Thursday, April 28, 2011

Jiwa kacau lagiiii!!!!

Sejak dua menjak ni terasa..betul ke aku ni sesuwai keje helpdesk.
Ntah la, rasa demotivated pulak.
Aperhal aku cukup cepat terasa ek???PMS ka?

Topic aku harini bengong2 sikit!Betul2 rasa demotivated.


Aku ada 2 choice:
1.Buktikan yang aku boleh buat atau
2.Tukar bidang...
oh no...air mataku sudah jatuh........!!

Wednesday, April 27, 2011

Jiwa kacau

Jiwaku agak kacau....dengan  stress di office. Stress dengan customer daaa... kerja sbg IT helpdesk ni memang mencabar jiwa dan minda betul laaaa

manusia..manusia, memang kurang bersyukur<--ditujukan utk diriku juga. Dah dapat apa yang diidamkan, tamak nak lagi best. Daripada kerja contract dapat permenant....daripada gaji basic cam freshies dah jadik cam experienced....complain pulak ttg stress kerja. Logic la kan, dapat gaji lebih, for sure la kerja pon kena lebih. Stress pon bertambah. Mana ada kerja senang gaji banyak...Selalunya setimpal dengan apa yang kita dapat la. Ada yang kena keje shift....utk dapat lebih elaun..

Kalau diberi pilihan, kerja yang kena tepati masa(takleh kurang walaupun seminit), stress dengan customer, tapi tak yah bw balik kerja ke rumah, tapi masa depan cerah, tapi gaji mahal, permenant position with big established company VS kerja tak yah tepati masa (boleh pegi bank time lunch lagik), less stress, gaji kurang sikit dari sekarang, benefit hampir sama tp beranak dicover, company pon established, tapi future nak naik gaji adalah kurang..........tak dak pilihan sangat kalau berangan nak jump2....

Oh no....aku jadi stress memikirkan ini....
Dah la stress dgn user yang sama. call masuk kat aku smp 3 kali, tadi. Dia paksa IT team support dia within 10mins... macam mana nk buat!Kami bukan ada bidang kuasa nk paksa IT team support dia sorang je. IT team pon byk lagi kerja lain nk buat. DUhhhh....lainla company tu dia yang punya kan.

Oh ye....ni ada kerja kosong kat bawah ni...sapa berminat??yang ni dijamin tak kan nyesal punya la

Saturday, April 23, 2011

Hospital bersalin....

Memandangkan post sbl ni pasal nak beranak.....nk simpan la jugak kenangan bersalin 3 orang sbl ni.

No 1 dan no 2 aku bersalin kat Toyota, Jepun.

Hospital yang aku pilih ni kalau naik kereta 30min jugak dari rumah dan aku melintas beberapa buah hosp bersalin sampai ke sini, tapi tetap yang ini menjadi pilihan hati sebab biliknya sangat selesa dengan harga yang sangat berpatutan.Semua bilik adalah utk single occupancy tetapi semua bilik ada disediakan dua katil utk husband atau penemannya tidoq sekali. Even bilik delivery/labor room pun ada dua katil(bukan utk 2 pesakit ye). Masa anak pertama, aku ambik bilik paling murah, paling murah pun macam bilik hotel 2 single bed siap dengan long tub. Dapur kecil pun ada utk panas2 kan lauk ke kan. Takkan la org beranak nak masak kari pulak kan?? Package hotel hospital tu utk 7hari 6 malam. Seronok la kami berkampung kat situ, dilayan pulak tu kan. Husband pun berulang ke office dari hospital je.

Time anak ke 2, kami ambik package bilik besar sikit sebab dah ada anak no 1 nak lari2 kan. So ambik bilik yang ada living room sekali. Adik aku pun datang menumpang tido kat situ... anak no 1 siang2 aku tinggalkan kat nursery dalam hospital ni sebab husband aku pegi kerja. Bila lepas kul 5 je, teacher akan datang hantar la kebilik. Ok la, harga nursery pun tak mahal mana. Berbaloi-baloi.
Walaupun harga bayaran utk package starts from 300,000yen(lebih kurang 10k) tapi insurance kesihatan byr max 300,000yen. Kalau nak rasa bilik lagi best, tambah la duit sendiri kan.....

Time anak ke3, masa tu kat Kulim. Kulim ni ada 3 je tempat bersalin. Hospital Kulim, Pakar Dr Hamid dan Pakar Dr Chang and Koh. Mula2 aku try dr Hamid tapi ntah kenapa rasa kurang selesa.....(byk gile nyamuk kat klinik dia) so aku try Dr Koh. Lastly aku pilih Dr Koh....Alhamdulillah, walaupun bilik single dia biasa2 je... doctor amatlah supportive.

SO....................ANAK KE 4????nanti kita buat survey sama2 yer. kalau bilik bersalin cam bilik spa camni kan besttttt.

Beranak lagi?????

Alamak, tetiba minggu ni mood rasa nak pregnant dan ada baby lagi.. ooooohhhhhh!!!!!

3 pun aku dah rasa darah selalu je naik, mampukah dengan 4,5(kot2 la kembar) dalam masa terdekat ni???
Husband aku cakap, Allah tak akan menguji hambanya dengan apa yang dia tak mampu. Insyallah, kalau ada anak lagi tu maknanya, kita mampu la tu... oh my husband!

Baru2 ni kawan aku Maya, bersalin no 3. KOhai ku Ain pon bersalin. Teacher budak2 ni kat taska pun baru bersalin...ramainya org bersalin kat keliling aku........itu yang agaknya mood aku pon nak beranak kecik.

Sejak aku terpk nk beranak lagi, si kecik Sara ni mula buat perangai. Makin susah nak dijaga. Salah sikit je meraung... kalau tak dapat yang dia nak. Kadang2 aku taktau apa yang dia nak sebab dia cakap german kot...aduh2. kalau dah meraung pulak bukannya senang nak pujuk. Agaknya sebab dia yang paling lambat dapat adik kot...dah ala2 bongsu gitu. Yang lain2, tak smp 2 tahun mama dah dukung adik baru.

Bila rasa nk beranak, mula la teringat balik sakit beranak... gulp....gulp...telan air liur.
Sakittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.
Sebabkan sakit beranak ni sakit so, nak la dilayan elok2 bila time beranak so aku agak memilih keselesaan time nak beranak. Selalunya aku survey ward, labor/delivery room,doctor.
.....to be cont

New job in Mahindra, Cyberjaya

Alhamdulillah.... dapat kerja baru kat mahindra. Oh no..bukan aku yg pindah kerja tapi hasben ku ini. Dah setahun lebih kerja macam burung hantu, kejap siang kejap malam kat AIG, akhirnya esok dia akan pindah ke company IT kat Cyberjaya.

Perjalanan ke company baru ni haritu ingatkan dah tak jadi sebab mula2 kata dah confirm lepas interview. Lepas tu kena hold pulak....dah puas ku seranah(dalam hati je la) sebab keciwa... akhirnya dapat pulak.

Sangat2 bersyukur. Semoga kehidupan kami lebih baik.....aamin

Friday, April 22, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Ajak orang makan

Masa duk kat nihon, rajin ajak kawan2 makan kat rumah.
Tapi bila dah balik msia ni....baru sekali saja buat makan2
besar kat rumah. Kenapa ek?Adakah aku malas....tkde budget..
atau segan nk tunjuk rumah kat orang...
adeii deiii..deiiiii
Aku rasa sebab masa kat jepun macam susah nak cari makanan
melayu jadi kalo aku masak apa pon, surely tetamu akan telan
jugak. Bila dah kat  msia ni..kat kedai byk makanan sedap2.
Nak masak pon jadik segan, end up...apa2 nak jamu kat orang
pon beli kat kedai.
Hatta, mak pak sendiri mai rumah pon bw p makan kedai...
Abeh la skill masak ku....
Dalam masa terdekat ni nak ajak kawan2 mai makan kat rumah...
at least suzon buat lawatan balas, pon dah ok dah.

p/s:Rajin pulak menghapdet blog hari ni...call tk byk rini.

Bento

Esok berazam nak buat bento untuk anak2..hehe.
Dah check dlm website...http://www.ajinomoto.co.jp/recipe/obento/index.asp
lauk utk bento adalah
1. telur goreng dgn daging cincang
2. cendawan goreng
3. salad tomato gaul shiso(ape ek ckp melayu??)


gambar ihsan website ajinomoto
Harap2, esok akan jadi rajin.
Kadang2 bukan tak rajin ponnnn..hihiks, barang nak masak je takde.
Ceh..alasan ke tu??
nak masak itu tgk ini tkde, nak masak ini tgk itu tkde..
mana la nak datang mood nak masak.
Semalam berjaya juga la sediakan menu telur dan carrot untuk
anak2. Bertambah2 mereka makan.
Alamak, silap, bukan aku yang masak...mr husband yang masak. Aku masak
jugak tp utk isi perut aku sbb lauk yg husband masak dah clear.

Monday, April 4, 2011

Ngantuk

Ngantuk sungguh...dah la nk access Fb tak boleh.
Your account is under maintenance...hampeh.
Call tak byk...adeh...ngantuk2.
Kopi dah ambik segelas..sedapnya bau!. Macam bau 缶コーヒーkat jepun.
Nape la aku ngantuk sangat ni. kenyang makan nasi lauk
ikan keli kot lunch tadik...

Sunday, April 3, 2011

Sepetang bersama Suzon

Suzon ni kawan baik masa kat UM, RPKJ. Program sebelum p Jepun. Terutama, masa 2nd year aku rapat gak dgn Suzon sbb kami satu kelas. Tempat duduk sebelah2...hihihik. KAdang2 layan tido dalam kelas dgn dia..... Selalu kami kena usik dengan  Kitagawa Teruhiro sensei.
   Aku jugak kdg2 p lepak tidoq bilik dia kat 4th College dan selalu buat selamba badak p tumpang ambik makanan kat shokudo dia dgn alasan, makan bahagian Dianna yg selim melim tk makan sangat tu. Almaklumla, college aku tkde shokudo...
   Teringat juga kenangan kami p tgk wayang kat AMcorp malam2. TGk cite 6th sense. Kami pergi ber3, pompuan2 la ni..tapi naik moto. Korang bayangkan la, aku kena ulang 2 kali p ambik. Dah la br tgk cite hantu..malam2 buta lak tu balik...adeh.
  Paling aku tkleh lupa kenangan kami p study kat taman tasik PJ. Ada sorang pakcik pervert tu, boleh pulak p flasher kat kami..aku la yg ternampaknya.. Hampeh! Pakcik tu pakai suaq pendek...dia saja je ngadap kami...tayang2....kurengggggggggg..eow..ingat balik rasa nak muntah!

   Sabtu lepas, aku berkesempatan p melawat suzon yang dah ada rumah sendiri kat Pajam. Jauh juga rupanya.. tapi rumah dia, berbaloi-baloi la beli sebab sangat tersegam indah.... 6bilik tidoq tu.. cantik!
Terima kasih sebab jamu kami dengan laksa yg sedap tu. Pasni hang kena buat lawatan balas ke rumah aku pulak yer.

Satay UK

Nak post pasal satu satay sedap yg menepati citarasa me and my husband la...
Kedai ni terletak kat seksyen 7, Bangi...
Apa yang buatkan satay ni lain dari yang lain adalah sizenya...aduhai. Terasa kecik satay kajang kalau
nk dibandingkn dengan satay ni. Ayam dan dagingnya lembut, lembab2 gitu rasanya..huhuhks...
Nama satay ni satay UK.
Haritu sbl balik kampung pada malamnya, kami singgah kat satay UK, pekena 10cucuk(RM7) dan bungkus 45 cucuk satay utk bw balik Baling. Husband beria nak bagi parents kat kampung rasa...ehehhe..

bersawang2

Aduh...apa lah blog ku ini sudah bersawang2..........kesian2.
Kerja sekarang ni busy...tk sempat nak karang blog.  balik rumah je dah penat. Malam ni akan update blog....insyaallah

Our latest picture