Sunday, April 21, 2013

Universal Studio Singapore USS -by car

Percutian tergempar kali ni. Last minute preparation sebab sepatutnya minggu lepas kami balik Kedah untuk hantar mak pergi umrah tapi umrah mak di  postponed sebab nak mengundi dulu.

Khamis tu baru start beli tiket, survey apa yang patut, beli hotel kat Agoda, decide nak naik kereta or naik bas.

Memandangkan anak-anak ramai dan agak renyah nak naik turun bas, so we decided to drive to USS. Procedure nya tak susah mana tapi sebab first time, so kami pon google la cara-cara nak masuk singapore dengan kereta.
Kalau ikutkan dulu masa sekolah rendah, 2bulan sekali kot datang spore ikut bapak yg selalu ada kerja kat sini. Seronok je time tu kalau dapat stay kat area Mustafa Mall tu sebab situ byk hindustan. hehhee..yg putih-putih, lawa-lawa dan shopping kaset hindustan, baju-baju.

Back kepada cara-cara nak drive ke universal studio singapore yer.
Benda perlu ada untuk drive ke sana:
1-Roadtax yang valid
2-Insurance yang valid
3-Owner kereta ikut sekali, kalau tak procedure nye lain sikit

Time lalu CIQ Malaysia ni biasa la, passports. Lepas cop cop, proceed nak ke kastam Singapore la. Time kat kastam SIngapore ni, kastam dia akan turun dari kerusi dia(rajinnnn) untuk check penumpang sorang-sorang dalam kereta tu. Time kat kastam tu, kalau tak confident macam mana nak daftar kereta untuk bawa masuk, cakap je kat dia, mana nak daftar dan beli kad macam touch n go tu? Dia akan suruh ikut Red Channel(red line) untuk singgah dekat office. Jangan terlepas
tau sebab kalau terlepas red channel ni payah la pulak.
Sampai depan office tu, park kat parking yang disediakan, driver turun bawa passport dan juga docs sokongan in case diminta. Kadang-kadang tak minta pon. Ada orang office check kereta, roadtax dia akan catit-catit pastu bagi resit kat kita. Bawa resit tu pegi beli kad.
Harga kad ialah S$10(S$6 utk kad S$4 nilai dalam kad). Dapat je kad tu, kalau tak rushing, boleh je singgah kat Woodlands untuk topup nilai dalam tu. Sekali topup ada service charge S$0.50.

Kitorang haritu kalut nak kejar USS so terus drive je ke universal studio, so lajak je terus ke sana guna GPS. Takda GPS adalah agak susah nak cari jalan sebab jalan kat Singapore, dia punya signboard adalah sangat tidak membantu. Dah dekat nak sampai baru keluar signboard.

Untuk directly ke USS, terus ikut Resort World punya signboard, park kat dalam kawasan Resort World so that tak payah kena charge untuk masuk Pulau Sentosa.
Harga parking sehari kat USS adalah S$26. Kalau nak park murah lagi, boleh park dekat MRT area Merlion tu dan naik MRT masuk USS. Kat situ baru S$3 je kot cuma kena bayar untuk entrance ke Pulau Sentosa dan tiket MRT.

Tiket USS dah beli siap-siap online guna Mastercard cc ada less 15%. Bawah 4 tahun free so Sara dan Aydan tak payah bayar lagi. Sebab bawa budak-budak jadi beli juga express pass tiket sorang S$50. Total 2dewasa 2 kanak-kanak + 2 Express pass = S$318 convert duit Malaysia time ni jadi RM790.

Nasib baik kami dah breakfast so sampai-sampai je terus tala ke arah rides la. Orang cakap kalau nak cepat, ikut sebelah kiri sebab kanan byk rides yang extreme so budak-budak tak boleh naik.
Rides pertama naik Madagascar. Aydan tak cukup 92cm so kena tinggal. Jadi dia dan abah naik Merry go round je la.

Sorry la tkde gambar sendiri. Sibuk nak naik rides, langsung tak rasa nak posing. Hehehe.. lagipun Universal Studio dekat je. SO boleh je nak ulang lagi kot. Lain la pegi Universal STudio California ke kan.
Lepas naik ni, masuk ke Far far away land, masuk Shrek. Kali ni Aydan boleh join.

Sama je macam kat Universal Studio Japan. Sebijik bijik....jalan cerita dan effects nya. Dulu masa kat USJ, Aidil kecik lagi so dia pon dah lupa. Kali ni dia enjoy la dengan 4D Shrek ni.

Next adalah roller coaster dragon. Yang ni of course Aydan tak naik tapi Sara lepas dari ketinggian 102cm. So kami berempat naik. Kejap je tapi budak-budak enjoyed. Disebabkan ada express pass, cepat je potong queu orang.

Next naik yang ni. As usual, kami berempat juga yang naik. Yang ini mak dia gayat sebab laju gila dan kaki tergantung.hahhaa..

Masa ni panas tengahari ...rasa nak je mandi kat sini kan. Hehe.. tapi malangnya, Sara tak cukup tinggi so mama pon tak jadi naik. Aidil dan Sara je main. Lepas main ni memang dah tak tahan panas, so ajak abah patah balik, masuk tengok Donkey Show sebab yang tu dalam bangunan. Nak aircond... sebab kepanasan.
Lepas DOnkey SHow, masuk Monsters Rock&Roll. Time ni dah Zohor so abah dan Aydan pegi solat dulu. Janji jumpa depan Transformers rides.
Transformers ni punya la ramai orang. 40mins waiting time. Tapi nak kena naik juga sebab ini adalah one of the best attraction in Universal Studio Singapore la.

Time ni mama tak naik, bagi chance abah naik dengan anak-anak. Mama pulak turn solat. Tempat solat ni dibelakang area The Mummy punya rides. Disebabkan ramai sangat orang jadi hampar je kain depan surau, solat kat luar. Heheh...no problem je, sebab dah biasa solat merata-rata.

Lepas solat tu budak-budak kecik naik accelerator. Mama dan Aidil cari nak naik rollercoaster (lupa yang diri tu mengandung). zannen desuga, aidil tinggi 124cm kelayakan nak naik 125cm. Takpe la Aidil, takde rezeki, tunggu tahun depan kita datang Universal Studio lagi time mama tak pregnant. Hehehhehehe.
So, proceed naik Revenge of the Mummy. Best sebab roller coaster ni dalam gelap. Kejap turun, kejap pusing.
Then baru la mama dan aidil naik transformer pulak.
Sementara tu abah dan anak-anak lunch(pukul 4pm).
Pukul 5pm starts parade, sebelum parade tu sempat la masuk Steven Spielbergs punya show.
Lepas tengok parade, last kopek ke Waterworld. Cerita dia sama je macam kat USJ.
Budak-budak enjoy la tengok action depan mata. SIap duduk paling depan sebab nak basah.

Masa ni kaki memang rasa nak tercabut dah. Sara pun dah merengek-rengek minta didukung.
Terus pegi parking dan masuk dalam kereta, bukak semua kasut.

Time nak bayar, rupanya kena ada nilai mencukupi dalam card baru boleh bayar. Ingatkan dia terus tolak then masa nak keluar baru bayar. Naib baik orang yang jaga tu baik. Dia gunakan kad dia so just bayar kat dia tanpa extra charges. Kalau tidak, nak kena menapak naik atas balik untuk topup kat 7-Eleven.

Sebelum keluar Singapore, kena la make sure nilai mencukupi untuk bayar semua tol. Kalau tidak, kena bayar kat kastam ada admin fees S$10. Tak ke rugi..hehee. Tapi, agak kesesatan la mencari 7-Eleven atau petrol pumps Shell kat Woodlands. Bila terlepas je nak kena u turn yang sangat jauh. Dah sampai 7-Eleven, dia cakap kad ni tkde cip so takleh top up pulak. Mana nak tau kad ni kena ada cip ke takde cip ke kan. Cesss cess. Masa ni mado dah rasa nk giveup je sebab dah lapar dan lenguh kaki. Masa nak giveup tu baru la jumpa office topup tepi jalan sunyi sepi.
Jangan ingat tutup yer. Park je kat parking tu dan jalan keluar. Ada nampak macam bus stop stall tu. Kat situ boleh topup yer.

Lepas topup..baru la rasa lega nak keluar dari Singapore. Malam tu singgah makan kat SInggah Selalu buat kali ketiganya.... lepas solat siap-siap kat situ baru balik KL. Sampai rumah jam 530am.
Overall trip Universal Studio SIngapore ni sangatla enjoyable. Sesuai untuk kanak-kanak melebihi ketinggian 100cm.

1 comment:

Unknown said...

sis, total parking fees berapa rm ye? and also bila keluar tu berapa charges untuk tol? nak estimate nak kena topup bera rm kad autopass tu. tq.

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.