Saturday, March 3, 2012

Terselamat dari malapetaka

Alhamdulillah.....Allah telah pelihara kami anak beranak dari malapetaka...

Semalam, masa husband balik pukul 1pagi(kerja evening shift), masuk-masuk rumah je terus
dia terbau bau gas.

Rupa-rupanya gas tak tutup..........cepat2 dia bukak semua tingkap supaya gas tu keluar.
Ni semua sebab kecuaian aku la ni. Huhuhuhks.

Last aku masak masa lunch semalam kat wet kitchen.
Wet kitchen aku tu dekat beranda luar, angin memang kuat la bertiup. Semalam pulak, hujan...jadi ala2
ribut taufan pun ada.

Aku ingat aku ada rebus daging, sambil-sambil masak lauk udang.  Masa tu memang angin kuat. Kemungkin besar api terpadam sendiri dan aku pun tak perasan. Bila tgk takde api, terus aku angkat periuk bawa masuk dalam.

Nak dijadikan cerita, kami dinner lauk yang sama semalam. Aku mula-mula terpikir nk perangat lauk
tu tapi tak jadi sebab nasi dah panas. KALAU la aku perangat lauk tu..sah2 gas tu tk tutup, nyala je api dapur sebelah, mau meletup aku sekali....Ya Allah...aku bersyukur sangat padaMu.

Kalau tidak masuk paper la tragedi gas meletup kat SK ni..

gambar hiasan

No comments: