Tuesday, May 21, 2013

Bali trip -day 1

Perancangan ke Bali kali ni tak dibuat lama. Walaupun ada rintangan dan halangan sebelum ke Bali ni, dapat juga kami tempuhi dan dapat juga menjejakkan kaki ke sini buat kali kedua.
First time ke Bali masa aku sekolah rendah. Teringat aku dan Intan asyik berlari-lari dari anjing yang banyak berkeliaran.

16/5/2013(Khamis)

Aku balik kerja jam 4pm, terus balik rumah..kemas barang. Harini Mado dah cuti jadi dia tunggu je dirumah. Lepas siap kemas, dalam pukul 530, gerak ambil Aydan kat rumah Amy. Harini Amy pinjam Aydan....sebab dia cuti. Persinggahan seterusnya adalah sekolah Aidil...lambat la pulak Aidil keluar. Nasib baik esok sekolah Aidil cuti sempena Hari Guru. Kurangla rekod ponteng Aidil.

Dapat tangkap Aidil, kena pickup 2 girls tu pulak. No issue derang sebab dah pakai baju siap-siap.
Masa agak terhad sebab flight pukul 7.40. Dah la anak-anak kelaparan. Laju-laju tapau makanan kat Marrybrown.(Selalu kalau naik AA mesti singgah makan/tapau MB)

Berlari-lari kitorang sebab takut terlepas flight. Dengan Sara nak ke toilet la. Paksa dia tahankan diri....
Bila dah masuk ke balai berlepas, tengok gate tkde orang. Eh...kitorang terlepas ke??/waaaaa
Rupa-rupanya flight delay. Langsung tk dengar announcement. Bising macam kat pasar, suara akak announcement tu tenggelam....adei la.
Flight delay 1jam..............dinner dulu yer!

Dekat-dekat pukul 9mlm baru berlepas..

Dalam flight dah prebooked ini
Dalam gambar nampak yummyy je....in real
......................................agak melepet.

Finally, we arrived in Ngurah Rai airport, Bali.

Ni gambar hiasan. Kami sampai malam... turun tangga AA, naik bas untuk ke pintu masuk yang macam pintu gerbang.

Alhamdulillah, anak-anak masih cergas...(terlalu cergas pon ada) walaupun dah tengah malam. Nasib baik officer kat immigration ni baik. Queu sangatlah panjang tapi dia bukak kaunter khas untuk kami anak beranak.. yeyeyyee...tk perlu beratur panjang.

Untuk trip bali kalini, kami dah booking Pak Isme. Pak Isme ni ramai yang recommend. So, kami percaya kat dia saja la untuk arrange ground tour. Sehari fullday tour termasuk supir, minyak dan parkir IDR350,000 dan untuk pickup airport one way IDR50,000. InsyaAllah, sebab dia muslim jadi makanan pun ditanggung halal.

Tapi, Pak Isme takde kat Bali sekarang ni so di kirimkan Pak Ade untuk entertain kami kalini. Pak Ade pon ok orangnya. Sentiasa awal 10min dari masa yang dijanjikan.

Malam ni dan malam esok kami akan stay kat IBIS Kuta Bali Circle.


Bilik duplex (2 katil kings) dengan harga RM168++ dapat kat Agoda. Sesuai la untuk kami 6 beranak ni.
Bilik masih baru, tempat pun strategic, belakang ada mall Galleria(movie, kedai, cafe). memang boleh
nampak mall dia kalau tengok ikut tingkap..rasa nak terjun p saja tapi dah tengah malam, apa ada kan??hihih.

Anak bertiga tido kat atas, mama, abah dan Aydan kat katil bilik bawah. Towel tebal, gebuuuu dan banyak helai.

pak ade bawa kereta ni. selesa tapi tempat simpanan barang agak terhad
zzzzzzzzzzzzzz.....makpak sudah penat tapi anak-anak masih active. Paksa depa naik atas, tutup lampu.

channel TV ada 60...pengsan nk pilih tp endup asyik tgk channel cartoon je.

1 comment:

Anonymous said...

salam..
saya dan keluarga akan ke Bali Nov ni.. dan menginap di Hotel yg sama awak tggal di Bali!
Harap boleh PM saya di sini : eza9977@gmail.com

**byk soalan kt kepala nak tanya hehe.. TQ

Our latest picture