lak siri mana satu). Rupanya, anak dia menghafal je. Hancur harapan mak nya. Bila tanya cikgu kelas, cikgu ckp, anak puan ni boleh membaca la. Tgk rekod dia....habis sume silibus. URGHHHH> hangin gak dia kat skolah tu. Skang ni tgh masuk tuition utk membaca je. Ada jugak case cam tu ek.... tgk report anak, homework anak sume leh buat...bagus je sume. Rupanya...baca pun tak leh lagi.

Sakit palaaa aihhhhhh
comelnye makcik ni ala2 nak tukui kepala sendiri.

Monday, December 13, 2010

A tiring day

Ntah kenapa harini aku rasa berangin je dari pagi....
          Semalam somi aku keje malam, jadi pagi ni pukul 730 la baru dia sampai rumah. Aku pulak minggu ni keje 10am-8pm. Tu yang malam-malam penat tu. Aduhhh.... Pagi tadi somi bw balik telur, sosej dan roti sebab Aidil order nak makan tu pagi ni. Aidil juga order nak air bunga... layannn. Aku lak nak masak nasi lemak. So somi aku yg ngantuk tetapi sangat baik hati telah melayan anak-anak breakfast.
       Lepas anak-anak dah makan, barulah somi ku boleh landing, dan aku pulak cont cuci baju, lipat baju yang tersangat-sangat banyak. Bila tgk lantai living room pun dah loya sebab sangatlah comot. Nak mop, mop pulak patah. Vacuum pun rosak. Time ni la rasa nak import bibik barang seminggu dua. uwaaa..penatnye tgk rumah sepah. Time ni juga la aku rasa dapur aku sangatla kotor... pikir saja sudah penat tau! Mula la aku rasa nk hangin kat sume orang. Aduh...kesian anak-anak. Derang pun kena tempias. mana taknye, aku tengah mengemas, si adik ni pegi hangkut 3 kotak air teh bunga pegi ronda satu rumah. Abih menjejeh-jejeh...sah sapa2 bg kat adik ni. Takkan la adik sampai ambik 3 kotak air bunga kat atas meja. Kalau yang letak sipi-sipi tu mungkinla kan....
     Habis lipat baju, jemur baju. masa tu aku dah sangatlah stress..........ada sapa2 leh rekemenkan part time cleaner?Nak minta tolong kemaskan rumah yg sangat bersepah dan berhabuk,...

Ahh...by the way, esok aku cuti. Plan nak tgk Harry Potter tapi...rasa cam nak bersihkan rumah jer

Thistle Port Dickson short vacation

Sempatla jugak lepas gian nak tido hotel kali ni. Dah banyak kali plan tapi asyik tk tangguh-tangguh atas banyak hal. Akhirnya sampai jugak la ke PD yang tak jauh mana....


Kali ni menginap di Thistle PD, 2nd choice after Avillion. Aku booking guna Agoda. Dapat rates yang agak best untuk Deluxe room.

Memandangkan anak-anak memang bangun awal tak kirala hari cuti ataupun malam sebelumnya tido lewat, so kami gerak ke PD agak awal. Dalam pukul 9 lebih dah gerak , berhenti beli kuih kat tengah jalan dan sambung ke PD. Sampai PD dalam pukul 11. Yey! Dapat juga check in walaupun masih awal cuma tak dapat la nak duduk bilik double bed. Cuma ada King size bed je. Boleh la kot. Bilik tu paling hujung so husband suka... ok la kan. Ada daybed yang boleh Aidil tido malam nanti dan juga kitorang minta baby cot utk letak Aichan/Sara.


tengokla budak kecik ni nak naik gak bed kitorang.. End up malam tu sah sah la bukan dia tido dalam baby cot tetapi kakaknya.







 Sara tunggu turn nak tukar baju nak masuk swimming pool
Ngantuk la pulak main pasir ni.. apa kata kita tenyeh fair n lovely mama punya supaya lebih putih.











 Breakfast time....3 beradik ni sibuk makan jer.
Layan la yer gambar kami 5 beranak ni.













Overall comment about this hotel...okkla, 4stars la. Takleh bagi 5 sebab, lantai bilik kurang bersih. Masih ada habuk2. Aku sebenarnya suka lantai berkarpet tapi hotel ni memang tkde bilik lantai carpet katanyer... Pool bersih, besar cuma my husband kureeeng berkenan dengan pool bar. Hahahah..tk sedap mata memandang katanyer. Breakfast pon so-so la. Nak kata banyak gile choice tu tkde la. Yang agak best kat sini ada dial '0' knock2 utk helpdesk. Aku request babycot..zasss, cepat je sampai. Aku request extra blanket pun zasss sampai. Cuma masa pagi tu aku tanya, mana newspaper ni..tak sampai2. Sampai kitorang check out pun tak dapat. Maybe haritu punya helpdesk kurenngg proactive kot!

Oh yer, kat PD kitorang lunch kat luar..tepi jalan je. Sedap nasi ayam kat situ. Aku pun tak tau nak habaq kat mana, tapi dari thistle tu menghala ke pekan, nanti nampak kawasan perkuburan orang Islam sebelah kanan, kedai/gerai tu betul2 oppositu kubur. Ada jual nasi campur, nasi ayam, nasi lemak , otak-otak. Sebelah malamnya, budak-budak dah kepenatan so memang tak keluar dinner kat luar. Plannya nak room service je tapi macam kurang best la pulak menu. Teringat lak nasi ayam lunch tadi, so husband pegi cari..dah habis. Order kuewteow goreng, sgtla tk sedap!.Uwekkkk...ahahha. Tapi ada satu gerai, husband beli cucur udang n popia sangatla marveles......Taktau kat mana sbb kite tak ikut!

Sunday, December 12, 2010

Concert Aidil di Krista Puncak Jalil

Ni saja nak share beberapa keping gambar yang sempat diambik masa concert aidil. Malangnya, camera aku nyer battery kong setelah ambik beberapa keping gambar itu.. adeh..tensen giler! Aku dah charge battery camera ni malam sbl tu tapi tak masuk pun.. cess cesssss.. Krista Puncak Jalil concert buat kat Kinrara Golf Club. Best sangat! Anak-anak tu pandai sangat performs dan makanan pun sodappp

 Can you spot Aidil? He was in Cowboy and Rock n Roll dance.
 4yrs old performance. the cheeky dance. Soooo adorable!
Aidil ramai penyorak, ada Chuchik and family, Tok dan Wan, Angah juga. Abah sampai lepas aidil perform.
残念でした!

A day out with Kak Ilah family (backdated)

27th Nov 2010- Family abang sampai rumah malam sebelumnya sebab abang akan ikut Intan p Miri. Oh yer, adikku dapat kerja kat Miri pulak. Lepas balik dari JP, dia duk KL tapi nampaknya macam tak berapa berjaya duk kat KL so dia pun mencuba nasib kat company oil and gas kat Miri. Lepas hantar abang dan Intan kat LCCT, balik rumah pekena nasi lemak mak Abby, kami semua pakat2 lena. Mak dan pak beransur ke rumah Kakcik kat Bukit Jelutong sebab nak jumpa abg Jadid.
       Pada awalnya plan nak p Genting, takpun p Bukit Tinggi...jalan punya jalan, sesat la pulak. SO terus p makan kat Redwok, dan terus ke Bagan Lalang. Saja2 p ambik angin.....
Aidil berlari-lari. Air tgh surut jadi banyak sangat ketam kecik2 tu sampai naik geli menengoknya.

 Chucik ni anak 3, tu Adam, no 2.
Aichan dengan ChuChik(kak ilah) yang rajin melayan.

Oh yer, toilet kat sini, punyalah hampeh. eow..basuh kaki kat luar guna air takungan dia pun kena byr 30sen. Kalau masuk toilet kena 30sen gak tp punya la kotor................pikir2 balik pun rasa nak termuntah. Toilet baru tapi tak jaga, pam rosak......

Saturday, December 11, 2010

How to choose the right kindergarten for your children

Bila baca tajuk kat atas tu, setiap tahun aku memang pening la. Tahun ni penyakit pening ni mula datang. Aduh2.. macam mana korang2 pilih tadika untuk anak-anak ek? Adakah sekali pergi terus berkenan dihati dan terus bayar enrollment fees riban riban yang boleh rabak poket???? Setakat ni aku dah survey hmm.. berapa bijik tadika ek? Aku list down kan la eh.
1. Tadika Universal, Putra Walk
2. Tadika Cahayaku Seri Nilam, Pinggiran Putra
3. Tadika Islam Mawaddah, Pinggiran Putra
4. Taska Nur Ainul, Pinggiran Putra
5. Qdees, Pinggiran Putra
6. 3Q,MRC, Pinggiran Putra
7. Tadika......lupa lak nama nya, Pinggiran Putra
8. Firzana Edu Centre
looking forward,
Lil Caliph, CIC......................

pening2.. sebenarnya aku mencari Islamic kindy using English medium. Susah betul la. Setakat ni yang taska je aku confirm puas hati kat Nur Ainul tu sebab lantai kilat-kilat bersih dan pengetua dia adalah carer dia. Pengetua dia ada dip in Early childhood education. Memang sangat-sangat friendly. Kalau boleh nak hantar ke situ la. Anak-anak yang duk situ semua pandai membaca dan dah boleh mengenal Quran. Budak 5 thn pun dah baca juz 12. Aduh..syoknya. Tetapi, masalahnya ialah Taska Nur Ainul ni tak bukak awal pagi sebab pengurus dia duk kat S.Alam dan pembantu dia yang tinggal kat situ bakal berhenti. Taska Nur Ainul ni tak ambik budak ramai-ramai....itu antara satu lagi kelebihan la.

      EH, aku dah ada cerita yang aku akan pindah ke Serdang tahun depan. Bila tu tak pasti lagi la sebab rumah tak siap sepenuhnya lagi. So, aku kenalah cari taska dan tadika yang melalui route rumah baru aku. kang aku hantar tadika dekat-dekat rumah sewa aku ni, bayar riban-riban sekali nak kena pindah pulak. Takkan la aku nak kena pusing seround kat kawasan puncak Jalil ni utk hantar anak-anak sebelum gi kerja. Nak pulak kalo kerja kena shift pagi....tak ke pengsan!

    Okla, berbalik kepada tadika2 yang aku dah survey tadik. Boleh ke aku komen satu-satu tadika dan sebut tadika tu ek??? Kang macam promote tadika tu tak bagus pulak kang. Tapi ini dari pemerhatian aku jer.... nak selamat, aku takyah sebut nama tadika la. kalau sapa2 nak tau lebih lanjut tadika mana...nanti PM aku privately yer!
1. Tadika ni nampak macam bagus, 2 kali juga la aku dah ulang pergi sini... dia islamik tadika, tengok cikgu-cikgu tadika pun macam ustazah. Bagus2... tapi masa 2nd time aku pergi, baru aku perasan, bila balik rumah, tapak kakiku..............hitam!Bukan coklat OK...HITAM! Masa 1st time aku pergi, aku pakai stoking, so memang tak perasan la. Sekolah ni ada daycare, tapi murid agak ramai, katanya sebab budak2 dari tadika dalam 25org, budak-budak transit sekolah rendah lagi. Tapi baby-tachi, akan duduk dalam bilik, ber-ekon. Hmmmm..reject sebab tapak kakiku hitam! Harga pun tak murah mana. 8.30-1pm RM210, buku kurang menarik. Pros:ada fardhu ain, dan anak2 akan boleh hafal Yaasin sbl grad tadika.

2. Tadika satu ni pulak aku masuk kejap je sbb cikgu yang jaga tu anak-anak tu tengah tengking budak2 kecik sebab main pintu. Terus aku rasa nak lari je dari situ tapi memandangkan teacher dah nampak aku. Buat-buat p tanya jer la.Pros:murah. RM 100

3.Tadika chinese, totally chinese student, teacher chinese and indian. Risau lak bab makan walaupun teacher cakap no pork...Pros: anak leh ぺらぺらcakap mandarin kotttt

4. Tadika kat shoplots. Uniform comey, buku comey, cikgu pun comey lemah lembut....tapi sebab shoplots so aku KIV dulu. harga pun dalam RM210..not bad sebab buku cantik2.Pros: english medium, cute uniform, cute books, price not so bad Cons:shoplots(no outdoors), still under renovation

5. Tadika yang satu ni pulak, 2 kali gak aku p. First time tu pengurus takde so aku jumpa pengasuh je la. tadika tu dalam proses mengecat. Bila jumpa pengurus, memang best la janji-janji pengurus. Anak akan dipastikan boleh membaca. Yang ni aku percaya gak la sb aku try google, memang ramai anak-anak dah boleh membaca p tadika ni. Harga ..agak murah and of course la bukan English medium. Yang ni anak-anak punya uniform pakai tudung. ...warna pink(tapi design agak outdated) Pengurus cakap nak tukar design baru.. Teacher yang akan ajar 6 tahun ni agak strict(kata pengurus la) sebab teacher ni pernah mengajar sekolah Cina. Dah 4 tahun teacher ni duduk kat tadika tu. Kiranya tadika ni la paling dekat dihatiku setakat ni. Tapi pengurus dia ada sebut nama-nama taska lain yang tak berdaftar dan guna khidmat orang dari seberang. Pros: banyak jugak, islamic, affordable, tekankan bacaan dalam BM, taska ada hot water, teacher berpengalaman, taska pun pengasuh lama Cons: buku kurang menarik, bukan english medium, waktu belajar 830-1130(too short)

6. Tadi aku p open day satu tadika mahal ni..heheh. Memang uniform comel sangat-sangatla. Mixed culture..ada orang melayu, chinese, indian, non-malaysian. Explanation dari teacher 6yo pon sangatlah mencukupi. Ada multimedia utk belajar...hehe.. macam mana la nanti anak-anak ni nak belajar bila masuk sek kebangsaan lepas dimanjakan dgn alat2 bantuan mengajar electronic dgn good sound system, flat screen monitor.... Pros: everything seems interesting Cons: too expensive. We can still afford but...dont think that shld spend that much on children kindy

7. Satu tadika+taska ni haritu aku p survey sorang-sorang. So , harini aku bawa madok(my somi) lalu. Dia terus komen... ish taska ke apa ni?Menakutkan ajer. Sebabnye dia tgk taska ni reno dapur dia buat dinding guna atap aluminium tu(betul ke ni ek). Ala-ala cam rumah kongsi je. Hahaha.. taska ni aku ada baca satu blog tu macam ok je katanya. Tapi dengar satu pihak lain pulak pengurus taska ni(ada 12cawangan) mmg tak jaga sangat taska-taska dia. Tsk..tsk...tsk............REJECT

8. Ni Taska Nur Ainul...atas tu aku dah citer..memang superb!

Habih dah 8 tadika/taska aku buat review.... adeh.......... Lil caliph pinggiran putra ni dah berkali-kali aku sms dan call pengurus dia. Masih tak buat open day jugak lagi.....nak buka ke taknak tahun depan ni??

Our latest picture