Monday, October 24, 2011

My father is not well-1

Weekend lepas balik kg utk tengok pak yang sakit. Dia kena Third cranal nerve palsy dimana keadaan dia, otot kat kelopak mata dia tkleh control/lumpuh.
Masa kami plan nk balik tu pak masih ok la lagi, tapi Jumaat tu dia ingat nk cari opinion specialist lain memandangkan dah 2 minggu tak de perubahan.
Kehulu ke hilir hari jumaat tu, pegi Lam Wah Ee la, Pantai Penang la, Loh Guan Lye la....mcm2 songeh punya specialist. Lastly pak balik ke Metro SP(yang mana lebih affordable). Time tu lepas seharian pegi
jumpa specialist lain2, dah keadaan dah penat, so BP naik sampai 229/90 kalo tak salah. Apa lagi, terus la kena admit. Kami pulak sampai dah agak lewat jadi balik Baling dulu, jumpa mak dan wan (belah suami).
Wan(panggilan utk ayah mertua) pun tak berapa sihat......

Esoknya barulah kami ke SP utk tgk pak. Kesian pak....selama ni dialah tulang belakang keluarga. Walaupun dia dah 70 tahun tp masih drive sendiri ke KL, suka melancong, hampir tiap2 hari keluar ke penang ke, Bworth ke yang jaraknya tak kurang 80km sehala. Even anak menantu yang sakit, dia yg tolong
hantar ke hospital, berulang alik melawat, so bila dia sakit....rasa sedeh, pilu, kesian sangat. Kalau anak-anak ada masalah birokrasi ke, dia yang naik turun govt office...(bukan cerita 10thn lepas tp cerita 2minggu lepas).
Sekali tgk dia dalam keadaan tk boleh jalan dgn betul sebab mata sebelah tk nampak, terpaksa pakai tongkat, jalan terhoyong hayang...rasa nk teriak puas2.

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.