Saturday, January 29, 2011

Cooking dinner

Plan awal ialah nak p Sepang, makan2 seafood dengan marlia. Tetapi, pagi tadi..katanya suami dia
ada kerja harini. So cancel la aktiviti makan seafood.

    Pegi jusco, beli brg sikit, melantak Jusco sushi dan ke pasar borong untuk memborong bahan mentah.
Masa tu dh pukul 330 jadi ikan2 pun tinggal sisa je. Harga mahal lak tu. Huuh....ambik seekor ayam(1kg--RM6.80), ikan tenggiri sekiloRm19, udang sekilo RM14.50 dan kerang 2 kilo. Ikan kembung dah tk segar je nampak nye..so cancel/

Kletung keltang..menu harini, kari ikan tenggiri dan bendi, sayur lemak udang dan tauge, kerang rebus.
Tgh duk masak, Marlia call ckp, hsbdn dia dah blk...aduh..sorry la naa Marlia. Aku dah masak pon lauk
dinner.. Lenkali nooo

Tuesday, January 25, 2011

Menu semalam

Berjaya masak dlm masa less than 30mins...

Kat atas ni gambar last week makan kat Bangi...

Sunday, January 23, 2011

Home cooking

Home cooking
Setelah sekian lama aku tak masak betul2 utk my husband, weekend lepas 2 kali dinner
aku masak. Hehehe..menambah-nambah selera husband aku.
SUkanya aku tengok. Padahal nak kata aku masak special giler, tak jugak.
Sabtu--> nasi putih, kari daging dgn ubi, ayam masak kicap halia, sup cendawan ngan carrot,
         pancake.
Ahad-> Ayam madu, salad italian, sayur campur, agar-agar santan.
Bahagia nya boleh masak. Kalau aku boleh masak hari-hari tanpa gangguan sure, gemuk laki aku.
ahahaha...
Laki aku ckp, kalau aku masak, memang menambah-nambah dia makan..disitu agak membahayakan..
Heheh...camne ek??
Apa plan aku? Minggu ni azam nak prepare dinner. Sebab minggu ni husband keje siang. Kalo dia kerja
malam, dia tak sempat nk dinner kat rumah. Tapau je.
Ape plan harini ek? Ada dory fillet, ayam, minced chicken, carrot, potato.Itu jer.
Esok pagi kena kuar awal sikit la, pegi beli bhn mentah.
24/1/2011
Harini wat dory fillet sweet and sour, steamed potato and carrot with butterherbs,sardin.

Saturday, January 22, 2011

Thanks for the unexpected present

Lately, I ve been longing to spend my money *amboi....mcm la duit berkepuk to buy something that is really worth of. Been thinking of buying handbags?car?kitchen cabinet?bathroom suite? gold????? ahahhaha.

Today, I finally made up my mind.............
And the best thing is that he is paying...Alhamdulillah. Thanks darling..muahs muahs muahs

Wednesday, January 19, 2011

Masjid Rantau Panjang

Saja nak share beberapa gambar yg dah backdated.
Lepas aku berhenti dari company I, aku ada masa lebih kurang 2 minggu sebelum
start kerja baru. Jadi, dikesempatan ini, kami pun pakat2 la balik kampung
macam raya la pulak. Mr Darling pun ambik cuti panjang.
Dah balik kg tu, kami sempat la trip ke Kelantan nak p rumah MakNi kat Tanah Merah.
Dan juga plan nk shopping.
Gambar ni masa kami ke Rantau Panjang, berhenti kat masjid yang punya senibina
dari China. Menarik sangat......



Ini pulak saja nk share telekung baru yang aku beli kat Aichan.
Sejak ada telekung ni rajinla dia mengikut kami solat.
Sekarang ni seminggu sekali ada aktiviti solat jemaah di masjid dan pada
hari-hari abah tak kerja malam, anak2 kena solat jemaah at least sekali sehari.
Kalau time abah takde, mama pun berkejar nak solat, macam mana nk ajak anak2
ikut sekali.

Friday, January 14, 2011

Designer Handbag

Kalo tgk orang tu drive keta murah, bawa designers handbag...rasa2..ori ke tipu?

Weh..jangan pandang rendah tau! Mungkin masa tu kete dia rosak, pastu dia pinjam keta bibik dia ker.
Beg tu ori tau...!!!!!

-Sekian-

Wednesday, January 12, 2011

Demam dan keletah anak

Sara pulak dah malam ke 2 demam yg sangat panas.Thermometer pulak habis battery,
so tkleh nk agak berapa panas. Tapi aku memang kejutkan dia, bg minum ubat.
Then aku jerelum kepala dia dgn air. Memang dia taknak, aku pujuk2 gak a.
"sape pandai"...nanti dalam mamai2 tu dia jawab,"aya!"
Sedih la pulak....
Harap2 malam ni dah tk demam lagi.Dia demam malam je. Siang2 tak pulak.
Ada batuk, phlegm agak byk.
Baru je start nursery seminggu, macam2 penyakit sudah sangkut....
Sekarang ni aku boleh la harapkan aichan utk layan Sara. Kalau makan pasta ke,
memang aku tk suap dah. Aku suh aichan suapkan. DIa pulak dengan happynya
sanggup tk makan suapkan adik...tp kdg2 dia bg adik dia mkn apa yg dia tk
nak makan.... marah gak aku. Cam smlm aku buat spiral pasta, letak bawang, cream sauce.
Ada ka dia hisap dulu pasta tu br dia bg adik...cet! Bawang2 sume dia suap kat adik.
Aidil pulak, aku saikin memang kureng sabar. Tiap2 malam je mesti ada hal yg buatkan
aku mengamuk kat dia. Kesiannnn dia...aduh. Penat2 ni memang tk tahan.

Monday, January 10, 2011

LUnch!

Kat mana korang selalu lunch? Adakah korang prefer cafe kat dalam office
atau makan kat kedai makan luar? Mana yang lebih murah? atau korang ni
set2 rajin yang buat bento(bekal) sendiri? Ataupun korang makan jajan je
ke, simple meals kat desk?
HArini aku keluar makan, tumpang kereta teammate, Huzairi. Best sangat dapat
jumpa dgn kawan2 dari office lama. Kami lepak kat tempat biasa kami lepak,
kat terminal bus/arena. Tapi kali ni kami p Arena sebab dekat sikit.
Aku makan, nasi, lauk ikan keli bakar dan sayur. Harga RM5.50. Teh ais RM1.50.
Memang puas hati. Semalam aku makan kat cafe office ni, lauk ayam masak merah
yang tak berapa masak dengan nasi putih dan sayur kangkung yg keras RM5.50 gak.
Seharian aku sakit kepala..........
Aku nekad, lepas2 ni taknak dah nak makan kat cafeteria office kalo caterer dia
tk bertukar. Dah la pelayan dia sume geng ha ya nun dal wau. Sangat la tak ber
selera nak makan....tolong laaaaa.Kalau iyer pun caterer non muslim, tolong la
ambik pekerja muslim 'juga' utk serve...aci tak??? AKu tak pasti la owner caterer kat
opis ni muslim or non muslim.....
Kat opis lama dulu pun macam tu gak... kenapa ekkk????

Sakit Kepala/Headaches sebab makanan

Sakit kepalaku ini kadang menyerang kalau aku salah makan.
Kenapalah cafe kat sini sangatlah tk sedap. Cuba jual ikan bakar ke, sambal belacan ke.
Memang macam ni ke cafe yang dpt tender kat company besaq2. SBl ni kat company lama
pun sama jugak. Balik2 lauk yang sama...Nak kata murah..murah lagi kat terminal.
Uwek..uwek. Pagi td aku saja try susu Anmum utk breasfeeding mom. Segelas besar aku
habiskan. Ini mungkin juga penyebab sakit kepalaku. Tk berhenti berdenyut walaupun dah
2 kali ku telan paracetamol.
Tekak ni sejak semalam lagi dah kurang selesa. Badan pun rasa sejuk2. Adeh..dah la
mr husband keje mlm.
Pikir nak makan ape ek malam ni...nak beli utk budak je la. Tapi apa makanan yg budak2
senang makan, boleh makan sendiri??? Paling senang, aku rebus pasta je. BYk je stok.
Cuma susu tkde nk buat creamy pasta. Tomato base pasta aku tk suka bg anak2 makan sbb
belemoihhhh.
Aku rasa aku dah tkleh makan dahhh..uwekk..rasa nk muntah!
p/s:jgn misunderstood yer, aku tk pregnant!

Friday, January 7, 2011

Photoshoot with Ratuhatiku in KLCC






gambar lama....mengenang kembali last year











@HP

What to say, I thanked Allah for the rezeki given to me.
Right after I submitted my resignation letter in my previous company,
not knowing what to do next, I went for an interview with HP.
I ve had 2 months to find another job before my notice ended.
If not, I will end up @home. EHehe..not bad idea though, for a few months,
mu husband can support but if longer, we will have to cut off some of
our budget to accomodate my husband's salary.
So, I went to interview with HP and alhamdulillah, I was not so hopeful to
get the job as I still have 2 months notice to finish before I can join
any company yet, I am not willing to let them buy me out as I think I
still owe my previous company a lot...(they've outgrown me as a HD).
After 2 days, I received result that they are willing to offer me a position
in January, plus they offerred a much much better salary than I have
expected. Alhamdulillah, sujud syukur kepada Allah.
SO, now here I am, First day @HP. Nothing much is going on YET. Everyone is
so busy running here and there as this account is still new-just on air
since Dec 2nd.
I will have to treasure my free time because later on I will be very busy
handling calls.
Heard so many stories within my new team....only then I realised, it is what
I ve being offerred. That is why they offered me high salary....I was demotivated
at yesterday. I was so afraid to start my new job.
BUt that was yesterday, today I woke up with a fresh start. I have to prove to them
all that it is not as bad as what they said. It is not as bad as what *S told me
because she will resign soon. She told me that because she cannot cope with the
team.. I can do it. I can cope with the team. I am not as old as her. HIHIhi..
I CAN..oh YES, I CAN!
Today I reject her invitation for lunch because I don't want to hear more 'stories'
from her. PLease forgive me.....
Ya Allah, Berikanlah daku kekuatan fizikal dan lahiriah untuk menghadapi semua ini.
Berkatilah rezekiku untuk ku dan keluargaku.
Hanya kepadaMu tempat ku memohon, ya Allah.

Wednesday, January 5, 2011

Ronda-ronda Jalan TAR

Dah 1thn aku kat sini, barulah ni nak meronda jalan TAR. Last aku dtg ronda2 sini masa sbl ada anak rasanya..kot....hilang ingatan dah, byk urat putuih.
So pagi2 Rabu 5/1/2011 aku pun mengajak mr husband ke sini. Aidil pergi tadika, Sara tinggalkan kat Taska, tinggal Aichan je ikut.
Lenguh-lenguh kaki la berjalan meronda. Tak beli apa sangat pon. Nak beli tudung, haritu kat Kelantan, baru je borong tudung.
Tgh survey baju nak beli time kenduri anak sedaraku kawen. Theme color ialah biru.
Akhirnya, dapatla baju Aichan dan Sara. Susah betul nak cari baju kurung budak time bukan Raya2 ni.
Mujurla cantik dan ada less 25% lagik.
Beli telekung Aichan yang tk berapa murah tapi cute.
Beli sejadah kecik utk anak2 yg dah start belajar solat sekali sehari.
Beli tempat sangkut tudung cam yang jual kat Ikea harga RM29 tapi ku beli yg murah2 rega RM10 je.
Dapat la selai blouse muslimah*labuh, longgar...hihihi

Ada satu jubah ni, warna biru turqoise. Sangatla memikat. kalau tk jumpa yg lain akan ku rembat yang itu hujung minggu ni..hihihi

Monday, January 3, 2011

Kelegaan

Akhirnya..............aku bagi kepercayaan kepada Cahaya Hati Montessori.

Ya Allah, tetapkan lah hatiku.
Terangkanlah hati anak-anakku.
Semoga mereka terdidik menjadi insan yang balance dunia akhirat.

Tinggal 2 dalam pilihan utk tadika

Agh...kini hanya dua yg harus ku pilih.

1. English medium moderate islamic kindy-kenapa aku ckp moderate sebab tkde la kena pakai tudung ke, cuma ada kelas Iqra utk anak2. Sebulan fees termasuk Iqra RM210.. Enrolment fees RM780++for 1st semester.
Dekat dengan jalan nak ke Cyberjaya. Cikgu nampak yasashi tapi murid2 dah agak full. Cuma tinggal satu kekosongan. Cikgu boleh sediakan transport hantar ke taska sekarang ni RM30 je one way.Buku kurang menarik sebab buku2 ni aku rasa aku leh beli kat kedai buku biasa.
Uniform cantik.


2. English medium kindy-dekat dgn rumah aku tapi jauh dari jalan ke Cyberjaya. Cikgu2 nampak prihatin dengan budak2. Budak ramai tapi bahagi kepada 2 kelas. Ada pendidikan Islam tapi tkde Iqra. Fees RM180 monthly. Enrolment fees for a year RM1600++. Transport 2 ways RM50*mahaiwalaupun jaraknya sejengkal je. Mix culture. Ada taekwondo once a week. Every month ada activity.Cikgu tunjukkan kerja budak2 thn sebelum ni. Nampak cantik tersusun. Kat sini byk kena guna skill menulis.Cikgu byk gunakan buku kosong, suruh budak2 salin.
Uniform biasa2 je.

Aghhhhhhhhhhhhhhhhh..aku tensen.

Sunday, January 2, 2011

Tayar pecah!

25/12/2010(Saturday)

Tayar pecah...mujurlah masa tu masih kat kampung. Kebetulan pulak, kami baru balik dari kenduri adik ipar di Aloq Setaq. Alhamdulillah sebab tk pancit kat highway ke, time jem masa nk byr toll ke...ataupun worst case masa balik darik KL-Baling tengah-tengah malam buta. Memandangkan masa tau tu dah senja, terus tukaq tayar spare dan gerak ke Baling nak p pasar malam.
*i tulih dalam loghat kedah noooo, pasai masa ni kami cuti-cuti Kedah

26/12/2010

Keluaq dari rumah Wan(pak mertua i, anak2 dia panggey Wan. Dahla nama pun Wan Awang) awai-awai pagi, teruih ke Kulim sebab nak cari kedai pomen tayar. Tayar ni memang pecah dah, bukan tahap bocoq buleh tampai. Kat Baling, my pak sudah p survey, takdak juai tayar size 18'. Tu la, pakai lagi rim besaq2. Kan ke dah mahai nak tukaq tayar. Nak cari 2nd hand pun payah.

Pueh la melilau kat kedai-kedai tayar kat Kulim cari tayar 2nd hand sebab tayar first hand yg ada brand harga dia, sangatlah menarik. Mujuq jugak kedai tayar kat Kulim banyak pilihan...

Last sekali, jumpa la satu kedai yg jual tayar. Tayar tu dah agak used. Tapi..masih boleh pakai. Bila check2 balik, rupa2nya, 2 lagi tayar juga sudah gelembung2 mau pecah dahhhh.....cesssssss. Dah la aku plan nak p Kelantan Isnini ni. Kat kedai tu cuma ada 2 tayar 2nd hand. Aduh..melilau lagi cari kedai tayar. Dah berkira-kira nak p BM tapi.....masa tu dah pukul 4pm. Dan ka..lagi pulak hari tu hari Ahad. Mesti kat Bukit Mertajam byk kedai tutup.

Alhamdulillah, akhirnya jumpa satu kedai kecik yg ada tayar besaqqqq. Tapi...haru lagi. Jumpa pulak yg rim ada crack.

 Aduhai.....nak kn pateri ataupun..tukar saja la ke rim baru. Ingat aku kerja cop duit ka???
Dah pukul 6 so memang tkdak la kedai yg sanggup buat. Balik la kami dengan hampaaaa nya.

Agaknya..begini la ghupa rim crack yer.



27/12/2010

Ada kematian sedara Wan kat Kulim. kebetulan pulak kami memang nak ke Kulim baiki rim tayar. So pagi-pagi lagi kami dah keluaq bawak mak & wan sama. Keltung keltang...siap juga pateri rim.

berkejar balik sebab nak p jugak kelantan harini.. mak pak dah duk tunggu nak join.

HFMD*hand foot mouth disease

Post sebelumm ni dah cakap yang Aichan suspected HFMD.

LUnch tadi, abah bw kami semua melawat clinic panel...doctor sahkan Aichan kena HFMD. mUla2, aku ingat ok la kan. Kena duk rumah kuarantin so aku budget husband lah yang akan ambik cuti memandangkan
esok my first day at new place.

Sekali tu, doc cakap... kalau esok, it become worse, please come back and take letter to refer to hospital. Ha.....! Nak kena masuk wad ke doc? Peniinggggg2. Aku ingat tak serious mana. Tapi doc tu suh masuk ward sebab takut Aichan tak boleh makan dan minum kalau ulcer makin banyak. Camno ni???

Di bawah ni aku petik sikit info pasal ni

Hand, foot and mouth disease (HFMD) is a human syndrome caused by intestinal viruses of the Picornaviridae family. The most common strains causing HFMD are Coxsackie A virus and Enterovirus 71 (EV-71).[1]

HFMD usually affects infants and children, and is quite common. It is moderately contagious and is spread through direct contact with the mucus, saliva, or feces of an infected person. It typically occurs in small epidemics in nursery schools or kindergartens, usually during the summer and autumn months. The usual incubation period is 3–7 days.

Early symptoms are likely to be fever often followed by a sore throat. Loss of appetite and general malaise may also occur. Between one and two days after the onset of fever, painful sores (lesions) may appear in the mouth and/or throat. A rash may become evident on the hands, feet, mouth, tongue, inside of the cheeks.
Outbreaks

[edit] 1997



gambar ihsan dari wikipedia.

Kelasakan Sara

 Kami sampai KL semalam 1hb Jan pukul 12lebih. Anak2 sumer dah tido dari dalam kereta. Time angkut naik bilik pun masih tk sedar. Tapi, Aichan agak gelisah time tido. Asyik merengek-rengek menyebabkan aku terpaksa temankan dia tido. Kejap-kejap je bunyi. Pegang kepala, tkde la demam ke. Dua kali dia bangun minta air nak minum.

Keesokkan paginya, baru aku perasan yg rashes makin banyak keluar kat bawah hidung dan sekitar pipi dia.
Check kat tangan pun ada sikit2 rashes. Aduhai..kesiannya. Adakah ini Hand Foot Mouth Disease. haritu aku dengar Sakura kena macam teruk je. Tak boleh nak makan, minum sebab penuh ulcer dalam mulut. Barulah aku perasan yang sejak 2 hari lepas, Aichan yang selalunya berselera makan, agak kurang berselera. Dua hari lepas juga dia demam-demam ringan.

Memandangkan harini abah kerja, so rasanya hold dulu la Aichan nak pegi clinic. Tunggu abah balik lunch. Masa abah kuar gi kerja pagi tadi, Aichan belum bangun so tk perasan la rashes tu.

Aichan still active seperti biasa... Sara pulak sejak balik kg baru ni memang selalu sangat jatuh. Sebab active sangat la ni. Asyik lari lari sana sini. Dah banyak kali bibir berdarah, gusi berdarah sebab terhantuk kat lantai. Gigi pun dah ada pecah serpih sikit...Syiann anak dara mama ni.

Hari ni Sara menambah rekod pecah mulut lagi. Dia main panjat-panjat abang dia. Bila abang dia bangun, apa lagi, tersengguk dia kat lantai. Pecah bibir lagi. Lepas tu dia main kejar2 dengan abang dia, abang dia kejar, dia lari terhantuk dahi kat kerusi....adeh.

Masa kat kampung, tak tau kena apa, bila mlm nak tidoq dia nangis. Pagi tu baru perasan yg pergelangan tgn dia bengkak. Panic gak. Bila kami pegang je dia nangis. So terus la bawa ke clinic. Doc cakap, kalau bengkak berubah warna atau makin teruk, kna la pegi x ray. Mujurla makin surut bengkaknya. Sara..oh Sara. Active macam Aidil. tak macam kakak Aichan yang ayu ayu sopan ituw.

Masa jalan-jalan kat Baling, Sara tak duk dlm childseat. Duk membuas dalam kerete. Bila abah brake sikit, tersengguk dahi kat dashboard. Lebam kening dia...siannnnn.

Aduhai la hai.. Ya Allah, kau peliharalah anak anak kami.....

Saturday, January 1, 2011

Zen by Secret Recipe

On one weekend, kami ke Midvalley. Saja-saja jalan2 sambil makan-makan. Window shopping je pun.
Masa nak balik tu, lalu kedai kek.. nampak satu kek ni macam pelik sikit. Kaler grey. wooo..rupanya sesame cake(bijan).

Rasa..........sedap. Terus beli lagi 2 ketul utk bw balik.



kusyuk mkn kek, tk perasan hidung aidil bleeding.

Happy New Year 2011 dan Bukit Jalil Park

Well.... I m back in KL now. Will be starting new job tomorrow. ドキドキしてます。

Sempena tahun 2011, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga, dengan tahun baru ni, lebih banyak kejayaan yang akan kita cipta.

Aduh, Aichan pulak kena HFMD rasanya. Ada rashes kat keliling mulut tangan.

Ni nak share gambar pegi jogging kat Taman Bukit Jalil.

 Ni anak daraku tgh happy turun kat slide....sekalik tu tangan dia terkehel..............*see below pic
 Terus serabai dan pucat mukanyaaaa

Review sikit pasal Bukit Jalil Park ni. Kalau weekend memang ramai la orang pergi bawa anak-anak jogging, mak pak budak jogging.  Playground kat sini agak luas, tkde la berebut-rebut dan sesuai utk peringkat umur anak-anakku. Taman Bukit Jalil ni terletak depan Bukit Jalil Golf Club. ada juga kolam ikan disini. bersih

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.