Monday, November 1, 2010

Seafood at Bagan Lalang, Kg Pelek, Sepang

Was searching for a place for ikan bakar nearby(Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya area) and found in some blogs about Bagan Lalang seafood. They said the seafood there was quite good and cheap!... I like the 'cheap' part..aahhahah. Always trying to save budget but in the end, I was paying more.
  Our first plan is to go there after Zohor prayer so that we can take the children to the beach. Unfortunately, after my husband got back from Zohor prayer, the rain was so...heavy. Agh...kusangka panas sampai ke petang..akhirnya hujan di tengah jalan. So cancelled our day plan, we re hoping that rain shall stop by Asar.. and... akhirnya rezeki kami. Matahari pun keluar..yippie yai yai la.
 Maybe everybody else was also waiting for the rain to stop so by the time we re on the road, it was heavy with cars.
           Our 50km rides took around 90mins. Bila dah sampai tu dah agak gelap. Sampai di pantai..masih ramai yang main-main air. Pantai itu betul-betul bersebelahan dengan Golden Palm Tree Sea Villa. Boleh nampak la hotel ni gah tersergam dan ada lah foreigners menginap kat situ. Dekat area sini pun ada Seri Malaysia.
   OKla, back to our food story ek.. Mula-mula tak pasti yang mana satu seafood yang dimaksudkan itu. Jumpa satu food court tepi pantai. Tapi, nampak macam kurang menarik. Orang pun tak ramai... ish, takkan la yang ini. So, kami pun pusing-pusing..lalu Seri Malaysia, dan akhirnya jumpa la Restoran Senandung Malam. Oh yang ni la kot... sebab orang dah ramai sangat, Kereta pun dah penuh walaupun belum lagi masuk Maghrib. Bila dah dapat meja, terus la order. Berpinau mata nak pilih ikan ape.. nak tu, nak ni..yang tu ye.. eh yang ini jugak ye.


Order punya order...daripada sbl Maghrib, siap solat Maghrib sampai dah masuk Isya, barula makanan tersusun indah atas meja. Hahahhaha...bahagia. Ada ketam masak masam manis, ada ikan kerapu (yang paling best!besar tau size walaupun nampak kecik dalam gambar) masak 3 rasa, ada sotong bakar, ada ikan pari bakar, ada lala masak pedas, ada kerang rebus (anak bujang aku melantak) dan jugak sayur campur untuk 2 girls tu. Puas hati makan... rasanya manis2. Isi ikan tu garing diluar tapi lembut dan putih gebu di dalam. Ikan pari bakar pun kegemaranku. Hehhe...manis sangat isi nya, dibalut dengan daun pisang menambah aroma pada ikan bakar tu. Silap sikit kami minta sotong bakar, sebab tengok orang-orang sekeliling byk yang makan sotong goreng tepung. Takper-takper...sonnani to o kunai no.. bila-bila pun boleh je pergi lagi. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa...menghirup air sirap limau, meratah segala lauk pauk. Alhamdulillah, dengan segala limpahan dan rahmat tuhan yang mengizinkan kami menikmati malam itu. Mujur juga anak-anak behave je malam tu. Maybe sebab masing-masing dah lapar.
     Masa nak bayar, perasaan yabai  gelabah pun ada juga. Risau kalau-kalau poketku kering. Tapi...sangatla menakjubkan.. dengan kepenuhan meja dek lauk pauk...(yang aku listkan tadi). Cuba korang teka harga berapa??? Sah-sah ingat dalam RM90 ke, Rm100 ke.. cumalah RM60. Ulang 2 kali juga aku tanya pakcik abang tu. Heheh...so, mmg osusume la bagi peminat2 seafood.. sedap dan murah..ulang sekali lagi. Sedap dan Murah yer. SUka pulak aku tulis bab2 makan ni. Hahah..sebab aku selalu survey kedai makan dan susah nk jumpa yang menepati citarasa aku yang kedekutt hebat yer.
   Kalau nak pergi sini, ikut je jalan nak ke Nilai, lepas tu korang cari la jalan menghala ke Kg Pelek. Dari Equine, Seri Kembangan tak jauh mana dah. Kejap je vromm broom zass zass, sudah sampai. Kalau nak peta yang details, korang bukak kat google map yer ataupun homepage Seri Malaysia ni yer.
  Masa nak balik tu terserempak kawan lama ni, Maya...wui rindu sangat kat ko. Akhirnya bertemu kat sini ek kita. Mrs Maya sedang menunggu kelahiran ke 3. Wah wah....laju jugak ko yer. Comel-comel anak Maya, Shahira dan Humaira. Tak sempat nak borak lama sebab husband aku nak balik awal sebab dia kerja pagi.

1 comment:

maYa said...

Brape thn xjumpa..aleh2 jumpa kt bagan lalang..hehehe..len kali kite plan proper jln2 cr mkn nk??!!