Friday, October 9, 2015

Nina admitted for the 4th time due to bronchopneumonia

Aduhai...
Berkerak, berkepam bersarang kelawar dah agaknya blogni.

Baru sempat nak buka balik.


Ceritanya Nina(anak ke5) demam panas sejak Sabtu lepas. Demam yang sangat panas.
Sebelum tu, abangnye Aydan yang demam tapi dah lega. Gaknye berjangkit la kot kan. Dengan cuaca yang tak sihat berjerebu bagai, lagi la budak-budak ni senang nak sakit.
Masa awal-awal tu takde la batuk dan selsema, Memang demam semata. Duk agak gak, ni kot Nina nak kena campak ke. Kat taska pun ada kawan dia tengah bercuti sebab campak. 2,3 hari berlalu masih tak lega demam.

Rabu, bawa gi klinik. Boleh pulak Dr check guna thermometer kat ketiak tu. Budak kecik ni mana la reti nak duduk diam so bacaan demam dia cumalah 38.2C. Rasanya macam lagi panas je.... Ok la, Dr cakap lagi 2,3 hari tak lega gak ,baru nak prescribe antibiotics.
Lepas masuk ubat bontot pun still tak turun sangat suhu (ni ikut instinct aku guna belakang taangan je sbb thermometer mana p tatau). Start dari Rabu tu memang dia taknak duduk bawah langsung. Berkepit je memanjang. Merengek, taknak minum susu. Mujurlah abah dia cuti start Rabu so abah la menjaga dia kat rumah.

2,3hari berlalu lagi sampai la Ahad pagi tu, rasanya Nina ni start batuk selsema pulak. Aku dah bersedia kalau Dr nak suruh refer hospital. Pegi balik klinik yang Rabu tu, Dr dengar nafas dia, oohhh banyak kahak dalam paru-paru ni. Kalini Dr lain, dia tak sempat check suhu pun, terus dia suruh ambik Neb dulu sebab dia kata air dalam paru-paru penuh sangat ni.
Nina sama je macam sebelum ni, merengek je. Masa ambik Neb tu awal2 tak melawan, dah agak-agak bosan tu, meronta la juga. Siap Neb, Dr check lagi sekali, tak berkurang pun bunyi wheezing tu. So, Dr minta terus pergi emergency kat mana-mana hospital. Dr buat surat. As usual, mayou nak pilih hospital mana. DEMC ke PCMC? Jenuh la nak timbang hat mana lagi ok. Sambil duk timbang-timbang tu, sempat call hospital tanya ada bilik kosong tak. DEMC still ada dua bilik single untuk Paed wards, PCMC tinggal twinsharing temporary room je.

Balik, kemas apa yang patut, decide untuk pegi PCMC sebab paeds situ macam lebih sesuai untuk Nina. Masuk emergency, masukkan supp, ambik neb, Xray, buat blood test. Admitted within 1hr. Agak cepat la. Ingatkan hari Ahad ni ramai orang....

...to be continued

No comments:

Our latest picture