Sunday, February 2, 2014

Babywearing- terjebak sudah dengan wovenwrap

Dah start lama dah babywearing ni cuma kali ni baru join group..
Barulah tau yang banyak jenis rupanyaaaaa...
ohhhh dah terjebak!



Gambar ni masa anak 2nd dalam ring sling.
Harga RM300++ brand Buddybuddy
ada infant insert kat dalam tu so senang untuk newbie

Ni masa ke Jakarta. Sara kat dalam tu...baru umur 2bulan...heheh
Setelah 5tahun pakai ringsling tu barula terasa nak beli yang baru sebab dah kusam sangat.
beli Mobywrap online RM119.90
Agak tebal tapi sebab taktau kewujudan wovenwrap so pakai je la.
Rasa berbaloi sangat especially masa pegi Japan in Nov-Dec
Sejukkkk
Ni pulak gambar ringsling ngan Nina. Dah buruk tapi pakai juga la.


Beli ringsling murah sebelum terjebak dengan wovenwrap. Ternyata lainnn rasanya kalau compare dengan ringsling Buddybuddy yang juga woven. Bazirrr je beli. baby tak sampai 5kg pon rasasakit bahu kalau pakai lama-lama.



Ni dah terjebak dengan woven material. Mula2 ingat nak buat sendiri je sebab adik ipar cakap dia jumpa material sesuai untuk buat wrap. tetiba rasa malas pulak nak cari material, kang tak jadi, bazir pulak. So, consult dengan kawan ex MRSM Muar yang active in babywearing, Azrina. Tanya macam-macam...kesiannn dia nak menjawab soalan2ku.
Akhirnya buat keputusan nak beli wovenwrap, tunggu yg prelove. Tapi tak sabar sebab tak pernah pegang lagi macam mana rasanya wovenwrap. Terus jejakkan kaki kat MLO SK. Test macam-macam jenis wrap....akhirnya, teringin nak try meitai wovenwrap.  meitai ni konsep sama dengan wrap cuma dah ada panel je untuk baby duduk dalam tu. Size pun lebih kecik...senang nak bawa.
Brand : Bebesachi meitai candy
Price : RM329

Waiting for my wovenwrap(Ellevil Zaara Sophie sz5) to arrive. Skang tgh CNY so posmen cutiiiii.....nanti kita share lagi kat sini.

No comments:

Our latest picture