Friday, May 24, 2013

Sambal Belacan

Terliuq pulak tengok gambar sambal belacan kat blog http://cheffaizalbiografi.blogspot.com

So, malam ni kita makan nasi putih lauk sambal belacan & ikan kering ok tak?
Almaklumla kan, ibu mengandung sorang ni  bila malam je mulala loya nya datang.
Pastu selera pulak berubah-ubah.

Resepi sambal belacan
Bahan-bahan
-cili padi segenggam
-cili merah (besar) 2 batang
-tomato sebiji
-bawang besar setengah
-belacan seulas jari ibu(tak tau nk describe..ehhee)
-gula dan garam secukup rasa
-asam (limau nipis/kasturi/cuka/perahan asam jawa)

Cara-cara
-cinggg kan bawang besar yang dah dipotong dadu(potong la ikut suka asalkan senang nk tumbuk/blend)
dalam 2 minit sampai layu
-bakar sikit belacan supaya lebih sedap(x rajin x yah bakar. lagipun nanti bau harum satu rumah)
-blend semua benda diatas
-boleh dicicah dengan ulam atau makan je dengan nasi

Sambal belacan ni kalau kat rumah parents aku memang sentiasa ada. Takde yang fresh, dalam peti ais
stok simpanan pon pasti ada.
Dulu-dulu masa bapak sihat, dia la tukang tumbuk sambal, buat air asam, kerabu yg pakai belacan ke.
Pendek kata, apa-apa yang ada belacan kena dia yang buat baru terangkatttt...

********************************************
Ubah topik sikit
Lauk semalam sup bakso, ikan tenggiri masam dan udang goreng.
Harini teringin nak makan kuewteow sup vietnam. Mujur dekat sini ada kedai Thai.
Kedai Thai ni ada beef noodles yang rupanya lebih kurang macam yang Vietnam punya...layannnn
Atas ni pho yang Vietnam punya.
Ni pulak yang makan kat Qthai Cyberjaya tadi.

No comments:

Our latest picture