Monday, May 30, 2011

Resigned

Aku dah hantar surat letak jawatan buat kali kedua dan
boss dah accept......
Lepas ni jadi surirumah sekejap kot. Then baru la cari kerja lain.
Terpaksa berjimat cermat...
My last day in HP will be on 30th June.

Sunday, May 29, 2011

Health condition

Alhamdulillah, anak2 dah beransur pulih. Boleh la aku dengan senang hati masuk office balik.
Sara dah tk demam dah, campak pun dah kering...(lulus nk bergaul dengan kawan2 lain), Aidil pulak, masih batuk2 cuma demam tu ada lagi sikit2. Tp tolerable la. Tak tinggi sangat dan datang time malam.

Oh, semalam jiran sebelah rumah buat birthday party.Gambar akan diupload kemudian. Anak2 rapat sangat dengan anak jiran sebelah nama Humaira, comel...baru 3 tahun.

Anak2ku muka tk malu, selalu bertandang.....puas dilarang. Kadang2 kena kunci pintu pagar.

Thursday, May 19, 2011

Sensitippppppppppppppp

Hahaha...rasa nak gelak pun ada. Rasa nak nangis pon ada.
Mentally unstable!
Sejak akhir2 ni aku memang terlalu sensitif.Kena sound sikit je,
mulalah air mata ni mengalir laju tanpa dapat disekat2. Macam mana
nak ubati hati ini supaya menjadi lebih keras? Adakah sebab aku kekurangan
estrogen?HAhaha...selama ni duk makan pills.<--comment from my TL
Really2 rasa nak berenti keje...

Sunday, May 15, 2011

Kisah Zuhur di Masjid Kinrara

Lepas lunch, terus gerak ke masjid Kinrara sebab dah masuk waktu Zohor. Anak2 pulak ada yang tido lagi, jadi elok sangat la. Lepas hasben ku solat jemaah, aku pun turun...solat. Masa ni jemaah perempuan dah sudah solat, aku perasan cuma ada seorang perempuan muda mengandung dengan baby dia yang tk sampai setahun...
Lepas aku solat pun, aku tengok ada lagi dia. Aku tegur anak dia sebab anak dia yang tk boleh berjalan tu mengutip brg(habuk) dan masukkan dalam mulut. Comel sungguh baby tu. Rambut ikal, kulit putih bersih.
Sambil aku lipat kain sembahyang, mak dia tegur aku. "kak, jam pukul berapa ek?"

Aku pun startla sembang dgn dia. Tanya anak berapa thn.....kecik lg. tak sampai setahun.Dia pulak dah mengandung 6 bulan.Dia tanya sama ada aku tahu cara2 nak ke KL naik bas. Aik...camana dia boleh sampai kt sini pulak????
Rupa2nya dia cerita yang dia dtg dari kg kat perak. bekas suami dia janji nk bagi duit nafkah dan suruh dia datang sampai Masjid Kinrara ni. Dia pun naik la bas dan sebab suami dia nak bg duit. Sekali tu, sampai je kl, suami dia tk dapat dihubungi...dari pg td dia duk tunggu kt masjid. Sedehnyaaaaaaa aku. Sambik bercerita dia terketar2 dan mengalir air mata.  Dah la tengah mengandung, bawa anak yang tk boleh berjalan lagi pulak tu. Kena dukung anak, kelek beg. Dia cakap dia nak balik kampung tapi kat area sini dia tak tau macam mana nak cari bas sebab dia datang naik teksi. Nak balik naik teksi ke KL, dia dah tak cukup duit.

Cara dia cakap macam nak minta aku hantarkan dia ke stesen bas......tapi ntah kenapa, aku tak tergerak nak hantar dia sebab alasan yg remeh temeh. Sekarang ni baru rasa menyesal sangat2. Alasan aku adalah anak aku kena campak, takut terkena kat baby dia ataupun dia yang tgh mengandung. Bahaya.

Lastly, sebelum aku balik, aku cakap, adik naikla teksi ke KL...salam2 ngan dia dah sedekah sedikit duit yang aku rasa cukup untuk dia naik teksi....

Naik je kereta, aku citer kat husband sambil mengalir air mata....Husband aku cakap, nape tak offer nak hantar dia sampai LRT ke....

Aduh.....kenapa aku tk offer ek????Rasa menyesal sangat2.... Betapa perasaan dia yang tengah mengandung, bawa anak kecik tengah panas2 nak cari bas/teksi ke KL sebab bapa kepada anak2 dia tk datang lepas janji nak datang???? Bapa anak2 dia dah kahwin lain...dengan pendatang asing. Dia cerita juga, muka anak dia yang comel ni macam abah dia....masa tu muka dia ceria sikit.

Sampai sekarang pun aku masih rasa bersalah......terfikir aku, dia dah makan ke belum. Dah la pregnant. Harap2 dia boleh suarakan masalah dia pada AJk masjid Kinrara sebab kat masjid ni ada rumah ahli masjid dan selalu ada je jemaah dalam ni.

Sangat rasa bersalah. Kalau la aku dapat jumpa dia balik. Nama dia Farhana, asal Lumut, umur 22 tahun.

Makan nasi campur murah di Kinrara, Puchong

Selalunya kalau Sabtu, Ahad tengahari yang aku malasssss sangat nak masak, kami selalu makan kat Kinrara. Ada satu medan selera kat BK5. Sangat murahhhhh dan menepati selera kami. Kalau bawa balik....lain harganya, tapi untuk nasi campur selalunya memang sangat2 la berpatutan.
Macam tadi, 2 teh ais, nasi +ikan keli goreng+tempe goreng+lemak pucuk ubi+sambal dan ulam2+sayur goreng dan husband makan nasi+ikan keli goreng+gulai ikan kering+sayur terung goreng ....agak2 berapa ringgit ek???.......................................
Cuma RM12. Bayangkan betapa mewahnyaaaaaaaaaa makan kat situ.
Sapa2 duk dekat boleh la try ek..dekat medan selera. Nama kedai tu Selera Mahsuri.
Speciality masak lemak ketam, ayam kampung goreng berempah, siput sedut masak lemak..........

Wednesday, May 4, 2011

Last day of GW

Since last Friday, Japan tgh Golden week holiday. So, tengah bercuti panjang la sekarang ni.

Hari ni last day GW. huhuhuh..esok mesti call bertimbun2....kyaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, May 3, 2011

Cari kasut...dapat...........

Tadi dah puas pusing cari kasut...tk dapat. Takpe la.
Oh yeer, electric kettle dah rosak, mencari yg baru kat carrefour. Dapat la satu
brand Elba yg comel...ok la tu.. pusing2 lagi, plan nk survey TV...
Tadik dah masuk Harvey Norman. Takdak la yg betul berkenan dan sesuai
dgn poket... Sekali tu jumpa Samsung brnd plasma 43' tgh sale........
aduh..dah la ada built in player. Just cucuk USB, boleh play mcm2 format. video, gambar.
Nak beli tak nak..nk beli taknak....
Waduh2...last2 beli gak! Yattaaaaaaaaaaaaaaaaa..TV baru ganti TV lama kat bilik...
Puas hati...ahhaha.Mula2 i nak bayar...tp husband nk kumpul point kat credit card supaya
dapat rebate cukai kerajaan. SO husband swipe card dia.
nanti i byr blk yer mr husband! serious..i nk belanja.

The Gardens & Midvalley

Memandangkan hari selasa 3/5 aku ambik cuti..dan hasben pon cuti.
Plan harini ialah hantar anak pegi kindy and daycare, biar mama n abah
dating pulak yer.
Aku nyer planning nak tgk movie dan shopping serba sedikit kat
Midvalley yang sentiasa penuh dgn org kalo time weekend. hehehhe....
Utk harini hanya ada citer Thor jer. Fast 5 takde la pulak. Husband
beria nk tgk citer Fast 5 tapi tk der rezeki harini.
Sbl masuk movie, kami lunch dulu kat Midvalley, food court kat tingkat atas
tu. Teringin nk makan Pepper lunch..yumm yummmmm...teringin nk masak
camni kat rumah..agak2 berjaya tak ek?
Sementara tunggu husband ke  toilet, terserempak lak dgn teammate kat
IBM dulu, nassree tgh dating ngan wife dia. Dia pon dah balik ke Thailand.
Datang msia utk jalan2 jer...Comel wife dia, putih melepak.
Pusing2 dlm midvalley nk cari sandals utk husband...yg berkenan, tkde
size la pulak. I nk belanjer ni.Masuk the gardens, pun tkde yang berkenan
betul2....
Disebabkan julung2 kali kami dating tanpa anak2, so harini special sikit.
All my treat..aku ajak hasben p tgk muvi kat the gardens..ngehhhhhhhhhhhh.
First time ni tgk kat the gardens, harga 2 seats dia boleh dpt 10seats kalo h
ari rabu kat Alamanda GSC....
Thor....aku suke hero dia. Hahaks..muka macho giler...jalan citer dia laju
dan tak ngantuk.. suker la! Tapi citer psal mitos camni, setakat tgk syok2
jer la. Takleh ambik serious sgt..kang tersesat lak. Astaghfirullahal azim.
Next aim, hari Sabtu time daycare bukak nk bw tgk Fast 5.
Lepas layan muvi, jgn lupa solat..singgah makan (makan lagi)kat makcik
Anne's pretzels. Husband cakap yang kat Alamanda punya pretzels lagi
crunchy dan tk rasa tepung..eh..betul jugak ek. Lain2 pulak rasanya walau
pun dua2 Makcik Anne ni punya.heheh...
Masuk jusco jap, nak beli miso...susah juga nk cari miso yg tkde alcohol.
Godek punya godek ..jumpa gak la satu jenis. Beli dashi jugak.Ingat nk
buat udon..
Masuk Carrefour..cari barang. dapat 2 barang..yatta.....
Kepenatan, terus balik.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.