Sunday, May 15, 2011

Kisah Zuhur di Masjid Kinrara

Lepas lunch, terus gerak ke masjid Kinrara sebab dah masuk waktu Zohor. Anak2 pulak ada yang tido lagi, jadi elok sangat la. Lepas hasben ku solat jemaah, aku pun turun...solat. Masa ni jemaah perempuan dah sudah solat, aku perasan cuma ada seorang perempuan muda mengandung dengan baby dia yang tk sampai setahun...
Lepas aku solat pun, aku tengok ada lagi dia. Aku tegur anak dia sebab anak dia yang tk boleh berjalan tu mengutip brg(habuk) dan masukkan dalam mulut. Comel sungguh baby tu. Rambut ikal, kulit putih bersih.
Sambil aku lipat kain sembahyang, mak dia tegur aku. "kak, jam pukul berapa ek?"

Aku pun startla sembang dgn dia. Tanya anak berapa thn.....kecik lg. tak sampai setahun.Dia pulak dah mengandung 6 bulan.Dia tanya sama ada aku tahu cara2 nak ke KL naik bas. Aik...camana dia boleh sampai kt sini pulak????
Rupa2nya dia cerita yang dia dtg dari kg kat perak. bekas suami dia janji nk bagi duit nafkah dan suruh dia datang sampai Masjid Kinrara ni. Dia pun naik la bas dan sebab suami dia nak bg duit. Sekali tu, sampai je kl, suami dia tk dapat dihubungi...dari pg td dia duk tunggu kt masjid. Sedehnyaaaaaaa aku. Sambik bercerita dia terketar2 dan mengalir air mata.  Dah la tengah mengandung, bawa anak yang tk boleh berjalan lagi pulak tu. Kena dukung anak, kelek beg. Dia cakap dia nak balik kampung tapi kat area sini dia tak tau macam mana nak cari bas sebab dia datang naik teksi. Nak balik naik teksi ke KL, dia dah tak cukup duit.

Cara dia cakap macam nak minta aku hantarkan dia ke stesen bas......tapi ntah kenapa, aku tak tergerak nak hantar dia sebab alasan yg remeh temeh. Sekarang ni baru rasa menyesal sangat2. Alasan aku adalah anak aku kena campak, takut terkena kat baby dia ataupun dia yang tgh mengandung. Bahaya.

Lastly, sebelum aku balik, aku cakap, adik naikla teksi ke KL...salam2 ngan dia dah sedekah sedikit duit yang aku rasa cukup untuk dia naik teksi....

Naik je kereta, aku citer kat husband sambil mengalir air mata....Husband aku cakap, nape tak offer nak hantar dia sampai LRT ke....

Aduh.....kenapa aku tk offer ek????Rasa menyesal sangat2.... Betapa perasaan dia yang tengah mengandung, bawa anak kecik tengah panas2 nak cari bas/teksi ke KL sebab bapa kepada anak2 dia tk datang lepas janji nak datang???? Bapa anak2 dia dah kahwin lain...dengan pendatang asing. Dia cerita juga, muka anak dia yang comel ni macam abah dia....masa tu muka dia ceria sikit.

Sampai sekarang pun aku masih rasa bersalah......terfikir aku, dia dah makan ke belum. Dah la pregnant. Harap2 dia boleh suarakan masalah dia pada AJk masjid Kinrara sebab kat masjid ni ada rumah ahli masjid dan selalu ada je jemaah dalam ni.

Sangat rasa bersalah. Kalau la aku dapat jumpa dia balik. Nama dia Farhana, asal Lumut, umur 22 tahun.

1 comment:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

siannya... cemana dia bleh bercerai ya? kalau bercerai tengah preggy, jatuh talak bila dah bersalin nanti. dah tu yang dia kandung tu anak saper plak? serius kesian...