Monday, January 6, 2014

Cost for waterbirth in Pantai Hospital KL, Malaysia



Okla, nak share sikit pasal waterbirth cost kat Pantai KL ni.



deluxe delivery suite *1day RM888
2 bedded *0.5day RM69
admin charge RM52
medical n surgical supply RM577
medication RM387
monitoring RM72
nursing procedures RM1149
surgical procedures RM79
dr fees RM1500
tax RM58
 
Total dalam RM 4800 roughly (ada aku bundarkan sen sen tu....)
*used delivery suite from 2pm till 2am.
*2 bedded room from 2am till 6pm so they charged halfday

Baby charged asing-asing. Baby kena dekat RM1000.

Total cost delivery and baby = RM5800
Ini waterbirth cost with Dr Idora Mohamed on 12/12/2013.

Kalau korang kena charge lebih atau kurang lagi..itu bergantung kepada condition masing-masing
yer.
 

Waterbirth part 3- afterbirth


Dr datang check, alhamdulillah no tear. Uri masih belum keluar so Dr gosok-gosok perut dan tarik cord sikit, blebop, uri keluar. Masih terasa contraction yang mild especially bila baby cuba nak menyusu.

Dr tanya, nak painkiller tak? Heheh..nak nak...Dr bagi painkiller tablet, telan tu dan cuba untuk berehat. Masa ni masih kat labour room. Baby pun room in dengan kami. Husband zzzzzzzz atas reclining sofa. 
Walaupun ada TV, DVD player, langsung tk terasa nak tengok TV. Baby pun diammmm je. Dia ingat dalam perut lagi ke? hehehe.
       Dinner hospital masih ada, telan sikit nasi dan makan buah. Makanan hospital Pantai ni masih perlu diperbaiki. Siap makan, nurse datang bagi ubat untuk kecutkan uterus katanya. Telan tu...tapi dalam 10-15min lepas tu rasa jari-jari gatal. Eh...side effect ubat ni ke? Tiba-tiba badan menggigil. Terus panggil nurse minta extra blanket. Husband terpaksa peluk sebab menggigil-gigil. Aku ni salah makan tembikai ke allergic ubat. Nurse cakap dia akan check dengan Dr Idora. 
       Rupa-rupanya ubat ni memang ada side effect. Lepas beberapa ketika barulah gigil tu hilang... berapa ketika tu tak perasan berapa lama...tapi rasa macam lama la juga....uhuhuhuhuh

 Kami bertiga ditinggalkan dalam labour room tu sampai pukul 145am. Kami request bilik single tapi bilik single tak ada yang kosong. Even bilik Executive, VIP, semua full. Cuma ada 2 bedded je. Dalam pukul 2lebih barulah dapat masuk ward, tapi yang tak bestnya, husband kena balik sebab bilik ni tak boleh lelaki yang temankan. Kesiannnyaaaa husband aku kena drive balik pagi-pagi buta. (Lepas bayar bill baru tau yang package labour room suite ni utk 12hrs sebab tu kot derang bagi kami duduk sampai pagi. Lagipun bilik single tkde kan)

        Esok paginya, Dr Foo paed datang check baby. Dr cakap baby ada swollen gum. Patutla nampak macam baby ada gigi. Tak de masalah apa-apa, swollen gum tu akan kecut atau nanti gigi akan tumbuh kat situ.

       Dalam pukul 10am, husband dan anak-anak sampai. Terharu tengok muka anak-anak yang terkejut tengok baby dah lahir. Aidil dan Aichan punya la terharu sampai nak nangis. Mama tengok derang pun mama rasa nak nangis. Oleh kerana harini Jumaat, abah dan Aidil solat Jumaat, anak-anak lain tinggal dengan mama...mujur Aydan tido kejap. Boleh la rehat sikit. Then mamangah (kakcik) pon datang. Bawa pressies, dengan stabakkkk. Dr Idora cakap kalau nak discharge harini pun ok...cuma tunggu blood test baby je.


        Kami minta juga nak discharge petang tu sebab esok Sabtu, plan nak gerak ke Baling. Sempat dinner juga la. 

     Kalau diberi peluang lagi sekali, memang nak waterbirth, waterlabour lagi. Rasa berbaloi dengan bayaran dan layanan yang dapat. Sakit contractions memang tersangatlah manageable. Badan rasa ringan nak bergerak dalam air. Air yang suam-suam panas tu melegakan sakit pinggang. Perbezaan akan terasa bila naik ke atas katil. Rasa nak melompat pun ada. lagi satu, bila waterbirth, akan kurang intervention, tak boleh vaccum masa dalam air. Nak pecahkan air ketuban pun tak boleh...kalau nak pecahkan juga, kena naik atas katil. Bila terendam dalam air, miss V pun jadi elastic, mengurangkan risiko koyak dan juga guntingan tak dibuat bila dalam air. Menyelamatkan miss V dari episiotomy(gunting). 

     Ada penambahbaikan yang boleh dibuat untuk next birth. Midwife memang sangat membantu..lebih dari membantu sampai aku pun kesian tengok midwife veteran ni nonstop bergerak. Next birth (kalau ada rezeki), taknak orang lain selain dari husband dalam labour room kecuali untuk assessment atau during birth.
Lebih senang nak focus bila tak ada orang lain.....

   Lepas sebulan ni nak pegi melawat Dr Idora dan labour room lagi...Thanks Dr Idora and the midwives of Pantai Hosp KL.

     Selalunya aku akan stay kat hospital at least 3-7malam. Bukanlah sebab ada complications ke apa, tapi untuk berehat supaya cepat recover. Tapi kalini, taknak lah duduk lama, bilik pon 2 bedded je yang kosong ($$$ pun diambil kira) so kita discharge juga la kan.... Masa sampai kat rumah, turun je dari kereta, darah keluar tersangat banyak....siap menitik ke lantai. Hehehhee... duduk lama sangat dalam kereta masa balik dari hospital tu. Singgah beli dinner la, solat la, dengan traffic jam lagi. Agak penat la juga. Tapi disebabkan tak luka dan jahit pun tak, bab jalan tu tk de problem.
     Balik kampung pun ok la...pantang pulak dari segi tak masuk dapur, tak buat kerja rumah je. Pantang makan langsung takdak....makan macam biasa, makanan berkhasiat (walaupun sayur agak kurang sebab kat kampung tak masak sayur sangat...kena masak sendiri la lagu ni). Alhamdulillah, diberi kesihatan dan kekuatan nak shopping baju sekolah anak-anak pada hari ke4.

Cerita pasal bil.......nanti post lain pulak yer




Friday, January 3, 2014

First week of baby Asmaa Amanina










Grand Lexis Port Dickson








Waterbirth part 2- the birth of Asmaa Amanina



Rabu (11/12/2013)

        Masih belum rasa contractions/surges. Husband offday jadi ajak dia pergi office jap untuk submit medical claim form. Then lunch kat Mat Ayam Kampung. Jumpa kawan kat situ.

        Lepas tu kami ke IOI mall. Jalan shopping mall sambil jaga 4 orang anak memang memenatkan. Seharian jalan-jalan sampai kaki bengkak. Selalunya aku tidur siang tapi harini sebab keluar, tak sempat tidur.
        
       Balik rumah tersangatlah penat, dan dah mula rasa contraction yang on off. Ingatkan sebab jalan banyak hari ni so abaikan. Cuba untuk tidur tapi tak berapa nak lelap.

Khamis (12/12/2013)

       Start pukul 3 pagi dah tak boleh nak lelapkan mata. Sakit setiap 12min selama 40sec. Memang konsisten tapi tak semakin sakit atau gap masa berkurang. Ruginya rasa tak tidur siang. Penat siang tadi masih terasa sebab terlebih jalan. Lepas solat Subuh, rasa macam makin kuat sakit sela masa 11min selama 1min. OK, maybe this is it. Decided to send the children to daycare for today.
     
        Dalam pukul 10am, barulah hantar anak-anak kat Taska Oren, bagitau anak-anak yang mama nak pergi bersalin. Sedih pun ada sebab kena tinggalkan anak-anak. Tapi nak buat macam mana kan. Labour room memang la budak-budak tak boleh masuk.

    Dalam kereta nak ke hospital, terpaksa zikir kuat-kuat untuk control sakit...Focus...focus. Bila focus untuk melagukan zikir, barulah rasa sakit tu kurang. Berdebar juga nak cuba waterbirth dan risau juga kalau bill hospital melambung (maklumla, ,self-paying kalini)
    
     Sampai klinik Dr Idora, nurse Azie cakap Dr tengah attend birth so memang lambat lagi. Masa ni pulak rasa sakit dah hilang, mungkin sebab nervous ke? Ishhh mulalah rasa was-was. Harini baru hari kelima overdue. Selalunya lebih seminggu baru baby nak lahir. Azie bagi pilihan sama ada nak tunggu atau naik ke labour room jumpa Dr kat sana. I chose to wait and have breakfast+lunch.
    
      Jalan-jalan sambil tahan sakit yang datang dan makan kat canteen. Tak banyak choice la makanan kat sini. Mungkin sebab masih awal(1130am).. ada lauk ikan dan telur je. Sayur takder. Gasakla...nak lapik perut. Nasib baik rasanya sedap. Sudah makan baru perasan ada misscall dari klinik. Bergegas naik atas, nurse Azi cakap tadi dia called sebab Dr masuk tapi sekarang Dr naik labour room semula. Dr pesan suruh aku pegi je kat labour room block C tingkat 2. Kalau belum masanya, Dr akan bagi balik. Diantara sebab musabab aku taknak pergi labour room sebab tak nak terlalu awal, nanti akan kena tahan, kalau no progress kotnye kena induce. Lagi satu...$$$ mesti kena bayar lebih kan. Dr Idora dah bagitau, normally dalam 6000-7000 untuk waterbirth. Bila tanya FB friends, kebanyakan kena charge dalam RM6500 termasuk baby charge. Ada yang paling murang kena RM4500 sebab masuk labour room suite(waterbirth) 30min je terus beranak.
     
      OKla, ikut cakap Dr, lagipun dah dekat pukul 2pm. Dengan berdebar-debarnya naik ke labour room. Terus masuk ke bilik waterbirth suite. Nurse datang dan minta isi beberapa form, sign, dan bagi briefing. 
Kat sini ada satu kesilapan yang aku dah buat... aku main sign je semua. Actually ada gak terfikir nak delay vaccines (bukan tolak vaccine, delay je). Ada juga hearing test, blood test bagai, semua aku signed je. Langsung tak tanya keperluan buat test ni sekarang atau delayed. Pantai Hosp ni kan mahal... kalau boleh delay, boleh guna company punya insurance.
Nurse cakap, nanti Dr Idora akan buat assesment, kalau belum bersedia, selalunya boleh balik. Legaaaa. Dalam hati memang dah set, kalau less dah 3cm nak minta balik je.


        Dalam labour room ni teruja pulak tengok tub, tengok gambar baby, tengok katil baby.... terus rasa nak beranak juga harini... sambil layan zikir nabi Yunus dalam perut ikan. Boleh klik dibawah ye.

Hazamin-zikir nabi Yunus


Muka agak pucat...hihihih. Tudung pun taknak buka sebelum Dr assess.

          Yey...Dr assessed dah 4 to 5 cm. Dr dah bagi greenlight untuk masuk dalam air lepas check condition baby. Nurse datang, suruh tukar baju. Boleh pakai gown hospital atau baju dari rumah. Aku dah prepare beberapa helai baju untuk waterbirth. hehehhe... tukar baju long dress, yang senang untuk menyusukan baby kalau baby dah keluar, pakai cardigan supaya tak sejuk dan socks. Eh..lupa nak bagitau, sekali lagi contraction menghilangkan diri.... takpe la. Hopefully contractions ada cuma tak rasa sangat sebab terlalu focus dengan benda lain...... 

        Oh, sebelum tukar uniform sempat solat Zohor doa supaya dipermudahkan. Minta ampun dengan suami, mak ayah. Lepas tu nurse datang pasang EFM machine untuk check heartbeat baby dan contraction. Memang sangat la tak selesa..... sebab kena baring. Nurse yang ni pulak asyik cakap tak dapat result yang elok so dia suruh mengiring pulak. Ish..tak sabar, bila nak habih ni. Aku punya birthplan memang tak nak continuous strap to machine. Intermittently ..tkpa. Bila baring ni sakit berganda-ganda. Asyik minta husband urutkan pinggang je. Takleh jadi ni, panggil nurse dan cakap sakit sangat, nak bangun. Masa ni datang dua orang nurse, nurse muda n nurse veteren. Nurse veteren ni cakap ctg ok kan.....Nurse muda ni buat muka kelattt tapi still buka juga la. Then dia buka air isikan dalam tub.


Dia nak prepare tub, bila dah ready boleh masuk.

My birth partner main game kat reclining sofa. Sebelah kiri husband tu ada benda bulat tu actually lampu. Spotlight nak menyuluh..sebab bilik ni boleh buka lampu romantic.

        Dalam pukul 4 macam tu tub dah penuh dengan air suam. Air ni ditetapkan suhu 38-39darjah C. Tak sejuk..macam onsen pon ada.
 Rubber ducky untuk baby main...ehhehehehhehe.
Takde la, ini thermometer.


Mommy's and baby's bed. Doraemon ni je la bantal dalam kete, so angkut je la jadi bantal peluk. Lupa nak bawa yang lain.

Pernah baca pasal masuk dalam air terlalu awal pun boleh slowkan labour so ingat dah buka 6-7cm baru nak berendam supaya tak lama sangat untuk tunggu 10cm. In between sakit setiap 10min. Sakit tu sakit...duduk di toilet pun dapat membantu kurangkan rasa sakit. Macam-macam style dicuba. Style goyang-goyang sambil berpaut di tengkuk husband, duduk kat kerusi sambil menyangkut di tepi katil, mencangkung pun cuba. Selagi rasa selesa, duduk la macam mana pun. Bilik ni pun ada disediakan kerusi bulat yang boleh pusing-pusing tu, ada sofa yang boleh reclining dan juga kerusi plastik biasa.
Ikut kreativiti, guna lah katil ke, kerusi ke, husband ke. Kali ni tak sempat beli birthball/gymball pun...

Dalam pukul 530, panggil nurse, untuk assessed berapa cm dah. Kalau boleh request, request la supaya setiap kali request VE, nurse/midwife yang sama buat atau Dr je buat. Supaya result konsisten. Kalini dapat midwife yang agak veteren, chinese nama Sister Ong. Baik sangat sister Ong ni. Dia cakap dah 6cm so can get inside the water now. Takut tak sempat pulak... memang nak sangat masuk dalam air sebab sakit dah tak tertahan.

      Start masuk dalam air pukul 6pm. 
Perasaan bila duduk dalam air suam, memang sangat tak dapat digambarkan. Rasa badan sangat ringan, pinggang yang sakit tadi  rasa diapung oleh air. Kalau tengok, memang air sampai paras dada je so, nurse akan sentiasa siram air kat bahu, tengkuk supaya upper body tak kesejukan. Bila datang je contraction, nurse akan cakap lembut-lembut pasal baby is getting nearer to you, focus sambil menyiram kat area perut.
(macam dalam buku Hypnobirth pulakkkk)
Tolong abaikan gambar yang diedit ni yer. Senyummmmm je kalau boleh senyum. Masuk dalam air dalam 15min terus rasa baby turun kebawah. Midwife buat assesment, dia cakap dah 8cm. Kalut dia call husband sebab masa ni husband turun solat Asar dan dinner. Dr pun datang and confirmed opening dah 8cm. Gembira sebab rasa baby dah semakin dekat nak keluar. TETAPI....................................

setiap kali contraction, midwife akan suluh tengok ada progress tak... hmmm..tak nampak lagi baby...
sakit...suluh...sakit...suluh.... midwife cakap kenapa la lambat sangat ni. Mungkin OP baby (occiput posterior) sebab tu walaupun baby dah turun, cervix lambat buka.
The OP position (occiput posterior fetal position) is when the back of baby's head is against the mother's back.

             Midwife pun buat lawak yang baby ni nak tunggu sampai dia nak habis shift pukul 9pm nanti ni. Sekejap-sekejap, midwife akan check heartbeat baby guna machine yang waterproof. Masa ni memang contractions controllable habih la... vocalizing dengan menyanyi sepenuh hati. Pernah tengok youtube yang ada mummy nyanyi masa tengah sakit. So, cubalah nyanyi...fullamak, bila kita keluarkan suara dari perut tu, rasa sakit tu manageable. Nurse dan midwife yang tenguk cakap, u ni 8cm dah masih boleh nyanyi-nyanyi ek... Sampai rasa kering tekak, serak-serak la juga. Kadang-kadang tu, bila contraction datang, cuba untuk focus, ingat baby yang comel. Imagine that with each surges, baby is descending..in the end I ll get to hold the baby. Ada juga nurse yang tanya sama ada I joined birth classes ke. Actually teringin nak join tapi disebabkan masa, memang tak boleh nak luangkan masa. Anak-anak lain kecil lagi, macam mana nak luangkan masa hujung minggu untuk 4-5jam selama 4minggu kan. Baca buku Hypnobirthing by Ina May Gaskin je.


           Bila dah dekat pukul 8pm, mulalah rasa bosan dalam air, rasa nak cepat-cepat baby lahir dan rasa stress. I keep motivating myself that this is the transition period, when you feel like giving up. Badan rasa penat....I want everything to end..I want to hold my baby. 
Bila nurse check heartbeat baby, baby is behaving very well. Heartbeat maintain 135-140.
Masa ni zikir ke, nyanyi ke, hilang entah kemana. Kebetulan, Dr Idora datang... Dr Idora cakap cuba naik atas darat tengok, kot nak cepat sikit progress. OKla, dalam keberatan badan (hati tak berat pun) sebab dah lama sangat terapung dalam air, berjaya mengeluarkan diri dari tub (of course dengan bantuan sister Ong dan suami). Baju yang basah ditanggalkan (sejukkkk) dan balut dengan towel tebal...heaven kejap...
         OH Oh Oh Oh OH OHHOHOHOOOO... sakitnyaaaaa. Teramat-amat sakit. Rasa nak lompat bintang hokey. Tak sangka contraction sakit sampai macam ni. Husband gosok-gosok pinggang, picit bahu. Memang kesian kat my birth companion sebab kena marah kalau salah gosok. Husband pulak picit terlampau kuat, sampai rasa lebammmmmmm. Memang duduk dalam air agaknya sakit yang sama cuma sebab dalam air, rasanya berkurangan. Rasa nak duduk kat toilet, terus cakap kat nurse nak buang air, padahal, rasa nak duduk kat toilet. Duduk kat toilet dapat mengurangkan rasa sakit..try la. rasa taknak bangun dari toilet. Baru perasan yang amniotic sac tak pecah lagi ek(boleh lahir baby with amniotic sac intact ke....berangan jap)...... Nurse dah risau aku duduk lama sangat dalam toilet, dia cakap, jangan lama-lama, nanti baby terkeluar dalam toilet. Masa tu pulak tengah sakit...terkasar dengan nurse cakap, Biarla, I sanggup baby lahir dalam toilet. hehehhehehehehehe.... Pastu Dr Idora datang, dia cakap nak check tengok macam mana. OKla, segan dengan Dr Idora, aku pun cepat-cepat keluar dan naik atas katil.

           Dr cakap, masih 8cm, dan amniotic sac still intact. Sempat discuss dengan Dr, apa suggestion Dr untuk cepatkan progress. Masa ni sempat tanya je, pastu contraction datang. Dah la kat atas katil... sakit yang amat, tangan husband memang kena genggam sekuatnya. Kalau tak salah, Dr bagi pilihan, ubah position, ..katil.... atau pecahkan amniotic sac. Tak sanggup dah nak tunggu so minta Dr pecahkan aje. Dr pecahkan guna alat (tak tengok sebab tengah sakit contraction), dengar la Dr Idora dengan tenangnya cakap, oooo, air tak keluar banyak ni sebab dah bocor sebelum ni... 
            Tiba-tiba, terus rasa nak meneran. Dr tanya, U want to try to push now? or u want to get inside the water?..... saya: air, dr air...(of course i want a waterbirth).. sambil terjerit(or is it just my feeling that I screamed??) OK, contraction dah habih, 1-2- GO... turun dari katil, mujur midwife sempat sarungkan my sportsbra just for the sake of my modesty... masuk dalam air.
             Masa ni masuk seorang lagi nurse untuk uruskan baby (Rasanya la sebab dia yang siapkan kelengkapan baby). tengok Dr Idora dah tkde... rupanya masa tu ada seorang lagi mummy patient Dr Idora tgh labouring juga. Hebat la Dr idora, kejap sana kejap sini. Masa ni sakit bersalin memang sangat-sangat sakit... hilang focus, zikir yang tadinya berkumandang dari smartphone pon dah senyap. I was totally at lost. Mujur ada husband. Tonggeng sana, tonggeng sini..last2 position yang dipilih, sebelah kaki lipat, sebelah kaki lunjur dan legs open wide...hahha. Position ni payah orang nak observe. Puas nurse pujuk suruh ubah. Degil2...hehehe. Sakit... Bila Dr Idora datang baru berlembut,,,, hihih. Husband positions at my back, holding my weight/ hook my arms (masa ni cameraman dah tkde la kan sebab cameraman kena pegang heroin). I kept saying to myself, I can do this.... tapi ada gak suara-suara jaat dalam diri ni duk cakap, minta Dr tolong vaccuum je baby sebab dah tak larat. Dr Idora relax dan senyum je. Dia cakap kalau nak vacuum, boleh but we have to hoist you up on the bed. BEDDDDDDD... oh noooooo... taknak ...terus push sekuat hati. One push, head was out, second push, ALLAHUAKBAR full body, blopppppppppp terkeluar. Dr Idora terus angkat dan letak atas dada. Masa ni keliling dah rasa blurry, suara-suara dr, husband, midwife dah bercampur-campur. Rasa highhhhhh sangat. Sangatlah bersyukur. Baby nangis sikit dan diam.. sangat tenang. 

         Masa ni Dr Idora dah tkde, dia sibuk pegi tengok bilik lagi satu. Lepas tunggu cord berhenti berdenyut, nurse bagi gunting suh husband potong. Dia cakap no, thanks. Fobia tengok darah lagi...hahha. Bila baby dah keluar, banyak la darah yang keluar. Merah-merah juga la tub. Nurse dan husband bantu untuk naik atas katil. Uri masih kat dalam. Sebelum-sebelum ni bersalin, memang Dr akan cucuk untuk cepatkan pengeluaran uri, tapi kalini Dr bagi chance untuk uri keluar sendiri tanpa bantuan ubat-ubatan. 

          Badan rasa sangat penat tapi puas. Rasa euphoric...excited..tak percaya pun ada sebab baby dah keluar. Nurse bawa baby untuk ditimbang, 3.6kg. Boleh tahan besarnya.

to be continued.......................................

                     

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.