Wednesday, February 20, 2013

The Andaman, Langkawi


Bismillah.
Nak cerita pasal aktiviti ke Langkawi dengan tiket AA yang dah dibeli 6 bulan lepas. Nasib baik
bos lepas bagi cuti.

Perjalanan kami ke Langkawi ni kejap je. Plan asalnya nak bawa anak-anak naik flight tapi tak
sangka pulak rezeki ke Jepun bulan December haritu. Jadi, pergi jugala ke Langkawi sebab dah ada tiket AA kan.

Flight lewat.. sampai Langkawi jam 7.30pm. Kakak mado duk Langkawi tapi dia tak ada. Jadi kami rental kereta dia je la. Dinner malam tu kat seafood tepi Bella Vista. Banyak pilihan kat situ. Harga pun boleh la... Tapi dinner malam kedua lagi best. Dekat EE Burger Langkawi. memang sangat best dan harga sangat murah berbanding KL. Spaghetti dia terbaikkkk. Pasal EE burger ni nanti kite cite lain.
Area Bella Vista ni time malam ok la sebab tak nampak sungai yg tersumbat tu...ehehhe.

Lepas tu kami check-in kat Hotel Langkasuka. Semalam RM140 je. Hotel ni dalam mall jadi senang la nak shopping. Kami pilih hotel ni sebab dekat dengan Kuah jadi boleh a shopping sikit sebelum pindah ke hotel seterusnya. Hotel ni boleh la...nak kata teruk sangat tak juga. Tapi rasanya, dengan harga RM140 boleh dapat bilik yang lagi besar dari ini kat area pantai Cenang.

Bangun seawal 630am, (sama je macam hari kerja) budak-budak dah mengadu lapar. Terus bersiap untuk breakfast dan turun breakfast kat hotel je. Agak kurenng best la menunya, nasi lemak telur rebus, bihun goreng kosong(kosong ok..ada tauge je kot) dan kuew teow goreng kosong. Untuk western bfast ada baked beans, roti dan scramble eggs. Telan je la....nasib baik untuk kanak-kanak seorang je kene bayar RM7. Yang lain free. Kalau lebih RM10, baik pegi kedai mamak boleh makan 5 beranak.

Lepas makan, kemas-kemas barang, terus checkout untuk our next destination. Sebelum tu singgah kat kedai Hj Ismail beli coklattttttt.

Setelah menempuh perjalan hampir sejam dari pekan Kuah, sampailah kami ke The Andaman.

Best sangat The Andaman ni. Dalam hutan tapi tepi pantai. Boleh enjoy kedua-duanya. Pantai kat Andaman ni hanya boleh access dari hotel The Andaman atau The Datai sahaja.
Pantai pun sangat cantik. Airnya bersih, well maintained resort, pokok-pokok yang tinggi menghijau. Rasa relax sangat kat sini. Oleh kerana kami sampai agak awal, jadi bilik tak ready lagi. Just tinggal beg kat lobby and off to the pools.
Pools ada slide untuk kanak-kanak(adult pun boleh).

Tengok la air yang jernih ni. Pasir pulak gebu macam bedak. Air tenang je, sesuai untuk kayak juga.
Pool towel nye sangat besar gedabak boleh buat selimut..ehhee


Lebih kurang pukul 1.30pm baru la kami dapat masuk bilik.
Bilik The Andaman ni sebijik macam dalam gambar. Katil double adalah lebih besar dari katil King ye.
Kalau nak rasa katil sebesar-besarnya sila ambik double bed yer.
Bilik ni juga ada L shape sofa yang boleh ditransform menjadi katil. Extra pillows, extra blankets boleh minta.

Terbongkang haa tido lepas main air. Besar tak katilnye? Lunch makan apa yang ada je sebab nk order room service teramat la mahal. Pulak tu, satu tak cukup. Nasi goreng RM48++
Nasib baik petang tu dapat free buah sebakul. Alas perut dengan buah-buahan sebelum keluar untuk dinner. Hotel ni memang jauh dari kedai-kedai so nak taknak memang kena keluar dengan kereta la.
Drive-drive tengok-tengok dah sampai ke Kuah (40mins) so makan je kat EE Burger.

  The next morning, dah nak kena checkout awal sebab flight pukul 1230 Lagipun nak kena hantar kereta Kaklong kat Kuah.
Sempat juga la turun beach dan pool pagi tu.

                                     View restaurant.
 Beach dan monkeys.....cantikkk kan airnya. Rasa nak pergi lagi.


Ini adalah tempat pemuliharaan batu karang. Banyak batu karang rosak masa tragedi Tsunami jadi, The Andaman mengambil initiative untuk kutip batu karang ni dan bela dia. Nampak tak ada pakcik tengah menyelam tu. Dia menyelam sambil bersihkan batu karang. Cantikkk tempat ni. Kita tak boleh la join menyelam sekali. Tengok je dari atas. Anak-anak panggil ni rumah spongebob. hehehe

Oh yer harga kat sini rate 700 tanpa bfast. Kalau ada breakfast lagi mahal. Mula-mula nak ambik Meritus Pelangi kat Cenang tapi end up by the time nk book kat agoda, dah habih.  Rate paling murah kat Agoda.

Sampai kat airport pukul 11, lunch kat Marrybrown sebelum berlepas.

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.