Saturday, October 30, 2010

Accident di Genting yang melibatkan belia dari Baling, Kedah.

uish..sangat sedeh bila dengar berita ni. 7 orang terkorban sebab bas terbabas melanggar pembahagi jalan lepas tu terpelanting masuk ke laluan bertentangan. Penumpang bas ni semuanya rombongan anak-anak muda dari Kg Lalang dan Kg Baru, Baling, Kedah *yang merupakan kampung aku). Tadi telefon family, katanya lepas zohor atau asar, mayat mereka yang terkorban akan disembahyang kat masjid pokok setui, kg lalang. Bahaya sangat la bas sekarang ni. Bawa memang tk pernah la perlahan. Selambak2 je potong kereta, lori... lepas tu bas punya condition bukan elok mana pun. Nampak dari luaran memang la cantik sebab baru cat ke ape ke, tapi hakikatnya.. Dah tau Genting tu atas bukit... kena la pastikan brake berfungsi dengan elok. Nak nak la sekarang musim hujan yang tak tentu masa. Kalau boleh, elakkan la pergi tempat2 yang berbukit, licin buat masa sekarang ni. Bayangkan kalau kereta kita tkde masalah apa2 tetapi dilanggar oleh bas yang terbabas ni. Aduh.. nak salahkan siapa? Salahkan siapa2 pun dah tak guna sebab benda tu dah jadi cuma harap tindakan lebih keras akan diambil terhadap syarikan bas tersebut dan juga pemandu bas yang cuai.. NI bukan cuai lagi dah.. lesen pun takde.

Kadang-kadang sendiri pun terlepas pandang hal-hal remeh pasal kereta. Paling penting, brake dan tayar la aku rasa kita selalu terlepas pandang. Tayar tu kadang2 sampai dah licin, tkde bunga pon orang tk tukar2 lagi. Kalau apa-apa hal, brake pun tak makan...

Memangla eksiden ni boleh terjadi dimana-mana dan bila-bila masa juga tapi selagi boleh elak, kita elakkan lah. Jangan sebab kesalahan kita, anak-anak, keluarga kita, anak-anak orang lain, parents orang lain mahupun keluarga orang lain menderita.

1 comment:

Naimah SiDiK said...

x dak lesen?? *&^%$#@! ... tp 2 lah kan nak salahkan mana2 pihak pun susah coz benda dah jadik ...
pity them

Our latest picture