Wednesday, October 28, 2015

Friday, October 9, 2015

PCMC vs DEMC

Prince Court Medical Centre (PCMC)









DEMC (Darul Ehsan Medical Centre)














Setakat ni, aku suka gunakan khidmat dua hospital ni kalau anak-anak sakit. Dulu-dulu, pernah juga pergi Columbia Asia Puchong dan Cheras dan pernah beranak kat Pantai KL tapi tak boleh nak masuk dalam list la. PCMC ni kat KL, tengah-tengah kota, nampak KLCC dan DEMC pulak kat Shah Alam. Dari rumah BSP ni memang lagi dekat dengan DEMC la.
 Kat bawah ni nak senaraikan kelebihan dan kekurangan dua-dua hospital ni.

PCMC DEMC
tengah bandar kat KLCC Shah alam 
dekat dengan sekolah dekat dengan rumah
bilik single, luas, ada carpet bilik single kecik, tak de carpet
ada sofabed ada kerusi panjang
bilik terpencil, sunyi, privacy rasa macam duduk hospital, kejap2 nurse masuk
internet slow internet laju
TV banyak channel TV kurang channel
nurse baik tapi kurang mesra nurse mesra dan baik
complimentary food untuk penjaga tiada
tiada belakang hospital ada kedai makan belanga
makanan sedap makanan so-so
Paed mesra tapi kurang rasi dengan Nina Paed so-so tapi macam berkesan 




Bilik PCMC paling low grade

Cantik kan... macam hotel. Dah la view KLCC.
Sofa tu boleh jadi single sofabed. 
PCMC memang takde sharing room, semua single kecuali dah penuh sangat so dia akan bagi sharing room untuk sementara waktu. Masa aku bersalinkan Aydan harga bilik single RM150 je. Lepas naik jadi RM220, dan starting from Oct 2015 dah jadi RM280.
Walaupun begitu, untuk pemegang kad AIA kaler merah, dalam bill masih charge RM150.

Bilik DEMC
Bilik yang atas tu untuk Paed ward. Ada Single room atau Twin sharing room. Sharing room nya berdepan dan ada dinding memisahkan. Sharing tu toilet dan pintu je. DEMC ada bilik-bilik lain yang hebat tapi harganya lebih mahal.

Kedua-dua hospital ni selalu penuh, jadi kalau rasa-rasa macam nak kena admit je, better call dulu untuk tanya bilik kosong. Kalau tidak, kemungkinan kena balik tido kat rumah, tunggu besok pagi baru boleh admitted.

Ini alamat PCMC
39 Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur Malaysia
Fax number : +603 2160 0010
24 Hour Hotline:
+603 2160 0000 
+603 2160 0999 
1-800-88-7262 
Recommended Paed by me: Dr Roliza, Dr Fadzillah, Dr Koshy

Ini untuk DEMC
Address:
No. 4, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
General Line: 
(603) 5515 1888
Appointment Line:
(603) 5515 1966
Fax:
(603) 5515 1815
Recommended Paed by me: Dr Roliza, Dr Fadzillah, Dr Koshy




Nina admitted for the 4th time due to bronchopneumonia

Aduhai...
Berkerak, berkepam bersarang kelawar dah agaknya blogni.

Baru sempat nak buka balik.


Ceritanya Nina(anak ke5) demam panas sejak Sabtu lepas. Demam yang sangat panas.
Sebelum tu, abangnye Aydan yang demam tapi dah lega. Gaknye berjangkit la kot kan. Dengan cuaca yang tak sihat berjerebu bagai, lagi la budak-budak ni senang nak sakit.
Masa awal-awal tu takde la batuk dan selsema, Memang demam semata. Duk agak gak, ni kot Nina nak kena campak ke. Kat taska pun ada kawan dia tengah bercuti sebab campak. 2,3 hari berlalu masih tak lega demam.

Rabu, bawa gi klinik. Boleh pulak Dr check guna thermometer kat ketiak tu. Budak kecik ni mana la reti nak duduk diam so bacaan demam dia cumalah 38.2C. Rasanya macam lagi panas je.... Ok la, Dr cakap lagi 2,3 hari tak lega gak ,baru nak prescribe antibiotics.
Lepas masuk ubat bontot pun still tak turun sangat suhu (ni ikut instinct aku guna belakang taangan je sbb thermometer mana p tatau). Start dari Rabu tu memang dia taknak duduk bawah langsung. Berkepit je memanjang. Merengek, taknak minum susu. Mujurlah abah dia cuti start Rabu so abah la menjaga dia kat rumah.

2,3hari berlalu lagi sampai la Ahad pagi tu, rasanya Nina ni start batuk selsema pulak. Aku dah bersedia kalau Dr nak suruh refer hospital. Pegi balik klinik yang Rabu tu, Dr dengar nafas dia, oohhh banyak kahak dalam paru-paru ni. Kalini Dr lain, dia tak sempat check suhu pun, terus dia suruh ambik Neb dulu sebab dia kata air dalam paru-paru penuh sangat ni.
Nina sama je macam sebelum ni, merengek je. Masa ambik Neb tu awal2 tak melawan, dah agak-agak bosan tu, meronta la juga. Siap Neb, Dr check lagi sekali, tak berkurang pun bunyi wheezing tu. So, Dr minta terus pergi emergency kat mana-mana hospital. Dr buat surat. As usual, mayou nak pilih hospital mana. DEMC ke PCMC? Jenuh la nak timbang hat mana lagi ok. Sambil duk timbang-timbang tu, sempat call hospital tanya ada bilik kosong tak. DEMC still ada dua bilik single untuk Paed wards, PCMC tinggal twinsharing temporary room je.

Balik, kemas apa yang patut, decide untuk pegi PCMC sebab paeds situ macam lebih sesuai untuk Nina. Masuk emergency, masukkan supp, ambik neb, Xray, buat blood test. Admitted within 1hr. Agak cepat la. Ingatkan hari Ahad ni ramai orang....

...to be continued

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.