Tuesday, February 28, 2012

Kembalinya beliau ke rahmatullah

Alfatihah.
gambar di bawah ni adalah gambar semasa beliau masih sihat.
dari kiri, my husband, mak, adik, wan dan suami adik dukung sakura.


Buat arwah ayah mertua ku yang telah kembali ke rahmatullah pada 24Feb 2012 setelah selesai mengambil
wudhu untuk solat Subuh pada pagi Jumaat yang barakah.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Okla, nak cerita kan sedikit tentang ayah mertuaku dari pandangan mataku selama
hampir 8 tahun perkahwinan kami. Anak2nya dan menantunya memanggil ayah mertuaku dengan panggilan
'Wan'.Mulanya pelik juga sebab nama beliau memang Wan Awang..takkan la anak-anak panggil nama ayah,
dengan panggilan nama je. Macam omputeh la pulak...rupa-rupanya memang ada orang panggil panggilan ayah dengan 'wan' sama macam keluarga kakak ipaqku yg mana ayah dia nama Wan Hussain pun dipanggil 'wan'. OOOOOOO....(tk dan pulak nk p godek sejarah)


Pertama kali aku jumpa wan, I know that he is a great man. A man of wisdom.... sangat la jelas bahawa
beliau ni ssangat bertolenransi dalam apa jua hal. Tak payah nak pening-pening kepala, terutamanya
berkaitan adat2. Asalkan tak bertentangan dengan syarak..semua OK!....
Kalau dalam kampung pun memang nampak yang beliau orang yang disegani. Beliau merupakan ex bilal masjid dan orang kuat surau di kampung. Juga tok guru mengajar baca Quran utk kanak2 dan mengajar kelas bertarannum org dewasa.

Bila wan dah tak dak ni sangat la terasa time masuk waktu solat. Kalau tidak, bila masuk je waktu sembahyang, mesti wan akan ajak ramai2 solat berjemaah dengan dia. Masih terbayang beliau duk tunggu
anak menantu siap2 nak ambik wudhu. Kadang2 kalau dah ada dua tiga orang makmum, dia akan start iqamah..sapa yg lambat, ikutla belakang. oh,..pilunya. Rasa nak sebak pulak.

Masa kami nak bertunang haritu, wan la yang beria nk kawenkan kami walaupun hasben tkdak duit lagi.
Dia la yang keluarkan semua duit belanja dan mas kawen. Bukan murah..oiii...aduih.Terima kasih wan
sebab kawenkan kami. Kalau tidak, lepas dapat lesen tunang, kami blk Jepun...tambah dosa lagi duk
berkepit ke hulu hilir kan?(sobs sobs sobs...insaf)Tapi wan minta juga nak kawenkan kami, walaupun sebelah aku ada yg tk setuju kami nikah sbl kenduri. Alhamdulillah, kami terpelihara sebab balik Jepun dah sah title suami isteri. Sangat2 berterima kasih kat wan dalam hal ni...uhuhuhks...oh..ayaq mata dah penuh bertakung dah.

Wan didiagnosed jantung bengkak, dan kerosakan buah pinggang. Wan memang berkeras tak mau masuk hospital, tapi anak2 dia akhirnya bawa juga dia p hospital di Perlis tanpa kerelaannya. Memang, sepanjang
di hospital keadaan wan tak bertambah baik. Makin teruk ada la sebab mentally, wan memang tak mau duk
hospital. AKhirnya lepas 4 hari, wan di keluarkan dari hospital dan wan kembali ceria walaupun wan masih
sakit.

Wan masih sakit, bila sakit wan ajak p klinik. Akhirnya Jumaat lepas, wan menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sekali lepas peluk mak...


Kalau ada anak2 kandung wan baca ni..mesti lagi byk yg depa boleh coretkan lagi sebab depa lagi byk kenangan dengan wan berbanding aku yang cuma kenai wan tak sampai 8 tahun.

Alfatihah utk wan. Aku masih tak mampu nak hadiahkan wan dengan surah yaasin lagi sebab masih dalam nifas.

4 comments:

Malay-Kadazan girl said...

Salam takziah dari kami sekeluarga. Hugs. Take care. Alfatihah.

Fauziah said...

salam takziah atas pemergiaannya. sama ngan ayah kita laa... nak tunggu solat subuh arwah rebah kat kerusi.

yusmEa said...

innalillah..al fatihah..takziah kpd k ti , madoc & family. semoga roh arwah diletakkan dlm golongan org yg beriman

madoct10 said...

terima kasih kawan2.....

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.