Monday, July 4, 2011

Musim makan sudah berlalu

Oh...keloyaan yang teramat walaupun belum muntah lagi.
Aku dah tak tau nak telan ape...huhuh.
Semalam, kononnya terigin nk makan peperoncino cam kat Saizeriya.
Balik office semalam, terus ke jusco cari bahan2. Beli telur smp
20 biji, beli parsley... ingatkan selera nak makan.
Kul 830 baru start masak, kletung kletang..(eh masak spaghetti mana
ada bunyi gitu), siap. Memang sebijik cam peperoncino kat Saizeriya.
Siap dengan telur setengah masak lagi tu.
Pulun la anak2 makan dengan husband(yang mulanya jual mahal tknak) tapi
aku yang teringin ni, sesudu je mampu telan.
Aduh.....
Anyway, nak share resepi Saizeriya fuu.
Bahan2
-spaghetti
-bawang putih
-fresh parsley
-cili kering/cili hidup pun boleh la
-olive oil
-black pepper
-grated cheese
-garam
-red paprika(pakai sikit je, potong cube kecik2)
-telur rebus setengah masak
Rebus spaghetti dgn seulas bawang putih dan garam dan olive oil.
Agak2 sbl jd lembut, angkat dan toskan. Simpan secawan air lebihan
rebus spaghetti tadi.
panaskan olive oil dan bawang putih yang dicincang dan cili dan paprika.
masukkkan spaghetti dan sedikit air rebusan tadi.
Biar mendidih.
Perasakan dengan garam dan pepper.
masukkan parsley yang sudah dicincang dan sedikit grated parmesan cheese.
Hidang dlm pinggan, pecahkan telur setengah masak...

2 comments:

maya amir said...

ok..skang jugak pegi carik bahan2:)

nikoniko_mama said...

oishisouu da naaa.... tabetakunaru naaa..... choudai????? hihihihi

Our latest picture