Dr datang check, alhamdulillah no tear. Uri masih belum keluar so Dr gosok-gosok perut dan tarik cord sikit, blebop, uri keluar. Masih terasa contraction yang mild especially bila baby cuba nak menyusu.
Dr tanya, nak painkiller tak? Heheh..nak nak...Dr bagi painkiller tablet, telan tu dan cuba untuk berehat. Masa ni masih kat labour room. Baby pun room in dengan kami. Husband zzzzzzzz atas reclining sofa.
Walaupun ada TV, DVD player, langsung tk terasa nak tengok TV. Baby pun diammmm je. Dia ingat dalam perut lagi ke? hehehe.
Dinner hospital masih ada, telan sikit nasi dan makan buah. Makanan hospital Pantai ni masih perlu diperbaiki. Siap makan, nurse datang bagi ubat untuk kecutkan uterus katanya. Telan tu...tapi dalam 10-15min lepas tu rasa jari-jari gatal. Eh...side effect ubat ni ke? Tiba-tiba badan menggigil. Terus panggil nurse minta extra blanket. Husband terpaksa peluk sebab menggigil-gigil. Aku ni salah makan tembikai ke allergic ubat. Nurse cakap dia akan check dengan Dr Idora.
Rupa-rupanya ubat ni memang ada side effect. Lepas beberapa ketika barulah gigil tu hilang... berapa ketika tu tak perasan berapa lama...tapi rasa macam lama la juga....uhuhuhuhuh
Kami bertiga ditinggalkan dalam labour room tu sampai pukul 145am. Kami request bilik single tapi bilik single tak ada yang kosong. Even bilik Executive, VIP, semua full. Cuma ada 2 bedded je. Dalam pukul 2lebih barulah dapat masuk ward, tapi yang tak bestnya, husband kena balik sebab bilik ni tak boleh lelaki yang temankan. Kesiannnyaaaa husband aku kena drive balik pagi-pagi buta. (Lepas bayar bill baru tau yang package labour room suite ni utk 12hrs sebab tu kot derang bagi kami duduk sampai pagi. Lagipun bilik single tkde kan)
Esok paginya, Dr Foo paed datang check baby. Dr cakap baby ada swollen gum. Patutla nampak macam baby ada gigi. Tak de masalah apa-apa, swollen gum tu akan kecut atau nanti gigi akan tumbuh kat situ.
Dalam pukul 10am, husband dan anak-anak sampai. Terharu tengok muka anak-anak yang terkejut tengok baby dah lahir. Aidil dan Aichan punya la terharu sampai nak nangis. Mama tengok derang pun mama rasa nak nangis. Oleh kerana harini Jumaat, abah dan Aidil solat Jumaat, anak-anak lain tinggal dengan mama...mujur Aydan tido kejap. Boleh la rehat sikit. Then mamangah (kakcik) pon datang. Bawa pressies, dengan stabakkkk. Dr Idora cakap kalau nak discharge harini pun ok...cuma tunggu blood test baby je.
Kami minta juga nak discharge petang tu sebab esok Sabtu, plan nak gerak ke Baling. Sempat dinner juga la.
Kalau diberi peluang lagi sekali, memang nak waterbirth, waterlabour lagi. Rasa berbaloi dengan bayaran dan layanan yang dapat. Sakit contractions memang tersangatlah manageable. Badan rasa ringan nak bergerak dalam air. Air yang suam-suam panas tu melegakan sakit pinggang. Perbezaan akan terasa bila naik ke atas katil. Rasa nak melompat pun ada. lagi satu, bila waterbirth, akan kurang intervention, tak boleh vaccum masa dalam air. Nak pecahkan air ketuban pun tak boleh...kalau nak pecahkan juga, kena naik atas katil. Bila terendam dalam air, miss V pun jadi elastic, mengurangkan risiko koyak dan juga guntingan tak dibuat bila dalam air. Menyelamatkan miss V dari episiotomy(gunting).
Ada penambahbaikan yang boleh dibuat untuk next birth. Midwife memang sangat membantu..lebih dari membantu sampai aku pun kesian tengok midwife veteran ni nonstop bergerak. Next birth (kalau ada rezeki), taknak orang lain selain dari husband dalam labour room kecuali untuk assessment atau during birth.
Lebih senang nak focus bila tak ada orang lain.....
Lepas sebulan ni nak pegi melawat Dr Idora dan labour room lagi...Thanks Dr Idora and the midwives of Pantai Hosp KL.
Selalunya aku akan stay kat hospital at least 3-7malam. Bukanlah sebab ada complications ke apa, tapi untuk berehat supaya cepat recover. Tapi kalini, taknak lah duduk lama, bilik pon 2 bedded je yang kosong ($$$ pun diambil kira) so kita discharge juga la kan.... Masa sampai kat rumah, turun je dari kereta, darah keluar tersangat banyak....siap menitik ke lantai. Hehehhee... duduk lama sangat dalam kereta masa balik dari hospital tu. Singgah beli dinner la, solat la, dengan traffic jam lagi. Agak penat la juga. Tapi disebabkan tak luka dan jahit pun tak, bab jalan tu tk de problem.
Balik kampung pun ok la...pantang pulak dari segi tak masuk dapur, tak buat kerja rumah je. Pantang makan langsung takdak....makan macam biasa, makanan berkhasiat (walaupun sayur agak kurang sebab kat kampung tak masak sayur sangat...kena masak sendiri la lagu ni). Alhamdulillah, diberi kesihatan dan kekuatan nak shopping baju sekolah anak-anak pada hari ke4.
Cerita pasal bil.......nanti post lain pulak yer
No comments:
Post a Comment