Thursday, November 1, 2012

Resignation

Alhamdulillah.

Akhirnya berjaya juga tender 24hrs notice kat boss walaupun 3 hari baru nak settle.
Harap-harap tak ada apa yang sangkut lagi dah.

Insyallah, next week bermula la journey aku kat tempat baru. Apa nak jadi, belum tau lagi.
Semoga di tempat baru ni memberi lebih peluang untuk aku belajar.

Resignation kali ni tidak semudah yang disangka. Tak se smooth sebelum ni. Mungkin
sebab dalam keadaan tergesa-gesa nak berhenti, itu yang menyulitkan segala-galanya.
Dengan baru balik dari cuti Raya haji lagi la kan.... offer letter pulak baru je terima time cuti.
jadi, mana lah ada masa nak settle kan. Lagi pulak Day in lieu ku masih berbaki 4 hari,
OT 4 jam pun burn bodo macam tu jer.

Tapi aku tetap la bersyukur sebab start next week, company baru dah beli aku....kembang kempis
pulak  rasanya bila kena beli dengan company lainnn..wohohoho. Terdesak sangat la tu
nak cari Japanese speaker. I m happy working as a Japanese language IT support as long as...
hmmm.. as long as apa ek? As long as call tak de non stop dalam 8 jam tu kan. Hekk hekk hekk.

Tempat baru nanti, yang bestnya team mate kat opis yang sama dah confirmed ada 4 orang dan
its growing. Hohohoh.. habih la korang kena beli. OK apa kena beli.. dah la kena beli, dapat bonus
lagi tu, kan. Sapa tak mau!

Tapi yang agak memeningkan kepala ialah, kemungkinan besar nanti kena hantar pegi training
kat Jepon...... kalau dapat angkut hasben dan anak-anak sekali... alangkah bahagiaaaaaa nya!
Rasa macam nak balik kampung pulak.

Nak tulis ke tak ek pasal kes resignation kali ni??? Lepas beberapa kali air mata ini tumpah
sebab very very very upset, baru nak settle ek! Actually tak berbaloi air mata ni tumpah tapi..
dah geram sangat! Biar je la.... seb baik tak pengsan je. Tapi 3hari juga la sakit kepala.

Okla, boleh la lepas ni continue Shaklee dengan gembiranya di opis baru!

yatta!yatta!

1 comment: