Wednesday, December 15, 2010

Cerita pasal tadika di Puncak Jalil pulak

Hari tu aku survey are Pinggiran Putra, Equine dan sedikit2 kat Kota Perdana in Seri Kembangan.

Harini cerita aku survey area Puncak Jalil pulak. Memandangkan harini aku ambik AL, pagi-pagi tu aku dah hantar Sara dan Aidil pergi Taska Arini ( I likeeee this taska very much as it is very very clean-My standard aaa). Taska Arini ni dekat je dengan rumah aku so itu antara sebab aku suka hantar situ dan Pengurus dia juga carer kat situ walaupun ada lagi satu taska dia bukak kat PUJ4, Puncak Jalil. Oh yer, Aichan tak dihantar ke taska sebab dia ngamuk-ngamuk nak duduk dengan abah. Jadi tinggal je la ngan abah yang kena tido sebab semalam dia kerja malam. Lagipun tiada bantahan dari abang dan baby.....ok la kan. Pergi la aku bershopping kat ........pasar borong je. Plan asal nak gi KLCC kununnnnnn tapi sebab teringat Tadika Aidil belum決めた lagi...terpksa aku change plan ke Pasar Borong utk beli keperluan rumah. Balik tu aku plan nak singgah mana-mana tadika lagi.

So, balik tu aku p Kota Perdana. Ada nampak satu rumah semi-D buat English medium kindy. Tanya2..ok la. Not bad. Katanya depa ikut scope Pra-Sekolah dan selalu di inform atas apa-apa pertukaran dalam syllibus(teacher yg explain tu tk reti sebut syllibus..ihih) (aku tak reti eja syllibus)sekolah rendah. Tadika ni juga teacher2 nye ada degree/diploma. Oh..menarik2. Lepas tu tadika ni di bwh kementerian dan kementerian akan bg subsidi RM450 per year utk seorang anak yang akan dibagi by end of the year. Itu pun menarik gak.....nursery pun not bad la.. bersih sebab ada maid sorang tolong masak dan kemaskan rumah. Buka as early as 630am dan ada teacher duduk situ. Okeyyy....bagus2. Tapi sayangnya, cikgu 6tahun dia akan bercuti bersalin bulan Januari ni...uhhhh dan akan ada cikgu ganti. KUrengg syok sikit la. Tkpa2..boleh dipertimbangkan lagi.Harga 8am-12pm RM190 + Iqra RM30 smp 1pm.

Ish...kat pasar borong, aku memborong la jugak..udang, ketam, ikan tenggiri, ikan nyoknyok, kerang....tapi aku duk singgah setiap tadika...harap2 tak busyuk yer..

Lepas tu aku sempat p singgah lagi satu tadika... Yang ni pengetua dia Indian memlady. Dah pengalaman 8 tahun kat tadika ni. Murid-murid dia every year dalam 60-70 orang. Ramai jugak tu...tapi 5 dan 6 tahun memang ada 2 kelas la. 6 tahun tu dia bahagikan kepada dua kelas..satu kelas yang budak2 dah boleh baca (carry dari 5yrs kat tadika tu) dan satu lg utk budak2 yang agak lemah dalam subject. Uish..kecik2 dah bahagi-bahagi kelas nooooo. Ada pro dan contra la. At least boleh baiki anak-anak yang lemah kalau hantar situ. Activities dia menarik jugak. Ada taekwondo class.. oh yer, kelas agama pun ada dan ada 2 cikgu melayu. Tapi ntah kenapa....aku sedeh lak kalau aidil masuk kelas tk pandai pemulihan tu...Hahah,,hampeh! Biasala mak mak kan. tak nak la anak dia rasa tersisih. Ceh..padahal, aku yang takut bukan anak pun. Cuma tu la...kalau boleh aku nak la masuk skolah yang ada islamic-islamic sikit..hehhe. Harga sini RM180 je tapi yuran masuk mahal gak...RM1300 kot. Boleh bayar ansuran 4-6 kali. Oh yer, transport pun mahal. Dekat giler tapi kena byr RM50. Ceit... sekolah ni best sebab activity2 yg ada setiap bulan. Ada dental checkup, ada Ronald Mcdonald datang...

Second last tadika aku p ni...lepas sembang-sembang dengan Arini pengurus taska ni. Anak-anak dah confirm hantar kat tadika no 2 aku p tadi. Tapi dia suggest suh survey tadika kat PUJ2. Ada satu Islamic kindy... Aku pun zasssss ke sana.....

Jumpa dengan kakak Pengurus tadika ni. Program yang ditawarkan memang menarik..Islamic, english medium with Pra Tahfiz. Wallaaaaaaaaaaaaaa.. ini yang aku cari cari.. Dengar memang seronok sangat la. Pagi smp pukul 12 ada kindy, lepas tu balik taska, mandi dan tukar baju, lepas tu pergi balik kindy utk Pra Tahfiz. Harga pun affordable...akak ni ada Dip in early childhood education so dengar dia cerita pasal anak-anak memang sangatttt suka. Sembang pulak dengan Ustaz KAFA yg merupakan Penolong Kanan Guru.. pun syok jugak. Okla, berbunga-bunga aku balik cerita kat Mado... Hehehe. So rasa lega la tak payah  pening dah.  Masa aku balik tu dekat nak masuk Zohor (barulah ikan ku berjaya masuk fridge). Siap-siap dengan Aichan dan Aidil (Sara aku tinggalkan lagi kat taska) ngan Mado(my husband) skali...sebab dia nak solat kat masjid PUJ2. Yey..bolehla aku bawa Mado p tgk tadika tu lagi sekali.
          Dengan aku dan anak-anak sekali solat kat situ, terus la kami jengok taska utk tadika td. Yerla, Aidil nak kena duk situ sbl pegi tahfiz. Kena la juga check kbersihan. Sampai depan pintu pagar, macam takde orang tapi ada kasut. Aku pun bagi salam, buka pagar....Masa tu dengar suara macam halilintar memberlah bumi... Waaaaa........ suara cikgu speaking in English, tengah suruh budak-budak kemas mainan. Kuatnya sora. So aku bagi salam ,cikgu pun jemput la aku masuk. Sambil tu dia masih duk bebel kat budak-budak ni suruh kemas. Rupanya dia pengetua sekolah. Waduh...suara pengetua macam ni ka? Dia sorang je tgh jaga budak-budak tapi budak besar juga la. Ramai yang dah sekolah rendah. Yang below 6 ada dalam 4 orang je kot dan below 2 ada 2 orang. Carer tgh cuti masa tu...dia explain. Keadaan memang bersih. Tapi mainan byk sangat. Agaknya sebab tu la susah nak kemas kot. Teacher pun patutnya kena la ajak anak-anak kemas bersama. Bukan gaya-gaya Mak Tiri cekak pinggang suruh budak-budak kemas. Sembang punya sembang, rupanya dia la yang akan mengajar budak 6 tahun. abih la aidil kecut perut. Aku nampak sorang anak ni sebijik macam Aidil. Terkulat-kulat kutip mainan... pastu active macam aidil. Teruk kena bebel ngan teacher. Dia kata budak ni kurang communication skill. Umur anak ni pun sama ngan aidil....... kesian la pulak. Kadang-kadang anak ni perlukan hugs dan kasih sayang. Sedeh pula aku...pastu anak ni lari keluar...main sorang-sorang kat luar. Teacher ada panggil masuk tapi dia buat derkkkkkkkkkkkk je.(tapi sbl aku balik, aku tgk dia dah masuk balik). Masa tu dah pukul 2, teacher cakap nak pegi buat sup ayam jap sebab budak2 ni makan nasi lemak utk bfast. Pagi pun dah makan karipap jugak, jadi lunch lambat sikit la. Waduh2.. boleh anak-anak ku kebuluran kalau duk sini. Hahahks. Anak ku itu badan kecik keding je, tapi kadang2 makan kalah orang dewasa oooo..kecacingan ke(aku dah bg ubat cacing aa). So, lagi sekali.... aku tawar hati nak hantar anak kepada jagaan principal yang sora kuat dan bg makan anak-anak tak ikut jadual tak kira la pagi tu dah makan nasi beriyani ke.


hancusssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!Masih harus teruskan pencarian.

Lastly, aku pegi satu lagi tadika yang glamer..islamic dan guna English yer. Ramai yang cadangkan franchise brand ni. Tapi, cikgu sume gi kursus pulakkkkkk.

Petang tadi aku keluar ambik angin, jumpa jiran. Anak dia dah nak naik drjh 1 thn depan tapi masih tkleh membaca. Actually, dia ingat anak dia boleh baca....result ccanntekk je kat tadika. Ni tadika islamic franchise yang cikgu dia sume gi kursus tu. Anak dia siap ranking atas2 gak dalam kelas dan dah habiskan buku siri 8(lupa lak siri mana satu). Rupanya, anak dia menghafal je. Hancur harapan mak nya. Bila tanya cikgu kelas, cikgu ckp, anak puan ni boleh membaca la. Tgk rekod dia....habis sume silibus. URGHHHH> hangin gak dia kat skolah tu. Skang ni tgh masuk tuition utk membaca je. Ada jugak case cam tu ek.... tgk report anak, homework anak sume leh buat...bagus je sume. Rupanya...baca pun tak leh lagi.

Sakit palaaa aihhhhhh
comelnye makcik ni ala2 nak tukui kepala sendiri.

12 comments:

ambrynaa said...

Isskkk..susahnya nak cari Tadika ek?
Akak hantar anak sulung masa dia 5 tahun ke Smart Reader. Umur 6 tahun tukar hantar ke Tadika biasa yang ada ajar mengaji. Untuk anak kedua pun Akak buat yang sama. Next year anak no. 2 masuk Smart Reader :)
Anyway, akak letak add blog ko lam blog akak yer.
Come visit ne!
-Kak Zalie @ Makcik

farah225 said...

aduhh..pening aku pon ada citer gak bab tadika ni tp tk nyempat nak nulis.huhuhuh

madoct10 said...

kak Zalie ..sy pn masa 5thn masukkan ke tadika franchise nk blajar english. English n Maths boleh la tahan. Bm lak lemah.....lemau semacam.

mai said...

ct ko tgk genius aulad.kat puchong adalah..ok gak tp xde jaga sampai ptg.kena transit.

~dYaHaHa~ said...

salam...sis, duduk mana? i tgh cari taska for my lil rifhan...currently, antaq dia kat puj9. tapi so many things happen, terpaksa cari tmpat lain..taska arini kat puj4 tuh ok ke? ada sijil dgn JKM kan? i ada cek tadi..

madoct10 said...

saya duk puj1 la dyahaha. Taska Arini ada dua, satu kat PUJ 4 satu lagi kat PUJ 1. Yng PUJ 1 tu pengurus dia sendiri jaga. Akaka hantar kat PUJ 1

wanie_kashfi said...

salam kak...

boleh tak bagi saya no. contact taska arini? saya try google, dapat kat website jkm tapi bila call dia kata bukan no. taska. Saya sdg desperate cari taska utk anak saya as my mother dah tak larat nk jaga...hope akak boleh tlg saya.. emel me at : wanie_kashfi@yahoo.com

thank you in advance kak

sue said...

So, kesimpulannya..mana taska yg bagus dr segi islamic, academic, spiritual and emotional??..boleh bagi cadangan taska sebegini kat area PUJ? saya duduk PUJ 8

Anonymous said...

Thе decisіve criteгion for detеrmining
if you see it. It turns out to the voсal cords.
Look at my web page :: botox sydney

liza said...

Salam boleh bg no phone taska arini

Cahayamata Bonda said...

I have bad experience taska arini puj 4, nearby my house..depa reheat EBM atas stove uols..nangis bila found out and terus ban! Lepas tu migrate Taska dunia elit sgt puas hati..2 org ank duk situ tp now harga dah macam fullday CIC/smart reader..ngeri dgr!

Cahayamata Bonda said...

I have bad experience taska arini puj 4, nearby my house..depa reheat EBM atas stove uols..nangis bila found out and terus ban! Lepas tu migrate Taska dunia elit sgt puas hati..2 org ank duk situ tp now harga dah macam fullday CIC/smart reader..ngeri dgr!