Saturday, April 23, 2011

Hospital bersalin....

Memandangkan post sbl ni pasal nak beranak.....nk simpan la jugak kenangan bersalin 3 orang sbl ni.

No 1 dan no 2 aku bersalin kat Toyota, Jepun.

Hospital yang aku pilih ni kalau naik kereta 30min jugak dari rumah dan aku melintas beberapa buah hosp bersalin sampai ke sini, tapi tetap yang ini menjadi pilihan hati sebab biliknya sangat selesa dengan harga yang sangat berpatutan.Semua bilik adalah utk single occupancy tetapi semua bilik ada disediakan dua katil utk husband atau penemannya tidoq sekali. Even bilik delivery/labor room pun ada dua katil(bukan utk 2 pesakit ye). Masa anak pertama, aku ambik bilik paling murah, paling murah pun macam bilik hotel 2 single bed siap dengan long tub. Dapur kecil pun ada utk panas2 kan lauk ke kan. Takkan la org beranak nak masak kari pulak kan?? Package hotel hospital tu utk 7hari 6 malam. Seronok la kami berkampung kat situ, dilayan pulak tu kan. Husband pun berulang ke office dari hospital je.

Time anak ke 2, kami ambik package bilik besar sikit sebab dah ada anak no 1 nak lari2 kan. So ambik bilik yang ada living room sekali. Adik aku pun datang menumpang tido kat situ... anak no 1 siang2 aku tinggalkan kat nursery dalam hospital ni sebab husband aku pegi kerja. Bila lepas kul 5 je, teacher akan datang hantar la kebilik. Ok la, harga nursery pun tak mahal mana. Berbaloi-baloi.
Walaupun harga bayaran utk package starts from 300,000yen(lebih kurang 10k) tapi insurance kesihatan byr max 300,000yen. Kalau nak rasa bilik lagi best, tambah la duit sendiri kan.....

Time anak ke3, masa tu kat Kulim. Kulim ni ada 3 je tempat bersalin. Hospital Kulim, Pakar Dr Hamid dan Pakar Dr Chang and Koh. Mula2 aku try dr Hamid tapi ntah kenapa rasa kurang selesa.....(byk gile nyamuk kat klinik dia) so aku try Dr Koh. Lastly aku pilih Dr Koh....Alhamdulillah, walaupun bilik single dia biasa2 je... doctor amatlah supportive.

SO....................ANAK KE 4????nanti kita buat survey sama2 yer. kalau bilik bersalin cam bilik spa camni kan besttttt.

1 comment:

madamoiselleczar said...

Gila ah facility kat jepun! Superb nyaaaa...baguih sungguh..i doubt malaysia ada facility mcm tu :(
Btw, serrrrram aku nak berangan nak no 4 weih...kahkahkah...takut trauma :p
Tp kalu tgk baby mmg la rasa nak beranak dan dan tu jugak... Ngeeee, tp mengenangkan sakit tuh, haruslah haku bermuhasabah jap :p
Eh. Kalu hang preggy lagi jgn lupa kabarkan di blog ya! :)
P/s: tgh musim mengawan eh? :p

Our latest picture