Thursday, December 24, 2015

Catatan perjalanan umrah 2015- PLANNING part 1

Alhamdulilllah, syukur ke hadrat Ilahi.
Setelah sekian lama mengidam nak ke tanah suci, akhirnya impian aku tercapai juga.
*Tak tau nak start tulis dari mana sebab kenangan itu terlalu indah.*


Sebetulnya, sejak kembali ke Malaysia tahun 2008, dah berhajat nak kesana, tapi niat ditangguhkan atas sebab Masjidil Haram masa tu tengah renovation dan kalau nak bawa anak-anak yang umur 1dan 3 thn adalah tak sesuai. Tunggu punya tunggu, lahir pulak anak ke3, ke4 dan seterusnya. Jadi dah lama bertangguh sampai dana yang dah allocate untuk kesana, habis digunakan.

Dalam bulan Oct tu husband usulkan cadangan nak ke sana dengan mak dia. Apa lagi, aku ni, tergedik-gedik la survey package. Antara planning awal, nak try DIY umrah dan bawa semua anak-anak time cuti sekolah. Dengarnya macam banyak boleh jimat especially bila bawa anak kecik sebab kos untuk kanak-kanak umur 2-12 thn tak beza sangat dengan kos dewasa kalau ikut pakej.
Plan kedua, ikut pakej dan tinggal semua anak.
Plan ketiga, yappari kena bawa Nina dan ikut pakej.

Kami cuma letakkan syarat nak hotel yang dekat dengan kedua-dua masjid supaya memudahkan kami yang nak bawa senior citizen atau anak. Lain-lain tu tak kisah sangat, naik airlines apa, masuk Mekah ke Madinah dulu ke...

Survey DIY umrah,
1- join group telegram. #Umrah persendirian
2- Blog saya jadikan rujukan adalah berikut.
http://umrahsertaziarah.blogspot.my/2014/09/group-whatsapp-dan-telegram-umrah.html
https://www.ummaland.com/blog/7123/panduan-ringkas-untuk-umrah-persendirian/
http://adiharriman.com/blog/d-i-y-umrah/
http://mysweetprincesses.blogspot.my/2014/02/pengalaman-umrah-tanpa-agent-jeddah.html
http://mamafaizzhafran.blogspot.my/2015/04/semi-diy-umrah-perancangan-awal.html
http://vic-mycerita.blogspot.my/2014/05/catatan-persediaan-umrah.html
 dan lain-lain.

Seronok bila baca pengalaman umrah sendiri ni. Semua susun sendiri, boleh buat berapa hari nak duduk Madinah, berapa hari duduk Mekah. Nak hotel yang mana, bilik mana, kaabah view ke, al haram view ke. Tapi rasanya, sebabkan dah lama tak ke tanah haram, dan suami pulak kali pertama jadi kami tangguhkan dulu plan nak DIY ni. Kita ikut je la bimbingan ustaz tengok caranya dan next time boleh umrah DIY ramai-ramai dengan anak-anak.

Survey pakej umrah
Memandangkan syarat kami cuma hotel dekat masjid, aku pun start lah baca tripadvisor.
Favourite tempat aku survey hotel kalau nak kemana-mana.
Baca punya baca, review yang OK dan harga yang affordable, adalah Hilton Residence yang macam apartment style.
Terus emailed beberapa travel agency umrah tanyakan pakej menginap di Hilton.


Triways agency (agency ni penah guna masa ikut parents umrah dulu)
Greeting From Triways Travel Network,

Date: -
Package: 12 DAY 10 NIGHT
No of pax: 3
Propose flight detail : SAUDI AIRLINE

PRIVATE ARRANGEMENT:-


HOTEL
TRIPLE
MAKKAH: SAFWA ORCHID 5* (80 M)
MADINAH : AL HARAM 4* (50M)
RM 11,290

*****************************
Andalusia
> JENIS BILIK : - BER -3
> PILIHAN PAKEJ : - UMRAH BIASA AIR ASIA - HILTON TOWERS TARIKH : -
> 12-03-2016 NAMA : - Siti Sohailah Ahmad Soheimin NO TELEFON : - 011
> 32061740 E-MAIL : - sohailah.soheimin@aig.com
    RM8150
*******************************************************
AL Raudhah Travel agency
PAKEJ A


Hotel Madinah : Al Fayroz Season/Jawharat Al Asema @ setaraf (100-200M)
Hotel Makkah : Al Taj Syaza/Al Fajr Al Badee @ setaraf (380-600M) 

Bilik Ber 4 : RM 5780
Bilik Ber 3 : RM 6080
Bilik Ber 2 : RM 6380

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAKEJ B



Hotel Madinah : Al Fayroz Season/Jawharat Al Asema @ setaraf (100-200M)
Hotel Makkah : Le Meridien/Anjum Hotel (80-100M) FULL BOARD - ASIAN BUFFET


Bilik Ber 4 : RM 7380
Bilik Ber 3 : RM 7880
Bilik Ber 2 : RM 8580

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAKEJ C



Hotel Madinah : Al Fayroz Season/Jawharat Al Asema @ setaraf (100-200M)
Hotel Makkah : Zam-Zam Towers (Few Steps) BREAKFAST ONLY


Bilik Ber 4 : RM 7280
Bilik Ber 3 : RM 7680
Bilik Ber 2 : RM 8680


Tabung Haji Travel pun ada kami survey juga tapi harganya lebih mahal. 
Kemudian, husband bagi lagi satu criteria, nak bimbingan ustaz yang dikenali. Dia ada terbaca Ustaz Ghazali Ibrahim (adik arwah Ustaz Asri Rabbani) ada buat syarikat umrah.
Nama syarikat Muhibbin Holiday.

Survey juga syarikat-syarikat lain yang ada ustaz dikenali tapi macam tak kena tarikh so tinggal dua pilihan terakhir iaitu Al Raudhah dan Muhibbin Holiday.
Bila contact Muhibbin ni, response sangat cepat. Ada pulak pakej hotel di Madinah dan Mekah yang dekat dengan harga berpatutan.
Kalau tengok quotation Triways bagi, hotel di Safwa tower harga berbelas K, tapi dengan Muhibbin cuma starts from 7+++. Terus la kettei dengan Muhibbin dan tak sempat pun pegi office al raudhah.

Next ialah nak tentukan tarikh. 

1- Cuti sekolah March
2- January supaya anak-anak boleh terus ke sekolah, tak ingat mama abah
3- cuti sekolah December

Harga pakej memang agak berbeza time musim sejuk, musim panas. Kalau musim sejuk tu harga lebih tinggi tapi lagi tinggi kalau bulan Ramadhan. Time cuti sekolah pun up sikit berbanding bukan cuti sekolah.
Mula-mula dah plan nak tinggalkan Nina, nak ikut trip bulan January. Dah bincang juga dengan agen dari muhibbin. Lepas tu tanya kat Hj Syafiq ni, Kalau bawa anak kecik senang tak?
Dia ok je, dia cakap tak susah mana. Kalau nak tawaf, tukar je diapers dulu, then tawaf.
Hmmm Hmmmm Hmmmmmmmmmmm

End up terus decide nak bawa Nina. Tapi harga untuk Nina kalau bulan January, kurang RM1000 je daripada dewasa. Adesh.... Hj Syafiq yang sangat proaktif terus tawarkan join trip sebelum Nina 2 tahun, iaitu tarikh 5 Dec 2015. Kos untuk Nina cuma dalam RM2+++ katanya.

Lepas dapat green light dari husband, terus kettei nak pergi tarikh 5/12/2015.
Bayar booking fees per person RM500. Berdebar-debar juga sebab tak sampai sebulan dari tarikh berlepas. 
Atas jasabaik boss, lepas juga permohonan cuti panjang kalini.Thanks Khai!

Muhibbin travel package dikendalikan oleh Ustaz Isman Hijjaz (Ust Ghazali pun naik flight sama)
12Hari10Malam (4 malam Madinah, 6 malam Makkah)
Hotel Madinah dan Mekah (50m)
Fullboard hotel, transport, makan dan 3 kali umrah.
Ziarah di madinah dan Mekah
Oman Air (transit Muscat)
Bilik bertiga RM8150

Muhibbin Holiday ni cuma ada dalam FB. Siapa yang berminat boleh contact aku atau direct contact kat FB terus.



Friday, October 9, 2015

PCMC vs DEMC

Prince Court Medical Centre (PCMC)









DEMC (Darul Ehsan Medical Centre)














Setakat ni, aku suka gunakan khidmat dua hospital ni kalau anak-anak sakit. Dulu-dulu, pernah juga pergi Columbia Asia Puchong dan Cheras dan pernah beranak kat Pantai KL tapi tak boleh nak masuk dalam list la. PCMC ni kat KL, tengah-tengah kota, nampak KLCC dan DEMC pulak kat Shah Alam. Dari rumah BSP ni memang lagi dekat dengan DEMC la.
 Kat bawah ni nak senaraikan kelebihan dan kekurangan dua-dua hospital ni.

PCMC DEMC
tengah bandar kat KLCC Shah alam 
dekat dengan sekolah dekat dengan rumah
bilik single, luas, ada carpet bilik single kecik, tak de carpet
ada sofabed ada kerusi panjang
bilik terpencil, sunyi, privacy rasa macam duduk hospital, kejap2 nurse masuk
internet slow internet laju
TV banyak channel TV kurang channel
nurse baik tapi kurang mesra nurse mesra dan baik
complimentary food untuk penjaga tiada
tiada belakang hospital ada kedai makan belanga
makanan sedap makanan so-so
Paed mesra tapi kurang rasi dengan Nina Paed so-so tapi macam berkesan 




Bilik PCMC paling low grade

Cantik kan... macam hotel. Dah la view KLCC.
Sofa tu boleh jadi single sofabed. 
PCMC memang takde sharing room, semua single kecuali dah penuh sangat so dia akan bagi sharing room untuk sementara waktu. Masa aku bersalinkan Aydan harga bilik single RM150 je. Lepas naik jadi RM220, dan starting from Oct 2015 dah jadi RM280.
Walaupun begitu, untuk pemegang kad AIA kaler merah, dalam bill masih charge RM150.

Bilik DEMC
Bilik yang atas tu untuk Paed ward. Ada Single room atau Twin sharing room. Sharing room nya berdepan dan ada dinding memisahkan. Sharing tu toilet dan pintu je. DEMC ada bilik-bilik lain yang hebat tapi harganya lebih mahal.

Kedua-dua hospital ni selalu penuh, jadi kalau rasa-rasa macam nak kena admit je, better call dulu untuk tanya bilik kosong. Kalau tidak, kemungkinan kena balik tido kat rumah, tunggu besok pagi baru boleh admitted.

Ini alamat PCMC
39 Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur Malaysia
Fax number : +603 2160 0010
24 Hour Hotline:
+603 2160 0000 
+603 2160 0999 
1-800-88-7262 
Recommended Paed by me: Dr Roliza, Dr Fadzillah, Dr Koshy

Ini untuk DEMC
Address:
No. 4, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
General Line: 
(603) 5515 1888
Appointment Line:
(603) 5515 1966
Fax:
(603) 5515 1815
Recommended Paed by me: Dr Roliza, Dr Fadzillah, Dr Koshy




Nina admitted for the 4th time due to bronchopneumonia

Aduhai...
Berkerak, berkepam bersarang kelawar dah agaknya blogni.

Baru sempat nak buka balik.


Ceritanya Nina(anak ke5) demam panas sejak Sabtu lepas. Demam yang sangat panas.
Sebelum tu, abangnye Aydan yang demam tapi dah lega. Gaknye berjangkit la kot kan. Dengan cuaca yang tak sihat berjerebu bagai, lagi la budak-budak ni senang nak sakit.
Masa awal-awal tu takde la batuk dan selsema, Memang demam semata. Duk agak gak, ni kot Nina nak kena campak ke. Kat taska pun ada kawan dia tengah bercuti sebab campak. 2,3 hari berlalu masih tak lega demam.

Rabu, bawa gi klinik. Boleh pulak Dr check guna thermometer kat ketiak tu. Budak kecik ni mana la reti nak duduk diam so bacaan demam dia cumalah 38.2C. Rasanya macam lagi panas je.... Ok la, Dr cakap lagi 2,3 hari tak lega gak ,baru nak prescribe antibiotics.
Lepas masuk ubat bontot pun still tak turun sangat suhu (ni ikut instinct aku guna belakang taangan je sbb thermometer mana p tatau). Start dari Rabu tu memang dia taknak duduk bawah langsung. Berkepit je memanjang. Merengek, taknak minum susu. Mujurlah abah dia cuti start Rabu so abah la menjaga dia kat rumah.

2,3hari berlalu lagi sampai la Ahad pagi tu, rasanya Nina ni start batuk selsema pulak. Aku dah bersedia kalau Dr nak suruh refer hospital. Pegi balik klinik yang Rabu tu, Dr dengar nafas dia, oohhh banyak kahak dalam paru-paru ni. Kalini Dr lain, dia tak sempat check suhu pun, terus dia suruh ambik Neb dulu sebab dia kata air dalam paru-paru penuh sangat ni.
Nina sama je macam sebelum ni, merengek je. Masa ambik Neb tu awal2 tak melawan, dah agak-agak bosan tu, meronta la juga. Siap Neb, Dr check lagi sekali, tak berkurang pun bunyi wheezing tu. So, Dr minta terus pergi emergency kat mana-mana hospital. Dr buat surat. As usual, mayou nak pilih hospital mana. DEMC ke PCMC? Jenuh la nak timbang hat mana lagi ok. Sambil duk timbang-timbang tu, sempat call hospital tanya ada bilik kosong tak. DEMC still ada dua bilik single untuk Paed wards, PCMC tinggal twinsharing temporary room je.

Balik, kemas apa yang patut, decide untuk pegi PCMC sebab paeds situ macam lebih sesuai untuk Nina. Masuk emergency, masukkan supp, ambik neb, Xray, buat blood test. Admitted within 1hr. Agak cepat la. Ingatkan hari Ahad ni ramai orang....

...to be continued

Monday, April 27, 2015

Peperiksaan pertengahan tahun SK taman universiti

Bismillah

Terkejut mak bila tau yang peperiksaan SK Taman universiti adalah 5/5/2015.
Tarikh ni sejurus lepas cuti 4 renkyuu Hari Buruh dan Hari Wesak.

Considerate la sikit sapa yang tetapkan tarikh ni. Naik je cuti nak kena exam. Tak patut..tak patut..
huhu. Sebabnya kami dah beli package nak ke Tioman.
Alang2 emaknya cuti Golden week dari 2-7hb kan... nak la berjalan walaupun dekat.
Nasib baik dalam negara je.
Walaupun dalam negara, dah beribu juga la habis untuk bayar pakej ni.

Masih mengharap ramai ibubapa yang tak setuju dan sekolah sudi menangguhkan peperiksaan ke minggu selepas itu.

Dupdapdupdap sungguh la.

p/s: belum dapat jadual periksa.....

Wednesday, February 25, 2015

Bibimbap simple versi bento anak

BENTO untuk anak-anak.

Ayam
gaul dengan
1tbsp kicap cair
1tbsp oyster sauce
1tbsp gula
2 titik cuka
masak atas api perlahan sampai kuah kering.

Tauge
celur/rebus sekejap.
Tos dan pastikan air takde(perah2 sket)
Gaul dengan sedikit cuka dan garam

Carrot
microwave selama 2min

Timun
microwave selama 50saat

Timun dan carrot tadi gaul dengan garam dan kicap cair.

Susun dalam bekas berisi nasi....
tadaaaaa..kenyang untuk breakfast anak-anak kat sekolah.

Malamnya aku masak bibimbap daging untuk sekeluarga. Sedap sampai tak sempat nak snap gambar.
Untuk malamnya, ada la tambahan bahan-bahan lain macam shiitake mushroom, sesame seed, bayam celur, miso soup.
Untuk cili paste (gochuujyan), bila tengok resepi, kena guna taucu +cili so aku cuba la beli taucu pedas.
Ok...memang lulus rasanya, Sangat umph bila makan bibimbap ni.

Monday, February 23, 2015

Sapu sawang sikit

kohok..kohokk...batuk aku sapu habuk kat blog ni.

Anak dah 5 baru nak start balik yer.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.