Monday, September 26, 2011

fresh milk vs susu formula

Ahad lepas aku ke Jusco Equine nak beli barang. Sekali tu nampak la kat ruang
tengah2 tu ada buat promo utk susu tepung ni. Anak2 aku tegedik2 nak belon, sebab
sapa2 yang singgah dapat la belon.
Untuk pengetahuan, anak2 tk pernah nk lekat nak minum susu tepung.
Beli2..minum sekali dua dah tk mau.
So aku pun singgah la, kot2 dapat free sample leh try bg budak2 ni.
So datang la 2 org promoter, sorang melayu sorang chinese.
Yang chinese ni ok la..duk promote susu sedap bagai..pastu yang melayu ni tanya,
anak akak minum susu apa? AKu cakap la fresh milk.
Oh...dia start la condem fresh milk. Tak bagus la. Tak cukup khasiat la, lepas tu
fresh milk ni dah bancuh siap2 pastu letak dalam peti ais la nanti anak kembung
perut la.
AKU SENGIH2, AMBIK BELON DAN TERUS BLAH!Malas nk layan promoter camni. BUat
sakit hati kalo aku bertekak pon. Ingat susu formula bagus sangat...
Daripada susu nak jadi tepung tu dah berapa peringkat...boleh dia kata
susu fresh yg dlm peti tu susu lama. isk isk isk....susu fresh milk tak tahan
lama sebab dicampur ngan macam2... yg susu formula tu berbulan2..ke bertahun??
(sorry tk penah check sbb tk guna).
Hangin aku sampai ke harini!
Kat oversea, lepas berenti breastmilk, akan disarankan minum fresh milk...oversea tu bukan kat Indonesia ke, Thailand ke...tapi kat negara2 maju cam US, Japan...
Husband aku ckp, makcik tu terdesak nk jual barang dia sampai burukkan nama susu lain. Kalo aku sebut anak2 aku breastfeed lagi, rasanya mau ceramah 2jam kot..kata susu tu dah jadi darah la, kolot la apa la...isk2. Tolongla educate promoter2 yang nak jual barang. kalau ye pun nak ckp brg awak tu bagus, takyah la cakap barang jenama sekian2 ni tak elok. adehhhhhh, lainla kalau ada bukti comparison bagai! Setakat cakap atas angin, bek tak payah..... memburukkan image benda awak jual lagi ada la.

No comments:

2022 i m back

 Woah... Dah berapa tahun tak update ni. Sayang pula kalau hilang. Nak attach gambar pon dah lupa. Camne ni.