Wednesday, February 29, 2012

yaki gyoza(japanese version)

masa mengandung selalu teringin nk makan gyoza mcm kt jepon.
cara nak buat tk susah jadi selalulah dibuat.
mula2, aku dan suami je bedal..anak2 tk berapa nak try.dah last2 buat
baru la budak-budak try dan menjadi favorite mereka.

resepi gyoza
bahan-bahan
300 g isi daging ayam(di cincang) atau minced ayam
100 g isi udang (cincang)
1/4 kobis (cincang)
1inci halia diparut
sedikit daun kucai(tkder pon tkper)
minyak bijan
garam dan lada putih secukup rasa
kulit gyoza..kalo tkder, kulit popia pun jadikkkkk cuma kalo kulit popia kena
buat bentuk popia la.

1. Daging ayam yang telah dicincang, udang, halia, kucai dimasukkan ke dalam satu bekas.
2. Gaul sampai sebati, campurkan garam dan lada putih secukup rasa
3. Letakan campuran atas kulit gyoza dan bentukkan macam di bawah.
4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali supaya tidak melekat.
5. Susun gyoza.
6. Curahkan 1/4 cawan air panas(mesti air panas yerrrr..jgn bantai air sejuk) dan tutup kuali ni supaya
    gyoza ni masak dgn cara stim.
7. Bila air dah kering, buka tudung kuali dan masukkan minyak bijan.
8. Agak kulit gyoza ni dah garing, tutup api dan terbalikkan dalam pinggan

tadaaaaaa........................!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
healthy and very very sedap.
 boleh dicicah dgn shoyuu jepun atau kicap cair masin.
gambar lepas dah siap tk dan nk snap....kebulur sgt dah..so ini ihsan google yer.

4 comments:

nikoniko_mama said...

oishisou~~~~ chou tabetakunaru!!! ^ ^

madoct10 said...

apa lg bi...try la. kt jusco equine ada kulit gyoza. jual kat tempat jual mee basah

chilun @ cik pau @ bibimie said...

kalau kulit wantan aci tak?

madoct10 said...

hmm..aci2 tapi kena try bentuk lain la kot...kalo tk terbentuk cam gini