Sunday, May 15, 2011

Makan nasi campur murah di Kinrara, Puchong

Selalunya kalau Sabtu, Ahad tengahari yang aku malasssss sangat nak masak, kami selalu makan kat Kinrara. Ada satu medan selera kat BK5. Sangat murahhhhh dan menepati selera kami. Kalau bawa balik....lain harganya, tapi untuk nasi campur selalunya memang sangat2 la berpatutan.
Macam tadi, 2 teh ais, nasi +ikan keli goreng+tempe goreng+lemak pucuk ubi+sambal dan ulam2+sayur goreng dan husband makan nasi+ikan keli goreng+gulai ikan kering+sayur terung goreng ....agak2 berapa ringgit ek???.......................................
Cuma RM12. Bayangkan betapa mewahnyaaaaaaaaaa makan kat situ.
Sapa2 duk dekat boleh la try ek..dekat medan selera. Nama kedai tu Selera Mahsuri.
Speciality masak lemak ketam, ayam kampung goreng berempah, siput sedut masak lemak..........

No comments: