Wednesday, September 28, 2011

Cara nak ajar anak berenang

OK la...ni dapat daripada pembacaan kat internet. Try nak praktikkan tp taktau la berkesan ke tak ek.

1. Mula ajar anak supaya jangan takutkan air. Start dari baby dah boleh practice. (untuk anak no 3 dah try).
   Bila mandi bilang 1,2,3 dan curahkan air ke muka dia. So, sekarang ni kalau mandi pool ngan dia, kira 1,2, 3 dan tenggelamkan dia pon dia  tk marah.

2. Ajar anak masukkan muka dalam air...memerlukan kesabaran untuk sesetengah budak. Tak boleh paksa, kalau paksa nanti terus dia takutkan air. Semalam, berjaya suruh Aidil selam. Cakap kat dia, kalau Aidil berani pegang kaki mama, nanti mama bagi hadiah. hahahhahahaha.... sesetengah budak yang tak takut air, memang naturally akan berani menyelam. Aichan lagi la penakut nak basahkan kepala.

3. Bila dah berani selam, baru ajak dia masuk ke kolam yg lebih dalam, suruh dia pegang tangga dan belajar untuk apungkan diri. Yang ni pun rasanya makan masa jugak la kalau tengok situasi anak2 ku ini.

.......................................to be continued.....

Tuesday, September 27, 2011

Swimming lessons

Sejak 2,3hari lepas ni rasa syok pulak bawa budak2 turun mandi pool. Agaknyer terkesan dgn anak sedara punya gambar yg tgh giat belajar berenang.

Dari haritu ingat nk hantar Aidil pegi swimming class tapi masa sangatlah tak mengizinkan. Selalu penuh je aktiviti time weekend. Weekdays, jangan harapla. memang cukup2 masa je.

So, gigihlah lepas blk kerja, solat pastu bawa budak2 turun pool. Hari ke 3 turun pool, tanpa tunjuk ajar apa2(sbb budak2 ni penakut ayaq...memang tkleh paksa) Aidil berani masukkan kepala dalam air dan buka mata. Dah beli goggle sorang satu tapi awat tah, budak2 syok pakai goggle tu kat kepala saja. Cesh!

Kalau cuaca ok jugak petang ni, dan aku balik on time...boleh la layan pool lagi!

Monday, September 26, 2011

Bendi hangit di cafe

Sakit hati gila...ingat kan masakan apa....
rupanya bendi hangit pun mau jual ka????

cissssssssssssss kena 3 hinggit lak tu...bendi hangit ngan telur.(tanpa nasi )

fresh milk vs susu formula

Ahad lepas aku ke Jusco Equine nak beli barang. Sekali tu nampak la kat ruang
tengah2 tu ada buat promo utk susu tepung ni. Anak2 aku tegedik2 nak belon, sebab
sapa2 yang singgah dapat la belon.
Untuk pengetahuan, anak2 tk pernah nk lekat nak minum susu tepung.
Beli2..minum sekali dua dah tk mau.
So aku pun singgah la, kot2 dapat free sample leh try bg budak2 ni.
So datang la 2 org promoter, sorang melayu sorang chinese.
Yang chinese ni ok la..duk promote susu sedap bagai..pastu yang melayu ni tanya,
anak akak minum susu apa? AKu cakap la fresh milk.
Oh...dia start la condem fresh milk. Tak bagus la. Tak cukup khasiat la, lepas tu
fresh milk ni dah bancuh siap2 pastu letak dalam peti ais la nanti anak kembung
perut la.
AKU SENGIH2, AMBIK BELON DAN TERUS BLAH!Malas nk layan promoter camni. BUat
sakit hati kalo aku bertekak pon. Ingat susu formula bagus sangat...
Daripada susu nak jadi tepung tu dah berapa peringkat...boleh dia kata
susu fresh yg dlm peti tu susu lama. isk isk isk....susu fresh milk tak tahan
lama sebab dicampur ngan macam2... yg susu formula tu berbulan2..ke bertahun??
(sorry tk penah check sbb tk guna).
Hangin aku sampai ke harini!
Kat oversea, lepas berenti breastmilk, akan disarankan minum fresh milk...oversea tu bukan kat Indonesia ke, Thailand ke...tapi kat negara2 maju cam US, Japan...
Husband aku ckp, makcik tu terdesak nk jual barang dia sampai burukkan nama susu lain. Kalo aku sebut anak2 aku breastfeed lagi, rasanya mau ceramah 2jam kot..kata susu tu dah jadi darah la, kolot la apa la...isk2. Tolongla educate promoter2 yang nak jual barang. kalau ye pun nak ckp brg awak tu bagus, takyah la cakap barang jenama sekian2 ni tak elok. adehhhhhh, lainla kalau ada bukti comparison bagai! Setakat cakap atas angin, bek tak payah..... memburukkan image benda awak jual lagi ada la.

Thursday, September 22, 2011

Batu seremban atau Batu selambut

Mesti pernah main batu selambut/batu seremban. Next week kat hari sukan gitu2 la. Ada pertandingan batu seremban. Aku yg mak buyung ni masuk itu je la. Congkak pon ada tp malas la nak kira2. Congkak kan nak kena mahir mengira campur2 last jatuh kat mana boleh tikam yg mana.. haha.
Layan2....ramai gak team2 pompuan ni masuk batu seremban. 1st lawan aku budak lelaki...menarik juga
budak laki layan batu seremban..

Wednesday, September 21, 2011

Redang

Walaupun dah agak lewat tapi redah juga la ke Redang sebab baca dalam forum ckp awal Oct still OK.
OK ..dah settle booking package kat Redang..agak sesak nafas gak la tgk harga kat Laguna Redang Resort. Tapi dah mak buyung ni nak gak duduk situ...pejam mata bayar je la kan.
Huks huks huks....
Kami akan berlepas ke KT dgn AA pada 6/10/2011

Sunday, September 18, 2011

Announcing that I am 5months pregnant

Pagi tadi officially announced kat boss yang I dah pregnant..perut pun tk dapek nk nyorok lagi dah

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia

Wah..wah syok nya p kerja jalan lengang harini.
20min dah sampai opis, sempat singgah beli nasi lemak lagi.

Nak buat macam mana, tuntutan kerja, kena kerja jugak la kan. Kami bukannya tknak cuti tapi
kena kerja. Selamat hari malaysia

Kat FB tadi aku hangin ngan sorang mamat ni...ader ke dia ckp aku bukan org msia kot sebab tk sambut cuti Hari Malaysia. Cam bangang! aku tensen gila. Bila aku ckp, habih tu polis, nurse doctor kena kerja tu, bukan org malaysia ke. Kedai makan yg ko pegi makan lepas Jumaat td tu kalo cuti gak..ko nak makan apa. Hangin sungguh. Pastu dia kata pulak, gaji mahal, kena la keje. Kami ni gaji murah.....

Kesitu pulak. Bengong la mamat ni! Aku ckp, kalo aku tk keje, kurang sorang tax payer kat msia. membazir satu tenaga kerja, p ambik tenaga kerja luar. Dia balas lagi...Brunei ok je tk yah bayar tax.
Ya allah, mamat ni memang nak cari pasai ke apa..pakai otak la nk compare pon. Besar mana sangat Brunei tu. Berapa orang sangat rakyat dia. Berapa byk minyak dia yang keluar.....

Dia cakap pulak...gaji aku punya tax byr beg rosmah 10thn..terus aku cut off dia dari chat FB aku..terus aku BLOCK dia dari FB aku.. padan. Malas nak layan...mujur la aku tk kawen ngan mamat ni....

Kurang hajo! BUkan nak hargai org yg kena keje harini..........

Tuesday, September 13, 2011

Maxi utk ibu mengandung

Ohh....atas godaan kawanku menshokaikan satu kedai kat FB....
aku telah terborong beberapa lai baju utk keadaan aku skang ni... makin kempis la bank accountku.
Padahal baru tengah bulan.

Boleh isi padat2 closet baru dgn maxi kaler2 yer sepanjang ngandung ni.



Yang kat bawah2 ni pon cantekkk tp tkde stok la pulak.


Sunday, September 11, 2011

Mualaf

Jumaat malam sabtu tu anak sedara belah suami sampai. Terima kasih la sudi mai rumah kami yg kurang lengkap lagi ni. Sorang tu nak sambung masters kat UPM so dia nak cari rumah sewa dan sekapel lagi tu tengah summer holiday. Anak sedara yg dah kawin ni kawen ngan awek mata biru rambut perang.
Berspeaking la kejap dalam rumah..eheh. Kagum la dengan wife dia tu, sebab dia masuk Islam lepas datang Malaysia.

Dalam setahun lebih, lepas tu baru je nikah dengan anak sedara kami tu awal tahun ni.
Dia jaga aurat dia lebih dari kita2 yang dah sedia Islam ni... Alhamdulillah, mungkin tak susah bagi anak sedara kami nak bimbing dia sebab tengok asas dan kesediaan dia dah ada.

Cantik sangat dia bertudung....

Friday, September 9, 2011

Puasa anak

Masa nk sunatkan Aidil, dia kena puasa....
itulah kali pertama dia puasa dan dia punya la serik.
Sebelum ni alasan dia, "Aidil takleh puasa, aidil kurus......"

Dia berpuasa dari jam 7am sampai kul 1130pm. Ni sebab insurance lambat nk release approval.
Tangguh punya tangguh, at last pukul 730 time nak berbuka baru Aidil selamat masuk operation
theatre. Keluar dekat2 pukul 9 masih pengsan. Pukul 1130 bangun..memang kebuluran.
Telan apa yang ada..........soto ayam la, nasi beriyani la..ehehhe..
langsung tk ingat nk pantang dah.

Oh yer, anak aku tk pantang pun masa sunat. Mak dia pon tk reti pantang2 ni..ehhee...................
dari segi medical tkde istilah pantang cuma, jaga keseimbangan makanan je.
okla kalau takder allergic udang ke ketam ke. kebetulan, Aidil pon tk suka makan seafood kecuali
ikan.

Thursday, September 8, 2011

Khatan anak lelaki

Oh yer, entry ni dah agak basi. Masa minggu ke3 puasa, Aidil telah selamat dikhatankan kat KPJ kajang.
Ini emergency khatan sbb Aidil punya toot kena jangkitan kuman.

Sejak kecil lagi, aku rasa ada something wrong bila tgk Aidil kencing. Tak macam budak lelaki lain. Tak terpancut kuat dan senget. Mula2 ingatkan, lepas sunat ok la kot so aku biarkan aje.

Lepas tu bila dah besar, Aidil selalu la mengadu sakit 'cincin'(anu) dan kadang2 aku tengok kat tempat kencing dia merah2 dan kadang2 membengkak. Lepas tu kulit yg tutup part depan dia tu takleh tarik ke belakang pulak.

Sampaila minggu ke 3 puasa, dia ngadu sakit sangat bila nk kencing. Bawa pegi GP, doctor bagi antibiotik
dan suruh sunatkan utk elak jangkitan kuman. Dr cakap Aidil punya condition ni dipanggil 'Phimosis'. Balik dari klinik, aku call KPJ Kajang tapi nurse tu cakap surgeon dia tk buat sunat. Adeh..camno ni. Malas nk pegi blik GP ambik surat lain sbb surat tu dah appoint kat dr KPJ kajang.
Lepas 2 hari nampak bengkak dia surut so aku peram lagi tak bw pi sunat. ehhe...apa punya mak daa.
Tapi hari Rabu tu bengkak balik dan aidil ckp memang tak tahan...sangat sakit bila nk kencing.
So Khamis tu bawak pegi GP lagi sekali, ambik surat dan husband bawa pegi KPJ Kajang tp jumpa terus surgeon  tak de call2 punya.
Hek eleh..boleh pun surgeon ni buat. Ape punya nurse la. Tau la aku call hari Sabtu tghari, kot2 time dia nk balik ke ape ke kan. Senang je ckp tk buat. Hinshhhhh.

Malam Jumaat, selamat la Aidil disunatkan. Dr kopek kulit  ,potong dan jahit. Dr juga cakap yg saluran kencing dia agak kecik so dr besarkan. eow...teruk sangat rupanya. Tak nampak bentuk...eowwww!!!

Aidil ni walaupun sunat, buas nya tk berkurang. Cuma time nk buang air je meraung...sebab lubang kencing dia pun luka. Time2 lain, dengan tshirt abah dia, sama je ngusik adik2. Aidil tk pandai pakai kain pelikat (tkde kain pelikat size  budak pon actually). so pakai je tshirt mama/abah dan juga jubah mekah.

Lambat juga nak baik betul2. Mujur boleh pakai seluar baju melayu time hari Raya.
Sekarang ni alhamdulillah dah elok, nampak bentuknya dan warnanya. kalau tidak berkuping, berkerak2...

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.