Monday, April 8, 2013

I m pregnant again

Alhamdulillah, rezeki yang tak dijangka-jangka walaupun agak cuak pada mulanya sebab zenzen unprepared.
Gambar kat atas ni masa first time check. Second time check takde line langsung, and third check beli tester yang mahal sikit, dengan jelasnya dua line kelihatan.

So, kena la berpikir nak bersalin kat mana pulak kali ni? dengan dr mana?
Due date lambat lagi, estimated early dec. kali ni Aydan dan adiknya setahun je la bezanya sebab Aydan lahir Feb 2012 and adik Dec 2013. Masih mengharap kot kot edd tu salah dan adik Aydan keluar 2014.

Aidil dan Aichan-->made in Japan, lahir kat Takeuchi Hospital
Sara--> Kulim, Pakar bersalin Chang & Koh
Aydan-->Dr Seri, Prince Court
adik aydan--> Putrajaya FPP?Annur Bangi?or go for Prince court juga?

Sebelum ni bersalin Sara keluar pocket money, yang lain tu insurance cover. Disebabkan kami lakibini
dah tukar company, jadi kena keluarkan duit sendiri so, masih berkira-kira kt situ la. Hopefully adik Aydan bawa rezeki lebih, bolehla mama bersalin kat Prince Court lagi dengan Dr Seri.
Suka Dr Seri sebab dia tak paksa-paksa nak suruh kita push ke apa. Dia cakap, kalau u tak push pon baby akan eventually keluar sebab dia dah nampak baby tu.

Dan bersalin kat Prince Court sangatlah tak menyakitkan. Tu yang risau kalau pergi tempat lain, tak sesuai dengan dr ke, nurse ke, aaaahhh..tensen pulak.
Ok ok, ibu ngandung tak leh tensen. Sabo sabo jauh lagi, panjang lagi masa nak timbang mana ok mana tak...

No comments: