Sunday, April 21, 2013

The Zon Regency JB

Masa dah suntuk jadi choices nak menginap kat JB dah tak banyak. Mula-mulanya rasa nak duduk kat M Suites sebab pool nya ada slides atau Grand Bluewave tapi dua-dua dah habis. So, walaupun banyak review kureng best kat The Zon Regency ni, kite tawakkal je la ek.

The Zon ni dapat 5stars tapi rasa macam 31/2 atau 4stars je. Harga pun berpatutan la. Lebih sikit dari RM200 untuk Deluxe room.
Pros
1.Bilik bersih dan carpeted
2.katil sangat selesa
3.Pool pun bersih dan view cantik
4.Bantal boleh minta lebih-lebih


Cons
1. Parking jauh gila. Nak kena cross lounge untuk naik elevator ke bilik
2. Nasib tak baik access key tetiba tak boleh guna masa nak masuk bilik pukul 10mlm.
  Nasib baik terjumpa cleaner, minta dia buka kan bilik.
3. Dapat bilik yang jauhhh nunnn disana dari elevator. Sangatla seksa nak berulang alik.
4. Lounge sangat bising tapi sebab dah request bilik tingkat atas so kurang kedengaran la. Agak soundproof didalam bilik.
5. Nampak couple lelaki tua(Chinese) dan perempuan muda sexy (non-locals) kat area lounge. Agak ayashii disitu. Pemandangan tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Kalau ada choice lain, memang tak menginap sini dah kot lepas ni. Kalau nak duduk pon, akan make sure bilik dekat dengan elevator.

Universal Studio Singapore USS -by car

Percutian tergempar kali ni. Last minute preparation sebab sepatutnya minggu lepas kami balik Kedah untuk hantar mak pergi umrah tapi umrah mak di  postponed sebab nak mengundi dulu.

Khamis tu baru start beli tiket, survey apa yang patut, beli hotel kat Agoda, decide nak naik kereta or naik bas.

Memandangkan anak-anak ramai dan agak renyah nak naik turun bas, so we decided to drive to USS. Procedure nya tak susah mana tapi sebab first time, so kami pon google la cara-cara nak masuk singapore dengan kereta.
Kalau ikutkan dulu masa sekolah rendah, 2bulan sekali kot datang spore ikut bapak yg selalu ada kerja kat sini. Seronok je time tu kalau dapat stay kat area Mustafa Mall tu sebab situ byk hindustan. hehhee..yg putih-putih, lawa-lawa dan shopping kaset hindustan, baju-baju.

Back kepada cara-cara nak drive ke universal studio singapore yer.
Benda perlu ada untuk drive ke sana:
1-Roadtax yang valid
2-Insurance yang valid
3-Owner kereta ikut sekali, kalau tak procedure nye lain sikit

Time lalu CIQ Malaysia ni biasa la, passports. Lepas cop cop, proceed nak ke kastam Singapore la. Time kat kastam SIngapore ni, kastam dia akan turun dari kerusi dia(rajinnnn) untuk check penumpang sorang-sorang dalam kereta tu. Time kat kastam tu, kalau tak confident macam mana nak daftar kereta untuk bawa masuk, cakap je kat dia, mana nak daftar dan beli kad macam touch n go tu? Dia akan suruh ikut Red Channel(red line) untuk singgah dekat office. Jangan terlepas
tau sebab kalau terlepas red channel ni payah la pulak.
Sampai depan office tu, park kat parking yang disediakan, driver turun bawa passport dan juga docs sokongan in case diminta. Kadang-kadang tak minta pon. Ada orang office check kereta, roadtax dia akan catit-catit pastu bagi resit kat kita. Bawa resit tu pegi beli kad.
Harga kad ialah S$10(S$6 utk kad S$4 nilai dalam kad). Dapat je kad tu, kalau tak rushing, boleh je singgah kat Woodlands untuk topup nilai dalam tu. Sekali topup ada service charge S$0.50.

Kitorang haritu kalut nak kejar USS so terus drive je ke universal studio, so lajak je terus ke sana guna GPS. Takda GPS adalah agak susah nak cari jalan sebab jalan kat Singapore, dia punya signboard adalah sangat tidak membantu. Dah dekat nak sampai baru keluar signboard.

Untuk directly ke USS, terus ikut Resort World punya signboard, park kat dalam kawasan Resort World so that tak payah kena charge untuk masuk Pulau Sentosa.
Harga parking sehari kat USS adalah S$26. Kalau nak park murah lagi, boleh park dekat MRT area Merlion tu dan naik MRT masuk USS. Kat situ baru S$3 je kot cuma kena bayar untuk entrance ke Pulau Sentosa dan tiket MRT.

Tiket USS dah beli siap-siap online guna Mastercard cc ada less 15%. Bawah 4 tahun free so Sara dan Aydan tak payah bayar lagi. Sebab bawa budak-budak jadi beli juga express pass tiket sorang S$50. Total 2dewasa 2 kanak-kanak + 2 Express pass = S$318 convert duit Malaysia time ni jadi RM790.

Nasib baik kami dah breakfast so sampai-sampai je terus tala ke arah rides la. Orang cakap kalau nak cepat, ikut sebelah kiri sebab kanan byk rides yang extreme so budak-budak tak boleh naik.
Rides pertama naik Madagascar. Aydan tak cukup 92cm so kena tinggal. Jadi dia dan abah naik Merry go round je la.

Sorry la tkde gambar sendiri. Sibuk nak naik rides, langsung tak rasa nak posing. Hehehe.. lagipun Universal Studio dekat je. SO boleh je nak ulang lagi kot. Lain la pegi Universal STudio California ke kan.
Lepas naik ni, masuk ke Far far away land, masuk Shrek. Kali ni Aydan boleh join.

Sama je macam kat Universal Studio Japan. Sebijik bijik....jalan cerita dan effects nya. Dulu masa kat USJ, Aidil kecik lagi so dia pon dah lupa. Kali ni dia enjoy la dengan 4D Shrek ni.

Next adalah roller coaster dragon. Yang ni of course Aydan tak naik tapi Sara lepas dari ketinggian 102cm. So kami berempat naik. Kejap je tapi budak-budak enjoyed. Disebabkan ada express pass, cepat je potong queu orang.

Next naik yang ni. As usual, kami berempat juga yang naik. Yang ini mak dia gayat sebab laju gila dan kaki tergantung.hahhaa..

Masa ni panas tengahari ...rasa nak je mandi kat sini kan. Hehe.. tapi malangnya, Sara tak cukup tinggi so mama pon tak jadi naik. Aidil dan Sara je main. Lepas main ni memang dah tak tahan panas, so ajak abah patah balik, masuk tengok Donkey Show sebab yang tu dalam bangunan. Nak aircond... sebab kepanasan.
Lepas DOnkey SHow, masuk Monsters Rock&Roll. Time ni dah Zohor so abah dan Aydan pegi solat dulu. Janji jumpa depan Transformers rides.
Transformers ni punya la ramai orang. 40mins waiting time. Tapi nak kena naik juga sebab ini adalah one of the best attraction in Universal Studio Singapore la.

Time ni mama tak naik, bagi chance abah naik dengan anak-anak. Mama pulak turn solat. Tempat solat ni dibelakang area The Mummy punya rides. Disebabkan ramai sangat orang jadi hampar je kain depan surau, solat kat luar. Heheh...no problem je, sebab dah biasa solat merata-rata.

Lepas solat tu budak-budak kecik naik accelerator. Mama dan Aidil cari nak naik rollercoaster (lupa yang diri tu mengandung). zannen desuga, aidil tinggi 124cm kelayakan nak naik 125cm. Takpe la Aidil, takde rezeki, tunggu tahun depan kita datang Universal Studio lagi time mama tak pregnant. Hehehhehehe.
So, proceed naik Revenge of the Mummy. Best sebab roller coaster ni dalam gelap. Kejap turun, kejap pusing.
Then baru la mama dan aidil naik transformer pulak.
Sementara tu abah dan anak-anak lunch(pukul 4pm).
Pukul 5pm starts parade, sebelum parade tu sempat la masuk Steven Spielbergs punya show.
Lepas tengok parade, last kopek ke Waterworld. Cerita dia sama je macam kat USJ.
Budak-budak enjoy la tengok action depan mata. SIap duduk paling depan sebab nak basah.

Masa ni kaki memang rasa nak tercabut dah. Sara pun dah merengek-rengek minta didukung.
Terus pegi parking dan masuk dalam kereta, bukak semua kasut.

Time nak bayar, rupanya kena ada nilai mencukupi dalam card baru boleh bayar. Ingatkan dia terus tolak then masa nak keluar baru bayar. Naib baik orang yang jaga tu baik. Dia gunakan kad dia so just bayar kat dia tanpa extra charges. Kalau tidak, nak kena menapak naik atas balik untuk topup kat 7-Eleven.

Sebelum keluar Singapore, kena la make sure nilai mencukupi untuk bayar semua tol. Kalau tidak, kena bayar kat kastam ada admin fees S$10. Tak ke rugi..hehee. Tapi, agak kesesatan la mencari 7-Eleven atau petrol pumps Shell kat Woodlands. Bila terlepas je nak kena u turn yang sangat jauh. Dah sampai 7-Eleven, dia cakap kad ni tkde cip so takleh top up pulak. Mana nak tau kad ni kena ada cip ke takde cip ke kan. Cesss cess. Masa ni mado dah rasa nk giveup je sebab dah lapar dan lenguh kaki. Masa nak giveup tu baru la jumpa office topup tepi jalan sunyi sepi.
Jangan ingat tutup yer. Park je kat parking tu dan jalan keluar. Ada nampak macam bus stop stall tu. Kat situ boleh topup yer.

Lepas topup..baru la rasa lega nak keluar dari Singapore. Malam tu singgah makan kat SInggah Selalu buat kali ketiganya.... lepas solat siap-siap kat situ baru balik KL. Sampai rumah jam 530am.
Overall trip Universal Studio SIngapore ni sangatla enjoyable. Sesuai untuk kanak-kanak melebihi ketinggian 100cm.

Monday, April 8, 2013

I m pregnant again

Alhamdulillah, rezeki yang tak dijangka-jangka walaupun agak cuak pada mulanya sebab zenzen unprepared.
Gambar kat atas ni masa first time check. Second time check takde line langsung, and third check beli tester yang mahal sikit, dengan jelasnya dua line kelihatan.

So, kena la berpikir nak bersalin kat mana pulak kali ni? dengan dr mana?
Due date lambat lagi, estimated early dec. kali ni Aydan dan adiknya setahun je la bezanya sebab Aydan lahir Feb 2012 and adik Dec 2013. Masih mengharap kot kot edd tu salah dan adik Aydan keluar 2014.

Aidil dan Aichan-->made in Japan, lahir kat Takeuchi Hospital
Sara--> Kulim, Pakar bersalin Chang & Koh
Aydan-->Dr Seri, Prince Court
adik aydan--> Putrajaya FPP?Annur Bangi?or go for Prince court juga?

Sebelum ni bersalin Sara keluar pocket money, yang lain tu insurance cover. Disebabkan kami lakibini
dah tukar company, jadi kena keluarkan duit sendiri so, masih berkira-kira kt situ la. Hopefully adik Aydan bawa rezeki lebih, bolehla mama bersalin kat Prince Court lagi dengan Dr Seri.
Suka Dr Seri sebab dia tak paksa-paksa nak suruh kita push ke apa. Dia cakap, kalau u tak push pon baby akan eventually keluar sebab dia dah nampak baby tu.

Dan bersalin kat Prince Court sangatlah tak menyakitkan. Tu yang risau kalau pergi tempat lain, tak sesuai dengan dr ke, nurse ke, aaaahhh..tensen pulak.
Ok ok, ibu ngandung tak leh tensen. Sabo sabo jauh lagi, panjang lagi masa nak timbang mana ok mana tak...

Muslimah swimming suit or burqini


Setelah sekian lama tak beli swimsuit, harini do myself a favors by buying a new swimsuit. Bukan yang seksi meksi pon tapi lebih selesa dan longgar untuk dipakai.

Masa cuti sekolah yang lepas jalan-jalan kat Sunway, tengok kedai Arena swimsuit tengah sale. Pastu ada satu swimsuit yang aku sangat berkenan less 30%. Walaupun harganya masih mahal tapi pejam mata dan bayor je la. Hukkhukk hukk. Harga asal RM339.
Apa lagi..terus rembat.
Rupanya lebih kurang cam gini la.  Sangat sporty dan cap dia bersambung dengan baju.
Belum rasmi lagi, ingat nak test kat Bali nanti. Muahahhahaa...

p/s dah tau pregnant, muatkah baju ini?huwaaaaaaa

chicken pox

Aydan mulanya demam panas semalam. Bila bangun pagi terus nampak bintik bintik merah. sah chicken pox ni.

selalu klinik qistina je tapi ptg tu dr lain so try dr ar raudhah pulak. minta antiviral kat dr sbb mula mula dr just nk bg ubat gatal je. selalunya ambik antiviral cepat baik dan tak jadi teruk.

alhamdulillah lepaa 5 hari dah kering campaknya. Nasib baik juga tak jadi teruk dan kat muka sebijik pon tak naik.

Petua orang tua-tua nak bagi cepat turuncampak ialah minum air kelapa. Tapi Aydan ni cepat sangat turun so tak sempat nak bagi minum air kelapa.
Ni hari ke5..dah macam biasa balik.Takde rengek rengek dan tergelak-gelak dia

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.