Sunday, May 13, 2012

Dinner 13th May

Harini mood nak makan Western sikit.. pegi Jusco, beli apa-apa yang patut guna
voucher RM500 yang berbaki tu. Voucher ni dapat masa beli Cik Ford haritu. Baru nak
dapat lepas 5 bulan beli...huuhuhu.
Takpe la...dapat jugak. Awal-awal dulu ingat nk beli barang baby dengan voucher tu tapi
sebab lambat sangat...dah tu kita beli je la groceries ke, barang-barang mama ke ek.

Jengjengggggggggggggg...our dinner for tonight
 Steak yg tu, mula2 rebus dulu daging dalam pressure cooker sampai lembut.
Lepas tu baru susun atas griller tu...letak carrot, bawang besar, butter, salt and pepper, and steak sauce. Grill 20minit, lepas tu pecah kan telur, grill lagi 4minit gitu.

 Ini pulak mabou dofu untuk makan dengan nasi. Cara nak buat senang yang amat.
Cuma kena ada Touban jan(tauchu dan cili, boleh beli dlm botol kat su-pa), Toufu lembut, bawang putih, bawang besar.
Tumis bawang, masukkan air, masukkan touban jyan
Masak kejap
Masukkan Toufu

Yang ini tkyah habaq la cara nak buat kan....
Masuk dalam microwave 2minit...ready dah.

No comments: