Wednesday, October 26, 2011

My father is not well-2

Masa sampai2 tu memang terus menangis......................................alamak, skang pun nak teriak.Pak yang fragile.... rasanya pak mesti stress sebab tak boleh jalan2, keluar2, bawa kereta macam selalu. kepala pak luka, sebab masa nak pakai seluar sendiri, dia ter tungging kedepan. Pak..oh pak..harap pak cepat baik.

Monday, October 24, 2011

My father is not well-1

Weekend lepas balik kg utk tengok pak yang sakit. Dia kena Third cranal nerve palsy dimana keadaan dia, otot kat kelopak mata dia tkleh control/lumpuh.
Masa kami plan nk balik tu pak masih ok la lagi, tapi Jumaat tu dia ingat nk cari opinion specialist lain memandangkan dah 2 minggu tak de perubahan.
Kehulu ke hilir hari jumaat tu, pegi Lam Wah Ee la, Pantai Penang la, Loh Guan Lye la....mcm2 songeh punya specialist. Lastly pak balik ke Metro SP(yang mana lebih affordable). Time tu lepas seharian pegi
jumpa specialist lain2, dah keadaan dah penat, so BP naik sampai 229/90 kalo tak salah. Apa lagi, terus la kena admit. Kami pulak sampai dah agak lewat jadi balik Baling dulu, jumpa mak dan wan (belah suami).
Wan(panggilan utk ayah mertua) pun tak berapa sihat......

Esoknya barulah kami ke SP utk tgk pak. Kesian pak....selama ni dialah tulang belakang keluarga. Walaupun dia dah 70 tahun tp masih drive sendiri ke KL, suka melancong, hampir tiap2 hari keluar ke penang ke, Bworth ke yang jaraknya tak kurang 80km sehala. Even anak menantu yang sakit, dia yg tolong
hantar ke hospital, berulang alik melawat, so bila dia sakit....rasa sedeh, pilu, kesian sangat. Kalau anak-anak ada masalah birokrasi ke, dia yang naik turun govt office...(bukan cerita 10thn lepas tp cerita 2minggu lepas).
Sekali tgk dia dalam keadaan tk boleh jalan dgn betul sebab mata sebelah tk nampak, terpaksa pakai tongkat, jalan terhoyong hayang...rasa nk teriak puas2.

Tuesday, October 11, 2011

Bersedekah lah

Alhamdulillah, walaupun kerugian banyak akibat tk dapat ke Redang tapi telah dikurniakan rezeki lain.

Lepas tk dapat ke Redang, terus kami sekuarga pecut balik kampung, nak jenguk orang tua. Perasaan masa tu rasa, membazirnya sebab habih duit tk dapat ke Redang. Tapi still juga hulurkan duit utk parents walaupun sikit dan tau mereka lebih mampu. mak cakap, tak payahla,lagipun kan baru je rugi duit sebab tk dapat p Redang. Tapi kite tetap bagi dan ckp kat mak, kalau nk dpt rezeki lain, kena hulur2 dulu, baru mai rezeki lain.

Alhamdulillah, semalam dapat calls dari mak, .......ada projek baru.
Dapatlah rezeki 10kali ganda daripada duit yg disedekahkan kat parents baru ni... tengok, betapa Allah nk tunjuk.
jadi, sapa2 yg dalam kerugian tu, mendermala, sedeqah la walaupun sedikit..insyallah, Allah akan bg lebih dari tu tak kira yg zahir atau yg batin.
AMin

Monday, October 10, 2011

Terlepas flight ke Redang!!!

Patutnya minggu lepas, dah bersenang2 kat Redang, dah complete sumer
bookings, arrangements, $$$$...
Sekali terlepas flight!
Package Redang tu pulak tk boleh tukar tarikh..huhu.
Menangis camno pon...(aku ni nangis je reti) takleh suh flight
AA tunggu aku...

Monday, October 3, 2011

Busy!Busy!Busy

Disebabkan harini kat office terlalu la busy, malam ni kite dinner kat Manhattan Fish Market dgn groupon 50% off ek....

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.